Setelah beberapa hari kelahiran penyeri baru dalam keluarga mereka, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sudah memilih nama yang sesuai buat cahaya mata ke-6 mereka itu.
Shahida dalam perkongsian di Instagramnya itu telah berkongsi beberapa foto disertakan nama bayinya di ruangan kapsyen selepas berbincang bersama keluarga.
“Assalamualaikum. Nama saya Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri (emoji hati),” tulisnya.
Malah, menurut Shahida di Instastorynya, dia bersyukur kerana rezeki selepas melahirkan anak keenam iaitu bayi lelaki itu semakin melimpah-ruah.
“Alhamdulillah, budak kecik ni bawa rezeki sungguh. Lahir-lahir dia terus murah rezeki. Amin…
Ads
“Banyaklah benda-benda tak disangka, rezeki datang bergolek. Betul orang cakap setiap anak, rezeki berbeza-beza,”luahnya.
Dalam pada itu, meninjau di laman Instagram anak perempuan pasangan ini, iaitu Qadejah El Zahra atau nama manjanya Cess, dia sangat teruja dan akui tak sabar untuk menunggu kelahiran adik baru ini. Cess juga mengucapkan syukur ibunya selamat melahirkan bayi tersebut sekaligus sempat meminta cadangan orang ramai untuk nama adiknya itu.
Ads
Namun, yang lebih menjadi perhatian dalam perkongsian video tersebut, Cess sempat membuat amaran buat adiknya itu supaya tidak membuat hal pada masa akan datang.
“Dan kalau awak (baby baru) melihat video ini, hai saya mungkin tak suka awak pada masa akan datang, tapi Jangan buat hal sebab saya akan marah awak. Sayang awak,” katanya dalam video tersebut.
Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Alam rumah tangga tidak sama dengan ketika bercinta. Kena ada ‘give and take’ dan sama-sama bertoleransi. Ego yang membukit pasti akan menyebabkan ikatan pernikahan putus di tengah jalan.
Justeru, sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga, harus selidik dan berfikir sedalamnya, jangan buat keputusan melulu mengikut nafsu dan emosi.
Menurut Ustaz Kazim Elias, penceraian berlaku kerana mencari yang tidak betul.
Malah, ada antara pasangan yang apabila disuruh cari yang beragama , berakhlak, mengabaikan hal tersebut sebaliknya memandang pada sudut lain.
“Disuruh cari yang yang beragama tapi minat yang berirama sahaja. Disuruh cari yang berakhlak tapi tengok yang galak.
“Yang beragama sahaja tidak cukup dan bukan semestinya ustaz, tok imam atau doktor. Tapi mungkin dia cikgu sekolah, pemandu teksi, siapa pun ambil lah janji dia mempunyai agama dan melaksanakan agama.
“Tetapi agama sahaja tak cukup, Nabi tambah lagi satu iaitu akhlak. Carilah yang berakhlak, jangan cari yang panas baran dan kedekut. Carilah yang beragama dan berakhlak, anda mampu mengubahnya,” ujar Ustaz Kazim Elias dalam satu rancangan Tazkirah Malam Jumaat di Astro.
“Sebenarnya, hati ini, cinta kepada mu, Sebenarnya, diri ini, rindu kepada mu, tapi aku tidak mengerti, mengapa cinta, masih tak hadir,…”
Pastinya jika kita mengungkap bait lagu tersebut anda mungkin dapat merasakan lirik lagu itu amat indah, sayu dan sangat puitis. Lebih-lebih lagi bulan Ramadan yang mulia ini. Mahu boleh jugak yang mengalir air mata kan, jika didengar berulang kali.
Hakikatnya, lagu ‘Sesungguhnya 19’ adalah kolaborasi penyanyi, Alif Satar bersama kumpulan nasyid terkenal Raihan.
Sukar untuk kita menafikan kehebatan kumpulan nasyid Raihan yang pernah mencipta fenomena bermula pada 1997 hingga pertengahan tahun 2000. Lagu ini yang pernah dirakamkan oleh Raihan dari album pertama berjudul Puji-Pujian berkonsep nasyid kontemporari.
Kini, menjadi trending semula di laman Youtube. The Lacos iaitu ahli band yang sering mengiringi persembahan Alif telah berjaya mencetuskan kembali fenomena industri muzik nasyid apabila memberikan nafas baru buat lagu itu. Video penuh boleh dilihat di youtube.
Menerusi laporan , Alif Satar, 28, melahirkan rasa bertuah berpeluang berduet dengan kumpulan nasyid popular yang diminatinya sejak usianya tujuh tahun lagi. Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, perancangan kerjasama mereka juga cukup dipermudahkan.
“Kerjasama ini bermula dengan pelawaan spontan saya kepada mereka. Kebetulan, pada Disember lalu, saya berduet dengan Raihan dalam program Bintang Minggu Ini. Tak sangka pula, pelawaan itu disambut baik.
“Selepas rakaman program berkenaan juga, sedutan latihan kami menyanyikan lagu Sesungguhnya menjadi tular. Ia umpama isyarat supaya projek ini diteruskan.
“Semuanya pula bagai dipermudahkan. Selain Raihan sendiri menyatakan persetujuan untuk berduet, pihak syarikat rakaman turut menyambut baik kerjasama ini.”
Untuk Bulan Ramadan
Rakamkan lagu duet berkenaan pada 15 April lalu dan dilancarkan semalam di Youtube yang sehingga kini artikel ditulis telah mencecah 599K penonton dan 85K like. Sungguh merdu dan keinsafan didengar terutama di bulan Ramadan.
“Jujurnya, saya sendiri sangat sebak apabila kerjasama ini dapat dilaksanakan. Melihat mereka merakamkan Sesungguhnya ‘19 di hadapan mata, ia pengalaman yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Daripada sekadar berduet dalam program hiburan, tidak sangka kerjasama itu berlarutan ke studio rakaman pula. Kalau ibu bapa saya dengar lagu ini nanti, mereka pasti sangat bangga. Mereka tahu, saya memang begitu meminati Raihan.”
Meremang weyy
Inspirasi
Well done
Syahdu dengar time sahur
Kumpulan Raihan asal
Lagu ‘Sesungguhnya’ merupakan ciptaan sepenuhnya Nazrie Johanie iaitu bekas vokalis Kumpulan Raihan. Daripada album Pujian-Pujian ini yang mencipta sejarah apabila ia terjual sebanyak 3.5 juta unit. Pada 1997, Raihan mencatat jualan album tertinggi di Malaysia apabila kira-kira 700,000 unit album sulung yang berjudul Puji-Pujian. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 1968-2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Bagaimanapun, Nazrey Johani telah meninggalkan kumpulan Raihan untuk bergerak di dalam bidang dakwah di negeri kelahirannya Sabah.
Cuti bukan sekadar bercuti tetapi ajarlah anak kita untuk mengisi cutinya dengan sebaik mungkin. Salah satu yang mak ayah boleh didik anak adalah untuk membiarkan anak bercuti sendiri ke luar negara. Mengapa?
Menurut perkongsian Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar membiarkan anak bercuti dan mencari pengalaman sendiri ketika mereka bercuti sekolah atau semester membolehkan anak belajar lebih banyak perkara.
Malah banyak perubahan ketara serta misi yang berbeza bila anak ke luar negara. Namun perlu diingatkan, biar anak berdikari sendiri dan paling penting cari duit poket sendiri. Berdikari!
Semalam hantar Haikal ke Airport. Dia nak ke Jepun. Bukan sambung belajar. Tapi cari pengalaman.
Saya kata pada anak anak cuti semester, pergi overseas. Cari pengalaman. Belajar sesuatu yang baru. Saya tak bagi duit. Saya suruh cari sendiri. Saya bagi iphone kat Haikal. Saya bagi tools.
Dia guna iphone ambil gambar. Dia bukan jurufoto pun. Dia ambil gambar straw minuman dalam air. Peluh ais pada gelas. Ambil gambar air embun pada daun. Semua gambar close up.
Dia jual pada Fiverr. Sekali hantar 100 gambar digital. Fiverr beli 20. Mereka bayar satu gambar USD20. Duit nilah Haikal kumpul.
Idea suruh anak anak pergi overseas ni saya dapat dari Prof Dr Rhenald Kasali. Beliau mantan Dekan Fakultas Ekonomi, Universiti Indonesia. Idea idea beliau sangat di luar kotak.
Banyak buku yang beliau tulis. Antaranya ialah kisah beliau cabar pelajar pergi ke luar negara. Bermusafir cari pengalaman semasa cuti semester.
Ada yang pergi. Tanpa biaya ibubapa. Pulang saja mereka transform. Sekarang ini mereka ini pegang jawatan besar dalam Multinational Company.
Ada perkara kita boleh ajar atau beri insight pada anak anak. Banyak perkara mereka hanya akan belajar bila melaluinya.
Untuk Haikal perjalanan inilah pelajaran untuk dia. Pelajaran komunikasi. Pelajaran urus emosi. Pelajaran bergantung total pada Ilahi.