Mak-mak ni selalunya masak bukan ikut selera sendiri, tapi lebih kepada suami dan anak-anak. Betul tak? Kalau ikut selera mak, memang tak makan lah orang dalam rumah ni!
Dah kalau ikut selera anak ni, memang takkan lari dari menu ayam. Itu je lah yang mereka nak makan pun! Setuju? Sampai mak pun dah buntu nak masak apa lagi la untuk mereka.
Yang mana buntu nak masak apa tu, jom buat menu mudah dan semestinya lazat resipi khas dari Super Daddy, Khairul Abdullah iaitu Nasi Ayam Hainan! Resipinya cukup mudah, hanya satukan semua bahan di dalam periuk dan biarkan dimasak. Paling menarik, kulit ayam dijadikan tumisan untuk meninggalkan rasa dan nasi yang teksturnya lebih lembut. Rasanya cukup padu. Tak percaya anda wajib cuba!
Aku bila anak-anak cakap nak makan nasi ayam maka bahagia sungguh rasanya. Mudah kerja aku wehh. Nasi ayam jenis masak sekali harung ni memang senang yakmat kalau nak buat. Yang nubis tak berapa reti masak pun pasti berjaya kalau buat menu ni.
Aku dah banyak kali share dah, dan tiap kali share aku derhaka resepi aku sendiri. Tapi sepanjang beberapa tahun dok masak style gini, aku dah dapat dah rasa yang aku nak dan yang budak-budak suka.
So, jomlah aku share resepi PKPB hari ni iaitu Nasi Ayam Hainan Segera dan Sos Thai ala SuperDaddy Khairul Abdullah. Aku dah ringkaskan resepi ni dengan bahan-bahan yang mudah sahaja okeh.
RESIPI NASI AYAM HAINAN
Bahan-bahan yang diperlukan:
3-4 ketul besar ayam, dibersihkan dan letak garam sikit.
1-2 sudu kulit ayam yang telah dipotong kecil.
2 cawan beras dibersihkan dan ditoskan. Kalau basmathi rendam dulu setengah jam dan toskan.
4 ulas bawang putih dihiris.
1 inci halia dihiris.
1 sudu besar minyak bijan.
1 kiub pati ayam
1 helai daun pandan jika ada.
1 pokok daun ketumbar jika ada.
1 pokok daun bawang jika ada.
Ads
Cara-caranya :-
1) Panaskan minyak bijan dan tumis kulit ayam sampai keluar minyak dan hampir garing dan masukkan bawang putih serta halia. Tumis sebentar. Kalau nak masak dalam periuk letrik, tutup api dan transfer bahan tumis tadi ke dalam periuk letrik.
Ads
2) Lepas tu, masukkan beras, kacau sebati dan masukkan simpulan daun pandan jika ada. Takde tak apa. Takde siapa nak marah.
3) Masukkan kiub pati ayam yang telah dibancuh, kacau rata dan masukkan air mengikut kadar beras. Kalau 2 pot beras, 3 cawan air. Gitulah. Kalau ada air rebusan ayam lagi bagus, tak perlu guna kiub dah.
4) Kacau rata dan masukkan ayam dan daun bawang serta daun ketumbar kalau ada. Masak seperti biasa. Siap dah nasi. Mudah jer.
Ads
5) Untuk sos thai lagilah senang yakmat. Tuang sos thai yang dalam botol tu ke dalam bekas, ikutlah nak banyak mana. Lepas tu perah limau nipis dan tambah sedikit kicap cair dalam 2 sudu kecil. Potong cili padi dan daun ketumbar lalu masukkan dan kacau sebati.
Siap. Senang dan cepat oih.
Paling penting adala rasanya yang lazat. Kami 4 beranak 2 pot beras tu sekali hadap jer okeh.
Rasanya tak perlu diperkatakan lagi mengenai kelebihan ulaman herba yang satu ini. Pegaga sebenarnya cukup banyak khasiatnya buat tubuh kita.
Samada dimakan mentah bersama nasi sebagai ulam atau rajin sikit boleh hasilkan jus pegaga. Sama-sama punya khasiat yang tersendiri.
Bagi yang amalkan selalu, pegaga juga cukup baik untuk kesihatan kulit malah buat kulit lebih anjal dan sihat. Hebat kan? Nak jus yang sedap dan rasa lain sikit boleh ikut resipi cara Nur Aida Md Zainuddin ni. Sedap!
Pegaga banyak tumbuh meliar tahap kena cabut buang. Jadi hari ni kita cuba buat jus pegaga lemon tanpa gula.
Bahan-bahan:
1 genggam pegaga
1 biji lemon
Air secukupnya
1. Masukkan air dan pegaga dalam pengisar.
2. Kisarkan semuanya hingga sebati.
3. Potong lemon dan letak hirisan lemon dalam mug.
4. Tuang air pegaga dan sedia diminum.
5. Nak simpan dulu bagi sejuk pun okei.
Hmmm rasa dia boleh tahan…. takla teruk sangat. Walaupun tak letak gula tapi rasa masam lemon boleh cover. Sedap!
Ektra Info
Khasiat Jus Pegaga
– menegangkan kulit dan meningkatkan antioksidan
– tingkatkan kecerdasan minda
– merawat parut pembedahan
– hilangkan kesan selulit dan kulit tegang sewaktu mengandung.
– rawat demam panas
– atasi masalah buasir dan penghadaman
– sejukkan badan dan segarkan tubuh
– kurangkan tahap kolesterol dalam tubuh
Sumber: Nur Aida Md Zainuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Boleh dikatakan, hari-hari kita memasak. Lebih-lebih lagi bagi suri rumah tangga sepenuh masa,dalam sehari mungkin paling tidak dua atau tiga kali akan masuk ke dapur menyediakan hidangan untuk keluarga tercinta.
Senang cakap, memasak ini menjadi kepakaran kaum wanita. Pun begitu, tidak dinafikan terkadang berdepan juga dengan beberapa masalah ketika memasak seperti gorengan melekat di kuali, terlebih masin, nasi mentah atau sebagainya atas sebab-sebab tertentu.
Jadi ada baiknya orang perempuan selain mahir memasak pelbagai menu, tambahkan juga serba sedikit ilmu petua di dapur yang telah sekian lama diamalkan oleh ibu-ibu terdahulu. Bila kita dah amalkan, pasti akan diwarisi pula untuk anak-anak kita nanti. Barulah petua orang dulu-dulu kekal menjadi petua yang tidak lapuk di telan zaman.
Oleh itu, kami kongsikan beberapa petua untuk info bersama. Selamat mencuba.
ELAKKAN TAUHU MELEKAT KETIKA DIGORENG
Biasanya tauhu akan melekat jika digoreng. Jadi untuk atasinya, taburkan terlebih dahulu garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.
BUBUR KACANG LEBIH ENAK
Sebelum kacang hijau direbus, goreng tanpa minyak (sangai) terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan berbau wangi. Selepas itu, rendam kacang dalam air lebih kurang 2 jam supaya kacang cepat kembang dna lebih cepat dimasak. Untuk memekatkan bubur kacang, masukkan sedikit biji sagu, pasti bubur kacang akan lebih enak.
MENGHILANGKAN GATAL SAYUR KELADI
Keladi memang gatal tapi ada cara untuk menghilangkan rasa gatal tersebut untuk dijadikan msakan sayur yang enak. Caranya mudah, masukkan pelepah pisang yang dikerat sepanjang satu inci ke dalam masakan keladi.
BERSIHKAN MINYAK GORENGAN
Biasanya minyak yang digunakan pertama kali memang cantik warnanya, namun jika ingin digunakan lebihan minyak tersebut untuk gorengan kali kedua dan mahukan warnanya kembali seperti sedia asal ada petuanya, ambil beberapa keping asam dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda.
HILANGKAN LEMAK AYAM
Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian toskan ayam sebelum dilumurkan dengan tepung gandum kemudian cuci sekali lagi. Hasilnya ayam lebih bersih dan tiada lagi terasa di tangan lemak-lemak ayam tersebut.
NASI MENTAH
Sekiranya nasi yang dimasak terasa mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Kita hanya perlu isikan air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian letakkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika di lihat pada penggunaan bahan-bahan herba di dalam masakan Barat, ternyata penggunaan daun parsley antara yang banyak digunakan. Aromanya yang segar dan enak memberikan rasa hidangan menjadi lebih berempah dan enak untuk dinikmati.
Salmon Grill
Spagetti aglio olio yang cukup menyelerakan.
[su_highlight background=”#ddf7ad” color=”#242121″]Jadi tidak hairanlah, bagi penggemar masakan Barat pasti akan sentiasa ada stok daun parsley di dalam simpanan.[/su_highlight]
Namun bagi anda yang sekali sekala teringin menyediakan masakan Barat, tentu pula perlu membeli daun pasrley segar tersebut untuk digunakan di dalam masakan, dan pastinya akan ada lebihannya.
Oleh itu bagaimana cara untuk anda menyimpan daun parsley tersebut agar boleh bertahan lebih lama dan sekali gus dapat mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.
Nak tahu caranya? Di sini Mamak Haji di dalam facebooknya sudi berkongsi tip bagaimana untuk menyediakan parsley kering. Jom semak!
Langkah Demi Langkah
1. Leraikan daun parsley daripada tangkainya.
2. Cuci dan keringkan seketika.
3. Masukkan di dalam oven dan keringkan. Jangan sampai terlalu garing.
4. Hancur-hancurkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.