Setiap orang ada caranya yang tersendiri dalam mengurus kewangan. Tanpa perancangan pastinya gaji yang diperoleh habis dibelanjakan dan belum pun sampai hujung bulan duit di tangan sudah pun ‘kering’. Hal ini jika berlarutan, akhirnya akan menyebabkan hidup seseorang itu akan sentiasa di dalam tekanan dan terbeban dengan hutang keliling pinggang.
Namun bila kita pandai merancang perbelanjaan dan tahu berjimat sebagai mana yang dilakukan oleh seorang lelaki yang bergelar doktor ini, nyata penghujung tahun dia mampu berjimat hingga RM10,110 lagi. Biar pun bergaji besar, namun kehidupan harian yang dilalui cukup sederhana.
Untuk itu, jom kita teliti apa yang telah dilakukannya dan semoga boleh dijadikan panduan untuk kita merancang kewangan menjadi lebih baik.
Kenderaan
Hampir 4 bulan saya berulang alik dari rumah ke hospital dengan motosikal,jaraknya lebih kurang 10km.Kadang-kadang terpaksa berhenti ditepi jalan untuk pakai baju hujan.Maklumla musim tengkujuh,boleh dikatakan setiap hari hujan.
Pernah sekali MO menyapa,”Umah kau kat mana?Semalam aku nampak kau naik motor balik keje”. Saya jawab,”Umah di gong badak”.”Tak sejuk ke naik motor hujan² ?”tanya dia lagi.”Dah biasa”jawabku tersenyum.
Dalam hati kecilku menjawab,dengan naik motorlah,aku dapat menyimpan. Jom kita buat kira-kira beza naik motor dan kereta.
Motor(kos setahun):
Ansuran: rm1800(rm150/sebulan)
Petrol rm600(rm50/sebulan)
Servis rm360(rm30/sebulan)
Roadtax&insuran rm150
Total setahun: RM2910
Ads
Kereta Myvi(kos setahun):
Ansuran rm6600(rm550/sebulan)
Petrol rm2640(rm220/sebulan)
Servis rm850/setahun
Roadtax rm770/setahun
Tol rm1560(rm130/sebulan)
Lain² rm600/setahun
Total=RM13,020
*kiraan tol untuk negeri tertentu
Anda boleh jimat RM10,110 setahun jika anda rela berpanas dan berhujan dengan menggunakan motor. Nak lagi jimat,pinjam motor ayah atau beli cash motor secondhand.
Jika anda sangat-sangat memerlukan kereta,belilah kereta yang tidak terlalu membebankan anda. Berapa harga kereta yang sesuai?
Gaji sebulan x 12bulan
RM4600x12=RM55,200
Ads
Harga kereta yang sesuai anda beli adalah Myvi,axia,saga. Bukan honda civic apatah lagi mini cooper!Hehe
2.Bekal
Beberapa kali aku ditegur staff nurse,”Doktor memang tiap-tiap hari bawa bekal ke?”
“Ya kak,bekal simple-simple je,janji tak lapar”,jawabku. “Jarang dah sekarang saya nampak orang bawak bekal macam doktor”,katanya lagi.
Mindset penjawat awam lebih suka makan di kedai atau bungkus makanan.Padahal kalau bawa bekal,anda boleh jimat hampir RM200-300 sebulan kalau anda rela bersusah sikit untuk sediakan bekal. Lagipun,makanan di kedai belum terjamin kebersihannya..huhu
Tempat tinggal
Sebelum memilih hospital mana perlu bertugas(khas untuk HO),anda perlu merancang di mana anda nak tinggal. Sebaiknya pilihlah hospital yang paling hampir dengan rumah anda. Anda jimat hampir rm500-600 sebulan jika tidak menyewa.
[su_highlight]Kesimpulan[/su_highlight]
Ads
Status sebagai doktor bukan bermakna anda MESTI berkereta mewah,berpakaian berjenama mahal,makan di kedai hispter,ada iphone 7,tinggal di kondo,sering melancong ke luarnegara,kerana hakikatnya gaji doktor tak banyak mana pun. Kalau tak pandai merancang,tak sampai hujung bulan pun dah pokai. Dah bekerja bertahun-tahun pun masih tak mampu beli rumah,duit gaji cukup bayar kereta dan perbelanjaan bulanan.
Jangan terpedaya dengan status!Berbelanjalah di bawah kemampuan anda bukan berbelanja mengikut kemampuan!Mudah kata,gaji doktor tapi berbelanja macam orang bangla!haha
Jika sudah berkahwin,sebaiknya anda duduk berbincang dengan isteri anda tentang hala tuju perancangan kewangan dan ‘exit plan’. Tanpa sokongan isteri anda,sangat sukar untuk anda mencapai hasrat anda. Terimakasih pada Ummu Umar yang selama ini menyokong penuh dan rela mengikat perut bersama
Sumber : Dr Ahmad Samhan Awang
Hospital Sultanah Nur Zahirah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pernah tak beli ubi, ada lebihan tak ingat nak guna bila perasan dah bertumbuh tunas dan mengecut? Time tu tangan pun laju lah nak membuang! Haaa tahu tak, sebenarnya ubi tu kalau ditanam kerana ia boleh bercambah menjadi hasil yang boleh dimakan bersama keluarga! Nak tanam pula, tak perlu tanah seekar, guna pasu je pun boleh seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Theshaxfeen. Jom ikuti cara-cara yang dikongsinya!
Saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang. Ni hasil selepas 2 bulan saya tanam. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan tapi saya bukan penyabar, excited nak tengok isinya.
Ubi kentang jika dibeli dan tidak digunakan, akan bertunas dan menjadi kecut. Nak letak dalam masakan pun rasa macam tak segar. Tapi jangan buang tau ubi kentang yang dibeli jika jadi begini. Anda boleh tanam.
Tanaman ubi kentang ini tidak memerlukan tanah yang luas. Jika anda nak cuba tanam kentang, guna je pasu bunga. Sebaiknya tanam dalam pasu yang tinggi. Bila naik anak pokok atau pucuk baru, barulah tambah tanah lagi, sedikit demi sedikit.
Jika ikut cara yang betul, 2 bulan dah boleh tuai hasilnya. Memang seronok dapat tuai hasil dari kebun sendiri. Nak cuba tanam ubi kentang?
CARA TANAM UBI KENTANG DALAM PASU
BAHAN-BAHAN:
1. Ubi kentang
2. Pasu
3. Tanah
4. Lidi
CARA MENANAM:
1. Ambil ubi kentang dan potong separuh. Rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bertujuan supaya akar cepat keluar.
Cucuk dengan lidi supaya kentang tak terendam habis. Jika kentang busuk, akar tidak akan keluar.
2. Bila kentang sudah naik tunas, tanam dalam pasu. Letak tanah 1 inci kemudian letak kentang.
3. Tutup benih kentang dengan sedikit tanah. Bila pucuk makin meninggi, tambah tanah lagi. Begitulah seterusnya.
4. Siram pokok sehari sekali. Guna baja organik pun dah memadai.
TIPS TANAM KENTANG DALAM PASU!
1. Waktu terbaik untuk tuai ubi kentang adalah bila daun bawah mula menguning. Yang (saya) punya ni hasil selepas 2 bulan, daun masih segar. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan.
2. Bila pokok mula meninggi tambah lagi tanah sebab ubi kentang tu keluar melalui batang.
3. Daun kentang tak boleh dimakan. Kentang juga kena tenggelam sepenuhnya, tak boleh terdedah.
Kentang yang terdedah matahari tak bagus dimakan. Contohnya bila beli kentang, ada bahagian yang hijau, tu tak bagus dimakan.
4. Mula-mula tanam, tanah biar separuh bekas je, dah naik anak pokok baru tambah tanah lagi.
5. Saya tanam dalam pasu je, sebaiknya tanam dalam pasu yang lebih tinggi.
Sumber: Facebook Theshaxfeen via Berkebun D Rumah
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lebih 10 bulan lalu, warga Shah Alam, Selangor berdepan bencana banjir terburuk dalam masa lebih 25 tahun. Banyak rumah musnah dan kebanyakannya tidak bersedia untuk bencana itu.
Hujung tahun ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan 10 juta rakyat Malaysia akan mengalami banjir.
Paras air melepasi bumbung di beberapa kawasan perumahan dan bot penyelamat diperlukan untuk menyelamatkan mangsa di kawasan terjejas.
Banjir pada hujung tahun lalu telah memberi kesan kepada lapan buah negeri dengan lebih 70,000 kehilangan tempat tinggal serta mencatatkan kerugian kira-kira 6.1 bilion.
Mangsa yang terjejas berkongsi keperitan berhadapan bencana banjir dengan sebahagian daripada mereka masih trauma dan sehingga kini ada yang belum pulih sepenuhnya dengan terus berusaha membaiki rumah dan harta benda terjejas.
Bagaimanapun, MetMalaysia baru-baru ini mengeluarkan ramalan yang menyebut musim banjir sudah tiba dan berkemungkinan akan kekal sehingga awal tahun depan.
Musim tersebut berkemungkinan besar akan menjejaskan lebih 10 juta rakyat Malaysia dan musim banjir mungkin bakal melanda bermula bulan November hingga Januari 2023.
Berdasarkan ramalan itu, MetMalaysia menyebut negeri-negeri yang bakal terjejas adalah seperti berikut:
Kelantan (1.8 juta orang)
Terengganu (1.2 juta orang)
Johor (4 juta orang)
Pahang (1.6 juta orang)
Sebahagian Sarawak (2.5 juta orang)
Kawasan tersebut akan terjejas oleh musim monsun atau musim tengkujuh dan berkemungkinan besar akan mengalami hujan lebat berterusan.
Selain itu, MetMalaysia juga menyebut negeri-negeri berikut mungkin akan turut dilanda banjir akibat perubahan cuaca;
Selangor
Kuala Lumpur
Bahagian utara Kedah
Presiden Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadim), Roslan Ab. Ghani berkata, sukar untuk meramalkan sama ada banjir akan berlaku atau tidak kerana cuaca hari ini tidak menentu dan boleh berubah dengan cepat, ia di luar jangkaan menyebabkan bencana boleh berlaku di luar kawasan dan di luar musim.
Ujarnya, malah bahagian yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini kini mengalami banjir.
Beliau menggesa rakyat perlu bersiap sedia dan mengingatkan setiap negeri untuk memperkasakan komuniti masing-masing di peringkat daerah dalam soal pengurusan banjir dan memastikan pusat pemindahan berhampiran disediakan apabila diperlukan.
Sementara itu, ini persediaan awal yang boleh diambil bagi menghadapi musim tengkujuh.
“Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”, peribahasa ini cukup memberi makna yang mendalam berkaitan usaha kita sebagai ibu ayah untuk mendidik anak-anak.
Dari mereka kecillah mudah untuk mendidik dan mendisiplinkan mereka. Bila besar, susah pula hendak dilentur. Bila susah hendak dilentur, maka susahlah pula hendak ditegur. Bahkan lagi menyedihkan mendengar cakap kita sebagai orang tuanya pun tidak lagi diendahkan.
Pun begitu dalam sedar atau tidak, lazimnya bila anak-anak masih kecil kita merasakan apa sahaja yang mereka lakukan nampak betul sahaja dan tiada masalahnya untuk ditegur atau diperbetulkan.
Sedangkan saat mereka kecil inilah kita sebagai ibu ayah kena bijak memainkan peranan untuk memahamkan anak-anak. Contohnya seperti yang dikongsikan oleh puan Adawiyah Abdul Rahman ini.
Apa yang dikatakan olehnya di akaun facebooknya ada betulnya dan eloklah dijadikan panduan bersama. Pesannya jangan asbab kesian kita hari ini pada anak-anak, marah kita kemudian hari sudah tiada guna.
Ini perkongsian penuh daripadanya, bersama renungkan.
Fasa Kanak-Kanak Adalah Fasa Mendidik
Gambar hiasan
Rumah bersepah, mereka cakap:
“Fasa kanak-kanak adalah fasa bermain”
Jangan lupa fasa kanak-kanak juga lah fasa mendidik. Maka lepas bermain dan menyepah didiklah anak-anak untuk sama mengemas supaya kelak mereka biasa berdisiplin.
Anak-anak suka memukul, mereka cakap:
“Biasalah budak-budak mana faham lagi…”
Jangan tak tahu, masa budak-budak ini lah mak ayah kena bagi faham mereka. Jangan sampai satu tahap mereka dah susah nak faham.
Anak kedekut dan tidak suka berkongsi, mereka cakap:
“Mereka juga punya hak untuk dipertahankan…”
Jangan lupa, selain ajar anak-anak pertahankan hak, mak ayah juga harus ajar anak-anak untuk belajar mengorbankan hak supaya kelak mereka punya sifat empati dan sifat berkasih sayang.
Anak-anak melawan dan tak dengar kata, mereka cakap:
“Biasalah budak-budak…kesian nak marah kecil lagi…”
Jangan lupa asbab kesian kita hari ini, takut suatu hari nanti marah kita sudah tiada gunanya.
Maka berpadalah dalam memanjakan anak. Runsing jika sifat manja dan terlebih kesian tu memakan diri suatu hari nanti. Sebab tu lah, kata orang-orang terdahulu:
“Sayangkan anak tangan-tangankan…”
Budak lelaki 11 tahun perlu bantuan tangan palsu, tangan kanan dipotong akibat kanser tulang. Seorang murid lelaki berusia 11 tahun, Muhammad Iqbal Hakim Baharin, kini berhadapan dengan cabaran besar dalam hidup apabila tangan kanannya terpaksa dipotong akibat kanser tulang tahap empat yang dikenali sebagai right humerus osteosarcoma.