
Tentunya antara menu wajib setiap kali ke restoran untuk makan besar bersama keluarga ialah ikan siakap 3 rasa. Pastinya menu ni menjadi kegemaran sekeluarga. Rasanya ramai lagi yang memang sukakan masakan 3 rasa ni kan? Memang sedap.
Selain masak ikan siakap apa kata guna ikan bawal pula. Jika makan di restoran harganya pulak boleh tahan mahal. Apa kata kita sendiri masakan ni di rumah supaya bole makan selalu dengan harga yang murah.
Ikuti perkongsian ni
_________________________________
Menu hari ni “Bawal 3 Rasa” sy share resepi utk korg mencuba,nk mkn kedai mahal..kita biase² masak jela sendirikos ikan bru rm15 jer sekor..part nenas tu seeloknya guna nenas fresh ye,aroma dia yg bt masakkn 3 rasa korg brtambah sedap.
Resepi.
Bahan-bahan:
1. Ikan Bawal, (xkisah ikan pape pon boleh) cuci gaul garam goreng sampai garing..da masak ketepikn dlm bks hidangan..
Utk kuah..
1. Cili kering dblend (sikit je taw dlm 2 sudu besar cmtu)
2.Sos cili,Sos tomato,Sos tiram,Sos Ikan,Jus limau ( semua tiada sukatan agk² je)
3.Bwg putih ketok²
4. Bwg besar@holand (ptg dadu)
5.Nenas & tomato (diptg²)
6. Cili api (diptg²)
7. Serai (dihiris)
8.Daun ketumbar (hiasan)
CARA PENYEDIAAN
Panaskn myk,pastikn myk x trlalu byk..nt xjd 3 rasa korg serupa sambal lak myk melanus, masukkn bwg putih,cili kering & segala sos diats..masukkn sedikit air, kemudian masukkn jus limau,pastikn gula garam terasa..tambahkn sedikit serbuk perasa, last masukkn bwg besar,nenas,cili api & serai kacau dlm bbpe minit ttp api..kemudian masukkn kuah kedlm ikan yg disediakn..hias dgn daun ketumbar. Siap!
Selamat mencuba.
Kredit: SuiSan Aliezsha
Masak Pulut Kuning Jadi Cantik, Berlemak, Lembut & Sebiji Sebiji Pulutnya, Ni Rahsianya!

Kunci utama kesedapan rasa pulut kuning selain rasanya yang enak berlemak dan lembut dimakan, tidak dinafikan warna pulut itu juga memainkan peranan utama. Jika terlihat warnanya kuning cantik dipandangan mata, secara tidak langsung memberi isyarat untuk kita membayangkan betapa enaknya rasa pulut yang dimasak.
Berkongsi resipi dan cara penyediaan pulut kuning yang sempurna, boleh ikut cara Puan Masmira lakukan di mana menu ini bukan sahaja untuk hidangan keluarga malah dijadikan menu jualan dan mendapat sambutan daripada pelanggannya hingga kini.
Untuk itu, apa kata kita cuba sediakan resipi pulut kuning dengan resipi ini. Jom semak.
________________________________________________________________________
Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut, dan sebiji-biji (tak benyai atau lembik/ kembang).
Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe
Bahan-bahan dan steps:
1)1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
*beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang skit, elakkan yang jenis montok-montok hehe
– bilas 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam)
– sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.. Sejat dengan penapis
* perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
2) Halia 1/2 inchi (wangi dan buang angin)
– kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus
*orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
3) Daun Pandan 5 helai (wangi)
– 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus
– 2 helai koyak 3 juga untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus
4) Panaskan air dalam pengukus, dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut, dan daun pandan tadi.. Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5) santan fresh dan pekat : 250-300 gram
– Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam 1.5 sudu besar gula, 1.5 sudu kecil garam. Larutkan gula dan garam.. Then masuk kan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
6) Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.. Keluarkan daun pandan.. Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.. Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (Orang Kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu.. Baru lah pulut jadi lembut.. Make sure kacau pulut sampai rata hilang ketul..
Then tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dlm 10 – 15 min baru cedok untuk packing atau makan..
Ekstra Tip
*** pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk..
*** pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.. Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut..
Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
*** yang ni resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.. Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
sumber : Masmira Idris via MAHN
Orang ‘Tangan Panas’ Pun Dah Boleh Tanam Kunyit. Syaratnya Follow Saja Cara!

Cuba bayangkan kalau anda ada menanam kunyit di rumah. Tentu bila-bila masa boleh dituai daunnya untuk dijadikan bahan dalam masakan yang cukup menyelerakan.
Tak ada lagi istilah ‘tangan panas’, semua boleh menanam kunyit jika ikut cara ni.
Hal ini telah dikongsi oleh Nurul ‘Izzah Zulkifli. Ini katanya :
“Tapi ada sesuatu yang tidak mematahkan semangat saya mahu menanam. Psssstt.. banyak sebab antaranya, mahu yang segar dan organik, bebas racun serangga dan menjimatkan wang! Jadi, saya kongsikan sejenis tanaman mudah untuk anda!”
KUNYIT aka turmeric atau nama saintifiknya Curcuma Longa.!
Kunyit seperti yang diketahui ada banyak khasiatnya dan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat Asia.
Turut dikenali sebagai salah satu ‘superfood’ yang berkesan sebagai anti-inflamasi dan antioksidan, ianya juga berguna sebagai anti-depressi, pewarna makanan dan daunnya sebagai ulam atau pembuka selera dalam masakan.
Ok, berbalik kepada tajuk kita.
Apa Yang Perlu Ada?
1. Bekas menanam.
Untuk permulaan, boleh gunakan botol plastik seperti air mineral atau bekas makanan. Tebukkan lubang di bahagian bawah botol mineral menggunakan paku atau drill. Saya gunakan pasu kecil dan bekas mineral Spritzer saiz 9.5ml sahaja.
2. Rizom aka tunas kunyit.
Ketika membeli kunyit, pilih bahagian yang telah bertunas.
3. Tanah.
Boleh didapati di banyak tempat. Lebih mudah jika dapatkan di nurseri yang berdekatan dengan tempat anda.
Cara Menanam
1. Penuhkan bekas menanam dengan 2/3 atau 3/4 bahagian tanah.
2. Letakkan rizom kunyit dengan tunas menghadap ke atas. kambus nipis sahaja.
3. Siram 2x sehari.
4. Setelah beberapa ketika, daun akan mula keluar dan sedia untuk digunakan.
Tip Tanam Kunyit
1. Gunakan air paip tadahan, air cuci ikan, atau air beras (yang boleh juga digunakan untuk mencuci muka).
2. Pastikan tanah lembab tetapi awas jangan biarkan air bertakung kerana ianya akan mereputkan ubi kunyit.
3. Posisikan bekas tanaman di tempat teduh dan tidak terlalu panas.
Bagaimana mahu mendapatkan ubi kunyit?
1. Apabila daun mulai menguning dan batang kunyit mulai kering, ianya petanda ubi kunyit telah matang.
2. Mudah sahaja, hanya korekkan keseluruhan tanaman termasuk bahagian akar.
3. Ambil bahagian yang diperlukan, bahagian yang bertunas boleh terus ditanam semula.
Cara penggunaan ubi kunyit
1. Cuci bersih dan rebus ubi kunyit.
2. Kupas dan buang kulit pada ubi kunyit
3. Jemur kering kunyit menggunakan tray.
4. Kunyit yang kering boleh dikisar halus dan disimpan sebagai serbuk kunyit di dalam bekas kedap udara.
Tips gardening di rumah.
1. Gunakan bekas tanaman dari jenis plastik: ‘reuse’ dan ‘recycle’.
2. Air siraman berupa air basuhan beras, ikan dan air hujan adalah sangat bagus. Siram anak pokok 2kali sehari menggunakan spray.
3. Baja dari kulit telur, kulit pisang, serbuk kopi dan serbuk teh adalah yang paling mudah didapati dari dapur anda.
4. Benih dan baja kompos boleh dibuat sendiri juga dari sisa dapur rumah anda.
5. Selawat dan bercakap yang positif. Bacaan :
‘La haula wala quwwata illabillahil ‘aliyyil ‘azim’
Tiada daya upayaku melainkan bantuanMu ya Allah..
Dari proses menanam hinggalah ke siraman, jangan lupa amalkan tips ini ye.
Mudahkan? Jom kita menanam.
sumber : Nurul ‘Izzah Zulkifli
Petua Elak Nasi Cepat Basi, Letak Dua Bahan Rahsia Ini

Isi Kandungan
TogglePetua elak nasi cepat basi, letak dua bahan rahsia ini. Masalah nasi cepat basi adalah antara isu yang sering dihadapi oleh ramai ibu-ibu di dapur. Walaupun sudah mencuba pelbagai jenama beras dan teknik memasak yang berbeza, nasi yang dimasak tetap mudah basi dan berbau kurang menyenangkan.
Petua Elak Nasi Cepat Basi, Letak Dua Bahan Rahsia Ini
Situasi ini bukan sahaja menyulitkan, malah membazirkan makanan dan masa. Oleh itu, mencari kaedah yang mudah dan berkesan untuk memastikan nasi tahan lama dan sentiasa wangi adalah sesuatu yang sangat diperlukan.
Ada pelbagai petua yang telah diamalkan secara tradisional untuk mengatasi masalah ini, antaranya memanaskan periuk nasi dalam keadaan tertutup dan menggunakan bahan tambahan tertentu ketika mencuci beras.
Namun begitu, keberkesanannya kadangkala tidak konsisten dan bergantung kepada jenis beras, cuaca, dan cara penyimpanan. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan satu petua mudah yang bukan sahaja dapat membantu mengelakkan nasi cepat basi tetapi juga menjadikan nasi lebih wangi dan sedap dimakan.
Petua Mudah Elak Nasi Cepat Basi Dengan Bunga Cengkih Dan Garam
Sediakan Bahan
Ambil sedikit bunga cengkih, kira-kira 2 hingga 3 tangkai, bersama dengan secubit garam. Kedua-dua bahan ini mempunyai sifat anti-bakteria yang boleh membantu menghalang pertumbuhan bakteria pada nasi yang menyebabkan nasi cepat basi.
Campurkan Bahan Dengan Beras
Masukkan bunga cengkih dan garam tersebut ke dalam beras yang hendak dibasuh. Biarkan selama beberapa minit agar aroma dan khasiatnya meresap ke dalam beras.
Basuh Beras Seperti Biasa
Basuh beras dengan air bersih seperti biasa. Proses ini bukan sahaja membersihkan beras, tetapi juga mengaktifkan bahan dalam bunga cengkih dan garam untuk memberikan kesan lebih tahan lama pada nasi yang dimasak.
Masak Beras Seperti Biasa
Setelah itu, masak beras menggunakan cara yang biasa anda lakukan sama ada menggunakan periuk nasi elektrik atau kaedah tradisional. Anda akan dapati nasi yang masak mempunyai aroma yang harum dan tekstur yang lebih sedap.
Kelebihan Petua Ini
Menghalang Bakteria
Bunga cengkih mempunyai sifat antiseptik semula jadi yang membantu melambatkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan nasi cepat basi.
Nasi Lebih Wangi
Aroma bunga cengkih yang semula jadi memberikan wangian yang harum pada nasi, menjadikan hidangan lebih menyelerakan.
Mudah dan Jimat
Petua ini mudah diamalkan dan menggunakan bahan yang murah serta mudah didapati di pasaraya atau kedai runcit.
Masalah nasi cepat basi memang boleh menjadi kerisauan buat ibu-ibu, terutamanya apabila sudah cuba pelbagai cara tanpa hasil yang memuaskan. Dengan menggunakan petua mudah campuran bunga cengkih dan garam ini, anda bukan sahaja dapat memastikan nasi tahan lebih lama, malah aroma nasi juga lebih sedap dan menggoda selera.
Cubalah petua ini di rumah, dan rasai perbezaannya sendiri. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!
Baca artikel lain juga: Tip Buat Sambal Belacan Yang Sedap, Ikut Sukatan Dan Petua Ini
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my