Kepada penggemar kek cawan, boleh mencuba resepi mudah ini. Lebih menarik resepi ini tidak mengunakan telur sebagaimana kebiasaan membuat kek. Malah, kek ini sesuai untuk anak mengalami ekzema yang alah kepada telur. Ikuti resepi mudah dan cepat ini yang dikongsi oleh Puan Wan Farihan Sulaiman. Berikut cara membuatnya.
CUPCAKE MUDAH TANPA TELUR.
1 cwn tpg gandum
1/3 cwn milo
1/4 cwn serbuk koko
1/2 gula halus
1sk baking powder
1sk soda bikabonat
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn air panas mendidih
Cara membuatnya:
Ads
Gaul semua sebati, masukkan dlm papercup. Bakar 160’c / 20minit.. Boleh kukus / bakar dlm oven / air fryer.
Menyentuh perihal menyediakan hidangan yang menyihatkan untuk keluarga,adalah salah satunya dengan menyediakan nasi yang dimasak daripada beras basmathi. Sebagai mana semua kita mengetahui, beras basmathi adalah kurang berkanji berbanding beras putih biasa. Selain itu, rasanya juga lebih enak dan mempunyai tekstur beras yang lebih panjang dan akan kelihatan cantik setelah dimasak.
Pun begitu, jika tidak tahu cara atau petua memasak beras basmathi ini bimbang juga beras yang panjang akan patah dan tidak menarik bentuknya. Oleh itu ketahui dahulu tip penting untuk memasak beras basmathi ini. Barulah hasil masakan kita nampak macam seorang chef pakar yang menyediakannya. Jom semak!
1. Cuci beras
Beras Basmathi perlu dicuci bersih. Namun semasa mencuci beras jangan diramas-ramas. Cukup sekadar dikaub balik dengan perlahan agar beras tidak patah.
2. Rendam dengan garam
Pastikan beras terendam sepenuhnya dan masukkan 1 camca besar garam dan rendam selama 30 minit. Kemudian tapis.
3. Sukatan air
Sukatan air perlu diambil berat, jika terlebih akan menyebabkan beras yang dimasak menjadi lembik dan jika terkurang sukatan air akan menjadikan beras yang dimasak mentah pula. Oleh itu, pastikan sukatan air adalah tepat.
4. Gunakan sudip
Jika ingin mengaub balik nasi yang dimasak pastikan hanya menggunakan sudip seperti garpu untuk memastikan nasi tidak patah dan kekal di dalam keadaan panjang.
5. Lakukan dengan perlahan
Pastikan juga proses mengaub balik dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati. Lebih-lebih lagi jika air di dalam periuk telah kering. Jika dilakukan dengan terlalu kasar, beras akan mudah patah dan tidak cantik keadaannya.
INFO TAMBAHAN
Jika didapati nasi yang ditanak terasa keras atau sedikit mentah, renjiskan sedikit air panas dan tutup periuk dan masak seketika lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bubur sum sum merupakan juadah tradisi yang mempunyai rasa lemak-lemak masin dan manis serta terasa lembut teksturnya bila dimakan. Biasanya ada juga yang menyamakan bubur sum sum ini seperti kuih lompat tikam yang berwarna putih dan hijau. Namun sebenarnya ia berbeza dan mempunyai rasanya yang tersendiri.
Kalau diikutkan bubur sum-sum ini ada ceritanya di dalam masyarakat Jawa. Bubur sum-sum ini sebenarnya menjadi hidangan rasmi bagi mengakhiri kerja-kerja kenduri kahwin untuk dihidang kepada jiran-jiran terdekat yang telah bergotong royong menjayakan majlis perkahwinan.
Jadi mungkin ada yang rindu untuk merasai keenakan rasa bubur sumsum ini, jadi apa kata anda sediakan sendiri dengan resipi yang dikongsikan oleh No Or ini. Bahan-bahannya pun tidaklah susah dan bolehlah dicuba.
BUBUR SUM SUM
Ada yang suka tak? Sedap dimakan sejuk-sejuk. Kombinasi rasa lemak dan manis bila masuk ke mulut, memang ‘heaven’. Di tambah dengan sedikit kerajinan untuk mengacau.
Okey, Jom tengok resepi kat bawah
Bahan-bahan:
4 1/2 cawan santan
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
Cara menyediakan
3.Bila cukup masak, tuangkan di dalam loyang atau bekas yang disukai.
GULA SIRAP
1 cawan gula kabong saiz besar
1/2 cawan gula biasa
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
1 helai daun pandan
Cara menyediakan :
Untuk hidangan :
Tuangkan air gula ke atas bubur sum sum & bolehlah dinikmati.
Membayangkan betapa lembut dan sedapnya rasa puding, terasa teringin pula untuk dibuat sendiri. Jadi apa kata alang-alang tengah rajin tu, buatkanlah lebih sedikit untuk di bawa balik ke kampung sempena nak bercuti raya nanti.
PUDING LUMUT SEKAYA
Bahan A – untuk bahagian hijau…lumut
Agar2 – 30.7 grm
1 tin susu pekat – boleh tambah jika kurang manis
3 mangkuk air
2 mangkuk santan
2 biji telur
5 helai daun pandan.-
1/2 in kayu manis
secubit garam
sedikit susu cair – jgn tlalu banyak nanti agar2 tak jadi spt lumut.
Cara2
1. Masak agar2 hingga larut
2. Kisar daun pandan bsama kayu manis
3. Tapis daun pandan yg tlh dikisar
4. Kisar santan bsama 2 biji telur
5. Masukkan air pandan yg tlh ditapis itu ke dlm santan – jika kurang hijau, boleh tambah pewarna hijau
6. Masukkan santan hijau ke dlm agar2 yg tlh larut
7. Masukkan susu pekat
8. Tambah sedikit susu cair dan scubit garam
9. Masak hingga mendidih dan santan pecah mbentuk lumut.
Bahan B
Agar2 30.7 gm
1 tin susu cair
1 tin skaya
2 biji telur
2 camb tpg kastard
2 camb susu tepung
1 camb buttercup
sedikit ais krim vanila.
Cara2
1. Masak agar2 hingga larut
2. Blend susu cair, tpg kastard, susu tpg, telur
3. Tapis ke dlm agar2 yg tlh larut
4. Masukkan sekaya
5. Masukkan buttercup
6. Masukkan ais krim
7. Kacau hingga sekaya larut
8. Jika kurang manis, tambah sedikit susu pekat
9. Asingkan 3 senduk adunan dan tambah pewarna coklat atau coklat emelco – utk buat lapisan coklat.
Cara melapis
1. Ambil 3 senduk adunan lumut. Masukkan dlm bekas agar2. Bekukan.
2. Bila sudah beku, garis2kan dgn garpu
3. Masukkan 2 senduk lapisan coklat ke ats adunan lumut. Bekukan.
4. Bila dah beku, lapiskan dgn adunan sekaya. Bekukan.
5. Lapis dgn adunan coklat. Bekukan.
6. Lapis dgn adunan lumut.
7. Bekukan dlm peti sejuk.
P/s
Adunan ini boleh dapat dua bekas puding.
Setiap kali hendak lapis, perlu garis2 kan lapisan puding supaya setiap bahagian boleh melekat elok.
Susunan warna boleh diubah.
Selamat mencuba
sumber : Siti Hamidah Binti Kassim via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.