Resipi Air Jagung Sedap Bikin Ketagih. Bahan Senang Je, Cara Buat Simple. Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!

Share

Anda suka minum air jagung? waktu cuaca panas tengok warnanya pun dah membuatkan terliur kan.

Sebenatnya ada cara buat air jagung sedap yang anda boleh cuba. Tak perlu gunakan buah jagung sebenar pun. Hanya gunakan pati perisa jagung, dan campurkan beberapa bahan lain untuk menaikkan lagi rasanya.

Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Hajal Aishah Zakirai. Menurutnya, pemilik resipi asal air jagung sedap ini adalah Miya Aira. Buat banyak, simpan dalam botol dan letak dalam peti sejuk. Nak minum je, tambahkan lagi air batu. Atau minum macam tu je sejuk-sejuk. Minum sekali pasti ketagih nak lagi.

Bahan-bahan:
Pati perasa jagung (apa-apa brand pun boleh, janji pekat)
Susu pekat
Susu cair
Coffee mate (untuk rasa lebih berkrim. Kalau tak letak pun tak apa)
Sedikit gula (kalau suka)
Sedikit garam (sikit je, nak bagi rasa lemak-lemak lagi)
Sedikit pati sirap (nak cantikkan warna supaya oren-oren sikit)

Cara membuat:
▶️ Mula-mula masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih.
▶️ Kemudian masukkan pati perasa jagung.
▶️ Masukkan susu pekat.
▶️ Lepas tu masukkan susu cair.
▶️ Sebenarnya boleh agak-agak je bahan-bahan ni ikut kepekatan dan rasa manis air jagung anda.
▶️ Masukkan 3 sudu besar coffee mate untuk rasa lebih berkrim. Tapi kalau tak ada pun tak apa.
▶️ Kalau nak tambah lagi gula pun boleh kalau nak manis gula biasa.
▶️ Akhir sekali masukkan sedikit garam untuk naikkan lagi rasa lemak.
▶️ Kacau sehingga sebati, dan biarkan masak sampai mendidih dan berbuih.
▶️ Dah siap boleh padamkan api.
▶️ Tunggu sejuk sekejap, lepas tu masukkan dalam jug dan tambahkan air batu untuk dihidangkan.

Memang sedap, cukup rasa jagung, manis dan lemaknya. Nak lagi sedap, tambahkan jagung tin tu. Berketul-ketul jagung dalam tu lagilah nikmat. Tapi kalau anda jenis suka minum air je, tak letak jagung pun tak apa.

Selamat mencuba!

 

 

 

 

IKLAN