Kita mulalah runsing bila saiz badan anak kecil dan rendah berbanding rakan sebayanya. Tak tinggi-tinggi, buat kita bertambah risau. Apa sebabnya?
Sebenarnya pemakananlah paling penting untuk menambah ketinggian anak dan seimbang pada usianya. Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, sembilan jenis makanan ini termasuk ayam dan ikan antara yang wajib anak kita ambil.
Makanan pun penting untuk ketinggian anak. Ramai yang tanya; “Makanan apa boleh naikkan ketinggian anak?”. Ketinggian anak, bukan saja bergantung pada genetik.
Cukup keperluan mineral dan vitamin yang anak ambil setiap hari, mainkan peranan sangat penting untuk pertumbuhan badan anak, termasuk ketinggian.
Jom tengok 9 makanan yang boleh bantu anak capai ketinggian yang optimum untuk umur mereka.
Ads
1. Ikan
– Omega 3 dalam ikan, penting juga untuk kesihatan tulang dan pertumbuhan tulang anak dengan maksima.
2. Ayam
– Vitamin B12, antara vitamin utama dalam ayam untuk bantu naikkan ketinggian anak.
3. Telur
– Superfood yang anak-anak kena suka kan. Banyak sangat vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan badan anak.
4. Bijirin kekacang
– Antara sumber protein yang baik untuk anak, tinggi iron dan vitamin B.
Ads
5. Sayuran hijau
– Vitamin K dalam sayuran hijau penting untuk pertumbuhan tulang anak.
6. Yogurt
– Banyak nutrisi yang diperlukan untuk kesihatan tulang, antaranya kalsium, magnesium, fosforus dan potasium.
7. Badam
– Padat dengan manganase, magnesium dan vitamin E, penting untuk pertumbuhan tulang anak.
8. Pisang
– Ada kandungan pottasium, manganase, kalsium dan vitamin B, bantu naikkan ketinggian anak.
9. Keledek
– Tinggi vitamin A, bantu perbaiki kesihatan tulang dan optimumkan pertumbuhan tulang anak.
Semua makanan ni, adalah real food kan. Real food memang penting untuk pertumbuhan anak. Nak dapatkan tulang yang sihat, anak-anak kena selalu ambil makanan sihat. Elakkan makanan tinggi proses yang tak bawa kebaikan pada anak.
Kita cuba sama-sama ya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika kita pernah mengalami diri berada di awangan dan ruang sekeliling berpusing-pusing, itulah yang dikatakan sebagai vertigo.
Vertigo bukanlah sejenis penyakit, tetapi lebih kepada tanda (simptom) berlaku jika kita mengalami masalah keseimbangan tubuh.
Terdapat dua jenis vertigo, iaitu vertiga disebabkan oleh masalah dalam otak (central vertigo) dan vertigo yang disebabkan oleh masalah selain dari otak (periphery vertigo).
Vertigo yang disebabkan oleh masalah dalam otak, lebih berbahaya. Antaranya adalah penyakit multiple sclerosis, serangan strok dan tumor dalam otak.
Vertigo yang disebabkan oleh masalah selain dari otak berpunca dari masalah di bahagian organ yang menjaga keseimbangan tubuh yang berada dalam telinga iaitu vestibular. Ia juga mungkin disebabkan oleh masalah pada saraf yang menghantar maklumat ke otak.
Tiada ubat yang spesifik untuk mengatasi masalah vertigo. Kebanyakannya hanya mengurangkan keradangan yang berlaku dan mengurangkan rasa pening dan loya.
1. Ubat antihistamin seperti dimenhydrinate dan diphenydramine. Ia mengurangkan rasa berpusing dan rasa mual mahu muntah. Ia juga boleh menyebabkan mulut menjadi kering dan mengantuk.
2. Ubat steroid methylprednisolone. Pakar ENT tidak dapat menjelaskan punca sebenar masalah vertigo dengan tepat dan mengatakan ia berkemungkinan disebabkan oleh keradangan pada organ vestibular. Oleh itu steroid diberikan untuk mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan fungsi vestibular.
3. Bagi pesakit Meniere’s (iaitu kombinasi masalah vertigo, bunyi berdesing dan pendengaran terjejas) doktor memberikan beberapa ubat sebagai pencegahan.
Pertama, ubat diuretik seperti kombinasi hydrochlorothiazide dan triamterene.
Kedua, ubat betahistine iaitu sejenis histamin analog.
Ubat-ubatan ini mengurangkan tekanan cecair yang wujud di bahagian dalam telinga dan perlu diambil secara berterusan mengikut tempoh yang ditetapkan oleh doktor.
Terdapat juga disebabkan oleh kesan sampingan ubat sintetik yang boleh menyebabkan vertigo. Antaranya adalah:
1. Antibiotik – kumpulan aminoglikosida, makrolida dan sulfamethoxazole.
2. Anti-sawan – levetiracetam dan phenytoin.
3. Ubat tahan sakit dan steroid – celecoxib, naproxen dan prednisolone.
4. Anti-viral – oseltamivir.
5. Anti-hipertensi dan ubat jantung – nifedipine, frusemide dan glyceryl trinitrate.
Sekiranya pesakit mengalami vertigo setelah pengambilan ubat-ubatan ini, bertanya semula pada doktor yang merawat bagi mendapatkan ubat sintetik yang lebih sesuai.
Ada juga pesakit yang tidak berkurangan dengan ubat sintetik yang diberikan. Saya mencadangkan pengambilan vitamin D. Vitamin B12 juga didapati membantu pesakit vertigo yang mengalami kekurangan vitamin B12. Ia selalunya terdapat pada suplmen multivitamin dan mineral.
Selain itu vitamin C dan vitamin E adalah vitamin bersifat anti-keradangan yang baik.
Bagi sesetengah orang, mengekalkan berat badan selepas berkahwin ada yang berjaya dan tidak kurang juga ramai yang gagal. Pun begitu, jika berat badan naik sedikit mungkin tidak berapa terkilan, tetapi jika bertambah dua hingga tiga kali saiz dari berat badan asal mesti ada di antara kita akan berasa ingin juga untuk kembali langsing.
Sebenarnya dalam mengawal berat badan ini tiada yang mustahil! Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Sebagai mana ibu anak lima ini yang mampu mengekalkan berat badan ideal seperti anak dara. Apa bila dicungkil rahsianya, siapa sangka dengan mengamalkan minum air herba yang dihasilkan sendiri, wanita ini berjaya kekal langsing dan tampak awet muda.
Untuk itu, dikongsi amalan yang dilakukan oleh wanita ini untuk manfaat bersama.
“Amalan ini saya gunakan untuk mengurangkan berat badan. Boleh juga diamal oleh ibu yang selepas melahirkan untuk membanyakkan pengeluaran susu badan.”
Bila menyentuh bab makan makanan sihat untuk keluarga, secara tidak langsung akan terlintas difikiran tentang pelbagai pilihan menu sayur-sayuran yang mengandungi banyak khasiatnya. Bertepatan juga budaya makan sayur di dalam keluarga kita hari ini seakan begitu sinonim hingga seakan tidak lengkap rasanya hidangan jika tidak disajikan menu berasaskan sayur-sayuran ini.
Pun begitu, tahukah anda dalam banyak-banyak jenis sayuran yang kita ambil setiap hari ada beberapa jenis sayur-sayuran bertindak sebagai antikanser. Nak tahu apakah jenis sayuran itu, jom semak perkongsian daripada Yatie Eimra ini yang dipetik daripada perkongsian Dr Suri Roowi.
“Sebenarnya semalam dok google & carik info tentang sayur-sayuran, kebetulan terjumpa lak video dr. Suri Roowi ni.. Saya baru tau tentang video ni walaupun dah lebih setahun. Ekeke.. Tapi share jugak sebab banyak sangat info berguna (untuk rujukan sendiri di masa depan). Kot-kotlah la ada gak yang ketinggalan macam saya ni.. Ni antara isi-isi penting yang saya salin dan susun agar lebih teratur senang senang paham. Ada juga beberapa maklumat yang saya tambah (⭐) dari beberapa rujukan sebagai info tambahan. Semoga bermanfaat”-Yatie Eimra
Sayur Antikanser
Dr Suri Roowi, Pakar Antioksidan MARDI
Ikimfm, slot Rahsia Alam (19/04/17)
Bawang Putih
Amalkan makan 1 ulas bawang putih setiap hari selama 3 bulan
⭐ bawang putih juga boleh mencairkan darah. Kurangkan pengambilan bawang putih sekiranya mempunyai masalah darah cair.
Saderi
Brocolli
Minyak zaitun
Barley grass
Serbuk dari anak pokok barli. Tinggi potassium, kalsium 50x lebih tinggi dari beras (⭐11x lebih tinggi dari susu)
Mengurangkan Diabetes
Pokok geti/pokok turi
Daun dan bunganya bertindak sebagai antidiabetes. Daun & bunganya boleh dimasak tumis
Bunga telang (antara yang terbaik)
Peria katak
Sangat tinggi kandungan fiber yang larut air. Fiber larut air ini mengurangkan penyerapan gula & kolesterol dalam darah.
?Kacang bendi
Lendiran dari kacang bendi juga tinggi fiber larut air. Sangat bagus untuk pesakit diabetes juga untuk turunkan kolesterol. Sebaik²nya dicelur untuk memelihara khasiatnya.
Mengurangkan Kolesterol
Minyak Zaitun
Barli
Hepatitis B
Pokok dukung anak. Dos jangan terlalu banyak, pengambilan haruslah sedikit demi sedikit. ?Brokoli
Sayuran Kampung Yang Berkhasiat
Daun keledek (khasiatnya sangat tinggi)
Kangkung (antara yang terbaik)
Pastikan bebas dari parasit (cacing) dalam batang dengan rendam garam atau dicelur.
Bayam (khasiat bayam merah lebih tinggi)
Kobis
Daun ketumbar
Kacang bendi
Melinjau
Menurunkan asid urik, daunnya ditumis atau masak air. Bagi pesakit gout sangat disarankan makan daun atau buah melinjau. Boleh juga makan empingnya (buah melinjau yang telah dikeringkan) yang direbus (goreng boleh mengurangkan khasiatnya)
Sayuran Yang Perlu Dikurangkan Jika Mengalami Masalah Kesihatan
?Bayam
?Orang yang mengalami masalah darah cepat beku, perlu elakkan makan bayam kerana bayam tinggi vitamin K (bertindak membekukan darah)
?Pesakit atau orang yang pernah mengalami batu karang, kurangkan pengambilan bayam kerana ia tinggi oksalat (oxalate) – penyebab batu karang.
**Sebagai alternatif, boleh bekukan daun bayam sebelum dimasak supaya kandungan oksalatnya berkurangan.
**Pesakit batu karang perlu mengawal pengambilan oksalat kurang 50g sehari
?Pucuk manis
Bagus untuk kesihatan jantung (tinggi potassium) dan dapat menambah susu ibu sehingga 50%.
Namun pengambilan berlebihan boleh merosakkan paru-paru & menyebabkan kematian
?Pucuk Ubi
Mengandungi sianida (cyanide) iaitu sejenis racun yang bahaya.
Mesti direbus & tidak boleh makan sebagai ulam.
⭐Jika termakan dalam dos yang sikit, sianida di dalam badan akan ditukarkan kepada tiosianat (thiocyanate) yang kurang berbahaya & akan dikeluarkan bersama air kencing. Namun sianida dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan keracunan sianida & juga kematian. ⭐Orang yang mempunyai masalah thyroid, pastikan makan pucuk ubi/ubi kayu yang telah diproses dengan baik. Tiosianat boleh mengganggu fungsi kelenjar thyroid. ⭐Pucuk ubi yang baru dipetik, sebaik²nya dibiarkan beberapa jam sebelum dimasak ⭐Cara proses pucuk ubi yang disarankan -Pucuk ubi direbus sehingga lembut dalam air panas bersama sedikit garam dan cuka untuk mengurangkan kandungan sianida di dalamnya. Perah, tos air dan basuh pucuk ubi di bawah air mengalir sebelum masak.
*Sebaik-baiknya cari sayur yang ada kesan berlubang di makan ulat
*Sayur-sayuran yang langsung tak dimakan ulat tanda racun lebih tinggi
Cuka
Rendam dalam air campuran cuka (0.1%)
1 liter air = 10ml cuka/1 sudu makan
Ozon
Menggunakan ozon melalui mesin khas. Dapat mengurangkan kurangkan racun 40-75%
Ultrasonik
Mengurangkan kadar racun serangga sehingga 90%
Garam
Cara terbaik yang mudah dan murah ialah merendam sayuran dengan air larutan garam (0.2%)
1 liter air = 20 gram (2 sudu makan)
Rendam 5 minit & alirkan bawah air paip
95% racun dapat dikeluarkan
Kaedah Memasak Sayuran Merebus
Kandungan antioksidan hanya tinggal 20%
Microwave
Kandungan antioksidan hanya tinggal 3%
Periuk tekanan tinggi (Pressure Cooker)
Mengurangkan kandungan antioksidan sehingga 50%
Menumis
Kandungan antioksidan hanya tinggal 16%
Kukus
Kaedah yang terbaik untuk dapatkan khasiat sayuran. Kandungan antioksidan dapat dikekalkan sehingga 90%
Celur
Celur sayuran selama 3-5 minit apabila air mendidih supaya khasiatnya masih tinggi
**Sayuran Karotenoid seperti tomato, labu, lobak merah, bayam merah & keledek lebih baik jika dimasak kerana kandungan antioksidannya akan meningkat.
Membekukan Sayuran
Apabila sayur dibekukan, khasiatnya akan berkurangan terutamanya kandungan vitamin C
Namun BAWANG sangat bagus dibekukan dan khasiatnya akan meningkat 200% apabila dibekukan sebelum dimasak.
Kobis (dan sayuran jenis cruciferous seperti brokoli, cauliflower) mengandungi raffinose yang boleh menyebabkan sesetengah orang mengalami kembung perut, ketidakhadaman, sakit urat, dan lain-lain.
Pastikan semua sayuran dibersihkan dengan teknik yang betul untuk mengelakkan parasit dan mengurangkan pestisid
Malaysia mencipta sejarah di Olimpik Matematik Antarabangsa 2026 apabila menembusi kelompok 20 terbaik dunia dengan satu pingat emas, tiga perak, satu gangsa serta rekod baharu 142 mata.