Kuih pau adalah antara kuih yang sering mendapat perhatian untuk hidangan ketika minum petang. Biasanya dijual dari warung tepi jalan dan pasar malam.
Bagi mereka yang gemar kuih ini, boleh cuba buat sendiri di rumah.Bahan-bahan dan cara pembuatan pau adalah sangkat ringkas cuma memerlukan teknik yang betul supaya pau yang dihasilkan ringan and gebu.
Apa kata lihat resipi ini yang telah mendapat perkongsian sehingga 8K. Cara sukatan hanya menggunakan cawan dan sudu aje. Mudah sangat nak buat!
Biskut Batang Buruk diakui menjadi antara biskut yang dicari-cari oleh peminatnya tanpa perlu menunggu musim perayaan untuk menikmatinya. Bahkan tidak dinafikan, kuih tradisi ini mempunyai rasa yang rangup amat sesuai dijadikan menu kudap-kudapan untuk seisi keluarga.
Apatah lagi ketika ini, mungkin ada di antara kita sudah mula mengumpul resipi kuih raya. Jadi bolehlah terlebih dahulu mencuba resipi yang dikongsikan ini dan sekali gus dapatlah kita anak beranak menikmati keenakan rasa Biskut Batang Buruk ini bersama-sama.
Bab memastikan gulungan Biskut Batang Buruk untuk nampak sama saiz dan terbentuk elok, itu tidak perlu bimbang. Mudah sangat kalau buat teknik yang dikongsikan ini dengan menggunakan straw.
Jom semak caranya!
Biskut Batang Buruk
Bahan-bahan:
2 bungkus besar kulit popia
3 bungkus tepung kacang hijau
800 gram gula aising
2 biji putih telur – sebagai pelekat
Straw saiz besar
Minyak – untuk menggoreng
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
Cara-cara:
2. Cabut sehelai demi sehelai kemudian gulung di straw dan gunakan putih telur sebagai pelekat
3. Bila dah siap gamkan semua, jemur dengan straw yang dah dililit kulit popia tadi sekejap dalam 10 minit, kemudian boleh keluarkan popia yang dah kering tu kesemuanya
4. Seterusnya, tepung kacang hijau disangai lebih kurang 10 minit menggunakan api sederhana sehingga garing dan ringan
5. Kemudian boleh angkat dan sejukkan
6. Bila dah sejuk, masukkan gula aising – kisar gula sampai jadi halus
7. Gaul ratakan gula dengan tepung sampai sebati
8. Selepas itu, goreng kulit popia dalam api yang sederhana sehingga sedikit kekuningan dan angkat
9. Akhir sekali, sumbat kulit popia yang dah digoreng tadi dengan tepung kacang hijau. Buat sampai habis.
Siap!
Nota: Ada yang tak sumbat pun dengan tepung kacang hijau, hanya gaulkan bagi rata
Resepi ni dapat 2 kilo setengah, kalau nak buat sikit, boleh bahagikan 2 bahan-bahan diatas.
Minum Petang Buatkan Apam Milo Macam Ibu Anak 5 Ni Kongsikan. 20 Minit Siap!
Demi menjadikan hari-hari bersama keluarga sentiasa indah dan menyenangkan, apa kata untuk waktu minum petang ini anda sediakan menu istimewa. Kiranya dapatlah menikmati juadah enak sambil berbual mesra bersama anak beranak.
Pasti menarik bukan?
Pun begitu, tidak dinafikan kadang-kadang ada juga antara kita berkira-kira untuk menyediakan juadah minum petang ini.
Apa tidaknya, terasa baru sahaja waktu tengah hari tadi bertungkus lumus di ruang dapur untuk sediakan menu tengah hari untuk keluarga, kemudian tidak lama daripada itu sambung semula masuk ke dapur untuk sediakan menu minum petang pula.
Tapi tahukah anda, sebenarnya ada sahaja menu yang boleh dibuat dengan pantas, mudah dan yang paling penting memenuhi selera ramai.
Menu apakah itu?
Lain tak bukan adalah resipi yang dikongsikan oleh ibu anak lima ini, Eyza Cik Bunga di media sosial. Menurutnya, bila menu yang satu ini disediakan untuk dijadikan juadah minum petang, semua anak-anaknya menggemari dan makan dengan penuh berselera.
Bahkan menariknya juga untuk sediakan menu Apam Milo ini sangat mudah, guna 4 bahan sahaja.
Apam Milo
Bahan-bahan:
Milo setengah cawan
Tepung gandum secawan
Gula 6 sudu (ikut kemanisan masing-masing) saya tak suka manis
Telur 3 biji
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
Cara Penyediaan:
Langkah 1 : Pukul telur dan gula sampai berbuih/putih/kembang jangan derhaka nanti apam tak naik ( guna blander je)
Langkah 2 : Masuk tepung gandum, blander lagi sampai sebati ( rasa blande sudah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)
Langkah 3 : Adunan tadi bahagi kepada dua bekas ,satu bekas biar kosong atau boleh bubuh pewarna lain, dan 1 bekas lagi bubuh milo dan kacau-kacau sampai sebati.
Langkah 4 : Tuang selang seli dalam loyang atau bekas kalau nak nampak menarik, loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka tak ada paksaan)
Mixed Fruit Cocktail memang enak dinikmati ketika sejuk. Rasanya yang manis-manis berlemak membuatkan manisan ini menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda. Jika dihidang ketika cuaca panas, memang sangat sempurna.
Buat sendiri mixed fruit cocktail kita boleh letak macam-macam. Nah boleh cuba buat ikut resipi yang dikongsikan oleh Bella Jaffar ini.
BAHAN-BAHAN:
2 peket jelly sumi
2 tin susu cair ideal
4 sudu besar susu pekat manis
1 tin buah pic
1 tin fruit cocktail
1 tin longan
1 bekas nata de coco
2 biji kuning telur
4 sudu makan tepung kastard
4 sudu esen vanilla
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air – empunya resipi tambah sebab tak suka manis sangat
CARA MEMASAK:
1. Tapis dan asingkan buah-buahan tin dan nata de coco dari air gulanya dan masukkan terus ke dalam bekas hidangan. Namun air gula buah itu jangan dibuang.
2. Satukan bahan-bahan cair seperti air dari buah pic, longan, mix fruit, nata de coco dan susu cair ke dalam periuk. Sebatikan. Jangan buka api.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
4. Ambil tepung kastard yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Ia bagi mengelakkan tepung berketul dan menjadikan kuah pekat sempurna.
5. Bila semua bahan sudah menyatu, buka api perlahan dan masak hingga kuah cocktail sebati. Tidak perlu masak lama atau terlalu panas sangat.
6. Sejukkan kuah cocktail terlebih dahulu.
7. Bila sudah sejuk,campurkan ke dalam mangkuk hidangan yang sudah siap diisi dengan campuran buah-buahan dan juga nata de coco.
8. Sebatikan dan sedia untuk dinikmati.
NOTA:
Sukatan bancuhan kuah cocktail memang banyak. Jadi akan puas makan. Ais boleh diletakkan kemudian bila sudah sedia untuk dinikmati. Caranya ialah masukkan air ke dalam mangkuk dan ceduk cocktail. Barulah dinikmati.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.