Tentu ramai yang telah mengalami, bila hidung mula berair  maka tidak lama kemudian badan pula rasa hendak demam dan tekak pula terasa gatal-gatal yang membuatkan asyik terbatuk.

Bila ini berlaku, tentu kita akan cepat-cepat mencari ubat untuk merawat penyakit ‘3 serangkai’ ini agar tidak menjadi lebih teruk hingga boleh mengganggu kerja harian. Apatah lagi jika anak-anak yang ‘diserang’ dengan penyakit ini, tidak senang duduk kita dibuatnya bila anak-anak tidak sihat.

Jadi perlu segera dirawat, selain dengan menggunakan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor anda juga boleh mencuba remedy 3 serangkai ini yang dikongsikan oleh Puan Sumaiyah Abdullah.

Menurutnya semenjak mengamalkan ubatan alternatif ini sudah bertahun-tahun dia tidak membeli ubat batuk mahupun Panadol. Jadi jika anda ingin mencuba kaedah yang diamalkan olehnya bolehlah buat seperti yang dikongsikan di sini. Selamat mencuba.

Baca artikel menarik lain di sini:

 

REMEDI 3 SERANGKAI (BATUK, SELSEMA, DEMAM)

Kat rumah ni dah bertahun tak beli ubat batuk atau Panadol. Kalau anak tak sihat mild² gitu saya rawat cara kampung atau alami sahaja. Kalau demam teruk baru saya guna kaedah megadose vit c dan topup supplement lain. Saja nak share, kebetulan buat stok ubat semalam. Ni cara saya la.

Remedi 3 Serangkai, Ibu Ni Buatkan Stok Untuk Rawat Selesema, Batuk & Demam. Mujarab!

IKLAN

Bahan-bahan:

Madu kelulut/lebah-beli  di sini

Bawang merah

Bawang putih

Halia

Cengkih

IKLAN

Lemon-beli di sini

Cara Penyediaan :

1.Bahan-bahan tadi dihiris nipis.

2.Selepas itu masukkan ke dalam botol jar kaca secara selang seli dengan madu. Buat secara layer.

3.Bila sudah penuh, tutup rapat pastu biarkan dalam suhu bilik 12 jam.

Remedi 3 Serangkai, Ibu Ni Buatkan Stok Untuk Rawat Selesema, Batuk & Demam. Mujarab!

IKLAN

4.Selepas 12 jam, dapat lihat bahan-bahan tadi terapung dekat atas maknanya sudah boleh digunakan untuk merawat.

5.Simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. Nak tapis dahulu pun boleh baru simpan dalam peti sejuk.

Cara pengambilan:

Tengok keadaan anak. Kalau kerap batuk, keraplah minum. Sukatan sudu teh. Nak campur dengan air pun boleh. Ok, itu saja sharing kali ni. Kita ikhtiar, Allah yang menyembuhkan. InshaAllah. Semoga bermanfaat.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Remedi 3 Serangkai, Ibu Ni Buatkan Stok Untuk Rawat Selesema, Batuk & Demam. Mujarab!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI