Ibu-ibu yang nak masak hari ini, kalau masih belum dapat idea mungkin boleh cuba resipi Ayam Kam Heong ini. Menu yang cukup popular kalau berkunjung ke Restoran Chinese Muslim dan sedap pula tu.
Yang penting cara buat mudah. Jom cuba air resipi yang dikongsikan oleh Dani Shoppe’s Hi kawan². Harini sy cuba masakan ayam kam heong. Kalau buat carian, kam heong ni popular guna udang atau lala. Next time kita buat guna udang.
Ayam kam heong
Bahan A
1/2 ekor ayam, peha & isi dada, cuci bersih & toskan
Bahagian peha sy buang tulang, hiris ayam jd ketulan kecil.
Saya perap ayam dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan
Ads
Bahan B
6 ulas bawang merah kecil @ 1 biji bawang merah besar. Hiris halus
5 ulas bawang putih, ketuk & cincang kasar
1 sudu besar serbuk kari
Cili padi secukup nya
Sedikit udang kering (sy tak letak)
Sedikit halia lumatkan (sy tambah sendiri)
Daun kari
Sos tiram
Kicap manis
Sedikit gula
Sedikit garam
Ads
Cara membuat:
Panaskan kuali, ambik minyak goreng ayam td dalam 3 – 4 sudu.
Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, daun kari, halia, udang kering sampai naik bau & sedikit brown.
Masukkan serbuk kari & sedikit sahaja air, kacau sebati. Kemudian masukkan sos tiram & kicap manis. Nak tambah kicap pekat boleh. Sy tambah sedikit sos cili dalam 1 sudu besar je. Kacau sebati. Kalau kering sangat tambah 2-3 sudu air.
Ads
Masukkan ayam kita td. Kacau rata. Rasa dulu, kalau perlu tambah garam & sedikit gula.
Kacau sekata sehingga ayam cukup masak & cukup rasa masin, manis, pedas.
Siap.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa-siapa yang biasa kupas ubi kentang, buah epal, pisang, terung… mesti perasan akan pertukaran warna pada permukaan berkenaan setelah seketika dipotong.
Tahukah anda apakah punca dan bagaimana keadaan ini berlaku?
Penyebab warna perang (brown) ini ialah enzim pemerang (enzymatic browning) yang biasa terdapat pada sel-sel buah dan sayur berkenaan. Enzim pemerang ini ialah tyrosinase atau lebih dikenali dengan nama polyphenol oxidase (PPO). Enzim ini mengoksida bahan kimia polifinolik yang terdapat secara semulajadi dalam sel buah atau sayuran berkenaan.
Setelah teroksida, molekul-molekul polifinolik akan dihidroginasi kepada bahan kimia quinone, seterusnya quinone ini akan bergabung (polymerised) membentuk sebatian compleks berwarna gelap yang dikenali sebagai tannin (rujuk contoh proses tindakbalas di bawah 👇🏻).
Tahap warna gelap yang terhasil bergantung kepada jumlah bahan kimia polifinol yang wujud di dalam sel. Proses ini memerlukan kehadiran gas oksigen (O2) dari udara.
Kenapa warna perang ini terbentuk apabila buah atau sayur dipotong sahaja?
Enzim PPO dan bahan kimia jenis polifinolik ini sebenarnya terpisah secara fizikal dalam sel tumbuhan. Enzim PPO terletak pada plastids dan molekul-molekul polifinolik pula terletak dalam vacuoles. Bilamana buah ini dipotong, maka sebahagian sel akan termusnah dan mendedahkan enzim ini kepada gas oksigen dari udara membolehkannya bertindakbalas dengan molekul polifinolik.
CARA NAK ELAK
Bolehkah proses pemerangan ini dielakkan?
Boleh, dengan memahami proses tindakbalas ini. Enzim PPO bertindakbalas secara optimum dalam pH 5-8 (sedikit asidik dan sedikit basik) dan suhu sederhana ~33 darjah Celsius. Maka ikhtiar yang boleh diusahakan ialah dengan
• merencatkan aktiviti enzim ini dengan mengubah suhu atau pH persekitaran buah dan sayur yang dipotong, atau
• menghalang pendedahan buah dan sayur yang dipotong kepada udara (penyumbang gas oksigen).
Contoh:
👉🏻 Tambahkan bahan masam (bersifat acidic pH ~2) seperti lemon, cuka, asam jawa… yang mana akan menyahaktifkan enzim PPO.
👉🏻 Simpan dalam peti sejuk (suhu rendah) yang mana menyebabkan aktiviti enzim PPO menjadi perlahan.
👉🏻 Dengan memanaskan (naikkan suhu) akan menyebabkan enzim PPO termusnah.
👉🏻 Sapu dengan garam (NaCl) akan menghalang proses pengoksidaan berlaku pada bahan kimia polifinolik.
👉🏻Merendam dalam air atau menyaluti dengan minyak masak yang mana akan menghalang gas oksigen dari udara terkena pada permukaan yang telah dipotong tadi.
👉🏻 Manipulasi gene yang bertanggungjawab (CRISPR) mengawal penghasilan enzim pemerangan PPO. Maka, kadar penghasilan enzim PPO dapat dikurangkan.
Apakah sebenarnya fungsi enzim PPO dalam sel buah dan tumbuhan tersebut?
Fungsi enzim PPO di dalam tumbuhan tersebut adalah dalam mekanisma pertahanan dari penyakit bawaan mikroorganisma (aka kuman) dan serangan serangga. Apabila jangkitan kuman berlaku, susun atur (integriti) sel-sel termusnah dan aktiviti enzim akan mengambil alih tugas.
Tannin yang terhasil bertindak sebagai benteng pertahanan terhadap serangan kuman. Bahan kimia quinone yang terhasil akan bertindak sebagai pemusnah protein pada struktur dinding sel kuman dan molekul finolik yang teroksida akan bertindak sebagai perencat pertumbuhan dan pembiakan kuman ini.
Inilah sebab kenapa buah dan sayuran yang sudah lama akan bertukar menjadi gelap. Buah atau sayuran berkenaan sebenarnya cuba bertahan daripada serangan kuman sebelum kalah aka rosak (rotten).
Nota kaki: Lebam pada buah dan sayur yang jatuh juga disebabkan oleh molekul-molekul tannin. Tekanan sebab jatuh tadi akan memusnahkan sel-sel seterusnya menyebabkan enzim berinteraksi dengan bahan kimia polifinolik membentuk tannin.
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sudah minat dengan sesuatu perkara memang macam-macam idea unik boleh diilhamkan. Ini sepertimana kisah seorang lelaki yang mempunyai hobi membela ikan koi, dan siapa sangka disebabkan minatnya yang mendalam terhadap ikan-ikan tersebut sekali gus dia telah membina akuarium sebagai pagar di rumahnya.
Idea ini cukup kreatif telah dihasilkan oleh Farid Prima,35 dari Malang, Indonesia. Dia memaklumkan, pagar akuarium yang memuatkan 80 ekor ikan koi dari pelbagai spesis itu sudah siap dibina sejak sembilan bulan lalu.
“Pagar ini mempunyai panjang 16 meter, dan lebar 1.1 meter manakala kacanya pula setebal 12 milimeter. Pagar ini direka dengan empat slot akuarium, masing-masing panjangnya 2.14 meter,” katanya yang menetap di Perum Tirtasari, Kabupaten Wagir, Kabupaten Malang.
Tambah Farid lagi, pembinaan akuarium tersebut menelan belanja sebanyak hampir Rp 50 juta (RM14,711). Difahamkan juga bahawa dia sudah belasan tahun meminati ikan koi dan mempunyai begitu banyak koleksi ikan dengan ciri-ciri unik.
“Saya sudah lama mengumpul ikan koi, pada awalnya saya bercadang mahu membuat kolam biasa sahaja.
“Pembinaan pagar ini memakan masa selama dua bulan,” ujarnya.
Katanya lagi, selepas proses pembinaan selesai, dia memastikan dengan teliti setiap kelengkapan akuarium dan keperluan untuk ikan koinya.
“Saya akan pastikan air yang digunakan benar-benar sesuai untuk ikan koi.
“Pada masa sama, saya juga melengkapkan alat pengudaraan untuk oksigen akuarium,” jelasnya. — Agensi
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Setiap orang punya cara tersendiri dalam menzahirkan kasih sayang. Menerusi satu perkongsian di instagramnya, lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan sebuah rumah untuk bakal isterinya.
Malah dia sendiri menghias dan mendekorasi rumah yang bakal didiami bersama pasangannya kelak.“Alhamdulillah hasil lima hari. Kita buat kejutan untuk bakal isteri. Harap korang simpan rahsia ni sikit je lagi untuk menunggu kehadiran dia,” demikian tulisnya pada perkongsian berkenaan.
Menurut Amirul Izman yang menjalankan bisnes kafeteria untuk kantin sekolah, dia sememangnya mempunyai asas dan serba sedikit pengalaman dalam bidang hiasan dalaman sebelum ini.
Kemahiran tersebut kemudian diterjemahkan untuk menghias kediaman jenis teres dua tingkat yang baru dimiliki.
Berkongsi cerita dengan mStar, mengikut perancangan asal, dia sememangnya mahu melakukan kejutan buat bakal isterinya apabila mereka selamat diijab kabul pada 20 September ini.
“Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah beritahu dia, nanti biar saya yang buat dekorasi rumah. Dia tak ada masalah dan serahkan kepada saya bab-bab deko ni.
“Dah sebulan plan ada dalam kepala, gambar-gambar dekorasi yang saya rujuk dekat laman-laman deko pun dah save dalam telefon bimbit. Jadi bila dapat masuk rumah, terus laksanakan saja.
“Kebetulan masa rumah kami dah boleh masuk, saya pula terpaksa jalani kuarantin. Jadi masa sorang-sorang tu saya buat ‘kerja’. Kebanyakan barang pula order dari Shopee…. bila barang sampai, terus cat, pasang perabot dan deko,” ujar pemuda berusia 29 tahun ini.
“Saya memilih konsep ala-ala Boho dari segi perabot, hiasan dan warna cat. Tapi ada juga kata ia ala-ala Nordic. Semuanya saya buat seorang diri je. Bila buat sendiri, rasa lebih puas.
“Setakat ini boleh dikatakan sudah 80 peratus siap, cuma bahagian bilik je yang belum sebab barang belum sampai. Harapnya boleh siap sebelum majlis nikah kami.
“Saya ingatkan biasa-biasa saja, tapi ramai pula yang tengok video dan viral. Hari pertama saya upload video pertama, bakal isteri saya dah tengok hasil kerja saya.
“Dia kagum macam mana saya tukar rumah kosong tu jadi macam sekarang dengan hanya buat sorang-sorang. Walaupun dah tengok di media sosial, tapi dia tetap teruja kerana tak sabar nak tengok kejutan ni depan mata sendiri saat melangkah masuk nanti.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.