Dia antara pelakon di Malaysia yang cukup digilai peminat. Sesuai dengan tagline Tall, Dark and Hansome, anak kelahiran Melaka ini sememangnya cukup berbakat. Berilah apa sahaja watak pasti akan dibawanya dengan baik sekali.
Cukup ramah dan tidak lokek bercerita tatkala dihujani soal peribadi termnasuklah perancangan untuk menamatkan zaman bujang, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak mengakui belum terfikir ke arah tersebut memandangkan sibuk dengan lakonan.
Bersama tunang tersayang Ezzarl
“Buat masa sekarang, saya menumpukan perhatian untuk penggambaran filem Sangkar. Kalau diikutkan dua hari sebelum raya baru tamat penggambaran. Jadi tiada masa untuk fikirkan hal lain buat masa sekarang. Lagipun, ini rezeki untuk saya juga kan, mungkin rezeki untuk naik pelamin belum sampai tetapi saya tak mahu tolak dengan rezeki lakonan. Lagipun saya ikut apa yang Dia ‘susun’ untuk diri saya.
“Setakat ini keluarga terutama mak saya tak banyak soal, malah dia faham akan kesibukan saya dalam kerjaya. Jadi, tidaklah dia bertanya selalu akan hal ini. Lagipun saya mahu bekerja keras demi keluarga. Saya mahu gembirakan ibu dan adik-beradik yang lain dahulu.
“Memandangkan sejak dulu lagi saya diibaratkan ketua keluarga, jadi segala tanggung jawab terletak di bahu sendiri. Malah, saya jugalah yang bertanggung jawab menguruskan perkahwinan kakak dan adik sebelum ini. Macam-macam kami lalui bersama, susah senang hidup. Alhamdulillah, kini saya cukup berbangga dan saya pasti keluarga turut merasai perasaan yang sama.
Pernah melalui hidup getir demi sesuap nasi sebelum berjaya menjadi pelakon terkenal, Remy pernah juga bekerja sebagai buruh kasar, pemandu lori dan penjual ikan. Keperitan itu membuatkan dia mahu berusaha keras untuk memastikan ibunya hidup selesa seperti sekarang.
Ads
“Saya tak mahu ibu penat dengan usianya yang sudah 62 tahun, saya rasa sekarang masa untuk ibu berehat dan saya pula balas jasanya yang bersusah payah sebelum ini membesarkan kami adik-beradik.
“Saya mahu ibu hidup selesa dan tenang. Sementelah dia sekarang tidak berapa sihat dan ada masalah jantung. Itupun kebetulan ibu buat pemeriksaan lanjut untuk penyakit Tiroid. Waktu itu baru doktor kesan jantung ibu bengkak. Lalu doktor minta buat pemeriksaan MRI untuk pengesahan lanjut.
“Sekarang ini tengah tunggu giliran untuk MRI. Ada juga saya bawa ibu untuk rawatan tradisional dan terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur- Melaka-Ulu Tiram, tetapi demi memastikan kesihatan ibu baik saya sanggup berpenat lelah. Alhamdulillah, sekarang ini ada sihat sedikit cuma ibu kena berpantang terutama dalam menjaga pemakanan.
“Sebab itu juga, raya tahun ini saya ambil keputusan untuk bawa ibu dan ahli keluarga yang lain bercuti.Raya pertama kami dah ‘cabut’ bukan untuk lari dari diserbu peminat tapi saya mahu habiskan masa bersama keluarga memandangkan sekarang ini masing-masing sibuk dengan kerja dan sukar untuk bertemu.
Ads
“Jadi, cuti hari raya nanti adalah masa yang sesuai untuk kami bercuti bersama. Ini adalah raya kedua yang saya dan keluarga bercuti selepas tahun lepas berbuat demikian. Untuk tahun ini, saya dan adik beradik sudah rancang untuk buat gathering dan ‘bonding time’.
“Pada saya masa adalah benda yang paling bermakna untuk diberikan pada keluarga serta komitmen sebagai seorang anak. Duit boleh diberi pada bila-bila masa bukan hanya hari raya, tetapi kualiti bersama itu yang lebih penting. Sebab itu saya sanggup ‘korbankan’ raya demi bersama keluarga.
“Kalau diikutkan sudah 10-11 tahun saya melayan peminat yang datang beraya, jadi sekarang masa saya berehat dan bersama keluarga.
Ads
Mengakui persiapan raya tahun ini macam biasa ala kadar, Remy juga baru melancarkan koleksi busana raya berupa Kurta dan Baju Melayu bersama Starvilion.
“Saya tak perlu susah payah fikir soal baju kerana sudah ada baju koleksi sendiri yang dikeluarkan oleh Starvilion. Sejak dahulu lagi, saya memang sangat berminat dengan baju melayu pesak klasik.
“Tawaran oleh Starvilion ini ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Ini adalah lambang kebanggaan pada saya dan tak lengkap kalau hari raya saya tak sarungkan baju melayu pesak klasik ini.
Untuk peminat boleh dapatkan di Starvilion di Seksyen 7 Shah Alam dengan 10 warna pilihan yang menarik dari saiz XS ke XXL.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semalam bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi berita tentang kesihatan ibunya yang berperang dengan penyakit kanser payudara.
Syed Saddiq sebelum itu bergegas meninggalkan Parlimen untuk pulang ke Johor bagi bersama ibunya yang kini berada di hospital.
“Terpaksa meninggalkan Parlimen awal untuk ke Johor, demi mama. Ibu saya pejuang. Pada tahun 2013, dia menang melawan kanser payudara.
My mum is a fighter. In 2013, she won the battle against breast cancer. 2 weeks ago, we found out that the breast cancer is back. Tomorrow mama will be going through her operation to remove the cancerous cells.
“Saya harap rakan rakan boleh doakan untuk kesihatan mama. Stay strong ma. I will be there with you all the way,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, dilihat Syed Saddiq memeluk erat ibunya yang kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Ibu ahli parlimen Muar ini agar segera sembuh melawan kanser.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul apabila membaca kisah perjuangan melawan penyakit dihadapi oleh bayi yang masih kecil ini. Jika kisah sedih adik Ainul Mardhiah berakhir dengan kegembiraan, di harap begitu juga dengan kisah bayi ini, Muhammad Zahiruddin yang mengalami masalah usus. Lebih meruntun jiwa, pada usia dua bulan lebih, bayi ini pernah melalui tiga kali jantungnya berhenti berdegup dan melalui dua kali pembedahan.
Melalui perkongsian terkini, bapanya Zakir Halim Zahiah telah memaklumkan anaknya akan menjalani pembedahan ketiga jika berat badannya memcecah 6-7 kilogram untuk membuang bahagian ususnya yang tidak berfungsi.
Ikuti perkongsian kisah bapa ini mengenai anak ketiganya yang meruntun jiwa. Semoga perkongsian ini dapat membantu keluarga ini dalam soal kewangan supaya anaknya kembali sihat dan lincah seperti bayi lain.
Perkembangan terbaru zahiruddin sekarang doktor dh mula menaikkan kuantiti susu untuknya, buat masa sekarang dia dah mula minum susu sebanyak 30ml melalui mulut dan 10ml tiap jam melalui tiub.
Berat badan zahiruddin juga telah mencecah ke 5.1 kg, cuma sedikit lagi untuk mencapai target yang ditetapkan sebelum menjalani pembedahan yang ke 3.
Untuk Pembedahan Ketiga
Doktor memerlukan 6-7kg berat badan Zahiruddin untuk membuat pembedahan ketiga.
Diharap berat anak kami akan terus meningkat dan segalanya akan berjalan dengan lancar.
Doakan agar Zahiruddin akan akan cepat sembuh dan kembali sihat seperti bayi-bayi yang lain.
Kisah meruntun jiwa
Terdahulu, bapa kepada bayi ini telah berkongsi kisah duka ini 10 May lalu yang telah meruntun jiwa yang membaca perkongsiannya. Ibu bapa mana yang tidak duka apabila anak yang diharapkan sihat dan sempurna selepas lahir, sebaliknya. Sebak kisah ini. Kisah ini juga telah menarik perhatian ramai dan ada yang turut memberikan sumbangan.
Muhammad Zahiruddin lahir pada 22 Febuari Hari Jumaat pada pukul 4.27 petang di Hospital *****. Zahiruddin lahir ketika usia kandungan isteri 38 minggu.
Ketika proses menyambut kelahiran tersebut isteri saya mengalami kesulitan sedikit di sebabkan bayi dalam kandungan seakan lemah serta tidak memberikan kerjasama sepanjang proses kelahiran menyebabkan doktor yang menyambut bayi kami tersebut terpaksa menarik sedikit kepala bayi kami bagi membantunya keluar kerana di khuatiri lemas di dalam.
Selepas selamat dilahirkan doktor menyuruh saya keluar dari labour room tersebut bagi meneruskan proses memotong tali pusat serta menjahit isteri. Kemudian anak kami di ambil untuk di bersihkan terlebih dahulu sebelum di kembalikan kepada kami.
Selepas selesai semua isteri serta anak kami ditolak masuk ke wad semula tetapi ketika di wad anak kami menunjukkan sikap tidak aktif serta tidak mahu menyusu dan hanya tidur sahaja menangis pun xde Zahiruddin hanya tidur sahaja walaupun berkali-kali di paksa minum susu dia masih tidak mahu.
Sehinggakan nurse menyuruh isteri paksa juga anak untuk menyusu kemudian melihatkan Zahiruddin begitu akhirnya nurse kemudiannya cuba untuk memberikan susu formula pula tapi dia tetap tidak mahu dan memuntahkan semula susu tersebut.
KESIHATAN TIDAK STABIL
Tidak cukup dengan masalah susu sehingga hari ke-2 berada di wad Zahiruddin tidak kencing mahupun berak membuatkan nurse melakukan senaman untuk membantunya kencing serta berak.
Tetapi ketika hari ke-2 tu juga sejak pagi Zahiruddin mula mengeluarkan muntah lendir berwarna seperti merah hati seperti darah tetapi bila isteri mengadukan perkara tersebut kepada nurse yang bertugas dia mengatakan itu perkara biasa sebab bayi mungkin tertelan air ketika dalam proses kelahiran dan sekarang dia mungkin memuntahkannya semula.
Dari pagi hingga tengah hari memang dah 3 kali dia muntah dan setiap kali muntah isteri akan beritahu kepada nurse.
Pada pukul 2 lebih macam itu nurse cakap isteri dan anak boleh balik dah sebab bayi pun dah berak dengan kencing walaupun bayi tak menyusu lagi dengan nasihat suruh isteri teruskan cuba memberikan susu.
DI BAWA KE WAD NICU
Selepas di beritahu boleh balik saya pun datang pada petang untuk membawa mereka balik, sesampai di wad saya pun ambil bil untuk bayar tetapi ketika saya dalam perjalanan untuk ke kaunter pembayaran tiba-tiba saya dapat panggilan dari isteri memberitahu bahawa nurse menyuruh menunggu sebentar sebab bayi terpaksa di bawa ke NICU.
Saya pun pelik dan terus ke wad semula untuk bertanya isteri apa masalahnya, masa itu isteri memang dah menangis cakap dengan saya yang anak kami secara tetiba dah keluarkan lendir seperti bercampur darah dari hidung serta mulut dia dan keadaan dia ketika itu memang kelihatan sangat lemah malah nurse terpaksa memanggil doktor pakar kanak-kanak untuk melihat keadaannya.
Ketika itu memang doktor cakap terpaksa bawa anak kami ke NICU untuk mengenal pasti apa sebenarnya masalah yang menimpa Zahiruddin kerana ketika di periksa dia telah mula mengeluarkan air kencing berwarna pink yang menandakan badannya telah mula terhidrat.
Sesampai sahaja di NICU doktor yang bertugas meminta supaya isteri cuba untuk memberikan susu kepada anak kami tetapi ketika itu Zahiruddin memang kelihatan sangat lemah dan masih tidak mahu menyusu.
Melihatkan keadaan tersebut kemudiannya nurse di NICU terbabit cuba memberikan susu formula pula kepadanya tetapi selepas susu terbabit diberikan Zahiruddin mula menunjukkan reaksi yang sememangnya menakutkan kami kerana susu mula mengalir keluar dari hidung serta mulutnya manakala mata hitam Zahiruddin telah mula naik ke atas dan badannya telah mula menggeliat seperti kesakitan tetapi nurse yang bertugas telah menyerahkan Zahiruddin kepada isteri dan menyuruhnya menepuk belakang badan Zahiruddin supaya dia sendawa.
Kami ada menanyakan kenapa anak kami kelihatan terlampau lemah tetapi nurse tetap menyuruh agar kami mendengar sahaja arahannya yang menyuruh kami meletakkan bayi di bahu serta menepuk belakangnya sehingga sendawa.
Selepas setengah jam menepuk Zahiruddin masih tidak mengeluarkan sendawa menyebabkan nurse mengambilnya semula Zahiruddin dan kemudiannya meletakkannya di dalam baby coat.
Nurse tersebut kemudiannya memberitahu keadaan Zahiruddin kepada doktor yang bertugas dan doktor tersebut menyuruhnya memasang oksigen serta mesin melihat keadaan peparunya kepada Zahiruddin kerana menurut doktor peparunya seakan lemah dan tidak dapat beroperasi dengan baik.
Sehingga pukul 10 malam kami berada di NICU tersebut menemani Zahiruddin melihatkan keadaannya yang lemah membuatkan kami berasa amat sedih.
Selepas jam 10 malam nurse memberitahu kami bahawa waktu melawat di NICU tersebut telah habis dan menyuruh kami pulang sahaja ke rumah kerana tiada katil kosong untuk kami ketika itu. Kami terpaksa akur dan pulang ke rumah dengan hati yang berat meninggalkan anak kami di sana.
Pada pukul 12.30 tengah malam kami telah menerima panggilan daripada NICU yang meminta agar kami datang ke sana sekarang juga.
Ketika dalam perjalanan ke hospital kami seakan tertanya-tanya mengapa doktor menyuruh kami ke hospital pada waktu lewat malam tersebut dan hanya suasana sepi yang menemani kami kerana berbagai andaian yang muncul di fikiran saya serta isteri ketika itu.
Sesampai sahaja kami di NICU, kami terkejut kerana anak kami tiada di bilik yang kami tinggalkan. Lalu kami terus bertanya di kaunter di mana anak kami.
Lalu nurse bertanyakan kepada kami siapa yang kami cari lalu kami pun memberikan nama isteri serta nurse menyuruh kami menunggu sebentar dan kemudian membawa kami ke bilik no 2 nak menunjukkan anak kami.
ANAK DIPENUHI WAYAR
Ya Allah ketika itu kami betul-betul terkejut melihat keadaan anak kami yang penuh dengan wayar di seluruh badannya termasuk tali pusatnya yang dipotong dan dimasukkan wayar di situ manakala mulutnya dimasukkan oksigen.
Ketika itu memang air mata menitis tanpa di pinta melihatkan keadaan Zahiruddin mengapa begitu sekali keadaannya sedangkan ketika kami meninggalkannya pulang ke rumah hanya tiub wayar oksigen kecil sahaja yang di pasang ke hidungnya.
Doktor yang merawatnya kemudian menghampiri kami dan menerangkan kepada kami bahawa jantung Zahiruddin telah terhenti menyebabkan mereka melakukan apa yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa Zahiruddin.
Ya Allah seusia baru tiga hari Zahiruddin terpaksa melalui semua itu, hanya tuhan yang tahu bagaimana hancurnya hati melihat keadaannya itu.
Doktor memberitahu kepada kami bahawa hasil daripada X-Ray yang di buat mendapati bahawa seluruh badan Zahiruddin telah diserang oleh kuman menyebabkan dia menjadi sangat lemah malah organ dalamannya semua tidak dapat berfungsi disebabkan oleh jangkitan kuman yang merebak tetapi doktor masih tidak dapat mengenal pasti jenis kuman yang menyerang Zahiruddin.
Menurut doktor yang merawat Zahiruddin kuman tersebut besar kemungkinan telah menyerangnya ketika dia masih di dalam kandungan kerana tidak mungkin seawal usia 2 hari kuman boleh memenuhi seluruh badannya.
DARAH ANAK DIBAWA KE MAKMAL UNTUK KENAL PASTI JENIS KUMAN
Doktor memberitahu bahawa darah Zahiruddin telah di hantar ke makmal untuk mengenal pasti jenis kuman yang menyerangnya dan keputusan hanya boleh diperolehi dalam masa 48 jam.
Buat sementara waktu doktor hanya boleh memberikan antibiotik untuk membolehkan Zahiruddin terus bertahan.
Zahiruddin benar-benar anak syurga kami yang amat kuat kerna terus berjuang untuk hidup walaupun umurnya baru 3 hari.
Hari ketiga Zahiruddin berada di NICU lagi sekali doktor memberitahu kami bahawa jantungnya telah terhenti menyebabkan mereka terpaksa menaikkan oksigen ke tahap 80peratus kerana kata doktor kuman telah menyerang hampir keseluruhan peparunya menyebabkan ia tidak dapat mengepam sendiri dan memerlukan sokongan oksigen yang di pam terus ke peparunya.
Ketika itu doktor memberitahu bahawa hanya keajaiban yang dapat membantunya. Ya Allah ketika itu terasa bagai dunia ini gelap, hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu.
Pada hari kelima di NICU doktor memberitahu bahawa mereka telah dapat mengenal pasti kuman yang menyerangnya ialah kuman Ecolite dan doktor telah memberikannya 4jenis ubat antibiotik kepada Zahiruddin serta ubat jantung untuk membantunya terus bertahan.
JANTUNG ANAK TERHENTI HARI-7
Hari ke-7 sekali lagi jantung Zahiruddin terhenti. Ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu apa perasaan kami bila melihat keadaan Zahiruddin yang amat kritikal sehingga doktor terpaksa menggunakan mesin oksigen yang paling kuat 100%.
Hati bagai dihiris dengan pisau tatkala melihat badan anak kami yang bergetar dek kerana penyaluran oksigen pada tahap maksimum.
Doktor memberitahu kami bahawa ini adalah had paling maksimun yang mereka boleh berikan pada Zahiruddin.
Hanya doa dan keajaiban sahaja yang boleh menyelamatkan anak kami kerana ini sudah kali ke-3 jantungnya terhenti.
Air mata menjadi peneman kami melihat keadaannya itu dan kami tidak berhenti berdoa agar Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk terus berjuang untuk terus hidup kerana doktor memberitahu bahawa segala-galanya bergantung dalam masa 12 jam berikutnya sama ada Zahiruddin mampu bertahan ataupun tidak.
Jika dalam tempoh tersebut tiada sebarang peningkatan maka kami terpaksa terima hakikat bahawa Allah lebih sayangkannya.
Tiada sebarang kata yang dapat kami gambarkan betapa hancurnya hati ini bila doktor berkata begitu.
Malah doktor juga meminta kebenaran dari kami untuk mengambil air tulang belakang anak kami bagi mengesan kuman di otaknya ada ataupun tiada.
Walaupun berbagai kata dari orang yang kami dengar tetang kesan pengambilan air tulang belakang tersebut tetapi kami terpaksa memberikan juga kebenaran kerana menurut doktor jika mereka terlambat mengesan kuman tersebut dan kuman tersebut telah menyerang otak anak kami, besar kemungkinan anak kami boleh menjadi sindromdown.
Kami terpaksa memberikan kebenaran kepada doktor demi kebaikan anak kami dan kami hanya berserah kepada Allah agar tiada apa- apa yang berlaku kepada anak kami.
Hasil ujian tersebut mendapati bahawa otak anak kami bebas daripada kuman dan kami amat bersyukur kerana tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada anak kami.
Ternyata Allah masih memberikan kami peluang untuk bersamanya, khabar gembira yang doktor beritahu bahawa Zahiruddin mula menunjukkan perkembangan positif amat melegakan kami.
Namun kami masih tidak dapat bergembira lagi kerana Zahiruddin masih belum sembuh sepenuhnya lagi.
ADA PENDARAHAN DI BAWAH LAPISAN KULIT
Malah selepas seminggu lebih dirawat bawah lapisan mata anak kami secara tiba-tiba menunjukkan berlaku pendarahan di bawah lapisan kulit yang di panggil ‘hematoma’.
Selama sebulan Zahiruddin di berikan ubat tidur supaya dia dapat berehat sepenuhnya dan agar dia pulih semula.
Kami terpaksa berulang-alik dari rumah kami setiap hari untuk melihat anak syurga kami dan untuk terus memberikan semangat kepadanya agar terus bertahan walaupun kami sedar bahawa dia sedang berada dalam tidur yang panjang tapi kami yakin dia boleh merasakan kehadiran kami di sisinya.
Selepas lebih sebulan berada di unit NICU doktor memberitahu bahawa peparunya semakin menunjukkan pembaikkan serta jantung dan buah pinggangnya juga semakin pulih kesan dari serangan kuman tersebut.
Selepas keadaannya bertambah baik doktor telah cuba memberikan Zahiruddin susu untuk melihat sama ada dia boleh menerima susu mahupun tidak.
Bermula dari kuantiti 2 ml setiap 3 jam doktor telah menaikkan kuantiti tersebut dari hari ke hari sehinggalah sampai ke 24 ml tiba-tiba Zahiruddin mula menunjukkan bahawa ususnya mempunyai masalah apabila mengeluarkan muntah berwarna hijau.
Sehingga doktor terpaksa puasakan dia dan hanya memasukkan air serta zat yang di panggil TPN kepadanya untuk membantu tumbesarannya kerana tidak mahu badan dia mengalami kekurangan zat yang diperlukan.
Selepas 2 hari di puasakan doktor telah mencuba sekali lagi untuk memberikannya susu tetapi Zahiruddin tetap menunjukkan tanda yang sama apabila mengeluarkan muntah berwarna hijau lagi malah perutnya juga telah mula kembung serta keras.
Doktor cuba untuk melakukan scan dengan memasukkan pewarna melalui duburnya tetapi doktor memberitahu bahawa scan tidak dapat dilakukan kerana perwarna tersebut tidak dapat melalui salur ususnya dan doktor memberitahu besar kemungkinan Zahiruddin mengalami usus sempit.
Ya Allah apalagi dugaan yang kau berikan kepada anak syurga kami.
Doktor memberitahu bahawa mereka terpaksa transfer Zahiruddin ke bahagian Pediatrik Hospital Kuala Lumpur untuk mengenal pasti masalah sebenar anak kami ini.
Zahiruddin di bawa dengan menaiki ambulans ke hkl terus ke wad NICU di sini.
Pada hari ke-2 Zahiruddin di NICU doktor memberitahu bahawa mereka terpaksa membuat pembedahan ke atas Zahiruddin untuk membuat Stoma iaitu mengeluarkan ususnya di bahagian tepi perut bagi membantunya berak kerana perut Zahiruddin semakin mengeras dan mula kelihatan beralun mempernampakkan aliran ususnya.
Betapa sedihnya hati kami apabila baru seusia 35 hari Zahiruddin terpaksa melalui satu pembedahan.
Zahiruddin sememangnya kuat kerana berjaya mengharungi setiap dugaan yang melandanya.
Walaupun sedih kami bersyukur kerana selepas pembedahan tersebut perut Zahiruddin mula kelihatan lembut dan kempis.
Hari ke-5 selepas operation nurse dari NICU meminta agar saya dan isteri datang ke hospital serta membawa baju untuk menemani anak kami di wad serta mempelajari cara menjaga stoma dan menukar bag stoma.
Ya Allah pilu rasa hati tatkala melihat stoma anak kami kerna ini kali pertama kami melihat stoma dan sebelum ini kami sememangnya tidak tahu menahu langsung mengenai stoma ini.
Menitis air mata melihat keadaanya itu tak sanggup rasanya melihat keadaan dia begitu.
Nurse di wad cuba untuk mengajar isteri cara untuk menukar bag stoma tersebut, mula-mula memang isteri terasa sebak dan sedih ketika nak menukar bag tersebut serta menitis air mata bila Zahiruddin menangis ketika bag stoma di cabut untuk ditukar.
Selepas lebih 10 hari stoma Zahiruddin masih tidak menunjukkan perkembangan positif apabila stomanya hanya mengeluarkan banyak air daripada najis.
Sehinggakan doktor pun mula mencari punca stomanya seakan tidak berfungsi.
Segala ujian dilakukan termasuk xray, scan, ujian penghadaman semua dilakukan bagi mengenal pasti punca stomanya tidak mengeluarkan najis seperti biasa.
Malah selepas 2minggu lebih berada di wad kulit perut di sekeliling stoma Zahiruddin mula menunjukkan kemerahan akibat daripada penukaran bag tersebut.
Masuk hari ke-26 selepas pembedahan stoma tersebut doktor memberitahu bahawa esok Zahiruddin terpaksa di bedah sekali lagi bagi mengetahui punca stomanya tidak berfungsi kerana itu jalan terakhir yang mereka terpaksa ambil selepas semua ujian yang dilakukan tidak dapat mengenal pasti masalah sebenar.
Zahiruddin anak syurga yang amat kuat kerna di usianya yang baru mencecah 2 bulan dia telah berjaya mengharungi dua pembedahan ke atas dirinya dan sehingga kini dia masih terus bertahan.
Ketika saya menulis kisah Zahiruddin ini anak saya baru sahaja selesai menjalani pembedahan keduanya.
Di saat ini anak saya masih lagi sedang dirawat di hkl dan doktor memberitahu bahawa dia mungkin terpaksa tinggal di wad dalam masa beberapa bulan kerana doktor terpaksa memasukkan zat TPN kepadanya dalam usaha untuk menaikkan berat badannya terlebih dahulu sebelum melakukan operation yang selanjutnya.
AKAN ADA PEMBEDAHAN LAIN
Ya Allah ini bukanlah pembedahannya yang terakhir kerana dia akan melalui beberapa lagi pembedahan dalam usaha untuk menyembuhkan ususnya.
Sama-samalah kita sedekahkan al-fatiha kepada anak kami ini agar di berikan kekuatan untuk terus mengharungi dugaan yang diberikan kepadanya.
Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun kami
Public Bank Nama: Zakir Halim Account No: 6456990501
Agro Bank Nama: Nor Shahniza Account No: 1005521000020328
Sejak perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan, media sosial menjadi salah satu medium untuk rakyat Malaysia melakukan aktiviti di rumah.
Antara perkongsian yang mendapat carian yang tinggi adalah berkaitan resipi masakan. Lebih menarik apabila kewujudkan group facebook memasak iaitu ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ iaitu diawal penubuhannya dalam masa seminggu mencapai 500,000 ahli dan kini keahliannya 1.8 juta!
Terbaharu, group ‘Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI), penubuhannya pada 16 April lalu, kini pula telah mendapat perhatian. Berbeza dari group masakan lain, keahlian hanya untuk kaum lelaki sahaja. Jadi jika mak-mak nak tengok kena guna telefon suami. Apa yang pasti, group ini adalah bukti bahawa kaum adam sebenarnya bukan kaleng-kaleng ketika di dapur. Antara perkongsian termasuk, petua memasak, seni hiasan menu, resipi yang simple dan pelbagai lagi selain gelagat yang mencuit hati.
KEK GUNA KIRAAN SUKATAN 3.2.1.1
Salah satu perkongsian menarik seorang suami adalah cara membuat kek marjerin dengan mudah hanya menggunakan kod sukatan cawan 3.2.1.1 menerusi facebook, Addy Midon menerusi SMAHI.
IKUTI PERKONGSIANNYA.
“Assalammualaikum semua…
Saya baru disini
SUAMI MASAK APA HARI INI ?
kek kg je
Isteri cakap saya buat…. sukatan cawan 3.2.1.1
3 biji telur
2 cawan tepung kek
1 cawan gula 1 cawan marjerin
Satu tudung Essen vanilla
Marjerin Dan gula di mixer bersama sampai kembang
Masukkan telur sebiji Demi sebiji Dan mixer sampai kembang Dan akhir masukkan tepung Dan adunkan semua sekali …mixer sampai gebu
Selamat mencuba abam2 semua…jd share sini x jd share kt masak apa x jadi mcm PM ckp.”
Antara lain perkongsian di group berkenaan.
GELAGAT
KREATIVITI
PETUA
Apa yang nyata, group baru ini antara normal baharu baharu di Facebook. Semoga group ini menjadi dorongan para suami yang belum pandai memasak lagi, untuk belajar memasak. Barulah isteri boleh ‘cuti’ masak sekali-sekala bila suami turun ke dapur.