Bulan Ramadan, ni ibu-ibu sanggup buat apa sahaja untuk memastikan keluarga gembira menjamu selera untuk berbuka puasa. Asyik membeli di bazar ramadan, tentu sekali sekala, menarik jika buat sendiri hidangan buat keluarga.

Apa kata hari ni buat pizza sedap ni. Guna kuali je. Bahan-bahan pun mudah nak sediakan. Perkongsian puan Murni Rahmat  melalui Masak Apa Hari Ini.. (MAHN) boleh cuba untuk hidangan keluarga hari ini. Malah telah mendapat lebih 266K share

 

Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 

Pizza kuali lagi,kali ni utk bekal anak gi sekolah..
100% masak atas api,tak perlu oven..

Resepi utk 5x pizza

Tepung gandum 1kg
Air suam 2 cawan
Mauripan 1 peket
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam

*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye

Bahan topping

IKLAN

Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Boleh letak macam2 topping, 
Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood

Tumis bawang holland n bawang putih..bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.contoh..ayam,hotdog n cendawan.. tumis sampai masak ye..perasakan dgn garam dan lada hitam..ketepikan.

Langkah-langkahnya

1.Gaul tepung dgn minyak.

2.Tambah air. uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam.

IKLAN

*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.

2.Slpas 1jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.

3.Bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih.

4.Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali.

5.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik..masak je doh tu atas kuali

IKLAN

6 Jika suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sblm isi topping.

7. Jika suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap2 atas kuali ye..baru senang sbb x perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak..

8.Cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..

*nka cpt..buat pkai roti nan/arab..
*resepi doh ni blh buat donut,roti dan pau..

Lihat gambar untuk cara penyediaannya:

Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
cheese kena pakai mozzarela utk effect tarikkk.. klu x kisah blh je guna cheese apa pun..sedap je tp xblh nak main tarik2 la.. *saya guna mozzarela n cheddar
Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
Lepas uli doh,rehatkan..tutup dgn kain lembab..biar sejam
Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
Lepas sejam.. demok dan gebu
Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
Terpulang nak buat bentuk apa..besar ke kecik.. nama pun pizza hommemade..baru nampak hasil titik peluh kita?
Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
Utk topping.. Tumis bwg holland n bwg putih..bila dah wangi,masuk ayam,hotdog dan cendawan..tumis sampai masak..perasakan dgn garam dan lada hitam..nk letak bbq sos pun blh..nk letak blackpeper sos pun blh..ikut selera masing2.. tp blackpaper sos klu nk masuk,kena pilih yg sdp..kdg2 rasa blackpeper sos ni pelik,masam cuka dia kuat sgt.. lari pulak rasa pizza tu nanti..nk selamat,tabur je blackpeper tumbuk.. mcmni pun da cukup sedapppp..
Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
Resepi sos.. Klu nak mudah.. beli apa2 sos pasta perisa original/traditional.. Klu nak buat sendiri? 3 ulas bwg putih… See more
Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
Lepas masak doh..susun topping.. boleh isi apa je yg kita suka..seafood,ayam,daging,sayur, tapi semua tu mesti dimasak dulu ye.. #mozzarela tu terpaksa potong dadu sbb kat umah xde pemarut cheese.. klu nak senang guna je yg dah siap parut
Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
Nak cairkan cheese,mesti kena letak penutup..api pulak slowww je.. 3-4minit dah cukup sbb bahan2 yg lain pun Kita dah siap2 masak tadi.. Api mesti kecik,penutup kena letak..
Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
Yg ni utk bebudak.. extra cheese tp takmau sayur

 

Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
Hampir masak

Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 

Resepi Pizza Homemade Sedap Dan Tanpa Guna Oven. Patutlah Viral Nak Buat Guna Kuali Aje 
Yg dah msak.. tabur oregano atas tu..mmg sedappp..kalah pizza hut n domino..Siap!

Selamat mencuba!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI