Apabila Covid-19 semakin meningkat, kita semua digalakan duduk di rumah.
Nak beli makanan di luar tentu tak berani. Selain beli secara atas talian, kita boleh ajer masak sendiri untuk keluarga.
Bagi yang tak ada idea untuk hidangan menu minum petang, apa kata cuba resipi mudah ni iaitu Apam Pisang gebu. Guna blender jer. Jom buat!
Bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang emas yang dilenyek
1 sudu besar susu manis
1 biji telur
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bicarbonat
Cara-cara
Ads
1. (Adunan basah): Blend telur dan gula sampai kembang (1minit). Kemudian masukan minyak masak, pisang dan esen pisang/esen vanila. Pukul sampai sebati lebih kurang 1/2 minit.
2. (Adunan kering): Ayak tepung, baking powder, soda bicarbonat.
3. Campur adunan basah dan kering. Kacau sebati.
Ads
4. Masuk aduan dalam acuan sebanyak 3/4. Guna acuan apa pun boleh.
5. Kukus selama 30min. Pastikan penutup periuk dialas dengan kain untuk mengelakan air masuk ke dalam aduanan. Apabila dah 30minit, tutup api dan buka penutup periuk. Biarkan selama 1-2minit baru angkat apam dari periuk. Biarkan sejuk sedikit baru keluarkan dari acuan.
Siput pepahat atau ada juga yang menamakan dengan siput buluh memang enak dimakan sama ada dimasak tumis mahu pun dibakar.
Pun begitu, sebelum dapat dimasak perlu diberi perhatian dan ketelitian dalam mencucinya agar bersih sepenuhnya. Ini memandangkan makanan bercengkerang biasanya akan terdapat lumpur, pasir dan sebagainya yang perlu dikeluarkan dengan sempurna.
Jika terlepas pandang tentang perkata itu, maka tidak hairanlah boleh menjadi penyebab kita seisi keluarga boleh keracunan makanan selepas makan makanan yang bercengkerang.
Jadi bagi yang teringin untuk menikmati enaknya rasa siput pepahat ini dan ingin memasaknya sendiri namun masih tidak tahu cara membersihkannya, apa kata anda baca perkongsian daripada seorang chef di facebook akaun Arbi Mohd Arbi ini.
Rupanya tidak susah mana pun dan ini perkongsiannya.
Membersihkan Siput buluh atau pepahat atau ambal ataupun kalau orang NismeyLand panggil bamboo clamp.
Habitat pepahat ni ialah di dalam pasir di kawasan pantai, dan umum mengetahui di dalam pasir yang sedikit berlumpur ni mengandungi 1001 kekotoran serta bakteria dan di sini juga saya ingin menyatakan..makanan bercengkerang ini ialah makanan yang berisiko tinggi untuk golongan lanjut usia…wanita mengandung dan kanak kanak (TCs Food dalam istilah serve safe management)
Jika salah cara pengendalian makanan ianya akan menjadi bahaya dan boleh menyebabkan food borne illness dalam erti kata lain. Jika anda tidak membersihkannya dan ianya tidak dimasak dengan betul anda mungkin akan bermalam di dalam tandas!
Saya serta kan gambar dan langkah-langkah pembersihannya. Rasanya amatlah berbeza selepas dibersihkan kerana “funny taste” yang sebelum ini anda rasai telah hilang.
So…inilah rupanya pepahat. Nampak ianya berpasir dan sedikit berlumpur. Rasanya kenyal-kenyal dan kandungan garam yang amat banyak sebab rasa dia dah cukup masin jika dimasak tanpa garam.
Ini pula rupa isi perut dia, di dalam ini lah yang saya katakan terkandungnya pasir dan sedikit Lumpur. Ianya harus dibersihkan di bawah air yang lalu, just koyakkan buang isi yang berwarna coklat serta line hitam tu.
Inilah yang amat bahaya jika tak dimasak dengan sempurna, toxic di dalam makanan.
Setelah dibersihkan. Inilah hasil bedah siasat kita…ianya sedikit berpasir serta mempunyai bau yang tersendiri. Ini yang saya maksudkan “funny taste”
Hasil untuk satu pepahat, baru satu tau kalau 10?15?25? Mesti penuh mangkuk ni. Selama ni telan je semua masuk dalam perut, tengah malam sikit berebut toilet.
Nampak tak hasilnya bersih, suci, murni je tanpa dipengaruhi warna isi perutnya. Saya suka bakar je, simple but padu.
Semuanya terpulang pada anda. Anda yang menentukan apa yang anda makan tapi tugas saya mengajar apa itu keselamatan penyediaan makanan.
Zaman sekarang siapa je taktahu makanan Korea. Restoran Korea pon dah banyak dekat negara kita. Tinggal nak cuba semua menu je. Cakap pasal makanan Korea, siapa pernah try Hotteok?
Hotteok ni lempeng sebenarnya. Dalam dia ada inti sirap gula yang dicampur dengan kacang-kacang. Hotteok sebenarnya berasal dari China dan mula-mula dibawa masuk ke Korea pada abad ke-19.
Hotteok merupakan snek jalanan yang popular di Korea. Cara makan dia senang je. Biasanya penjual dekat pasar atau tepi jalan dekat sana akan lipat Hotteok tu dan masukkan je dalam cawan kertas. Senang kan? Nak makan sambil jalan-jalan pon tak leceh.
Macam best je kalau bercuti dekat Korea masa musim sejuk sambil makan Hotteok panas-panas. Alah takpe, nak buat sendiri pon boleh. Makan puas-puas buat minum petang dengan susu, wah sedapnya. Simple pon ya. Jom cuba resepi ni dekat bawah!
Bahan Kering:
Bahan Basah:
Inti:
1. Satukan bahan kering (tepung gandum dan garam) gaul rata kemudian ketepikan.
2. Sementara itu satukan bahan basah kecuali minyak masak.
3. Kacau rata dan biarkan 5 minit hingga berbuih. Masukkan minyak masak.
4. Gaul rata, masukkan tepung gandum dan kacau sebati.
5. Doh agak melekit tapi tak perlu tambah tepung. Tutupkan doh dan biarkan selama 1 jam.
6. Sementara itu boleh satukan bahan inti dan gaul rata. Ketepikan.
7. Selepas 1 jam, sapu tangan dengan sedikit minyak masak dan tumbuk doh untuk buang udara yang terperangkap di dalam doh.
8. Uli dan tutup lagi hingga 20 minit. Taburkan sedikit tepung gandum pada silicon mat dan keluarkan doh. Uli doh sebentar dan bahagikan kepada 8 bahagian.
9. Bulatkan doh dan ratakan. Masukkan inti anggaran 1 – 1 1/2 sudu besar, picit-picitkan hujung doh untuk mencantumkan nya. Panaskan kuali leper dengan api sederhana besar. Masukkan anggaran 2 sudu besar minyak masak dan masak lah doh tadi dengan bahagian yang dicantum tadi menghadap ke kuali. Masak anggaran 30 saat.
10. Terbalikkan hotteok dan tekan hingga leper. Makin leper makin sedap. Terbalikkan lagi sekali selepas warna kekuningan hingga coklat. Kecilkan api dan masak anggaran seminit supaya gula nya melarut.
11. Angkat dan boleh dinikmati panas-panas. Jangan berebut.
Nota: Boleh masak lebih daripada satu Hotteok jika kuali bersaiz besar tetapi pastikan ada cukup ruang untuk leperkan Hotteok nanti.
Berkebun memang seronok kan, tambah lagi jika tanaman kita hidup subur. Tak sabar rasanya nak menuai hasil titrik peluh sendiri. Bagi yang memiliki kawasan yang terhad, biasanya pasu menjadi pilihan utama.
Begitu pun, kena ambil tahu juga apakah jenis tanaman yang sesuai untuk di tanam di dalam pasu. Selain itu, penggunaan tanah juga penting.
Apabila kita berkebun menggunakan pasu, antara perkara penting perlu kita fokuskan adalah pada medium tanaman yang kita gunakan. Ramai yang membeli campuran tanah yang dijual di nurseri pokok dan kedai pertanian.
Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya kita boleh buat sendiri campuran tanah ini?
Saya akan terangkan tiga formula yang biasa digunakan oleh pekebun nurseri dalam menanam tanaman mereka dalam pasu.
Sebelum itu, kita ketahui dahulu bahan-bahan asas yang perlu ada dalam campuran tanah ini.
Tanah atas adalah lapisan tanah yang paling atas di atas tanah (sama seperti namanya). Tanah atas ini berfungsi membekalkan nutrien dan menyimpan air untuk akar pokok nanti.
Kalau kita nak tahu, tanah atas yang terbaik adalah tanah atas yang diambil di pinggir hutan. Tanah yang hitam kaya dengan bahan organik.
Jika tiada, gunakan tanah merah.
Jika tiada juga, boleh guna tanah campuran yang dijual di nurseri.
Bahan organik berfungsi sebagai pemberi nutrien dan kesuburan tanah.
Contoh bahan organik yang ada adalah mana-mana najis haiwan ternakan (ayam, arnab, kambing, lembu, kuda), kompos, dan sabut kelapa halus. Mana-mana bahan organik kita boleh gunakan dalam campuran tanah nanti.
Pasir berfungsi memberi ruang rongga pada campuran tanah. Ruang rongga ini memberi ruang untuk akar berkembang dengan baik. Seterusnya dapat menyerap oksigen dengan baik.
Pasir yang terbaik adalah pasir sungai atau pasir lombong. Untuk mudah, kita boleh gunakan pasir yang dibeli di kedai hardware. Alah, pasir buat rumah tu?
Pasir pantai tidak sesuai digunakan atas sebab pasir pantai terlalu halus dan mengandungi garam yang tinggi. Ini akan merencat pertumbuhan tanaman kita nanti.
Alternatif lain, kita boleh ganti pasir dengan perlit, vermikulit ataupun zeolit. Ketiga-tiga bahan ini sesuai untuk menjaga struktur tanah campuran.
Setelah kita tahu tiga asas dalam campuran tanah, barulah kita masuk ke dalam formulasi campuran tanah ini.
Selain daripada tiga bahan asas yang saya nyatakan di atas, kita boleh menambah sabut kelapa halus, sekam padi, dan sekam bakar sebagai bahan tambahan. Bahan tambahan ini membantu perkembangan bibit dalam pasu.
Formula 3:2:1 paling banyak digunakan oleh pekebun nurseri untuk tanaman pasu. Nisbah 3:2:1 ini dimulai dengan tanah atas, bahan organik dan pasir.
Secara mudahnya, 3 tanah atas, 2 bahan organik dan 1 pasir.
Formula ini sesuai untuk segala jenis tanaman termasuk sayur, buah dan bunga.
Campuran 2:1:1 ini sesuai untuk tanaman sayur. 2 tanah atas, 1 kompos, 1 sabut kelapa halus. Ramuan ini mampu memberi nutrien dan penyerapan air yang bagus untuk pokok.
Campuran tanah 1:1:1 ini sesuai untuk tanaman semaian. Kita boleh gunakan campuran ini untuk menyemai benih sayur dahulu sebelum terus dipindahkan atas batas atau pasu lebih besar.
Setelah kita campurkan semua bahan-bahan di atas, kita perlu gaulkan sehingga semua bahan menjadi sebati.
Apabila kita membuat campuran tanah ini, perkembangan pokok akan lebih teratur dan subur.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...