Bayangkan seandainya ibu bapa kita sering mengadu sakit lutut dan kesakitan itu menyebabkan sukar baginya solat dengan selesa, pasti kita sebagai anda berasa kasihan dan sebolehnya ingin meredakan kesakitan yang ditanggungnya.
Oleh itu, apa kata selain berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bolehlah sediakan air rebusan ini untuk diamalkan. Menurut Puan Nan Rina daripada pengalaman makciknya yang mengamalkan air rebusan tersebut, kini siapa sangka semakin sihat dan boleh mudah sahaja untuk bangun dan berdiri.
Untuk itu, ini perkongsiannya. Semoga info ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama.
Semalam i pergi rumah unty i, i terkejut sangat bila tengok dia boleh bangun sendiri tanpa support dari apa apa, sebab sebelum ni dia sakit lutut then kalau nak bangun ke apa dia kena ada support untuk dia bangun even duduk pon tak boleh sebab nanti susah nak bangun, sekarang alhamdulillah laju je dia bangun .
I tanya dia apa petua?
Ads
Di bawah inilah petuanya “Air detox homemade” Cubalah korang try mana tahu esok dah bole berlari.
Minum time suam-suam, buah epalnya boleh dimakan. Seeloknya habiskan semuanya dalam sehari 3 kali, pagi, petang malam dan jangan simpan dalam peti ais nanti hilang khasiatnya.
Amalkan selalu, InshAllah.. dengan izinNya
Sumber : Nana Rina Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benar, tiada salahnya membeli sesuatu yang diinginkan setelah penat lelah mencari rezeki namun ada kewajarannya setiap perbelanjaan itu perlu ikut kepentingan dan keperluan, bukannya mengikut emosi semata-mata.
Mengulas lanjut praktis berjimat di dalam keluarganya, Wan Mohd Juraini Najmi Bin Nawawi atau lebih mesra disapa Najmi yang juga merupakan seorang pegawai yang bertugas di institusi kewangan, sedikit sebanyak mempengaruhi corak dan pemikirannya dalam mengurus penjimatan kewangan untuk keluarganya.
“Bila kita menyentuh tentang kekeluargaan dan ekonomi, sebenarnya terdapat dua fasa yang harus saya berikan tumpuan. Fasa pertama adalah sebelum kahwin dan fasa ke dua adalah selepas berkeluarga.
“Saya berkahwin awal pada usia 22 tahun dan ketika itu masih belajar lagi. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana saya boleh berkahwin awal? Percayalah bila kita berjimat dan bijak urus wang, tiada yang mustahil untuk kita dapatkan sejumlah wang simpanan bagi realisasikan impian berumah tangga.
“Bayangkan sepanjang 5 tahun belajar di India, sedang pelajar lain ada yang membeli motor yang hebat dengan duit biasiswa, namun saya hanya tangguhkan hasrat itu dan tidak berbelanja sesuka hati sepanjang berada di perantauan.
“Lagi pun, tiada keperluan untuk saya berbelanja lebih di sana, ini memandangkan kos makanan dan minuman sangat rendah dan murah di sana. Oleh itu, banyak duit dapat saya simpan dan duit yang terkumpul saya jadikan sebagai wang untuk memulakan hidup berkeluarga,” ujarnya lagi dengan mesra.
Selain itu dalam melakukan penjimatan perbelanjaan bulanan setelah berumah tangga, pasangan suami isteri ini juga mengambil keputusan bijak dengan memilih rumah yang strategik kedudukannya.
“Saya juga tidak janggal menaiki pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Malah cara ini jauh lebih jimat dan memudahkan saya. Hanya bermodalkan RM 50 untuk bayaran pas bulanan menaiki LRT, saya boleh pergi ke tempat kerja dengan selesa sekali. Tidak perlu menempuh jalan raya yang bersesak-sesak dengan kenderaan lain. Malah kelebihan ini juga saya dapat lakukan hobi saya dengan selesa sepanjang perjalanan dengan membaca dan mengarang.
“Manakala isteri pula, pergi ke tempat kerja dengan berjalan kaki sahaja. Bukan sahaja jimat, malah dalam masa yang sama bolehlah bergerak aktif, bersenam sikit-sikit,” terangnya ringkas sambil isterinya Puan Husna Nadhirah yang ada disisi mengagguk tanda setuju.
Bijak Rebut Peluang
Bercerita tentang kepentingan antara membeli rumah dengan kereta untuk keperluan keluarganya, nyata Najmi ada pandangannya yang tersendiri.
“Saya juga suka sarankan kepada lelaki yang bergelar suami agar jangan membuat pinjaman bank tanpa ilmu. Umpamanya pantang tengok keluarga orang lain ada kereta baru, kita pun teruja hendak ganti kereta dan apabila kawan-kawan sepejabat beli rumah mewah kita pun nak atau sebagainya dan akhirnya terus membuat pinjaman dengan bank tanpa perancangan rapi dan jika silap langkah akan menambah beban.
“Jadi apa yang saya buat dalam tujuan mengumpul eset dan dalam masa yang sama masih kekalkan konsep berjimat, pertamanya saya rebut peluang Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan oleh kerajaan. Manakala pembelian kereta pada saya ianya jatuh ditempat terakhir. Itu sebablah sampai ke hari ini saya hanya pakai kereta Persona sahaja dan bukannya kereta mewah berjenama.
“Atas sebab itu juga Alhamdulillah ketika saya berusia 25 tahun, membolehkan saya membeli rumah yang selesa untuk keluarga dan insyaAllah akan siap sepenuhnya tidak lama lagi.
“Senarionya akan berbeza kalau kita beli kereta terlebih dahulu. Mesti kita akan pilih kereta bercitarasa mewah setanding kemampuan gaji ketika itu. Dan bila tiba masa ingin membeli rumah, kelayakan pinjaman pula terbatas dan sekali gus menyukarkan pinjaman perumahan diproses,” terangnya lagi yang sememangnya tidak pernah lokek berkongsi info di akaun fbnya Najmi Nawawi tentang family dan parenting.
– Manfaatkan pengangkutan awam
– Utama kualiti barang agar tahan lama
– Pelbagaikan intrumen pelaburan
– Rumah pertama projek kerajaan
– Elak pinjaman tanpa ilmu
– Kereta ialah perkara yang terakhir
– Beli rumah subsale untuk pelaburan
– Beli keperluan waktu promosi online
– Masak bersama terutama weekend
– Tabung kecemasan diwujudkan
– Semak perbelanjaan bulanan
– Loyalty kad tesco dan petronas
– Perancangan hala tuju keluarga jelas
– Simpanan untuk aset anak-anak
– Kurangkan fikir pasal kepuasan diri
– Pakai air cond lebih jimat eletrik
– Bawa bekal ke tempat kerja
– Astro limitkan kepada asas sahaja
– Beli apa yang diperlukan
– Jual kembali apa tidak diperlukan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu tabiat buruk orang-orang kita adalah suka bercerita perkara buruk seseorang kepada orang lain. Bahkan masalah ini juga ada terjadi di dalam ahli keluarga.
Orang-orang begini dikatakan suka jaga tepi kain orang mahupun suka mengata orang.
Senang cakap semuanya ada sahaja yang ‘buruk’ dimatanya dan ingin dijaja cerita kepada umum.
Walaupun hakikatnya, kita semua tahu mengumpat itu adalah satu dosa. Namun tidak sedikit pun mereka rasa takut melakukannya. Kenapa?
Menjawab soalan ini, ayuh fahami ulasan dari Dr Zaharudin ini.
Orang mengumpat bila ditegur berkata “eh bukan mengumpat tapi cakap benar aja”, orang yang menyibuk bertanya hal orang yang tak berkaitan dengan dirinya bila ditegur berkata ” eh bukan nak menyibuk cuma suka nak tahu je, nanti boleh tolong jawab”.
Hakikatnya pendosa ini sedang cuba menjustifikasikan dosa dan meminimakan rasa berdosa. Ini sifat bahaya pencetus sifat nifaq. Berhati-hatilah.
Mengata yang benar itulah mengumpat, mankala yang tidak benar itu buhtan atau pendustaan terhadap orang lain..resepi muflis di akhirat.
Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya tentang ghibah, beliau menjawab:
عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال لما سئل عن الغيبة قال : ذكرك أخاك بما يكره . قيل : أفرأيت إن كان في أخي ما أقول ؟ قال : إن كان فيه ما تقول فقد اغتبته ، وإن لم يكن فيه فقد بهته .
ertinya: , beliau mengatakan: [ghibah] itu adalah kamu menyeritakan tentang saudaramu dengan apa-apa yang saudaramu sendiri tidak suka diceritakan, maka ia bertanya; bagaimana pandanganmu jika memang benar kenyataan yang ada pada saudaraku itu berkenaan apa yang aku ceritakan,?
maka baginda menjawab: “maka itulah ghibah [mengumpat], dan apabila tidak ada kenyataan pada saudaramu apa yang kamu ceritakan, maka berarti kamu membuat kedustaan [fitnah] kepadanya.” [ hadis sahih – Riwayat Muslim ]
Pernah makan tak, telur goreng cicah kicap dan hirisan bawang, nak lagi sedap tambah cili potong. Tentu ada yang pernah makan menu ni kan. Sebenarnya, khasiat yang banyak jika kita makan bawang mentah tanpa perlu dimasak. Malah kajian mengatakan ia dapat mengelak daripada serangan jantung dan strok. Untuk lanjut info mengenainya. Baca hurian oleh Saintis Prinsipal MARDI, Dr Suri Roowi berkongsi info kenapa perlu makan bawang mentah.
KHASIAT BAWANG MENTAH YANG TIADA @ KURANG PADA BAWANG MASAK
1. Bawang merah mentah kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid 2. Bahan ini bersifat antiplatelet (cegah pengumpalan darah) dan antikanser terutamanya antikanser usus, perut dan kerongkong. 3. Jika kita makan bawang merah mentah, ia bagus untuk bantu elak sakit jantung dan ‘stroke’ 4. Sebaliknya, bahan antiplatlet akan mudah hilang jika bawang di masak. Kajian ke atas 12 subjek manusia menunjukkan aktiviti antiplatelet akan musnah antara 3 dan 6 minit selepas masak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya merangsang aktiviti platelet (jadikan darah mudah bergumpal). 5. Keupayaan mencegah pengumpalan darah disebabkan oleh bahan organosulfur 6. Bawang kuning tinggi mineral seperti I fosforus, potasium, magnesium dan zat besi. 7. Bawang merah pula tinggi antioksidan dan vitamin C. 8. Simpan bawang dalam freezer selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang dimana bahan antioksidan quercetin akan terhasil dengan lebih banyak lagi Justeru kurangkan `membawang’, sebaliknya makanlah bawang mentah sebagai ulam untuk bantu cair darah
#DrSuriRoowi Principal Scientist Rujukan: Cancer Prev. Res. 2015 8(3): 181-188 Bulgarian Journal of Agric Sci. 21 (4): 736-741 Hansen et al. Nutrition Journal 2012, 11:76
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di