“Sebenarnya, hati ini, cinta kepada mu, Sebenarnya, diri ini, rindu kepada mu, tapi aku tidak mengerti, mengapa cinta, masih tak hadir,…”
Pastinya jika kita mengungkap bait lagu tersebut anda mungkin dapat merasakan lirik lagu itu amat indah, sayu dan sangat puitis. Lebih-lebih lagi bulan Ramadan yang mulia ini. Mahu boleh jugak yang mengalir air mata kan, jika didengar berulang kali.
Hakikatnya, lagu ‘Sesungguhnya 19’ adalah kolaborasi penyanyi, Alif Satar bersama kumpulan nasyid terkenal Raihan.
Sukar untuk kita menafikan kehebatan kumpulan nasyid Raihan yang pernah mencipta fenomena bermula pada 1997 hingga pertengahan tahun 2000. Lagu ini yang pernah dirakamkan oleh Raihan dari album pertama berjudul Puji-Pujian berkonsep nasyid kontemporari.
Kini, menjadi trending semula di laman Youtube. The Lacos iaitu ahli band yang sering mengiringi persembahan Alif telah berjaya mencetuskan kembali fenomena industri muzik nasyid apabila memberikan nafas baru buat lagu itu. Video penuh boleh dilihat di youtube.
Menerusi laporan , Alif Satar, 28, melahirkan rasa bertuah berpeluang berduet dengan kumpulan nasyid popular yang diminatinya sejak usianya tujuh tahun lagi. Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, perancangan kerjasama mereka juga cukup dipermudahkan.
“Kerjasama ini bermula dengan pelawaan spontan saya kepada mereka. Kebetulan, pada Disember lalu, saya berduet dengan Raihan dalam program Bintang Minggu Ini. Tak sangka pula, pelawaan itu disambut baik.
Ads
“Selepas rakaman program berkenaan juga, sedutan latihan kami menyanyikan lagu Sesungguhnya menjadi tular. Ia umpama isyarat supaya projek ini diteruskan.
“Semuanya pula bagai dipermudahkan. Selain Raihan sendiri menyatakan persetujuan untuk berduet, pihak syarikat rakaman turut menyambut baik kerjasama ini.”
Untuk Bulan Ramadan
Rakamkan lagu duet berkenaan pada 15 April lalu dan dilancarkan semalam di Youtube yang sehingga kini artikel ditulis telah mencecah 599K penonton dan 85K like. Sungguh merdu dan keinsafan didengar terutama di bulan Ramadan.
“Jujurnya, saya sendiri sangat sebak apabila kerjasama ini dapat dilaksanakan. Melihat mereka merakamkan Sesungguhnya ‘19 di hadapan mata, ia pengalaman yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
“Daripada sekadar berduet dalam program hiburan, tidak sangka kerjasama itu berlarutan ke studio rakaman pula. Kalau ibu bapa saya dengar lagu ini nanti, mereka pasti sangat bangga. Mereka tahu, saya memang begitu meminati Raihan.”
Ads
Meremang weyy
Inspirasi
Ads
Well done
Syahdu dengar time sahur
Kumpulan Raihan asal
Lagu ‘Sesungguhnya’ merupakan ciptaan sepenuhnya Nazrie Johanie iaitu bekas vokalis Kumpulan Raihan. Daripada album Pujian-Pujian ini yang mencipta sejarah apabila ia terjual sebanyak 3.5 juta unit. Pada 1997, Raihan mencatat jualan album tertinggi di Malaysia apabila kira-kira 700,000 unit album sulung yang berjudul Puji-Pujian. Anggota asal kumpulan ini ialah Azahari Ahmad (Allahyarham; 1968-2001), Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim, Che Amran Idris dan Amran Ibrahim. Bagaimanapun, Nazrey Johani telah meninggalkan kumpulan Raihan untuk bergerak di dalam bidang dakwah di negeri kelahirannya Sabah.
Siapa sangka, birthday yang disambut gembira bersama anak-anak dan isteri menjadi kenangan terindah yang tidak akan dilupakan buat selama-lamanya.
Perkongsian wanita bernama Nurul Husna yang kematian suami akibat sakit jantung benar-benar mengubah segalanya. Sang suami yang menjadi nadi rumahtangga pergi tanpa sebarang pesan.
Our last family portrait bersama arwah.
29 Mei 2022, 28 Syawal 1443H (Ahad)
Kami sambut 2 hari awal birthday arwah disebabkan ada kekangan masa. Masa ni, arwah tak tunjuk langsung tanda yang pelik.
Dia tetap sama macam selalu. Happy go lucky, makan lalu, tak merungut sakit, tak dak perkataan atau ayat yang luar biasa pon yang akan membuatkan kita rasa ada sesuatu yang tak kena.
31 Mei 2022, 30 Syawal 1443H (Selasa)
‘Happy Birthday Papa’.
Kebetulan arwah perlu selesaikan urusan kerja di Johor. Aku bila ada hari² penting macam ni yang memerlukan perjalanan yang jauh, aku mula tak sedap hati. Tapi memikirkan demi sesuap nasi kami anak beranak, aku izinkan.
Arwah sampai dari Johor dalam pukul 10.00 malam. Dia pegi lepak makan dulu dan balik rumah dalam pukul 11.15 malam.
Aku dan anak² dah standby kek belakang pintu, nak surprise kononnnya.
Zieya ada ada tanya,
“Mama, kenape kite nak potong kek papa lagi, kan kita dah potong kek hari tu? “
Lancar ja mulut aku menjawab,
“Antara mama dengan papa, kita tak tau sapa yang akan meninggal dulu. Selagi ada masa, kita ambik peluang untuk raikan hari² istimewa macam ni”
Dan malam tu berlalu dengan penuh gelak ketawa kami anak beranak.
1 Jun 2022, 1 Zulkaedah 1443H (Rabu)
Arwah uruskan anak² yang bersekolah macam biasa. Aku pulak pegi pejabat, last jumpa arwah pagi tu ja, aku salam dan bergegas sebab dah lambat.
Pukul 1.41.petang, aku masih berwhatsapp dengan arwah. Pukul 3.30 petang aku whatsapp tapi tak da respond. Masa ni langsung tak rasa apa sebab aku andaikan arwah mungkin sibuk uruskan anak kecil kami, Hafiya.
Pukul 5.20 petang, aku sampai rumah. Dari luar dengar suara Hafiya nangis, bukak pintu tapi berkunci. Dah rasa pelik kenapa pintu berkunci. Selalu petang macam ni pintu tak kan berkunci sebab arwah dah keluar ambik anak² balik kafa.
Buka ja pintu rumah, ada sesusuk tubuh yang sangat aku kenali dah terbaring kaku, dihujungnya ada anak kecil yang menangis, entah untuk berapa lama aku tak pasti.
Allahuakbar.
Aku berlari dapatkan arwah. Aku pegang tangan, aku pegang leher, aku bukak mata arwah. Sejuk, tiada respond dan tanpa sebarang nadi. Hati aku kuat mengatakan yang arwah dah tak ada.
REDHA.
Pelan² aku capai anak kecil, aku call 999. Pihak berkenaan nak guide cara cpr tapi aku menolak, sebab hati aku kuat mengatakan arwah dah tak ada masa tu. Dengan anak yang tengah menangis mana mungkin aku ada kekuatan untuk buat cpr. Cuma aku mintak ambulance datang dengan segera.
Aku call anak buah arwah, family dan beberapa kenalan untuk datang rumah. Aku whatsapp dan call family untuk maklumkan keadaan arwah.
Pihak ambulance sampai, depa mintak izin untuk buat cpr. Aku jugak mintak izin untuk uruskan Hafiya dan solat asar. Selesai solat, selesai jugak cpr, pihak paramedik maklumkan yang arwah dah tak ada.
Innalillahiwainnailaihirajiun.
REDHA, aku redha dengan ujianMu ya Allah.
Aku tanyakan apa langkah seterusnya sebab aku tak dak pengalaman uruskan kes macam nie. Jiran² sebelah mula datang menjenguk, dan mula membantu mana yang patut.
Dari urusan dengan pihak polis, surau, perbadanan Putrajaya, semua selesai dengan mudahnya, alhamdulillah Ya Allah. Jiran² tolong, komuniti Presint 11 tolong, family dan kawan² jugak tidak terkecuali.
Bermula maghrib, ramai kenalan arwah, kenalan aku sendiri, jiran-jiran, family, yang jauh yang dekat memenuhi ruang rumah. Sungguh aku tak sangka terlalu ramai yang sayangkan arwah.
Bagi yang bertanyakan apa sakit arwah, cukup aku simpulkan arwah meninggal disebabkan jantung.
Dan malam berlalu dengan terlalu perlahan bagi aku. Mungkin untuk aku habiskan masa² akhir aku bersama arwah dengan sebaiknya.
Sambil membaca yassin, baca al-quran, aku usap perlahan muka arwah, tangan arwah, badan arwah. Ya, ini kali terakhir aku berpeluang untuk berkhidmat untuk insan yang paling aku sayang.
Tenangnya arwah, bersih mukanya. Lagi buatkan aku redha. Aku tau, arwah orang yang sangat baik. Dia dah jalankan tanggungjawab sebagai hamba, sebagai suami, sebagai papa, sebagai kawan, sebagai jiran, sebagai anak, abang ipar dan adik dengan sebaiknya.
2 Jun 2022, 2 Zulkaedah 1443H (Khamis)
Arwah dibawa ke Surau Al-Furqan, Presint 11 untuk dimandikan, dikapankan dan solat.
Masha Allah bang, ramainya orang. Ramai yang sayangkan abang. Abang baik, semua orang cakap benda yang sama. Abang suka belanja makan dalam diam, abang mudahkan urusan orang, abang baik dengan semua. Subhanallah.
Urusan disurau selesai dengan mudahnya. Pihak surau dan team pengurusan jenazah sangat membantu. Alhamdulillah.
Perjalananan diteruskan ke Tanah Perkuburan Islam, Presint 20, Putrajaya.
Sekali lagi, ramainya orang sayangkan abang. Masha Allah. Urusan pengkebumian berjalan dengan lancar, pihak perbadanan sangat menyantuni keluarga arwah dan menjalankan khidmat dengan sebaik mungkin.
Talkin dibacakan, untuk iktibar dan peringatan untuk kita yang masih hidup didunia.
Abang, selamat jalan ke negeri abadi. Ayang redha. Abang seorang yang sangat pentingkan keluarga, family man. Nak lepak makan dengan kawan² pon abang pastikan kami anak bini abang makan dulu.
Abang sangat baik untuk ayang dan anak². Abang cuba penuhi setiap masa bersama dan keinginan kami tanpa rasa jemu.
Allah jemput abang sehari selepas abang dah gembira menyambut birthday dengan ayang dan anak². Allah bagi pinjaman tak ternilai nie selama 12 tahun untuk kita bersama. Sayangnya Allah dekat kita kan bang. Dan yang pasti, Allah lebih sayangkan abang.
Walaupun ayang tak tau macam mana saat² akhir pengakhiran abang, ayang tak tau pukul berapa abang pergi, ayang tak tau sebab apa abang boleh rebah.
Tapi ayang pasti, abang hanya nak mudahkan urusan ayang dengan menguruskan jenazah abang. Semua tu tetap menjadi rahsia Dia, Maha Pencipta dan disaksikan anak kecil, Hafiya yang masih tak mengerti apa.
Allahuakbar.
6 Jun 2022, 6 Zulkaedah 1443H (Isnin)
Hari ni genap 6 hari hidup kami tanpa kehadiran abang disisi. Ayang tau abang ‘ada’. Anak² semua okei, main dengan sepupu² bagi hilangkan rasa rindu kat abang.
Cuma Hafiya, badan dah dedar. Rindu papa barangkali, tapi tak reti nak luah 🥺.
Abang, doakan ayang kuat nak galas tanggungjawab sebagai mama dan papa. Doakan ayang berjaya pimpin anak² hingga ke syurga. Abang tunggu kami kat sana, ya.
—————————————————————————-
Buat kenalan arwah, kawan² sekolah, kawan² politeknik, kawan² UiTM, kawan² bola, kawan² futsal, kawan² grab, kawan² proton, kawan² banker, kawan² lepak makan, kawan² rumah sewa dan semua yang mengenali,
sekiranya arwah ada buat salah silap, saya bagi pihak arwah mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Dan sekiranya arwah ada berhutang, mohon sangat² maklumkan kepada saya ya.
Buat keluarga tercinta samada keluarga sendiri dan keluarga mertua, jiran², kawan² yang mengenali husna dan yang sangat husna sayang, kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan rumah sewa, kawan poli, kawan uitm, kawan KSM, kawan KDN dan terutamanya kawan² JPK, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang semua.
Terima kasih atas keprihatinan dan kebajikan, terima kasih untuk doa² dan ucapan kekuatan. Terbukti husna tak keseorangan.
Doakan husna terus kuat, demi anak² dan perjalanan masa depan. Mohon juga doakan arwah ya.
Pelawak Shahrol Shiro, dikhabarkan dimasukkan ke hospital dan menerima rawatan akibat sinusitis.
Berita tersebut dikongsikan oleh isterinya, Nor Farhanah Syamimi. Menurut Farhanah atau mesra dipanggil Ana, suaminya bakal menjalani pembedahan kali ketiga sinusitis.
“Shahrol ditahan di wad sejak Ahad lalu selepas tiga minggu menahan sakit, sampai tak boleh nak tidur malam pun.
“Itu yang pergi hospital dan scan…Tengok-tengok dah ada nanah di rongga hidung dan mata. Shahrol menjalani pembedahan pada Selalu lalu untuk membuang nanah tersebut.
“Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Sepatutnya dah boleh balik hari ni tapi masih ada pendarahan, mungkin dalam dua tiga hari ini dibenarkan pulang. Harap-harap sinus dia okay selepas kali ketiga pembedahan ini,” katanya.
Dalam masa yang sama, anak kedua pasangan ini turut dimasukkan ke hospital sebelum ini akibat demam panas. Ismail Rifqi, 8 bulan, walau bagaimanapun dilaporkan semakin baik.
“Alhamdulillah, Ismail sebenarnya mengalami demam panas ketika ayah dia dimasukkan ke hospital Ahad lalu.
“Namun selepas dua hari memantau, keadaan Ismail nampak membimbangkan dan dia ditahan di wad.
“Dalam masa sama saya juga risaukan Rizqi (anak sulung). Mujur kakak saya ada dan dia yang jaga Rizqi sepanjang saya menemani Ismail di hospital.
“Ismail dah boleh keluar hari ini dah semakin ceria,” katanya.
Dalam pada itu Anna mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan suami dan anaknya.
Shahrol sebelum Itu berkongsi mengenai perkembangan terkininya di hospital menerusi laman sosial Instagram (IG)nya.
Menerusi perkongsian tersebut, Shahrol memohon maaf kepada semua yang tidak dapat menghubunginya sejak tiga hari lalu.
Kenal tak daun selom? Ia adalah antara ulam boleh dimakan mentah atau dimasak. Tapi kalau nak lebih khasiat elok dijadikan ulam. Pilih yang muda dan segar untuk rasa yang lebih enak.
Memang banyak khasiat antaranya mengandungi pelbagai nutrien antaranya kalsium dan vitamin C.
Bagi yang suka ulaman ni, apa kata cuba tanam di rumah. Musim PKPB ni boleh lah bercucuk tanam. Kaedah yang digunakan adalah menggunakan batang daun selom yang dibeli di kedai. Tak perlu nak kena pergi ke kedai nurseri untuk cari benihnya. Beli je ulam ni dan guna batangnya untuk tanam.
Menerus perkongsian puan Nur Aida Md Zainudin, beliau hanya cucuk keratan batang pada tanah. Jika nak guna pasu pun boleh. Tak Sampai seminggu dah tumbuh tunasnya. Cuma kena hati-hati sebab siput suka ulam ni, nanti daun pun tak cantik.
Ikuti perkongsiannya.
1.Batang dipotong ikut ruas selom. Rendam dalam air. Ruas itu nanti akan keluar akar.
2. Lebih kurang 5-7 hari direndam, akan keluar akar melalui batang selom (pastikan selalu tukar air rendaman)
3. Tanam batang yang berakar ini secara melintang.
4. Tutup dengan tanah dan siramkan. Pastikan tanah sentiasa lembap.
5. Tanam selom ini mudah dan tak perlu tunggu masa lama. 2-3 minggu dah boleh tuai hasilnya.