Petai, jering dan kerdas, makanan tiga beradik ni memang selalu jadi makanan penaik selera. Biarpun mempunyai bau yang kurang enak namun rasanya cukup hebat.
Boleh makan nasi bertambah-tambah jika disajikan dengan menu berasaskan ketiga-tiga bahan ini.
Apa lagi jika dimakan bersama nasi panas. Masyarakat kita terlalu sinonim dengan Sambal Udang Petai, Masak Lemak Petai dan sebagainya sedangkan terlalu banyak resipi yang boleh diolah daripada makanan ini.
Jom kita jadi lebih kreatif di hujung minggu ini. Jadikan menu petai, jering dan kerdas sebagai menu special untuk keluarga. Layan 7 resipi kreatif ini.
GULAI LEMAK KAMBING BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing
100gm buah kerdas
1 biji santan
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
2sm kunyit hidup |dikisar
1 batang serai |diketuk
2 helai daun kunyit
Air rebusan daging kambing secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging kambing dengan air secukupnya hingga lembut.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
3. Titikkan serai dan kacau rata.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan daging kambing bersama air rebusannya, buah kerdas dan juga daun kunyit. Biarkan mendidih.
5. Apabila mendidih, tuangkan santan dan kacau sentiasa.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
AYAM BERLADA MASAK PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm petai |dihiris nipis
4 biji cili merah |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
3. Masukkan ayam dan gaulkan sebati.
4. Masukkan petai dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Biarkan masak seketika dan angkat.
Ads
ASAM PEDAS DAGING TETEL BUAH KERDAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging tetel |dipotong kecil dan direbus hingga empuk
20ml air asam jawa
100gm buah kerdas |dibuang kulitnya
1 kuntum bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1 batang serai |dititik
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
3 sudu makan cili kisar
Daun limau purut secukupnya |untuk hiasan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik baunya.
2. Tuangkan sedikit air dan ketuk serai bersama bunga kantan, daun kesum serta daun limau purut.
3. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan daging tetel bersama buah kerdas. Biarkan empuk.
4. Masukkan sedikit air bersama air asam jawa. Biarkan hingga mendidih.
5. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya dan angkat.
CARA MEMASAK:
1. Rebus kerang hingga masak dan ketepikan.
2. Satukan kesemua bahan hiris dan gaulkan bersama sedikit garam.
3. Masukakan kerang rebus dan perahkan jus limau kasturi di atasnya.
4. Gaulkan mesra dan sedia dinikmati.
KALIO LEMAK NANGKA BERSAMA JERING
BAHAN-BAHAN:
500gm nangka muda |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
5 biji jering
4 biji bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
1 batang serai
1 sudu makan cili boh
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Rebus nangka dengan air secukupnya hingga lembut. Ketepikan.
2. Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik baunya.
3. Masukkan cili boh dan biarkan hingga cili garing dan pecah minyaknya.
4. Apabila pecah minyaknya, masukkan nangka bersama jering. Biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali tuangkan santan dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Kacau sentiasa hingga mendidih kemudian angkat.
Ads
SAMBAL HIJAU UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
100gm petai
5 biji cili padi |dikisar
4 biji cili hijau |dikisar
4 biji bawang merah |dikisar
3 ulas bawang putih |dikisar
2sm halia |dikisar
Sedikit serbuk kunyit |untuk menggoreng udang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kekuningan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar hingga pecah minyaknya.
3. Masukkan udang bersama petai dan kacau sebati.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa dan angkat.
JERING AYAM RENDANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam |dipotong kecil
100gm jering |dipotong kecil
1 biji kelapa |diambil santannya
2 batang serai |dititik
2sm halia |dikisar
5 biji bawang merah |dikisar
4 ulas bawang putih |dikisar
2sm lengkuas |dikisar
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan gula melaka
1 sudu makan kerisik
2 helai daun kunyit |dihiris nipis
2 helai daun limau purut |dicarikkan
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama serai dan cili kisar hingga naik minyaknya.
3. Apabila sudah pecah minyaknya, masukkan gula melaka bersama jering dan juga daun limau purut. Gaulkan hingga sebati selama 10 minit.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan masak sekejap.
5. Tuangkan santan bersama garam dan juga kerisik.
6. Kacau rata dan biarkan masak hingga kuahnya pekat.
7. Taburkan hirisan daun kunyit dan angkat.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jam 8 malam tadi kita mendapat perkhabaran duka apabila pelawak dan pengacara, Pian Cecupak, 52, menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat serangan jantung di kediaman ibunya di Taman Datuk Senu, Sentul.
Dipercayai Akibat Serangan Jantung
Berita pemergian anggota kumpulan lawak jenaka, Cecupak yang popular era 1990-an itu disahkan oleh adik perempuan, Hassenah Abdul Raman.
Hassenah berkata, Pian atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Raman ditemui terbaring dalam bilik air oleh ibunya.
“Arwah mempunyai masalah jantung sejak 2018 dan hanya bergantung kepada ubat, selama ini.
“Saya diberitahu, mak tersedar arwah sudah terbaring dalam bilik air pada jam 8 malam. Arwah memang duduk dengan mak.
Susulan itu jenazah Allahyarham telah pun dibawa ke hospital dan kemungkinan besar kematian berpunca daripada serangan jantung.
Tambahnya lagi, arwah tidak melakukan rawatan khusus untuk masalah jantung sejak empat tahun lalu. Arwah hanya bergantung pada ubatan sahaja.
Kesihatan Makin Merosot
Difahamkan juga bahawa kesihatan arwah memang agak merosot sejak akhir ini. Arwah sering mengadu sakit dada. Bahkan menurut ceritanya, arwah Pian pernah dikejarkan ke HKL akibat sesak nafas, sebelum disahkan mengalami serangan jantung pada 17 Oktober 2018.
Doktor mengesahkannya mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung (CRW).
Susulan itu, arwah perlu membuat rawatan angiogram dengan kos perubatannya mencecah puluhan ribuan ringgit.
Urusan Pengkebumian Pagi Ini
Hassenah memaklumkan, jenazah arwah kini berada di rumah ibu di Taman Datuk Senu untuk urusan pengebumian.
“Jenazah akan dibawa ke surau berdekatan rumah. Insya-Allah, urusan pengebumian akan dilakukan, pagi ini.
“Cuma, saya belum dapat dipastikan lokasi pengebumian,” katanya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Chili flakes atau serbuk kasar cili kering adalah antara bahan yang anda perlukan terutama ketika masak makanan Barat. Tidak kira masak pasta atau macaroni, menambah chili flakes pastinya dapat memberi rasa yang lebih ‘kick’ dan warna dalam masakan. Bagi peminat pizza Domino mesti setuju kalau kami katakan chili flakes mereka sangat sedap dan kick.
Biasanya kita akan beli chili flakes atau serbuk kasar cili kering tapi harganya sudah tentu mahal. Ia memang sedap untuk makan bersama masakan pasta atau macaroni. Rasa pedas chili flakes sudah tentu buat rasa lebih ‘power’ dan warna pada masakan.
Menarik perkongsian ini, wanita ini menunjukkan cara buat sendiri serbuk cili. Dah tak perlu beli di kedai. Malah beliau menggunakan cili yang hampir rosak. Jimat!
Ikuti perkongsiannya.
Katalah kat umah korang ada cili padi yang dah nak hampir rosak. Stop!!.. Jangan buang.. Kita jadikan dia chili flakes..kalau beli chili flakes jenama dalm pic tu 1 botol belasan ringgit tau..
Boleh cuba step ni..
1.Cuci cili, patah 2
2. Bakar dalam oven sehingga kering. Bukan hangus tau.
3. Blender cili yang sudah dibakar sedang-sedang halus kemudian bakar balik dalam oven selama 5 minit. Untuk pastikan cili betul-betul kering.
Ubi bit memang sedikit asing buat masyarakat kita tetapi tidak bagi masyarakat di Eropah. Mungkin kita tidak biasa dan kurang didedahkan akan khasiatnya. Ubi bit sebenarnya banyak khasiatnya pada tubuh.
Kalau anak tahu, antara kandungan dan nutrisi yang ada dalam ubi bit ni cukup banyak. Buah ini bukan hanya tinggi serat, malah kaya vitamin C, magnesium, zat besi dan banyak lagi.
Paling menarik yang kita semua tak tahu, ubi bit tersangatlah baik untuk kesihatan kulit. Selain mampu mengatasi masalah kulit kusam, ubi bit mampu meredekan masalah jerawat pada muka. Hebat kan?
Selain membuat masker daripada ubi bit ini, antara cara lain yang boleh dilakukan untuk kecantikan dalaman adalah dengan mengamalkan jus ini setiap hari.
Inilah yang diamalkan oleh Fyza Shah setiap hari. Jom ikut cara yang dikongsikan olehnya. Selamat mencuba!
Jangan tak tau yang ubi bit ni khasiat dia memang power kuasa lima untuk kulit dan kesihatan korang. Ubi bit antara superfood kalau kat negara mat salleh mata biru ungu tu. Biasa diorang memang guna untuk buat jus, makan macam salad, boleh gak nak buat ramuan untuk home remedy.
Contohnyer macam sapu kat jerawat dengan parut, memang cepat je hilang. Nak buat masker pun boleh. Nak sapu kat bibir bagi baby pink, nak merah- merah kan pipi pun boleh. Just sapu je jus ni kat tempat korang suka tu.
Jom breakfast dengan segelas besar jus glowing kulit, marbeles sangat. Sedap, resepi isitimewa dari ubi bit merah.
Bahan-bahan:
1/2 biji ubi bit merah
2 biji buah epal
2 biji oren
1 batang carrot
1 batang seleri
1 batang timun
Caranya:
1. Potong kecil buah.
2. Kisar semua bahan hingga sebati.
3. Sedia untuk diminum.
Ok, memang serius jus ni sedap. Kaya sangat dengan serat dan vitamin E dan C. Kulit glowing datang dari kulit yang lembap dan dalaman yang bersih je tau.
So tak heran bin pelik sebab jus ni memang akan cuci darah jadi bersih dari segala toksin mala’un tu.
Siapa yang amal, kulit dia jadi bersih, bebas dari jerawat dan lembap. Malah kulit lembut halus macam kulit baby. Masalah sembelit tak membuang pun dia setel sekali.
So korang cari je ubi bit ni kat mall macam AEON tu confirm ada.