Ibu dan ayah kita tentunya telah lakukan yang terbaik dan cemerlang untuk kita sebagai anaknya.

Pun begitu setelah kita berjaya dan cemerlang dalam  hidup apa pula khidmat kita dapat lakukan untuk ibu ayah tercinta. Apatah lagi andai orang tua kini sudah kembali ke pangkuan Ilahi.

Jom semak perkongsian ini untuk dijadikan renungan bersama.

DIDIK ANAK CEMERLANG

Ayah gemar bercerita kejayaan anak. Secara relatif banyak kejayaan akademik dan kerjaya telah saya capai.

Renungan Buat Kita Sebagai Anak. Prof Ni Kongsikan Ceritanya Agar Tiada Yang Lupa!

Sebahagiannya sempat diceritakan oleh ayah kepada keluarga yang hampir serta sahabat beliau yang lain.

Barangkali kedai kopi yang menjadi lokasi wajib harian menjadi saksi. Tentu sekali ayah berbangga dan puas hati dengan kecemerlangan – akademik dan kerjaya – anak lelaki beliau ini.

IKLAN

Malah saya fikir ramai ibu bapa yang lain juga akan berbangga dengan anak sendiri jika anak-anak jauh lebih berjaya berbanding percapaian masa lampau mereka.

Ayah sudah meninggal.

Lebih 20 tahun al-marhum dijemput pulang. Kisah kehidupan dunia berakhir.

Apa yang sedang berlaku di alam kubur tidak dapat saya tulis secara khusus.

Sudah hancurkah tulang belulang ayah? Apakah tanah menghimpit beliau? Gelap gelitakah suasana kubur ayah? Berapa lama beliau akan berada di sana?

IKLAN

Masih mampukah beliau bercerita bangga “kejayaan anak lelaki” ini kepada ahli kubur yang lain?

Jawapan kepada soalan ini sangat mudah. Tentu sekali tidak. Masing-masing bersendirian menghadapi kehidupan baru.

Kejayaan anak-anak yang telah dicapai secara khusus di dunia tidak dapat membantu al-marhum selepas meninggalkan kehidupan dunia.

Sungguh, kita sering kali mendengar kutipan Rasulullah SAW bersabda melalui riwayat Muslim yang bermaksud,

“Apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya”

IKLAN

Akhirnya – jika dipermudahkan – kejayaan anak-anak semasa di dunia bukan hanya setakat berjaya di dalam dunia akademik dan seterusnya membina kerjaya kehidupan yang cemerlang.

PhD, JUSA, ahli senat, Dekan atau Pengarah – akhirnya – tidak benar-benar bernilai jika saya tidak tergolong sebagai anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.

Renungan Buat Kita Sebagai Anak. Prof Ni Kongsikan Ceritanya Agar Tiada Yang Lupa!

Jika saya tidak mengamalkan segala nasihat ayah maka hilanglah ilmu bermanfaat yang berguna untuknya pada ketika ini.

Ukuran kecemerlangan akademik dan kerjaya kelihatan susut dengan pantas sekali selepas ayah meninggal.

Ada keperluan lain yang lebih utama.

Sumber : Muhd Kamil Ibrahim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI