Membuatkan orang lain bahagia, kita juga akan rasa kebahagiaanya. Apatah lagi jika orang itu adalah adik beradik kita sendiri. Ini sebagaimana rakaman video yang dikongsikan oleh Muhd Hamqa diakuan twitternya.
Apa yang pasti abang ini tidak lokek memberikan hadiah kepada kedua orang adik lelakinya, iaitu set permainan bayblade walaupun hakikatnya permainan tersebut sudah dimiliki oleh kedua-duanya.
Pun begitu, reaksi adik yang menerima pemberian daripada Hamqa cukup menyentuh hati ramai yang menonton video tersebut.
That reaction buat aku terharu ? abang doakan adik2 jadi anak soleh , belajar pandai2 ye ? pic.twitter.com/prISmxfoUU
Hamqa juga selain memberikan kejutan istimewa kepada adik-adiknya, malah turut mendoakan agar adiknya menjadi anak yang soleh dan mengharapkan adik-adiknya rajin belajar.
Ads
Rata-rata warganet tumpang rasa seronok dan bangga dengan keikhlasan adik beradik inai di antara satu sama lain. Apatah lagi setelah setelah melihat reaksi spontan adik kepada Hamqa yang mengucapkan ‘terima kasih abang’ dengan penuh rasa keterujaan.
Dan ini antara komen-komen positif dan menyentuh hati yang diberikan oleh warganet.
Seorang wanita luka teruk dipukul bapanya menggunakan rotan di Kampung Melayu Raya, Segamat, dekat sini, pagi semalam.
Memetik laporan harian Metro, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, polis menerima laporan daripada mangsa berusia 20 tahun pada jam 12.16 tengah malam tadi, memaklumkan mengalami luka selepas dipukul menggunakan rotan berukuran kecil.
Katanya, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum menahan bapa mangsa yang berusia 45 tahun di kediamannya jam 2.33 pagi tadi.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 11 pagi semalam ketika bapa mangsa juga penoreh getah dikatakan berada di rumah.
“Ketika kejadian mangsa berada di rumah sebelum didatangi bapanya yang secara tiba-tiba bertindak merotan mangsa lebih 10 sebatan di betis, peha dan siku menggunakan rotan.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami cedera teruk,” katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, hari ini.
Ahmad Zamry berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap anak perempuan sulungnya itu selepas mengikut saudara terdekatnya bekerja sebagai jurujual di Sungai Buloh tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dulu.
Beliau berkata, mangsa menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat (HDS) berikutan kecederaan serius akibat sebatan bertalu-talu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 324/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dicederakan.
“Suspek yang memiliki beberapa rekod jenayah lampau berkaitan curi dan menyamar sebagai penjawat awam direman tiga hari bermula hari ini,” katanya.
Tanpa pengambilan sebarang ubat untuk menurunkan berat badan, hanya dengan mengamalkan pengambilan makanan suku-suku separuh dan beberapa amalan lainnya siapa sangka berjaya hilangkan 40kg lemak tubuhnya dan kini terlihat langsing persis anak dara.
Pun begitu, usaha ini bukan dilakukan sekelip mata apa yang penting konsisten dengan apa yang dilakukan untuk capai BMI normal untuk tubuhnya. Jadi jom kita cungkil rahsia wanita ini dan semoga menyuntik inspirasi antara kita untuk mencapai berat badan ideal sepertinya.
Di sini adalah contoh menu-menu untuk anda yang nak berdiet mengamalkan suku-suku separuh. Kalau betul-betul ikut menu dalam ni kurangkan garam, minyak dan gula boleh lost sebulan 5kg.
Kak Chik mengambil masa selama 8 bulan untuk 40kg lost. Alhamdulillah sedikit perubahan hari ni.
Berat untuk hari ni 50kg.
Body Fat 23%
Tinggi 160 cm.
Kak Chik dah dapat BMI Normal… Kak Chik dah berjaya lost sebanyak 40kg. Berkat usaha selama nie…Kak Chik happy.
Tq Cik husband yang banyak bagi semangat
Tq geng Dietku
Tq mak dan family serta Sifu-sifu
Tq kepada yang menghina saya selama ni, kerana kutukan anda saya bangkit..
Ok Kak Chik ada sedikit tips untuk anda di luar sana. 1. Cuba diet rendah kalori. 2.Perhatikan pengambilan kalori 3. Minum air masak dengan secukupnya, terutama sebelum makan.Air masak boleh jadikan kulit kita sihat dan putih. 4. Lupakan diet dan makan secara seimbang (apabila setiap masa anda terlalu fikirkan pasal diet..anda akan tertekan.) 5. Banyakkan Protien. Protien memainkan Peranan utama dalam proses Mengurangkan Berat Badan. 6. Guna pinggan lebih kecil untuk segenggam nasi. 7. Tidur dengan cukup 8 jam sehari. Kajian menunjukkan tidur yang tidak
cukup punca terjadinya obesiti.
8. Buat Sedikit senaman, aerobik dan cardio. 9. Katakan TIDAK pada gula. Pertama gula semula jadi sangat bagus yang wujud dalam buah dan sayuran patut kita amalkan atau gantikan daripada menggunakan gula sebagai penambah rasa dalam minuman. Gantikan Dengan Stevia atau Palsweets. Semakin kurang pengambilan gula tambahan, semakin sihat tubuh anda. 10. Banyakkan sayuran dan buah buahan dalam pemakanan seharian kita. Sayur dan buah adalah makanan terbaik wujud di muka bumi kita. Rendah kalori,tinggi serat,tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan. 11.Teh Hijau (Kak Chik Guna Ahmad tea). Sangat membantu menurunkan berat badan. Teh hijau mampu meningkatkan metabolisma dalam tubuh dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. 12. Minum air kopi tanpa gula. Sebelum memulakan senaman Kak chik minum untuk lebih Bertenaga. Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan. Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan.
13. Jangan berlapar. Bila anda berlapar anda akan makan lebih Banyak. Tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk gantikan makanan.Metabolisma akan menurun. 14. Elakkan minum minuman bergas. Minuman bergas biasanya mengandungi 8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh. (Kecuali air gas yang zero kalori tu). 15. Kurangkan pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. 16. Ambil sarapan pagi. Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula dalam darah.Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori. 17. Minum susu sebelum tidur. Kita ikut cara Sunnah banyak manfaat. Melancarkan saluran pembuangan. Tidur lebih nyenyak dan lain-lain. 18. Ikut Sunnah Nabi kita berhenti sebelum kenyang. 19. Cara untuk kurus adalah dengan makan 6 kali sehari. 20. Last tips usaha dan tekad anda pasti berjaya.Tekad merupakan motivasi kuat dari niat yang ada dalam diri. Tekad ini sebenarnya modal utama yang sangat diperlukan bagi seseorang yang akan memasuki dunia usaha.
Isteri ‘blur’ di Mahkamah bila Hakim tanya ‘Apa puan nak?’
Bahagia itu idaman semua pasangan suami isteri. Namun siapa sangka rumahtangga yang bahagia juga dilanda badai.
Setiap isteri harus tahu hak-haknya dalam rumahtangga termasuk selepas perpisahan dalam rumahtangga.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Fahmi Ramlip moga jadi pandua buat para isteri.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Isteri ‘blur’ di Mahkamah bila Hakim tanya ‘Apa puan nak?’
Minggu lepas, saya menghadiri satu kes di Mahkamah Tinggi Syariah. Saya tak mahu sebut dimana. Tapi, saya nak kongsi kisah yang saya terpaksa lihat dan dengar dari tepi sahaja, sebab bukan kes klien saya.
Ada satu pasangan suami isteri yang dipanggil dihadapan Hakim. Kes Permohonan Poligami yang difailkan oleh suaminya.
Waktu kes mereka dipanggil oleh pembantu Hakim, saya berada di tepi. Di meja Peguam Syarie. Kes mereka tidak diwakil oleh mana-mana pihak.
Yang jadikan saya stress kat tepi tu adalah, keadaan wanita yang saya rasa isteri pertama lelaki tersebut, macam tak tahu apa-apa bila dihadapan Hakim.
Saya tahu, dia mungkin setuju untuk benarkan suaminya berpoligami. Saya pun tak kisah bab tu. Saya suka kalau laki yang nak poligami buat cara betul.
Yang saya tak suka dan kesian adalah, wanita yang pergi ke Mahkamah tapi dia macam ‘blur’ dan tak tahu nak mintak apa haknya.
Hakim pun siap bagi ‘hint’ lagi, ‘Puan tak nak declare apa-apa ke macam rumah puan sekarang?’
‘Takpalah tuan, dia dah sedia rumah kat saya’. Haihhhhh. Saya kat tepi masa tu, perati jer suaminya senyum lebar. Hakim pun tanya kalau-kalau suami pesan jangan cakap apa-apa depan Hakim.
Sengih-sengih ja puan ni.
Aduhai.
Saya kat tepi tu, berbulu ja tengok. ‘Kenapalah puan ni tak follow saya”, ujar saya dalam hati.
Apa yang perlu isteri buat bila terima permohonan poligami?
Kalau anda mungkin marah itu biasa. Kalau anda mungkin setuju dan tak marah pun itu biasa. Tapi, tolong jangan tak pergi ke Mahkamah bila dipanggil.
Bila dihadapan Hakim, Hakim hanya nak tahu, jika anda setuju poligami ini, apa hak yang anda nak direkodkan. Ini kuasa Hakim. Mintak direkodkan Nafkah Diri anda ikut keperluan yang anda perlu.
Kedua, mintak direkodkan Nafkah Anak untuk anak-anak anda. Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar. Kalau Nafkah Anak dan Nafkah Isteri pun suami takat nak bagi ala kadar, baik tak payah la poligami.
Apa yang paling penting untuk rekod lagi?
Pada saya yang paling penting adalah rekodkan tentang Harta Sepencarian. Anda kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di Mahkamah jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut.
Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan. Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, anda diberi keistimewaan untuk mintak Hakim ‘declare’ sebagai perintah, apa sahaja Harta yang suami anda ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.
Bahkan, anda boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun sukar jika bicara kes Harta Sepencarian.
Kenapa penting rekod Harta Sepencarian ini?
Sebagai isteri, anda kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk anda, mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. Tapi, jika tidak ada Perintah, andai berlaku kematian suami, Rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara Faraid.
Melainkan anda dapat Perintah Harta sepencarian. Nak dapat perintah 1/2 bahagian, anda perlu ada bukti yang anda juga ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut.
Apa jadi kalau suami mati, dan tak rekod Harta Sepencarian?
Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid. Kalau anda ada anak, bahagian faraid anda adalah 1/8. Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian anda akan jadi 1/16.
Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka anda. Dan tak semena-mena, anda terpaksa naik turun Mahkamah hanya untuk ‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris.
Itu kalau mati. Kalau anda diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai anda nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika Harta itu masih ada. Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah anda naik turun Mahkamah.
Kalau Tuan Fahmi di tempat isteri, apa yang tuan akan buat?
Jangan tak pergi langsung. Lagi rugi. Suami boleh ‘kuak bebas’ depan Hakim. Kalau saya kat tempat isteri pertama tu, saya mungkin tak marah kalau suami saya mampu dan berkemampuan untuk poligami.
Tapi, saya akan mintak rekod Nafkah diri sebagai isteri RM1000 sebulan at least, Nafkah Anak seorang RM600 at least seorang setiap bulan, RM300 untuk baju raya dan RM400 untuk perbelanjaan awal persekolahan.
Harta Sepencarian confirm, semua harta yang suami beli, saya nak mintak Mahkamah ‘declare’ 1/2. Kalau ada yang saya keluarkan duit lebih, saya nak mintak 2/3 bahagian.
Lagi satu, saya nak mintak suami sediakan Hibah Takaful RM1 juta sebagai simpanan dan tinggalan jika berlaku kematian. At least, hak saya selamat selepas kematian suami. Dan bolehlah saya nak survive dengan baik dan selamatkan Harta pusaka arwah.
Kesimpulan,
Saya sangat berharap, perkongsian saya ini sampai kepada lebih ramai wanita. Jangan pergi ke Mahkamah dalam keadaan yang anda tak tahu apa-apa.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.