Spaghetti Aglio Olio Berkeju, Sedapnya Hingga Tak Terkata!

Seminggu beraya tentu kita puas menikmati pelbagai hidangan tradisi hingga buat ada yang teringin bertukar selera saat ini. Jadi nak tak nak, kenalah kita masuk dapur untuk sediakannya.

Jika tercari-cari menu yang simple dan enak, mungkin juadah Spaghetti Aglio Alio ini boleh dijadikan pilihan terbaik.

 

 

Menariknya resipi yang dikongsikan oleh Nur Masri ini dan bolehlah dikatakan  berbeza daripada resipi yang biasa bila dia turut meletakkan keju di dalam ramuan bagi memberi rasa yang lebih enak. Tentunya buat peminat keju, akan berpuas hati dengan juadah yang disediakan ini.

Selamat mencuba.

Spaghetti Aglio Olio Berkeju, Sedapnya Hingga Tak Terkata!

Bahan-bahan

1 paket spaghetti

1 mangkuk udang

5 ulas bawang putih

IKLAN

1 sb chili flakes-beli online di sini

1 sb lada hitam

2 sb serbuk oregano

Sedikit daun pasley (hiris halus)

1 kiub ayam

3 keping cheese ( jika suka)

Tomato

 

IKLAN

 

Cara-cara

1) Rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak dan sedikit garam. Rebus selama 7-8 minit dan toskan. Simpan sedikit air rebusan tu untuk digunakan kemudian.

2) Panaskan olive oil @ minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dicincang. Bila dah naik bau tu, cili flakes dan daun pasley.

3) Kemudian,masukkan udang. Masak selama 1 minit. Masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.

Spaghetti Aglio Olio Berkeju, Sedapnya Hingga Tak Terkata!

4) Seterusnya, masukkan sudu serbuk oregano, 1 sudu serbuk lada hitam, 3 keping cheese dan 1 kiub ayam. Masak seketika.

IKLAN

5) Kemudian masukkan spaggeti dan tomato.

* Boleh juga letak sotong atau sosej jika suka.

* Jika suka cheese boleh letak cheese

Pun begitu dalam merebus spaghetti, meskipun nampak mudah namun kita perlu tahu tips dan caranya agar menu yang dimasak sempura rasanya. Ini seperti apa yang dikongsikan oleh Lizawati Liza.

Menurutnya ada ada 8 perkara ni perlu dilakukan untuk dapatkan hasil rebusan yang sempurna dan spaghetti tidak melekat.

1 – panaskan air untuk merebus spaghetti sehingga mendidih.
2- letak sedikit mintak di dalam air untuk merebus pasta.
3- letak spaghetti di dalam air mendidih dengan cara bersilang – silang. Ini bertujuan supaya nanti pasta kita tidak melekat.
Spaghetti Aglio Olio Berkeju, Sedapnya Hingga Tak Terkata!
4- bila pasta sudah terendam di dalam air mendidih. Angkat pasta menggunakan pengepit makanan .
5- teruskan lagi merebus . Sehingga pasta sudah masak. Untuk mengetahui pasta sudah masak atau belum . Ambil satu dan picit. Kalau sudah lembut . Pasta anda sudah masak.
Spaghetti Aglio Olio Berkeju, Sedapnya Hingga Tak Terkata!
6- toskan pasta anda guna penapis . Alirkan air supaya pasta cepat lembut.
7- Tuang sedikit minyak jagung @ minyak zaitun ke dalam pasta untuk memudahkan proses meleraikan pasta .
Spaghetti Aglio Olio Berkeju, Sedapnya Hingga Tak Terkata!
8- sedia untuk dimakan bersama sos pilihan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI