Rebus Laksa Kering Tak Perlu Lama, 10 Minit Je. Jimat Masa & Gas, Begini Caranya!
Buat peminat laksa tentu sudah tahu betapa bukan sekejap masa diperlukan untuk merebus laksa kering untuk pastikan betul-betul lembut. Meskipun ada laksa basah, namun ada yang lebih gemarkan laksa kering kerana rasanya bila dikunyah lebih enak.
Jadi nak tak nak, tetap juga memilih laksa kering berbanding laksa basah!
Pun begitu tahukah anda sebenarnya ada cara merebus laksa kering dan masa yang diambil untuk merebus hanya 10 minit. Memang jimat gas kalau memasak guna cara yang ni. Mungkin ada yang tidak percaya, tapi teknik inilah yang digunakan oleh Suzana Saad untuk mendapatkan hasil rebusan laksa kering yang lembut sempurna dengan mudah.
Menurut perkongsiannya di media sosial, sebelum mengetahui cara merebus laksa kering dengan cepat daripada tokey laksa, dia turut akui agak malas bab hendak merebus laksa dek kerana masanya yang terlalu lama. Tetapi tidak lagi setelah mengetahui cara mudah dan cepat. Bila-bila teringin makan laksa, tiada lagi masalah baginya untuk menyediakan menu laksa untuk keluarga tercinta.
Jadi buat anda yang ingin tahu teknik yang digunakan, ikuti perkongsiannya di sini.
Ads
Langkah 1 : Rendam laksa kering tu semalaman atau 2 jam pun ok dah.
Langkah 2 : Dengan air rendam tu, rebus hingga mendidih dalam 10 minit.
Ads
Langkah 3 : Kemudian tutup api dan tutup periuk. Biarkan dalam air panas tu 1 jam.
Langkah 4: Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh ye. Biarkan dalam penapis macam tu sahaja dan boleh makan bersama kuah laksa.
Dah bosan dengan lemang ketupat nasi impit? Apa kata cuba buat menu ni untuk jamu tetamu pada hari raya ni! Apa lagi kalau buat mee kari. Memang sedap terangkat lah time makan. Yang pasti, confirm dapat pujian nanti. Jom cuba resipi mudah dari Bunga Jua ni. Senang je cara nak buat, bahan pun tak susah nak cari!
Mee Kari Special
Bahan-bahannya :-
– Mee kuning (celur sekejap)
– Fishball (goreng dan hiris)
– Fishcake (goreng dan hiris)
– Tauge
– Daun sup (hiris)
– Lada merah/hijau (hiris)
– Bawang goreng
– Limau kasturi
– Telur rebus belah dua
– Nak tambah kerang/udang pun boleh
Bahan untuk kuah:-
– Ayam @ daging
– Tauhu pelampung (goreng sekejap)
– 2 biji bawang merah besar *
– 3 biji bawang putih*
– 2 sudu besar udang kering*
– 10 tangkai cili kering*
– 1 batang serai (ketuk)
– 4 sudu besar serbuk kari (dibancuh dengan sedikit air)
– 1 kotak kecil santan
– 1 cawan air
– 1 kiub pati ayam
Cara – caranya :-
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak. Masukkan serai, bahan kisar * dan serbuk kari yang dibancuh. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam / daging. Biar masak sekejap.
4. Masukkan santan dan air serta kiub pati ayam, kepekatan kuah agak² je ya. Jangan cair atau pekat sangat.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa.Biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu tadi. Siap.
Kredit resepi: Bunga Jua
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Spaghetti Aglio Olio Berkeju, Sedapnya Hingga Tak Terkata!
Seminggu beraya tentu kita puas menikmati pelbagai hidangan tradisi hingga buat ada yang teringin bertukar selera saat ini. Jadi nak tak nak, kenalah kita masuk dapur untuk sediakannya.
Jika tercari-cari menu yang simple dan enak, mungkin juadah Spaghetti Aglio Alio ini boleh dijadikan pilihan terbaik.
Menariknya resipi yang dikongsikan oleh Nur Masri ini dan bolehlah dikatakan berbeza daripada resipi yang biasa bila dia turut meletakkan keju di dalam ramuan bagi memberi rasa yang lebih enak. Tentunya buat peminat keju, akan berpuas hati dengan juadah yang disediakan ini.
1) Rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak dan sedikit garam. Rebus selama 7-8 minit dan toskan. Simpan sedikit air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
2) Panaskan olive oil @ minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dicincang. Bila dah naik bau tu, cili flakes dan daun pasley.
3) Kemudian,masukkan udang. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.
Pun begitu dalam merebus spaghetti, meskipun nampak mudah namun kita perlu tahu tips dan caranya agar menu yang dimasak sempura rasanya. Ini seperti apa yang dikongsikan oleh Lizawati Liza.
Menurutnya ada ada 8 perkara ni perlu dilakukan untuk dapatkan hasil rebusan yang sempurna dan spaghetti tidak melekat.
Tentunya setiap antara kita yang memasak inginkan hidangan yang disediakan mempunyai rasa yang enak dan menyelerakan untuk dimakan. Kalau boleh biarlah seisi keluarga akan makan menu yang terhidang hingga menjilat jari. Barulah puas hati, hilang rasanya penat memasak bila lihat keluarga seronok dan berselera menikmati juadah.
Bercerita tentang rahsia mencipta keenakan rasa makanan, penggunaan garam sering dijadikan sebagai salah satu cara lazim untuk meningkatkan rasa sesuatu masakan. Tidak dapat kita nafikan bahawa makanan akan bertambah sedap apabila ditambah garam padanya. Namun jika digunakan dengan jumlah yang banyak dalam pengambilan makanan harian ia juga boleh menjadi penyebab kepada masalah kesihatan seseorang.
Terutamanya jika di rumah kita ada ibu ayah yang telah berusia dan uzur, mungkin mengidap penyakit darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya di mana perlu dipantau pengambilan makanan yang bergaram. Pastinya kita tidak mahu masakan yang kita hidangkan kepada mereka memberi kesan pada kesihatan.
Jadi apa solusi perlu diambil jika kita ingin mengurangkan penggunaan garam biasa dalam masakan?
Jika tidak tahu ada baiknya kita dengar pandangan dan pendapat daripada Pegawai Dietetik Jazeera Julaili. Menurutnya, andai ditanya antara garam dan MSG mana satu lebih baik, dia memilih MSG!
“Jika ingin dibandingkan antara Monosodium Glutamate (MSG) dengan sodium biasa ternyata sangat ketara perbezaannya. Di mana jumlah kandungan garam hanya 12% dan 78% adalah glutamate di dalam MSG dan berbanding jika guna garam biasa, sodium ada sampai 40%, 3 kali lebih tinggi”
Pun begitu ujarnya jangan salah faham maksud yang ingin disampaikan.
“MSG itu lebih baik kerana kurang kandungan sodium tapi perlu juga diambil secara sederhana. Seeloknya 1-2 sudu kecil sahaja dalam sehari. Jika ambil berlebihan tidak elok juga,” terangnya.
Menurut Jazeera lagi, penambahan garam yang betul adalah selepas meletakkan MSG ke dalam masakan. Rasa Umami dari MSG dapat melazatkan makanan, jadi tidak perlu masukkan banyak banyak garam yang tinggi sodium untuk mencapai rasa nikmat yang diingini.
Tepuk dada tanya selera! Apa yang pasti, memilih mana satu yang terbaik dan bagus untuk keluarga terletak ditangan anda sendiri.
Jadikan MSG Pilihan Utama
Atas sebab itu juga AJI-NO-MOTO®, jenama MSG tulen yang mencecah sejarah 112 tahun adalah pilihan utama sejak turun-temurun yang bertindak sebagai pemberi rasa dalam masakan dan sekali gus anda boleh selesaikan masalah untuk mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Menarik bukan?
Ini kerana AJI-NO-MOTO® Umami jika dimasukkan di dalam masakan akan memberi kelebihan yang luar biasa pada rasa hidangan walau tanpa perlu penggunaan garam yang banyak. Cukup sekadar ditambah bersama sedikit AJI-NO-MOTO® Umami ke dalam masakan akan memberi kesan kesempurnaan dan keseimbangan rasa yang diingini.
Rasa ‘Umami’ itu sebenarnya berasal daripada glutamat yang terkandung di dalam makanan yang kaya dengan protein dan ia adalah merupakan rasa asas ke lima selain daripada manis, masin, masam dan pahit. Ia juga dikenali sebagai ‘rasa macam daging’ atau ‘berperisa seakan sup’.
Mungkin ada antara kita masih belum faham sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan MSG (Monosodium Glutamat) yang terdiri daripada kombinasi antara 12% sodium, 78% glutamat dan 10% air terikat.
Glutamat merupakan asid amino yang memberikan rasa Umami. Ianya banyak terdapat di dalam makanan yang kaya protein seperti daging, ikan, ayam, susu (termasuk susu ibu) dan sebagainya.
Tahukah anda, Glutamat juga boleh dihasilkan secara semula jadi di dalam badan manusia seperti dibahagian otot, otak dan tisu-tisu organ lain. Ianya memainkan peranan penting dalam proses metabolisme badan.
“Hentikan spekulasi dan fitnah terhadap MSG. Secara umumnya, MSG telah digunakan lebih daripada seratus tahun dan ia merupakan salah satu bahan makanan yang paling banyak dibuat kajian. Pangkalan datanya yang meluas merangkumi beratus-ratus kajian semula telah melalui penelitian yang intensif dan keselamatan MSG telah dibuktikan. Bahkan selama lebih empat dekad ini, Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA) telah berulang kali mengesahkan keselamatan MSG,” kata Jazeera lagi.
Inilah faktanya kerana AJI-NO-MOTO® yang dihasilkan oleh Ajinomoto Malaysia adalah tulen kerana dihasilkan daripada tebu atau ubi kayu dan semestinya disahkan HALAL dari JAKIM.
Resipi Sihat Dengan Ajinomoto
Jadi buat anda yang ingin mencuba resipi sihat dan pastinyanya enak, Ajinomoto Malaysia kongsikan 5 resipi untuk dicuba. Sesuai untuk semua terutamanya yang mementingkan penjagaan kesihatan melalui pemakanan.
Kari Ayam Bersama Kentang
Bahan-bahan :
2 sudu besar Minyak masak
1 biji Bawang besar, dihiris
1 inci Halia, ditumbuk
2 ulas Bawang putih, ditumbuk
1 sudu besar Serbuk kari ayam
1/2 sudu besar Serbuk cili
1/2 sudu kecil Serbuk kunyit
300 g Ayam, dipotong kecil
2 biji Kentang, potong dadu besar
150 ml Air
50 ml Santan
Bahan-bahan A: rempah
1 biji Bunga cengkih
1 kuntum Bunga lawang
1 batang Kulit kayu manis
1 tangkai Daun kari
Bahan-bahan B: bahan perasa
1 keping kecil Asam keping
1/3 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil TUMIX® Perencah Pati Ayam
1/2 sudu kecil Garam
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang besar dan rempah (A) sehingga wangi.
2. Masukkan pes halia dan pes bawang putih bersama-sama serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit.
3. Kacau goreng dengan api kecil sehingga naik minyak. Masukkan ayam, kacau rata.
4. Masukkan kentang, bahan perasa (B) dan air. Kacau dan tutup, biarkan masak di atas api sederhana selama 15 minit.
5. Akhir sekali masukkan santan, didihkan selama 2 minit. Hidang panas.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 11% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Petola Bersama Telur Hancur
Bahan-bahan:
1 sudu besar Minyak masak
1/2 biji Bawang besar, dihiris
1/2 sudu besar Bawang putih cincang
300 g Petola, dibuang kulit and dipotong bulat
1 biji telur, kacau perlahan-lahan
Bahan-bahan A: bahan perasa
2 sudu besar Air
1/2 sudu kecil Gula
1/8 sudu kecil Serbuk lada sulah
1/3 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/3 sudu kecil Garam
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kuning keemasan.
2. Masukkan petola dan bahan perasa (A), kacau rata dan masak selama 2-3 minit.
3. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan. Hidangkan panas.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 18% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Nasi Goreng Ayam
Bahan-bahan
4 sudu besar Minyak Masak
1 sudu kecil Bawang putih cincang
1/2 biji / 50 g Bawang merah, dihiris
100 g Isi ayam, potong dadu
3 hiris / 15 g Lobak merah, potong kecil
2 tangkai Sawi, dipotong kecil
1 sudu besar Sos tiram
1biji Telur
460 g Nasi putih
1/3 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1/3 sudu kecil Garam
Sedikit Bawang goreng, untuk hiasan
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kuning keemasan.
2. Masukkan ayam, kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan lobak merah, sawi dan sos tiram. Kacau rata.
4. Masukkan telur, campur rata.
5. Masukkan nasi putih, AJI-NO-MOTO® dan garam.
6. Kacau rata dan hidang bersama bawang goreng.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 11% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Ayam Masak Halia
Bahan-bahan:
500 g Ayam, potong kecil
2 sudu kecil Minyak masak
1/2 cawan Air
1/3 sudu kecil Minyak bijan
1 sudu kecil Tepung jagung dicampur bersama 1 sudu besar air
Bahan-bahan A: perap
1/3 sudu kecil Gula
½ sudu kecil Serbuk lada sulah
½ sudu kecil Kicap pekat
½ sudu kecil Sos tiram
¾ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil Perencah Pati Ayam TUMIX®
Bahan-bahan B:
¼ biji Bawang besar, dihiris
½ saiz ibu jari Halia, potong memanjang
1-2 biji Bawang putih, di cincang
2 tangkai Cili kering, rendam di dalam air dan dibuang bijinya
Cara Menyediakan
1. Perap ayam bersama bahan perap (A) selama 30 minit.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan (B). Keluarkan separuh bahan tumisan, ketepikan.
3. Masukkan ayam, kacau diatas api sederhana sehingga sedikit masak.
4. Masukkan air dan reneh di atas api kecil selama 15 minit atau sehingga ayam lembut dan masak.
5. Masukkan minyak bijan, campuran tepung jagung dan separuh bahan tumisan (B). Kacau rata.
6. Sedia dihidang bersama nasi putih.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 19% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Sup Telur
Bahan-bahan:
1 ketul Rangka ayam
1.5 liter Air
1 sudu besar Tepung jagung, dicampur dengan 2 sudu besar air
2 biji Telur, dipukul
1/2 cawan Sayur campur sejuk beku
1/4 sudu besar Minyak bijan
2 tangkai Daun bawang, dihiris halus
Bahan-bahan A: bahan perasa
1/8 sudu kecil Serbuk lada hitam
1/3 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil TUMIX® Perencah Pati Ayam
Cara Menyediakan
1. Rebus rangka ayam dan bahan perasa (A) di dalam air, dan reneh selama 45 minit.
2. Buangkan tulang ayam.
3. Masukkan campuran tepung jagung ke dalam stok ayam dan kacau rata.
4. Masukkan perlahan-lahan telur dan kacau.
5. Masukkan sayur campur dan minyak bijan, didihkan selama 1 minit.
6. Hidang panas bersama daun bawang.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 22% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Kalau nak tahu lagi info berkaitan pemakanan sihat untuk anda sekeluarga, anda juga boleh layari laman web Ajinomoto Malaysia dan atau lebih mudah klik sahaja di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.