Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri.
Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.
Menerusi kempen RasuahBuster ini, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.
RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Ads
Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.
Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.
Adakah anda pernah alami tubuh terasa lesu dan letih sedangkan tidak pula melakukan kerja-kerja berat sepanjang hari? Bahkan nak kata sebab tak cukup tidur, tidak juga. Ini memandangkan kelazimannya seawal jam 11 malam sudah pun lena dibuai mimpi.
Jadi apa usaha boleh dilakukan untuk ‘bebaskan’ diri anda dari masalah kelesuan ini ya?
Jika ada yang belum tahu, ada baiknya mencuba amalan ini untuk menyuntik tenaga berkekalan dalam tubuh sepertimana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu ini.
Selamat mencuba dan semoga serasi.
Sering kelesuan walaupun tidur cukup dan lepas bersenam? Mari buat ‘energy booster’ dengan dua bahan sahaja
Bagi yang tidak tahu, limau kasturi sebenarnya penuh dengan vitamin C, boleh menjadikan kita awet muda dan mengikis kolestrol jahat dalam badan. Yang paling penting boleh hilangkan kedut pada kulit. Jadi, tidak hairanlah jika limau kasturi boleh menjadi agen utama untuk memberikan tenaga pada tubuh!
BAHAN-BAHAN DAN CARA MEMBUAT:
1. Bahannya ialah limau kasturi- bukan sahaja murah malah mudah untuk didapati.
2. Belah dan buang biji limau tersebut. Kisar limau sehingga halus dengan kulit sekali bersama sedikit air kemudian tapis.
3. Jika mahu lebih sedap, tambah sedikit madu asli.
4. Masukkan dalam bekas kiub (mould) kemudian simpan dalam peti ais di bahagian beku.
5. Setiap kali kita hendak minum, ambil satu kiub dari peti ais dan curah air panas. Pati limau kasturi ini walaupun sudah ditapis tetapi masih mengandungi serat di dalamnya. Ianya juga sangat berkhasiat walaupun hanya satu kiub.
6. Boleh ambil setiap pagi sebelum subuh. Curahkan dengan air panas dan biarkan seketika sebelum diminum. Jangan tambah gula.
Boleh ulang secawan lagi pada waktu tengah hari atau malam. Bagi yang telah mencubanya anda pasti boleh rasakan perbezaan pada tu buh anda. Rasa sangat segar dan energetik serta kurang rasa sakit badan.
“Aisyah Sempat 5 Bulan Di SBP Semasa Berada Di Tingkatan 1.” Ibu Terkejut Anak Trauma Duduk Di Asrama, Berat Turun 5kg!
Setiap kejayaan anak merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh ibu bapa kerana bagi ibu bapa ia adalah suatu pencapaian yang besar dalam membesarkan anak-anak.
Lantaran itu, baru-baru ini sejak permohonan kemasukkan ke asrama penuh dibuka ini ramai ibu bapa mula teruja untuk memohon untuk anak.
Mana taknya, kebiasaanya anak yang memasuki sekolah asrama elit ini akan tampil dengan kendiri yang lebih matang dan cemerlang dalan akademik.
Namun tidak semuanya indah mengenai kehidupan di asrama, tetap ada pro dan kontra. Bahkan tidak semua sekolah SBP begitu hanya segelintir sahaja.
Kejadian buli, tidak serasi dengan persekitaran baru dan pelbagai masalah lain menjadi antara punca ramai yang mengambil keputusan keluar dari sekolah berkenaan.
Justeru, dalam hal ini, ibu ayah tidak perlu memaksa anak untuk membuat pilihan tinggal di asrama. Biarlah dirinya membuat keputusan. Ini kerana bukan semua anak mampu bertahan dan kuat dalam suasana baru dan persekitaran yang negatif seperti kejadian buli.
Begitulah yang keputusan yang terpaksa dibuat oleh seorang ibu kira-kira 5 tahun yang lalu apabila anaknya hanya mampu bertahan selama 5 bulan sahaja tinggal di asrama dek trauma dengan persekitaran di asrama.
Ikuti lanjut pendedahan ibu ini. Moga menjadi pengajaran buat semua agar mempersiapkan diri anak dari segi mental dan fizikal supaya anak dilatih untuk kuat, serta dominan supaya mengharungi kehidupan di asrama yang penuh cabaran.
TRAUMA HINGGA TURUN BERAT BADAN HINGGA 5KG
Aisyah sempat 5 bulan di SBP semasa berada di tingkatan 1. Selepas 5 bulan, baru dia bagitau sering tidak dapat sarapan pagi kerana diminta oleh senior untuk cuci tandas. Jam 5 pagi sudah bangun dan mandi kerana hanya senior dibenarkan bangun dan mandi lewat. Berat Aisyah turun 5 kg.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Aisyah suka belajar, waktu malam hanya senior yang dibenarkan stay back. Jadi Aisyah bawa lampu kecil(guna bateri) untuk belajar dalam dorm. Kesannya, mata rabun dan power terus tinggi bila buat cermin mata kali pertama.
Ujian pertama Aisyah di SBP, math dan Bahasa Jepun Aisyah dapat 100%. Bila ramai rakan yang tahu, bila ada ujian ramai pelajar datang minta dia ajar. Termasuk rakan daripada kelas-kelas lain.
Dia ok pada awalnya kerana tahu lebih banyak yang kita ajar pada kawan, lebih kuat pemahaman kita. Tapi sampai dia tiada masa untuk dia belajar sendiri, Aisyah rasa tertekan.
Aisyah sering diganggu pelajar lelaki sekelas yang meminatinya. Dia tidak suka kerana tahu waktu belajar bukan waktu bercinta.
Kemuncaknya apabila pelajar lelaki sengaja menebuk gambar Aisyah di dalam kelas di bahagian sensitif dan rakan perempuan yang lain ramai-ramai mentertawakannya dia jadi keliru.
BUAT KEPUTUSAN BERPINDAH SEKOLAH HARIAN
Sebaik sahaja Aisyah maklumkan apa yang berlaku, kami terus buat keputusan keluarkannya daripada asrama dan berpindah ke sekolah harian berhampiran. Jika tidak suka pada suatu persekitaran, berhijrahlah. Usah biarkan diri kita teraniaya.
Saya tanya Aisyah, kenapa lambat bagi tau ummi. Dia kata kesian ummi dan abah dah habis duit banyak. Allah. Sebak mendengarnya. Duit boleh dicari. Persekitaran yang sihat itu lebih baik.
Sebelum keluar, pengetua dan kaunselor sekolah sudah memujuk tapi Aisyah lebih selesa belajar di rumah.
Kini Aisyah berumur 18 tahun melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Selangor yang juga merupakan pelajar lepasan SPM 2021.
Moga kisah ini menjadi iktibar buat semua. Apa yang pasti, sebagai ibu ayah buatlah keputusan yang tepat untuk anak-anak untuk masa depannya. Sekolah harian tetap jua terbaik sebagaimana sekolah asrama penuh.
Setiap wanita punya cara tersendiri untuk menjaga penampilan diri. Baik diet secara biasa mahupunekstrem bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Datin Eina Azman menerusi lama instagramnya. Beliau menggunakan kaedah mengehadkan pengambilan nasi iaitu sebanyak dua kali dalam masa sebulan. Ini bagi mengekalkan berat badan dan saiz pinggang yang diidamkan.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi ruangan Ask Me A Question di laman Instagram selepas menjawab beberapa pertanyaan pengikutnya mengenai tips diet yang diamalkan.
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman memberitahu yang dia sememangnya menggemari nasi tetapi berat badannya akan bertambah ‘berkilo-kilo’. Disebabkan itu, dia harus mengawal pengambilan nasi.
Dalam masa yang sama juga, Eina turut mengamalkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk kekal kenyang sepanjang hari sekali gus mempunyai banyak nutrisi dalam membantu proses diet harian.
“Jadi sekarang ni saya cuma akan makan nasi dalam sebulan dua kali sebab nak kekalkan berat dan pinggang idaman saya.
“Saya banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. insya-Allah ok akan kenyang,”kongsi Eina lagi.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.