Suami isteri yang inginkan hubungan sentiasa utuh dan erat akan menggunakan pelbagai cara.
Apatah lagi bagi pasangan PJJ atau perkahwinan jarak jauh. Sudahlah berjauhan pasti saling merindui dan dalam masa yang sama mahukan perhatian dari pasangan.
Jika dapat pasangan yang memang jenis prihatin okey lah. Tapi bagaimana pula sebaliknya.
Ini yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Sueyha Roesun yang PJJ dengan suaminya. Apatah lagi suaminya pula kaki game.
Walaupun tidak suka dengan permainan game tersebut, namun disebabkan si suami ‘ketagih’ game, wanita ini sanggup instal dan bermain game tersebut semata-mata inginkan perhatian suami.
Ternyata percaturan tersebut menjadi dan hubungan mereka bertambah erat selepas si isteri bermain Pubg.
Ads
Sejujurnya, dulu aku memang pantang & benci game ni.
Sebab apa ?
Sebab dia banyak menghabiskan masa terluang yang ada dengan game. Kitorang long distance relationship . Aku duk kelantan . Dia duk Johor. Setiap kali aku call dia akan angkat & cakap “main game ni” atau pun reject terus ? sadisss sangat .
Ads
Bila aku scroll fb , banyak kes yang aku tengok pasal game ni. “Suami abai rumahtangga sebab ketagih main game” “Suami curang dengan awek dalam game” Oh nooo ? ini bisa jadi lebih parah ..
So, aku pun guna taktik yang sama aku guna masa dia tengah fanatik main Mobile Legend dulu. Aku install pubg. Aku buat buat berminat nak main jugak. Disebabkan game ni boleh bercakap sesama sendiri, senang laa aku suruh dia ajar aku walaupun kitorang jarak jauh. Aku bukan nya pandai main pun. Aku follow jelaa mana dia pergi ?
Taktik aku berjaya! ?? Sekarang dia yang akan call aku . “Ade line internet tak? Jom pubg”
Kalau in real life memang haram la nak pakai baju sama. Tapi dalam ni boleh pakai sedondon ? Kalau aku kena tembak, dia akan tembak enemy tu balik sambil cakap “haa padan muka sape suruh tembak bini aku” Waaaa rasa selamat & disayangi pulak ? Naik kereta & motor sama-sama.. Kalau aku sesat, dia akan cari.. Kalau aku cedera, dia bagi first aid.. (Tapi kadang-kadang dia taknak main dengan aku jugak, sebab aku noob ? )
Benda ni memang nampak simple. Tapi bagi seorang isteri, boleh luangkan masa dengan suami walaupun dalam game pun boleh buat hati berbunga.
# lepas ni tak tahu laa game ape pulak aku terpaksa menjebakkan diri.
+++ actually aku buat macam ni sebab kitorang dah kawen yee tapi kitorang duk jauh. Daripada aku kena tunggu dia main game baru dia call, baik aku main sekali. nak larang memang tak laa dah tahu memang dah hobi dia jadi kita ikutkan sahaja dahulu ? So, dah duk sekali nanti berpada pada laa ye ? Pamiem Razali .
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semenjak bulan puasa ini, kaum ibu tak henti-henti memikirkan menu istimewa yang ingin disediakan untuk keluarga tercinta. Kalau ikutkan hati biarlah sepanjang 30 hari berbuka, berbeza juadah!
Lantaran itu, bukan sesuatu yang pelik bila mana pagi-pagi lagi sudah rancak berkongsi resipi antara satu sama lain hingga membawa ke waktu petang sekali pun. Perbualan ibu-ibu buat masa ini lebih kepada hal resipi, menu, makanan sedap dan seumpamanya.
Oleh itu apa kata dalam banyak-banyak resipi yang ada elok kiranya diselitkan sekali menu nan satu ini, cocktail. Melihatnya sahaja boleh buat sesiapa pun tidak sabar menikmatinya, apatah lagi bila tekak terasa dahaga. Jadi jom kita sediakan menu ini untuk berbuka nanti.
PUDING SUSU
❤Agar-agar
Agar-agar tali 1pack
Air 1000ml + 100ml air buah koktail
Susu sejat 1tin
Susu pekat 1tin (boleh kurangkan)
❤Sos
2 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat
4 sudu besar gula (mengikut citarasa masing-masing)
3 cawan air
Air buah koktail
Secubit Garam
*masak sehingga mendidih
+
**3 sudu besar tepung jagung dan sedikit air, masukkan dalam sos kacau sebati hingga sedikit pekat.
Tambahan
Jelly@sumi
Nata de coco
Buah koktail@laici
sumber : Citiey Zakaria via Mahn
PUDING KOKTAIL
Resipi Kuah
( bahan A)
1 tin susu cair
2 cawan susu segar (saya guna dutchlady)
1 1/2 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
6 sudu besar gula (terpulanglah pada masing-masing ye..kalau nak manis tambah gula lagi)
Masukkan bahan2 dalam periuk…kacau puding atas api hingga menjadi pekat…(agak-agak dah mengelegak lama boleh tutup api.)
Dah sejuk, boleh masukkan dlm bekas..sejukkan dlm peti ais….dah sejuk boleh potong puding ni kecik2 (potong dadu – sebesar nata de coco)
Bahan2 campuran utk dimasukkan ke dalam kuah nanti
(bahan C)
1. Buahan campuran dalam tin – ambik sedikit air utk dicampurkan ke dalam kuah..jangan bnyk agt..sekadar kuah tu nanti rasa masam2 manis
2. Kacang merah kidney dlm tin – tapiskan dulu utk buang air…ambik kacangnye shj
3. Nata de coco (letaklah pelbagai warne dan perisa supaya nampak cantik bewarna warni) – ambik isi nye sahaja..air sy x ambik
4. Buah plum ( sy gune sun sweet – utk rasa masam2 manis) – hiris kecik2
5. Kacang goreng
Nota : bahan2 diatas adalah bahan yg saya selalu masukkan utk dijadikan puding koktail.namun anda semua boleh memasukan ape sahaja bahan yg anda semua rasakan sedap utk dimasukkan ke dalam kuah tu nanti..cth : boleh masukkan buah segar seperti tembikai susu, nenas (potong dadu), juga boleh masukkan agar2, sumi..
Dah ada semua bahan, boleh satukan kedalam satu bekas….
Bahan A + Bahan B + Bahan C….
Nak makan sejuk…masukkan dlm peti ais….
**cara nak campurkan : mula2 letak sikit2.. Jgn terlampau bnyak bhn2, nanti kemarau kuah plak….agak kuah banyak lg, tambahlah bahan2 lagi…cth letak skit2 dulu nata de coco, puding dll..masukkan kuah…agak nampak kuah bnyk.lg..tbah skit lagi bahan2 nye… dan seterusnya.
sumber : Hasanah Aziz Ctyus Via MAHN
KOKTAIL BUAH
Bahan-Bahan :
2 tin susu cair
1 tin laici / longan
1 tin buah untuk koktail
Buah anggur & stawberry
Nata de coco
Sumi Jelly
sedikit bahan perasa (gula dan garam)
Nak tambah buah-buah lain pun boleh. Ikut selera korang.
Cara-Cara:
1. Campurkan susu cair, air longan, air buah koktail, air nata de coco (ambil air sahaja, buah asingkan dalam bekas lain) buah campuran koktail
2. Masukkan sedikit gula (untuk tambah manis, jika suka) dan secubit kecil garam.
Kacau campuran tadi sehingga gula dan garam hancur atau boleh juga panaskan / masak di atas dapur untuk seketika (keluar wap dan boleh padam api).
3.Jika dimasak, sejukkan dahulu barulah boleh masukkan isi buah yang diketepikan tadi bersama sumi jelly.
4. Letakkan ais, sedia untuk dihidangkan.
Untuk lebih sedap, sejukkan campuran koktail buah tadi di dalam peti ais terlebih dahulu. Jika suka makan tanpa ais, tak perlu tambah gula dalam koktail kerana campuran telah sedia manis.
sumber : viral oh viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumahtangga yang harmoni adalah idaman setiap pasagan suami isteri. Biarpun tidak kaya harta, tetapi hubungan yang erat akan menjamin kebahagian yang berkekalan. Ikuti pesanan oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah mengenai bagaimana peranan yang harus suami lakukan supaya hubungan dengan isteri semakin bertambah erat.
23 PESANAN BUAT SUAMI
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”
Persiapkan diri kita dengan ilmu dan pengetahuan tentang harta peninggalan untuk diwarisi kepada ahli keluarga yang masih hidup agar kehidupan mereka terjamin.
Baca perkongsian daripada seorang peguam syarie ini sama ada perlu lakukan hibah atau wasiat.
Yang Mana Satu : Hibah Ke Wasiat?
Hibah ke Wasiat sebenarnya dua2 ada fungsi dan peranan dia masing2. Susah nak faham kalau kita hanya bagi fakta2 sahaja. Saya kena buat part demi part sebab saya ada banyak kes2 dan kisah benar nak dikongsi. Supaya melalui kes2 dan kisah benar tu lebih mudah orang ramai nak faham aplikasi hibah dan wasiat yg lebih praktikal bukan berdasarkan teori sahaja.
Ok biasanya yg banyak bertanya pasal hibah dan wasiat ni golongan wanita para isteri2. Sebab mereka tahu bahagian mereka paling sedikit. Sampai ada yg mintak tolong saya..”puan tolong la pujukkan suami saya supaya buat hibah. Kalau saya yg cakap nanti dia ingat saya cuma nak harta dia dan nak suruh dia mati dulu dari saya..” Haa.. siapa yg pernah terfikir dialog di atas? Saya tak boleh pujukkan.. nanti jadi lain pulak. Yang saya boleh bantu hanya tolong bagi kefahaman dan kesedaran sahaja.
Tapi kalini saya nak kongsikan 1 kes yg melibatkan org lelaki sendiri. Seorang lelaki yg juga suami dan ayah kpd seorg anak perempuan datang berjumpa saya untuk buat hibah. Umurnya muda lagi tapi dah ada harta 2 biji rumah yg lokasinya agak strategik dan beberapa ekar kebun sawit. Profil kewangannya mmg cantik dgn beberapa pakej insurans yg diambil dan beberapa pelaburan yg dibuat. Apa yg membuatkan beliau nekad nak buat hibah?
Ceritanya.. ”Isteri saya surirumah. Saya hanya ada seorang anak perempuan. Adik-beradik saya ramai lelaki dan ibu saya masih hidup. Baru2 ni saya ada borak2 santai bagitau nak merancang harta saya dgn keluarga. Adik-beradik saya tak setuju. Katanya diorang pun ada hak ke atas harta2 saya. Ibu saya pun ada cakap dia nak bahagian atas rumah saya. Saya terkejut dan tak sangka! Sebab saya masih hidup dan harta2 saya belum pun jadi harta pusaka lagi tapi mereka dah berkira2 bahagian mereka. Hubungan saya dgn adik-beradik pun taklah rapat sgt sebenarnya. Sebab tu saya tak lantik mereka jadi saksi saya pun puan. Tak sangka apa yg saya baca selama ni tentang perebutan harta terjadi kat keluarga saya sendiri. Bezanya saya masih hidup. Saya tak dapat bayangkan apa nasib isteri dan anak perempuan saya kalau saya tak buat apa-apa..”
Oo patutlah beliau nekad betul nak buat hibah. Betul lah..selagi tak kena batang hidung sendiri memang kita tak akan sedar. Agak2 kalau si suami ni buat wasiat nak bagi semua harta dia kepada isteri dan anak perempuan dia sahaja..apa akan jadi pada wasiat dia? Cuba bayangkan.. selepas kematian dia..dgn struktur faraid yg sama..agak2 adik-beradik lelaki dan ibu dia cabar tak wasiat tu? Sebab mereka pun waris2 si suami dan berhak dapat bahagian faraid. Kalau mereka tak setuju dengan wasiat tu, mereka boleh cabar wasiat tu di mahkamah syariah. Hanya mahkamah syariah sahaja yg ada bidangkuasa untuk tentukan samada wasiat tersebut boleh dilaksanakan atau tidak bukannya agensi yg menyediakan wasiat tu. Antara perkara penting yg mahkamah akan ambil kira :
1) Adakah wasiat itu mengikut hukum syarak? Tidak. Kerana wasiat itu dibuat kepada waris iaitu isteri dan anak perempuan. Sdgkan wasiat sepatutnya dibuat kepada BUKAN waris. Tambahan lagi dibuat ke atas semua harta bukan 1/3 sahaja.
2) Jika wasiat dibuat kepada waris..adakah waris2 yg lain setuju? Jika waris2 yg lain setuju tak ada masalah maka wasiat tersebut boleh dilaksanakan. Tapi dalam kes ini? Jika ada waris2 yang cabar maka wasiat itu akan terbatal dan tak berkuatkuasa.
Maka akhirnya harta2 si suami tadi akan dibahagikan secara faraid. Dan bahagian isteri hanya 1/8. Apa akan jadi pada nasib isteri dan anak perempuan tadi jika msg2 akan menuntut bahagian ke atas rumah tu? Adakah itu hasrat si suami tadi semasa menulis wasiat? TIDAKKK! Perkara tu takkan terjadi puan..sebab saya masih hidup dan saya nak buat hibah sekarang! Fuhh tersedar dari lena dan igauan mimpi ngeri rupanya..
Adakah hibah tak adil dan melarikan hak waris2 yg lain? Perlu difahami..hibah dibuat semasa hidup. Dan harta tersebut bukan lagi harta pusaka. Kita berhak nak bertasarruf dgn harta kita sendiri. Nak bagi kat orang atau nak jual itu hak kita. Kecuali kalau kita dah mati, harta itu bukan harta kita lagi. Ia akan jadi harta pusaka. Barulah perlu ditadbir mengikut prosedur harta pusaka.
Nota 1 : Suami tu cuma hibahkan rumah2 dan kebun sawit kat isteri dan anak perempuan dia je. Sbb nak pastikan isteri dan anak dia ada tempat tinggal dan pendapatan lepas dia mati nanti. Harta2 dia yg lain macam ASB, saham2, wang tunai dll tu semua dia tak hibahkan pun. Tetap akan diagihkan secara faraid kpd waris2 yg lain.
Nota 2 : Yang saya faham hibah tu hadiah. Habis tu kalau dah hadiahkan semua harta2 kita kat orang, kita dah tak ada apa2 harta lagi la kan? Kalau isteri dan anak tinggalkan saya macamana? Haa sebab tu nak buat hibah pun kena ada ilmu bukan pakai buat je. Hibah kan ada banyak jenis. Hibah mutlak dan hibah bersyarat. Keperluan setiap orang tak sama.
Hibah tu tak zalim. Yg zalim tu org yg tak nak cari ilmu yg betul tentang hibah dan wasiat. Hibah bukan melarikan pusaka tetapi merancang harta.
Sumber : Roslina Safiyah & Co.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.