Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA

Ramai Yang Keliru Tapi Kalau Nak Tahu Dengan Mudah Tentang Disleksia. Ikuti Penerangan Dr Ini.

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;

IKLAN

1. Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

2. Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori

3. Disleksia visual-auditori
Kesukaran membaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

IKLAN

a) Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
.
b) Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini minimum)

c) Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

CIRI-CIRI DISLEKSIA

Ramai Yang Keliru Tapi Kalau Nak Tahu Dengan Mudah Tentang Disleksia. Ikuti Penerangan Dr Ini.

IKLAN

1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
a) Lambat bertutur
b) Mengalami kesukaran sebutan atau rima
c) Sukar menulis nama sendiri
d) Payah mengenal bentuk atau warna
e) Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
a) Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
b) Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
3. Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
a) 15 dengan 51
b) “was” menjadi “saw”
c) ‘b’ dengan ‘d’
4. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
5. Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘hari ini’ , ‘esok’
6. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
7. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

a) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.
b) Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
c) Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
d) Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
e) Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
f) Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.
g) Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
h) Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
i) Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
j) Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai dll.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI