
Remaja buang bayi di belakang rumah, datang Klinik Kesihatan dalam leadaan pendarahan teruk. Seorang bayi dipercayai baru dilahirkan ditemui sudah tidak bernyawa di kawasan belakang sebuah rumah di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar pada Ahad.
Remaja Buang Bayi Di Belakang Rumah, Datang Klinik Kesihatan Dalam Keadaan Pendarahan Teruk
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan kejadian itu terbongkar selepas seorang gadis Orang Asli berusia 18 tahun hadir ke Klinik Kesihatan dalam keadaan pendarahan teruk.
“Pihak polis menerima panggilan pada jam 5.30 petang apabila pesakit itu tiba di klinik selepas mengalami pendarahan serius pada bahagian kemaluannya.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat koyakan besar sebelum remaja itu mengaku baru sahaja bersalin sendirian di rumah.
“Dia juga memaklumkan telah bertindak membuang bayi tersebut di belakang rumahnya,” katanya dalam kenyataan.
Berdasarkan maklumat tersebut, pihak polis menjalankan pemeriksaan di lokasi yang dimaksudkan dan berjaya menemui bayi berkenaan. Namun begitu, bayi malang itu disahkan telah meninggal dunia.
Menurut Noor Hisam lagi, kes kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Sumber: Sinar Harian
Artikel lain: Suami Isteri Maut, Tangkap Ikan Di Laut , Bot Terbalik Mereka Bersama Hingga Akhir Hayat
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di










