Bila terasa hendak menarik nafas pun menjadi sempit dan payah hingga perlu menggunakan tenaga sepenuhnya bagi menyedut oksigen, itu suatu keadaan yang biasa dirasakan oleh sesiapa yang mengidap asma atau dikenali sebagai penyakit lelah.
Biasanya bila diserang asma sebegini, kita akan bergegas ke klinik mahu pun ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pun begitu tidak salah kiranya mengamalkan beberapa petua ini untuk mengurangkan kekerapan diserang lelah dan sekali gus memberi keselesaan untuk menarik nafas.
Untuk itu dikongsikan beberapa petua yang boleh dicuba.
Petua Merawat Penyakit Asma atau Lelah Secara Tradisional
Petua 1: Petola
Kita biasa makan sayur air petola tetapi tidak tahu khasiat sebenar buah petola untuk tujuan merawat penyakit Asma. Admin harap dengan petua ini, ibu bapa di luar sana membuka mata demi melihat anak kita sihat dan normal.
Caranya mudah saja, ambil sebiji petola kemudian potong sedikit dan buangkan biji dan buat lubang di tengah-tengah. Selepas itu, masukkan beberapa biji gula batu ke dalam dan bakar petola itu hingga masak. Selepas masak, perah petola untuk menghasilkan jus. Amalkan meminum jus berkenaan.
Petua 2: Halia
Admin difahamkan halia memiliki ramuan anti-asma yang baik. Cara pemakanan membabitkan halia amat banyak. Halia juga boleh dijadikan minuman yang mana lebih mudah disediakan. Amalkan meminumnya setiap hari dan galakkan anak-anak anda berbuat demikian.
Petua 3: Madu
Madu amat baik untuk mencairkan lendir yang terdapat dalam saluran pernafasan. Penyediaan mudah saja, anda juga boleh memakan madu terus atau menyediakan dengan mencampur dengan air suam. Semua sedia maklum bahawa madu memiliki banyak khasiat dan keistimewaan untuk merawat banyak penyakit termasuk mengurangkan batuk dan selsema di mana ia berkaitan dengan saluran pernafasan.
Masih terdapat pelbagai petua di luar sana untuk mengatasi penyakit Asma. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berusaha untuk mencari penawarnya secara tradisional. Admin berharap petua yang kami kongsikan ini memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
Sumber : Pertanian satu perniagaan
Manakala melalui perkongsian daripada Syazlin Mhd Isa, ada petua untuk mengurangkan sakit lelah.
Bahannya :
1. Minyak masak
2. Kunyit
3. Sireh
Cara penyediaan :
- Campurkan minyak masak dengan Kunyit yang telah ditumbuk. Gaul sebati.
- Sapu pada sehelai daun sirih depan belakang. Kemudian layurkan sirih pada api/lilin.
- Bila suam2 kuku, tekapkan di dada sehingga daun sirih sejuk.