Sebenarnya banyak menu simple yang belum kita terokai sepenuhnya. Tapi jangan lah anggap menu simple ni untuk orang pemalas.
Kadang-kadang menu simple ni untuk orang yang nak cepat, mungkin ada kerja yang nak disiapkan.
So tak payah susah-susah nak fikir menu apa nak buat untuk makan. Yang penting kita sendiri yang masak, kita sendiri yang makan.
Jom kita cuba menu simple berkuah yang dikongsikan oleh Salina Jalaludin di Cookpad.
RESEPI BABY BAWAL MASAK CUKA
BAHAN IKAN GORENG:
-5 ekor baby ikan bawal
-Garam
-Serbuk kunyit
BAHAN KUAH:
-1 ulas bawang merah (dihiris)
-2 biji cili besar (dihiris)
-1/2 cawan air
-1-2 sudu besar cuka makan
-1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
-Garam
-Serbuk perasa (optional)
CARA MEMASAK:
1. Lumur ikan bawal dengan garam dan kunyit dahulu. Kemudian goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
Ads
2. Tumis bawang merah yang dah dipotong dan cili besar sehingga naik bau. Kemudian tambah air dan cuka. Jangan banyak sangat cuka.
3. Masukkan ikan bawal yang telah digoreng tadi dan bawang besar. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa. Tutup api setelah mendidih.
Buka peti tengok ada lagi lebihan daging korban baru-baru ini. Nak buat sup, yang tinggalnya isi, macam tak best pula.
Jenuh dok mikir nak masak menu apa yang sesuai, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh Yatiekitchen di laman facebook. Ada pula nasi putih panas-panas, ikan kering ke memang confirm makan bertambahlah! Jom cuba..
RESEPI DAGING GORENG CILI PADI LIMAU
Bahan A:
Daging
Bawang putih 3 ulas
Biji ketumbar 1 sudu
Jintan putih 1 sudu
Cara-caranya:-
1. Potong daging lawan urat dan nipis. Rebus daging sehingga empuk.
2. Tumbuk bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, salutkan pada daging dan goreng hingga garing (pastikan goreng menggunakn minyak yang baru.
Bahan B:
Cili merah besar 2x
Cili padi merah 6x
Bawang merah besar 1/2 biji
Bawang holland 1/2 biji
Bawang putih 6 ulas
Tomato 1 biji
Limau nipis
Cara-caranya:-
1. Rebus semua bahan selama 15 minit. Toskan dan tumbuk kasar.
2. Panaskan minyak, goreng bahan yang telah ditumbuk, masuk belacan sedikit, gula 1/4, garam, mushroom seasoning, perahan limau nipis 1/2 biji, goreng cili sehingga garing.
3. Masuk daging yang telah digoreng dan daun limau purut.
Kalau pergi ke pasar membeli ayam, pasti ada golongan yang menolak bahagian kaki ayam ini. Semuanya kerana ada yang mengatakan bahawa bahagian tersebut kotor kerana sifat ayam yang suka mengais pasir.
Mungkin ramai yang tak tahu, bahagian ayam ini mempunyai khasiat dan manfaat bahkan baik untuk kesihatan.
Ada yang suka kaki ayam ini dibuat sup, gulai dan ada juga yang suka digoreng garing. Rasanya sangat enak lebih-lebih lagi jika ianya betul-betul empuk dan kembang.
Bagi yang tidak tahu kelebihan kaki ayam, ianya mengandungi banyak kolagen yang membantu meremajakan kulit namun kadang-kadang jika tidak disiang dengan betul, ianya akan menghadirkan baunya hamis dan untuk memasaknya juga agak leceh.
Bagi menyelesaikan masalah ini, anda hanya perlu guna tip ringkas ini untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
1. Buang kotoran di kuku dan kulitnya , Rendam dalam air panas
Pastikan anda membuang segala kotoran yang ada pada kaki ayam sebelum mula memasaknya. Rendam dahulu dalam air panas untuk memudahkan proses mengupas kulit kakinya.
2. Lumur dengan air limau nipis atau cuka.
Rendam kaki ayam dalam air limau nipis atau cuka selama 15 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Gunakan air paip atau air yang mengalir supaya kotoran dan sisa lain tidak melekat atau membuatkan rasanya menjadi pahit.
3. Rebus dengan aneka rempah
Bagi mempercepatkan proses rebusan dan kaki ayam empuk, sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi kerana ia cuma akan memakan masa selama 10 minit sahaja. Masukkan halia, serai, dan daun limau bagi menghilangkan bau hamis. Aroma dan rasa rempah ini akan memberikan citarasa yang tersendiri pada kaki ayam yang dimasak.
4. Masak dengan rempah pedas
Selain dari sajian sup kaki ayam, boleh juga cuba sajian yang dimasak pedas. Kelebihannya adalah ia akan menghilangkan bau hamis serta merta.
Tip Memasak Kaki Ayam Empuk
Kaki ayam memang terbukti mengandungi pelbagai nutrisi penting yang bermanfaat untuk membina kesihatan tubuh. Kaki ayam juga boleh membantu memulihkan stamina kerana keletihan, masa pemulihan selepas sakit atau operasi, memulihkan keadaan usus yang bermasalah dan mengatasi alergi terhadap beberapa makanan.
Namun memasak kaki ayam tidak boleh dilakukan secara sembarangan. Berikut ini adalah beberapa tips untuk memasak kaki ayam empuk, tidak hamis dan menghilangkan semua potensi bakteria.
1. Ambil bahagian kaki ayam. Potong paras paha bawah sehingga yang tertinggal benar-benar kaki.
2. Cuci dengan air bersih yang mengalir sehingga semua kotoran boleh keluar. Jika beli kaki ayam dari peniaga maka jangan terus memasaknya tapi cuci semula. Potong semua bahagian kuku kaki ayam untuk menghilangkan bahagian kaki yang kelihatan kotor dan menjijikkan.
3. Rebus kaki ayam dengan air panas selama beberapa minit.
4. Longkang dan hilangkan lapisan kulit keras pada kaki ayam. Lapisan kulit berwarna kuning harus dihilangkan untuk mengurangkan potensi bakteria dan kotoran yang memang tertinggal dalam kaki ayam.
5. Rebus lagi bahagian kaki ayam dan masak sesuai dengan selera anda.
6. Selalu gunakan kaki ayam yang masih segar dan baru dipotong dan jangan memasak kaki ayam yang sudah disimpan lebih dari 48 jam di dalam peti sejuk.
Manfaat kaki ayam memang cukup banyak, namun pastikan anda memasaknya dengan cara yang betul dan bersih. Kerana kaki ayam harus di cuci dengan bersih agar tidak menimbulkan bakteria yang berbahaya bagi kesihatan.
Nah, senang sahaja bukan? Sekarang anda sudah mengetahui rahsia untuk mendapatkan kaki ayam empuk dan tidak hamis. Jadi boleh mula praktikkan di dapur sendiri ya.
Jika sebelum ini ada antara kita yang menggemari sambal tempoyak atau ikan patin masak gulai tempoyak dan pelbagai menu berasaskan tempoyak, untuk membangkitkan lagi selera berbuka puasa.
Rupa-rupanya siapa sangka tempoyak ini ada keistimewaannya yang tersendiri.
Bukan sahaja sedap pada rasa, bahkan rugi jika dilepaskan begitu sahaja.
Sebenarnya tak ramai tahu rahsia tempoyak ni.
Ni 7 rahsia tempoyak yang ramai tak tahu
1. Tempoyak bukan cuma sedap tapi tempoyak ni penuh dengan bakteria baik ( probiotik ) untuk usus anak anak dan keluarga kita
2. Tempoyak ni terhasil daripada proses fermentasi antara garam dan durian. Sebaiknya tempoyak ni dimakan terus sahaja tanpa dipanaskan atau dimasak untuk menjaga kandungan bakteria baik di dalamnya
3. Mengikut kajian dalam tempoyak ni ada 7 strain Lactobacillus iaitu L. plantarum, L. fermentum, L. crispatus, L. reuteri, and L. pentosus. Kesemua spesis ni mempunyai aktiviti oksidan yang tinggi
4 . Aktiviti oksidan yang tinggi ni dikaitkan dengan kemampuan untuk mencegah penyakit kanser juga sebenarnya
5. Dalam usus kita, ada bakteria baik, ada bakteria jahat. Jika jumlah bakteria jahat lebih banyak dan tak seimbang, itulah saatnya penyakit berbahaya akan mula menyerang kita sekeluarga
6. Sebab tu lah tempoyak ni bukan cuma penaik selera makan kita sekeluarga. Tempoyak ni juga adalah penaik imuniti badan dan perencat kuman jahat di dalam usus.
7. Itulah kenapa saya ajarkan anak anak saya untuk jatuh cinta dengan tempoyak kerana saya percaya kita tak perlu makanan mewah dan mahal mahal pun untuk menjaga kesihatan keluarga kita
Tolong bagitahu rahsia ni pada ahli keluarga kita yang belum tahu ya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.