Resepi Sos Black Pepper Viral Pasti Tak Muak, Siap Ada Cara Nak Perap Daging. Gerenti Sedap!

Share

Apabila masak chicken chop atau lamb chop pastinya penyedap adalah sosnya!

Nak buat sos ada petuanya agar rasa lebih sedap.

Nak tahu cara nak buatnya, ikuti resipi sos black pepper ni. Viral hingga ramai share!

Resepi Sos Black Pepper Viral. Buat yang dah pernah cuba sangat setuju resepi ini tersangat sedap. Kena sekali dengan citarasa. Langsung tak muak.

RESIPI SOS BLACK PEPPER VIRAL

1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api
kecil sahaja.
Masukkan 1 ulas bawang putih yang
telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju.
Pilih yang botol kuning seperti dalam
gambar.
Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak
silap).


Tambahkan air suam 1 tin.
3. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese.
(Optional) Kalau ada lagi sedap.
4. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak
manis.
Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna
kalau suka gelap.


* jangan guna kicap masin*
5. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar.


Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula
(Boleh masuk sikit-sikit untuk langkah
selamat)
Kacau sebati.
6. Tutup api setelah semua rasa sebati.

Siap untuk sos black pepper viral. Yang dah cuba ramai yang syok sendiri. Sebab boleh masak sos yang sedapp sangat.

RESIPI PERAPAN DAGING KAMBING

Bahan perapan ringkas untuk daging kambing (3 keping)

– 1 senduk sos lada hitam
– 3 sudu kicap lemak manis
– 3 sudu sos tiram
– 1 sudu besar mixed herbs

* anggaran sukatan lebih kurang sahaja. Boleh ubah ikut kesesuaian citarasa.

– Panaskan sedikit Planta. Grill daging sehingga half cook.

– Selepas itu, layurkan seketika daging atas api gas untuk menghasilkan bau yang sedap.

– Sedia untuk dihidangkan bersama sos blackpepper mabeless.


Selamat mencuba!

Kredit : Afy Al Habibi

IKLAN