Bila hendak menanam kesum tidak semua berjaya, lebih-lebih lagi buat yang pertama kali ingin mencuba bercucuk tanam. Ada orang kata ambil sahaja keratan batang dan cucuk terus ke tanah, begitu mudah bunyinya. Namun bila dibuat sendiri, tidak juga hidup-hidup kesum yang dicucuk ke tanah. Mungkin ada silap di mana-mana semasa proses menanam kesum dilakukan.
Jadi apa kata anda mencuba dengan teknik rendaman batang terlebugih dahulu sehingga keluar akar seperti mana yang dikongsikan oleh Siti Rokiah Che Hat ini. Semoga perkongsian panjang lebar daripadanya dapat memberi input yang bermanfaat untuk anda gunakan semasa mencuba menanam kesum.
Semoga berjaya.
Cara Tanam Kesum yang Betul di Rumah
Kesum merupakan bahan masakan yang penting terutamanya bagi masakan seperti laksa, asam pedas dan sebagainya. Kesum juga dijadikan sebagi ulam penambah selera bagi mereka yang sukakan ulam-ulaman yang tumbuh terutamanya di kawasan beriklim sederhana.
Penanaman kesum di kawasan rumah adalah penting supaya mudah diambil sekiranya ingin digunakan di dalam masakan. Terdapat beberapa kaedah yang perlu diambil perhatian bagi memastikan tanaman kesum yang ditanam hidup subur dan boleh dipetik apabila matang.
Pemilihan benih
Benih kesum diambil dari keratan batang. Keratan batang boleh dipetik dari pokok sedia ada mahupun kesum yang dibeli dari pasar. Pastikan pilih keratan batang yang matang dan subur. Elakkan memilih keratan batang yang terlalu muda ataupun yang telah layu. Pilih keratan sekurang-kurangnya 10 – 15cm.
Penyediakan bahan tanaman
Kesum merupakan tanaman yang sangat sukakan air. Maka tidak hairanlah sekiranya pernah melihat kesum ditanam di kawasan yang berair terutamanya di tepi paip air ataupun kawasan yang lembap. Terdapat beberapa cara atau bahan tanaman yang boleh digunakan untuk menanam kesum iaitu sama ada ditanam di tanah, di dalam pasu ataupun secara hidroponik.
1. Penanaman di tanah
Jika memilih untuk untuk menanam kesum di tanah, pastikan kawasan tanaman tersebut adalah berdekatan dengan sumber air. Adalah lebih baik sekiranya kawasan tanah tersebut adalah kawasan yang lembap. Pastikan kawasan telah dibersihkan dari rumpai-rumpai dan bendasing sebelum penanaman dilakukan. Tanah juga perlu digembur supaya akar pokok kesum mudah untuk keluar.
Ads
2. Penanaman di dalam pasu
Penanaman kesum di dalam pasu merupakan kaedah yang paling digemari kerana ianya mudah. Sebaiknya guna pasu yang mempunyai lubang yang sedikit untuk meminimakan kadar air yang keluar dari pasu. Hal ini adalah bagi memastikan tanah di dalam pasu sentiasa lembap untuk kesum hidup subur memandangkan pokok kesum sangat sukakan air. Masukkan tanah yang sesuai di dalam pasu dan tanam keratan batang kesum mengikut saiz pasu tersebut.
3. Penanaman secara hidroponik
Penanaman secara hidroponik juga dilihat semakin popular untuk tanaman kesum, namun bagi jangka masa yang panjang, kaedah ini jarang dilakukan. Jika ingin mencuba, adalah lebih baik kerana penanaman kesum menggunakan kaedah hidroponik juga sangat mudah. Secara DIY, ambil keratan batang dan sediakan bekas yang sesuai seperti penapis, masukkan keratan batang dan rendamkan di dalam air. Penggunaan kit hidroponik juga lebih sesuai jika terdapat bahan yang diperlukan. Pokok kesum akan kelihatan mengeluarkan akar dan seterusnya mengeluarkan pucuk yang baru.
4.Cara tanam kesum dan penjagaan
Keratan batang yang dipilih boleh ditanam terus ke tanah dengan membuat lubang sedalam 2 inci. Siram dan letakkan di kawasan yang teduh sekurang-kurang seminggu untuk memberi masa kepada keratan batang untuk menghasilkan akar dan memastikan pokok kesum tidak layu sekiranya terdedah kepada matahari sepenuhnya. Setelah pokok kelihatan stabil, boleh pindahkan pokok ke kawasan yang terkena cahaya matahari. Bagi pokok yang ditanam terus di tanah, perlu meletakkan teduhan sementara supaya pokok tidak layu. Teduhan yang boleh digunakan termasuklah jaring hitam, pelepah kelapa ataupun apa-apa bahan terpakai yang sesuai.
Kaedah yang kedua ialah dengan merendam dahulu keratan batang di dalam air sehingga akar keluar. Seterusnya pindah ke tanah dan letakkan pasu di kawasan teduh beberapa hari sebelum dedahkan sepenuhnya kepada cahaya matahari.
Pengairan dan pembajaan
Pokok kesum memerlukan kadar air yang mencukupi. Siram pokok kesum sekurang-kurangkan sekali sehari. Pastikan tanah lembap sepenuhnya. Baja yang sesuai untuk pokok kesum ialah baja organik seperti baja tahi ayam ataupun baja kompos. Pembajaan boleh dilakukan 2 minggu sekali.
Ads
Penuaian hasil
Hasil boleh dipetik setelah pokok membesar dengan subur. Petik batang kesum dengan meninggalkan sedikit bahagian pangkal bawah untuk memudahkan pucuk baru untuk naik dengan seragam.
Penanaman kesum di kawasan rumah merupakan amalan yang bijak kerana kesum boleh dipetik dengan segar dan mengikut kuantiti yang perlu sahaja.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Merancang masa depan anak-anak dari awal adalah sangat penting agar masa depan anak-anak tersayang terjamin. Tapi, bukan mudah untuk merealisasikan semua ini tanpa simpanan yang kukuh.
Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN-i adalah sebuah gabungan tabung pendidikan dengan takaful. Ia amat sesuai untuk dijadikan tabung pendidikan untuk anak-anak anda.
Lagipun, sekarang jika ingin meminjam Pinjaman Pendidikan PTPTN, anda kena ada akaun SSPN-i. Lebih baik buka siap-siap kan? Satu lagi yang menyenangkan – akaun ini boleh dibuka menerusi online saja! Tak payah pergi beratur panjang-panjang di kaunter.
Sekarang ibu bapa sudah tahu bagaimana ingin menguruskan duit untuk anak-anak itu kan? Janganlah segan untuk menyimpan. Dengan ekonomi sekarang, lebih baik anda sediakan payung sebelum hujan.
Jangan dek kerana tekanan ekonomi, anak-anak anda tak berpeluang untuk mengecapi impian mereka kelak. Simpan duit raya ini untuk kegunaan pada masa akan datang, okay?
Menerusi SSPN dapat membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
Akaun SSPN ini terbahagi kepada dua iaitu SSPN -i dan SSPN -i Plus. Kedua-dua skim simpanan ini adalah pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
Justeru SSPN mendidik rakyat Malaysia untuk mengutamakan simpanan demi masa depan dan pendidikan anak-anak. Sekali gus menyemai minat menabung kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia.
Keistimewaan SSPN
SSPN-i Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan.
Banyak manfaat yang diperoleh melalui simpanan ini. Antaranya termasuklah:
Simpanan dijamin oleh Kerajaan dan skim patuh syariah.
Kadar dividen yang diberikan adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi kewangan lain
Merupakan satu-satunya pelan simpanan yang diberikan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.
Perlindungan takafl secara percuma untuk pendeposit turut disediakan apabila simpanan telah mencecah RM1,00.
Dengan simpanan serendah RM30 sebulan, boleh mendapat perlindungan takaful sehingga RM40,000, selain khairat kematian dan manfaat bagi 36 penyakit kritikal serta elaun harian hospital.
Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 ke atas.
Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Pemberian geran sepada kerana memasuki institusi tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat.
Simpanan di dalam akuan SSPN -i dijamin oleh kerajaan serta layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.
Cara nak buka akaun SSPN -i ini sangat mudah:
Akaun SSPN -i ini boleh dibuka di mana-mana kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen SSPN -i yang sah yang telah dilantik oleh pihak PTPTN.
Antara ejen-ejen SSPN -i yang sah adalah Bank Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat, CIMB Bank, Maybank dan Pos Malaysia.
Anda juga boleh membuka Akaun SSPN -i secara online. Ini adalah lebih mudah jika anda mempunyai kemudahan internet.
Sama seperti membuka Akaun SSPN -i dengan ejen-ejen yang sah ini, anda akan diminta untuk mendepositkan minima RM20
Bagi mendapatkan info lanjut berkenaan tabungan, anda boleh sama-sama menonton Keluarga Talk yang dibawakan oleh SSPN dengan kupasan tajuk: Nak Menabung Asyik Tak Jadi Apa Punca & Kaedah Terbaik Buat Simpanan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak cuak bila harus melalui sekatan jalan raya (SJR), bimbang ditahan atau disoal oleh anggota polis walaupun sebenarnya tak ada buat apa-apa salah pun
Namun, berbeza dengan situasi yang dilalui Dr Farzana Abdullah kerana buat pertama kalinya dia ‘terserempak’ dengan suaminya yang juga seorang anggota polis sedang bertugas menjaga SJR.
Dek kerana teruja dapat bertemu suami kesayangannya, doktor perubatan itu sempat merakam aksi suaminya Mohd Haniff yang memberikan simbol hati dengan kedua-dua belah tangannya sebelum dikongsi di laman Facebook.
“Abang polis bagi heart la kat kita hahaha auchh haha macam ni la bila wife doctor husband polis. Bertembung tepi jalan macam ni je la haha.
“Take care my husband. Jangan marah na kita main phone sekejap je ni nak rakam. Jarang2 boleh rakam moment ni haha,” tulisnya.
Menurut laporan mStar Online, Dr Farzana berkata ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kulim dari tempat kerja di Klinik Kesihatan Seberang Jaya.
“Suami tak tahu saya nak lalu dan saya pun tak tahu yang suami saya kerja roadblock hari tu. Sebab tugasnya berubah-ubah, sekejap ronda motor atau MPV, sekejap jaga balai. Jadi tak sangka jumpa dia,” katanya.
Rupa-rupanya itulah pertama kali Dr Farzana bertemu dengan suaminya yang bertugas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Selain itu, Dr Farzana menjelaskan dia tidak bermain telefon bimbit ketika memandu malah tiada niat menularkan video tersebut sebaliknya hanya berkongsi sebagai kenangan.
“Ada terbaca komen-komen yang kurang OK, cakap polis tak saman pula main telefon. Saya harap salah faham itu dapat dirungkaikan,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.