Selalunya kalau nak makan kuih tradisional ni, sedapnya bila boleh makan yang pure dari negeri tu sendiri. Bak kata orang, air tangan tu yang penting! Bila nak buat sendiri tu tak berapa confident pula rasanya!

Tapi… memandangkan situasi yang masih membimbangkan ni, nak balik kampung tu jauh sekali niatnya. Nak tak nak, dah teringin tu buat sendiri lah jawabnya.

Misalnya kuih tradisional dari Kelantan ni, kuih akok. Siapa je yang tak menyukai kuih ni kan? Kemanisan dan rasa gebunya itu yang bikin orang teringat akan kesedapannya. Yang mana teringin nak makan tu, apa kata try buat sendiri je. Mudah sangat caranya! Nak tahu macam mana? Jom lihat resipi yang dikongsikan oleh  Nor Azliza Mohamed ni. Memang terbaik!

Mommy serve akok pandan oven baked kat anak2 n family sbb depa request..
Sedap giler katanya, rasa lembut + aroma pandan tu MashaAllah xtau nk describe pe lg.
Ok ni mommy edit resepi akok pandan utk semua ya?? Enjoyyy lovelies.

Buat Akok Pandan Guna Acuan Muffin Je, Hasilnya Lembut & Sedap Sampai Tak Terkata!

🌺 AKOK PANDAN 🌺

IKLAN

Bahan-bahannya :-

– 150g gula melaka
– 100ml air
– 2 sb gula pasir
– 1 helai pandan disimpul
* masak gula melaka + air + gula + daun pandan…
Apabila air gula telah larut, off api…ketepikan…
– 200ml santan
– 5,6 helai daun pandan ~ potong kasar
– 6 bj telur
– 2 sb tepung gandum
– 1/2 sk garam

Cara-caranya:-

IKLAN

1. Blend santan + daun pandan. Masukkan telur, tepung, + garam. Blend sebati.

2. Campurkan bahan blend tadi dengan air gula melaka, kacau-kacau rata + tapis…a

3. Panaskan oven 200°c, sapukan muffin tray dengan minyak & panaskan acuan selama 10 minit.

IKLAN

4. Keluarkan tray, tuangkan adunan sebanyak 3/4 ke dalam setiap lubang muffin tray. Bake 20 minit @ sehingga masak.

5. Akok akan mengembang semasa dibakar & akan mengecut selepas dikeluarkan dari oven.

Buat Akok Pandan Guna Acuan Muffin Je, Hasilnya Lembut & Sedap Sampai Tak Terkata!

Sumber : Nor Azliza Mohamed

Nak jadi sebahagian dari komuniti kami? Jom sertai di keluargagaderclub

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI