Sebelum adanya alat pengisar, batu giling adalah peralatan penting digunakan masyarakat terdahulu untuk melumatkan cili dan rempah ratus untuk masakan. Dikatakan dengan cara menggiling, bahan gilingan mudah lumat bahkan tidak dinafikan akan menghasilkan ramuan yang lebih enak.

Berkongsi tentang penyediaan rempah menggunakan batu giling, Muhamad Farid Omar berkongsi resipi berserta tip dan petua untuk mendapatkan hasil gilingan rempah yang sempurna.

“Sebab terlalu ramai yang nak resepi rempah giling mak…Ni ceq bagi bahan-bahan untuk rempahnya dan sedikit petua-petua, untuk sukatan maaf ceq tak pasti sebab masa mak ambik bahan-bahan rempah tu jenis cekau-cekau ikut tangan ja (agak-agak)”

Resepi Rempah Giling Gulai untuk Gulai Ikan

Bahan-bahannya:

  1. Rempah biji*
  2. Jintan manis*

(kalau sukatan dia mesti banyak sikit dari jintan putih)

  1. Jintan putih*
  2. Lada hitam*
  3. Cabai kering*
  4. Kunyit hidup
  5. Bawang merah

(potong kecik-kecik)

IKLAN
  1. Bawang putih

Cara-caranya:

  1. Ambil semua bahan-bahan yang bertanda * rendam sat dalam ayaq panas (beberapa saat ja) lepas tu tapis tos sampai kering
  2. Untuk proses giling mula-mula giling dulu kunyit hidup bagi hancuq sikit
  3. Lepas tu campuq pula dengan bahan-bahan rempah yang direndam dengan ayaq panas tadi (teknik giling alu batu sambil tenyeh dekat batu giling pusing-pusing sekali alu batu giling tu ke atas dan bawah) kalau betul teknik dia boleh nampak rempah giling tu jadi berlapis-berlapis (rujuk gambaq dekat bawah) dekat alu batu tu serious mau sado lengan o..
  4. Berapa lama rempah tu nak lumat bergantung pada skill kalau cekap sat ja…. rempah pon tak terpercik merata cerok
  5. Bila rempah dah lumat masukkan bawang merah dan bawang putih giling la pulak sampai bawang tu lumat dah siap lumat bulatkan rempah (masa nak tomeih rempah baru pecahkan rempah yang dibulatkan) boh dalam mangkuk ambil ayaq titiskan dekat batu lesung ambil ayaq dari sisa batu giling tu dah siap rempahnya siap untuk digunakan

Untuk masak Gulai ikan tu ni sama ja macam dok masak gulai ikan yang lain cuma ceq tomeih pakai guna minyak nyoq buat sendiri tu yang rasa dia sangat-sangat sedap aroma dia lain macam..

Tips dan petua:

IKLAN
  1. Masa giling rempah tak boleh terlalu kering atau basah.
  2. Kalau rempah tu agak kering boleh titiskan ayaq masa proses giling sebab tu kena giling kunyit hidup dulu kunyit ni akan keluaqkan ayaq
  3. Gulai nak sedap masa last sekali masuk kepala santan(paling pekat dari perahan pertama) kacau sat terus tutup api
  4. Kalau ada periuk tanah lagi sedap aroma rempah sangat best
  5. Salah satu sebab orang dulu-dulu sihat dan umur panjang semua benda buat sendiri termasuk rempah guna minyak nyoq untuk tomeih masakan
  6. Anak dara dulu-dulu wajib luluih dalam bab giling rempah ni baru orang masuk meminang
  7. Kalau makan nasi dekat rumah orang zaman dulu rasa memang tak sama (guna rempah giling) sebab bergantung pada sukatan rempah masing-masing ada resepi dari warisan turun temurun ikut pulak darah keturunan berdarah campur lain pulak sukatan rempahnya.

Rancang Aktiviti Cuti Sekolah Anak-Anak Dengan Explore Escape, Petaling Jaya. Banyak aktiviti yang mencabar boleh dilakukan disini. Pasti anak-anak anda teruja untuk mencubanya.

** Tiket Sah digunakan dari 1 Ogos hingga 31 Oktober (3 Bulan)

Rempah Giling Orang Dulu-dulu Memang Terasa Bahannya, Begini Tip & Petua Untuk Buat!

IKLAN

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Rempah Giling Orang Dulu-dulu Memang Terasa Bahannya, Begini Tip & Petua Untuk Buat!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI