Makan

Resipi Bubur Butir Nangka, Rasa Lemak-lemak Manis, Mudah Sangat Nak Buat

Share

Bubur butir nangka memang sedap dimakan terutama ketika berbuka puasa. Rasanya yang lemak-lemak manis menjadikan ia sebagai manisan wajib dicuba. Nak membuatnya pun tidak sesusah mana pun.

Resipi Bubur Butir Nangka, Rasa Lemak-lemak Manis

Bagi yang belum pernah merasa keenakan bubur butir nangka ini, Miza Ramli Full ada kongsikan resipinya. Jom lihat cara-cara dan bahan yang diperlukan.

CARA MEMASAK BUBUR BUTIR NANGKA YANG MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

200 gm tepung pulut
180 gm air
2/3 titis pewarna hijau (boleh juga guna air kisaran daun pandan)
200 ml santan kotak
250 gm air
60 gm gula melaka
5 gm gula
2 helai daun pandan
1/2 sudu teh halba (abaikan jika tidak suka)
2 cubit garam

Mudah Sangat Nak Buat

CARA MEMASAK:

1.Panaskan air di dalam periuk terlebih dahulu.

2.Satukan tepung air dan pewarna. Uli sehingga adunan tidak melekat di tangan.

3.Gentelkan adunan tadi menjadi bujur kemudian masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Ulang sehingga habis adunan.

 

4.Bila adunan butir nangka sudah terapung, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk. Ulang hingga semua habis.

 

5.Dalam periuk lain, masukkan santan, air, gula melaka, daun pandan dan gula. Masak santan hingga berbuih.

6.Kemudian masukkan halba. Kacau lagi hingga menggelegak.

7.Kemudian masukkan butir nangka tadi ke dalam kuah. Kacau bagi sebati adunan.

8.Bubur butir nangka siap untuk dinikmati.

 

Nota:

*Jika tiada gula melaka, boleh buat Bubur Butir Nangka versi gula putih biasa sahaja. Nanti kuahnya akan jadi kuah putih. Rasa sama sedap dengan versi gula melaka ini.

*Gula dan gula melaka mungkin boleh kurang atau lebihkan bergantung pada selera  sendiri.

Kredit resipi & foto: Miza Ramli Full

Artikel berkaitan: Tak Lalu Nak Makan, Cuba Buat Bubur Ayam Chinese Style Pikat Selera Orang Sakit!

Bubur Jagung Nak Bagi Kuah Lebih Berasa, Ada Tip Yang Boleh Buat. Barulah Sedap & Puas Makan!

Bubur Sum Sum Manisan Dulu-dulu, Memang Sedap Rasanya. Nak Cuba Merasa, Ni Resipinya!

 

 

 

 

IKLAN