Hampir 1,500 orang yang memenuhi Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur demi Zamani yang mengadakan konsert Slam Muncul Lagi.
Selepas tertangguh dua kali akibat pandemik covid-19, akhirnya konsert yang dirancang kumpulan ini berjalan lancar.
Terharu Sokongan Peminat
Terharu dengan sokongan yang tidak pernah putus daripada peminatnya, Zamani yang mempunyai masalah tulang belakang melengkung atau skiliosis, dia tetap melunaskan janji dengan menggagahkan dirinya untuk berdiri dan sesekali duduk.
“Terima kasih setia bersama saya, dalam keadaan straight atau bengkok (merujuk keadaan kesihatan). Anda masih kekal menyokong kami. Semoga anda semua pulang dengan kenangan manis,” demikian ucapan Zamani yang mewakili Kumpulan Slam.
Penyanyi berusia 51 Tahun ini mendendangkan lagu wajib ‘dilayan’ kepada ribuan pengunjung antaranya Biarkannya, Buat Seorang Kekasih, Manisnya Rindu, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Nur Kasih, Maria Mariana, Kembali Merindu, Suratan, Biarkan Ia Pergi dan Kembali Terjalin.
Selain Zamani, Slam turut dianggotai oleh Shah selaku ketua kumpulan juga pemain gitar utama, Ajak (gitar kedua), Lili (bass), Man (dram) dan Eddie (keyboard).
Nyanyi Duet Bersama Ratu Rock Ella
Sebelum menutup tirai persembahan konsert malam tersebut, Zamani memanggil Ratu Rock Negara iaitu Ella naik ke atas pentas untuk sama-sama menyanyi.
Konsert tersebut turut meninggalkan momen indah buat Kumpulan ini dengan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Rakan artis yang turut hadir memberi sokongan, antaranya adalah Neves Pretty Ugly, Ajai, Shuib, Wany Hasrita dan Radin ERA.
Inginkan Cahaya Mata
Mengulas mengenai sisi peribadinya sebagai seorang suami, Zamani yang mendirikan rumahtangga lebih dua tahun reda dengan ketentuan Ilahi masih belum dikurniakan cahaya mata.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 50 tahun itu mengharapkan doa peminat agar dirinya dan isteri berpeluang menimang cahaya mata suatu masa nanti.
“Saya masih mencuba, tetapi buat masa ini, masih belum ada rezeki lagi.
“Saya berkahwin pada usia yang agak lambat, jadi, apapun doakan saya mendapat baby ‘junior’ suatu hari nanti,” katanya lagi.
Jual Nasi Udang Manila Secara Online
Dia kini turut menceburi perniagaan Nasi Udang Manila secara atas talian sejak beberapa bulan lalu untuk mencari pendapatan tambahan.
Tidak malu berbuat demikian, Zamani tidak kisah apa pandangan orang kerana tujuan utamanya ialah memanfaatkan peluang sementara namanya masih dikenali.
“Tak kisahlah orang nak cakap apa.Pada saya, kita kena bangunkan perkara ini sekarang, waktu kita masih ada populariti dan pekerjaan. Kalau sampai waktu populariti sudah merudum dan terdesak baru nak buat dan mulakan, mungkin akan menjadi satu tekanan hidup pula.
“Kalau bangunkan waktu sekarang, apabila buat perkara ini secara serius nanti orang sudah tahu dan namanya pun sudah kuat. Ia tak jadi masalah untuk pasarkannya,” katanya lagi.
Isteri Masak Resipi Arwah Mentua
Menurutnya lagi, Nasi udang Manila dimasak sendiri oleh isterinya, Julie.
“Ia adalah resipi arwah ibu mentua yang sempat diturunkan kepada isteri Saya. Penghantaran di kawasan terdekat dibuat oleh saya sendiri serta atas permintaan istimewa pembeli, manakala di kawasan agak jauh menggunakan penghantar makanan.
“Alhamdulillah, sambutan untuk menu ini agak okey. Namun kalau saya sibuk dengan aktiviti seni, ia terpaksa dihentikan sekejap,” katanya.
Menurut Zamani, dia akan menyambung semula perniagaannya selepas ini secara dalam talian.
“Kami tak jual di restoran. Kami akan ambil pesanan secara terbuka dalam talian dan tengok pada sambutan. Tengoklah kalau berkembang, kami akan pergi ke arah yang lebih besar seperti buka restoran.
“Saya sebenarnya hantar sendiri tanpa caj dan peminat gembira dapat bergambar dengan saya. Setakat ini paling jauh saya buat penghantaran ialah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Siapa yang tak kenal dengan hos cantik jelita ini. Dek kerana raut wajahnya yang jelita membuatkan dia mendapat jolokan wanita Melayu terakhir.
Lama mendiamkan diri dalam dunia penyiaran, Puan Sri Normala Samsuddin baru-baru ini muncul sebagai juri tetap bagi program Ratu Hijabista.
Ditanya akan ‘kehilangannya’ dalam dunia seni, akui isteri kesayangannya , Tan Sri Azmi Khalid ini dirinya lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga.
“Sebaik terima tawaran ini (juri tetap), saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan pandangannya. Namun, beliau memberi saya ‘lampu hijau’ untuk membabitkan diri .
“Ini kerana kata suami pembabitan saya dalam program itu atas tanggungjawab sebagai juri yang umpama seorang ibu juga. Apatah lagi, saya berpeluang berkongsi pengalaman bersama peserta,” katanya.
Seperti tidak percaya, beliau kini sudah berusia 57 tahun . Namun seperti yang diperkatakan, wajah nenek kepada tujuh cucu itu tidak dimamah usia. Beliau makin anggun apabila berhijab.Ibu kepada tiga anak itu lantas menjawab.
“Lazimnya saya akan buat jamuan makan, bersantai bersama anak-anak dan cucu di rumah pada hujung minggu. Pada waktu itu sahaja okey kerana masing-masing sudah bekerja, ada keluarga dan mempunyai jadual sendiri,“ katanya yang membuka bicara awal.
Meskipun sudah melangkau usia 50-an, beliau terus bersemangat melakukan aktiviti lasak. Menjengah Instagramnya, beliau dilihat rajin mendaki dan meneroka hutan belantara. Jangan tidak percaya, beliau sudah menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Pahang; Gunung Kinabalu, Sabah; dan Gunung Batur, Indonesia.
Pun demikian, ujar ikon penyiaran itu, minat itu sebenarnya digemari sejak kecil lagi.
“Bayangkan sejak saya berumur tujuh tahun, saya berjalan kaki sejauh 4 kilometer ke sekolah. Bagi saya, pergi balik ke sekolah itu ibarat satu latihan, sebab itu saya sebati dengan dunia lasak kini.
“Saya juga biasa meredah hutan bersama arwah datuk saya untuk memburu kancil, ayam denak dan menjala ikan sungai, saya seronok dengan itu semua,“ ungkapnya tanpa berselindung.
Menurut Normala, dia tidak malu untuk memberitahu kepada khalayak ramai yang dia pernah hidup susah.
“Saya dilahirkan dalam keluarga miskin dan saya tidak malu untuk mengakuinya kerana ia sudah tersurat dan tersirat. Saya pernah bantu ibu berniaga dan pernah menoreh getah. Dari kecil dah didik dengan rasa susah,” katanya.
Tambahnya, kesusahan itu bukanlah satu kesalahan kerana ia akan mendidik kita untuk menjadi lebih kuat.
“Ye susah itu bukan satu kesalahan, tidak. Kerana inilah cerita yang kita boleh kongsikan dengan ramai khususnya rakyat Malaysia. Walaupun kita susah tapi sebenarnya kita boleh berdikari dan berusaha keras,” katanya.
Ditanya rahsia beliau awet muda, ujar Normala tiada sebarang amalan tertentu, sebaliknya dia cukup berhati-hati dalam pengambilan makanan.
Menurut Normala, dia tidak sesekali makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sejuk. Praktisnya cuma minum air rebusan halia, serai rebus bersama kunyit, dua hingga tiga kali seminggu. Selain itu, Normala akui, beliau amat menggemari sayur pegaga dan kecur.
“Saya sebenarnya kalau nak diikutkan, tidaklah berpantang macam-macam, saya jaga (kesihatan) sebab semakin tua, semakin banyak makanan yang saya alah seperti tidak boleh makan sebab angin, kembung dan sebagainya.
“Jadi pengambilan jenis makanan dan kuantiti amat saya beratkan, contohnya pulut, saya alah dengan pulut dari muda lagi,“ ujarnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melayan selera di cafe berjenama dengan menu yang lazat pasti perlu berbelanja besar.
Apatah lagi, anak-anak turut mahu merasa air minuman istimewa. Jadi apa kata pelajari minuman Nutella Caffe Mochaccino Homemade ini.
Bahan-Bahan:
2 sudu Milo
1 paket Nescafe Latte
1 paket Oldtown White Coffee Mocha
2 sudu Nutella
1/4 cawan susu penuh krim
Whipped cream dan chocolate syrup (optional)
Cara Membuat:
1.Masukkan sepaket Nescafe, sepaket Oldtown Mocha dan dua sudu Milo dalam gelas.
2. Masukkan pula Nutella dan larutkan dengan sedikit air panas.
3. Masukkan susu penuh krim dan kacau.
4. Letakkan ais.
5. Topping dengan whipped cream dan choc syrup kalau nak tambah kick!
Kredit: Ama Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.