Selain biskut raya, kerepek serta snek ringan lain turut menjadi pilihan ibu-ibu untuk disajikan pada tetamu di pagi raya. Sebagai contoh, snek dari Cornflakes pedas ini juga boleh dimakan pada hari biasa selain raya.
Ha buat ibu-ibu yang nak cuba, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Rezal Mansor ini. Jom cuba!
Ads
Satu kuih raya dah siap.. Cornflakes pedas.. Taste dia sedap macam kerepek ubi pedas dan garing.. Tadi tiada daun limau purut, jadi gantikan dengan daun kari.. Ikan bilis tu saje nak menyedapkan rasa dan sedap lagi kalau bubuh kacang goreng jugak jika nak tambah..
Snek Cornflakes Pedas
Ads
Bahan-bahan:
40 gm bawang putih dicincang
40 gm bawang merah dicincang
2 sudu kecik minyak
60 gm pes cili
120 gm gula
3/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil kicap
4 helai daun limau purut dihiris halus
120 gm bijiran cornflakes
Ads
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2. Tambahkan pes cili dan masak lagi selama beberapa minit.
3. Kemudian masukkan gula, garam, kicap dan daun limau purut dan masak lagi selama 2 minit.
4. Masukkan cornflakes dan kacau sehingga semua rata.
5. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selsius.
6. Letakkan cornflakes pedas dalam dulang pembakar dan bakar selama 5 hingga 6 minit atau sehingga cornflakes garing
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perasan tak anak-anak kita bila sudah lama sangat tidak dapat berjumpa dengan datuk dan neneknya, tentu sahaja bila kali pertama bersua muka anak-anak seakan tidak mengenali dan terasa asing.
Begitulah situasinya yang dikongsikan oleh pelakon dan usahawan, Tya Arifin saat membawa anak-anaknya bertemu dengan orang tuanya di Palembang, Indonesia.
Difahamkan lebih dua tahun Tya dan anak-anaknya tidak dapat bersua muka dengan ahli keluarganya itu.
Tya memutuskan untuk membawa anak-anaknya pulang ke Indonesia meskipun suaminya, Asyraf Khalid tidak dapat pulang bersama.
Ujar Tya lagi, keputusan untuk balik ke kampung di buat saat akhir. Jadi, suaminya tidak dapat ikut sekali kerana memerlukan visa pelancong untuk memasuki Palembang. Apatah lagi, proses mendapatkan visa mengambil masa yang agak lama.
Alhamdulillah, sampai Palembang setelah 2 tahun lebih tak berjumpa.
Sebenarnya, waktu amat singkat. Secara kita tak sedar, orang tua kita semakin hari semakin bertambah usia.
Ya, inilah kehidupan. Tinggal kita sebagai anak, harus buat yang terbaik untuk orang tua dan keluarga kita selagi mereka masih ada.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Tya kelihatan sebak sewaktu memeluk tubuh bapanya ketika lelaki itu datang menjemputnya di lapangan terbang.
Tya bersyukur kerana dapat pulang semula ke negara asalnya selepas dua tahun lebih tidak pulang.
Dalam pada itu, Tya tidak menyangka pandemik Covid-19 memberi kesan terhadap ikatan persaudaraan. Ini kerana, anak bongsunya, Azzahra tidak mengingati datuk dan neneknya.
Tya terkejut kerana Ara asyik menangis sahaja selepas dijemput datuknya di lapangan terbang. Nampak dia sangat janggal pada mulanya.
Namun, selepas beberapa hari tinggal di sini Ara dilihat sangat manja dengan datuk dan neneknya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Bila namanya terlupa, hajat dihati hendak keluarkan duit di mesin ATM pun boleh pula terlupa bawa kad bank. Hendak berpatah balik, terasa malas pula. Nasib baik ada cara kita tetap boleh keluarkan cash walau tiada kad.
Bagaimana tu?
Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.
Perkara ini merupakan salah satu tindakan yang cepat dan mudah untuk mengirimkan dana secara tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukan dan anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri apabila setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM anda.
Adakah ianya selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT. Mungkin anda masih ragu-ragu dengan perkhidmatan ini. Untuk menggunakan perkhidmatan ini pengguna perlu mengisikan maklumat butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan limit transaksi yang ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.
Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank
Masuk Maybank2u apps
Klik pada simbol “mobile” di bawah hujung
Klik pada “cardless ATM withdrawal”
Letak no telefon
Pilih amaun yang mahu di keluarkan
Pergi ke mesin ATM, pilih keluarkan duit tanpa kad
Ikut dua langkah penting ni:
Masukkan ID 16 digit
Masukkan kod 6 digit
Dah boleh keluarkan duit.
Ikut gambar step by step di bawah ini ya:
Mula-mula pastikan ada Maybank2u Apps macam di bawah ini.
Ok lepas tu tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan bawah.
Pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.
Isikan nama dan butiran seperti di bawah:
Dah siap, boleh pilih berapa amaun yang ingin dikeluarkan.
Anda akan menerima notifikasi begini.
Setelah berada di ATM, boleh ikut 2 langkah mudah ini:
1.Masukkan ID 16 digit
2.Masukkan kod 6 digit
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cardless Withdrawal Maybank, sila rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia
Pelakon Benjy Ibrahim yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia.
Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi.
Dalam satu temu bual bersama Astro AWANI, adik Allahyarham Benjy, Inessa Irdayanty menyifatkan Benjy merupakan seorang abang yang sangat baik dan bertanggungjawab.
Dalam perkongsian tersebut, Inessa mendedahkan kehidupan sewaktu zaman persekolahan yang dilalui oleh arwah abangnya itu tidak sama dengan kanak-kanak lain seusianya.
“Kakak saya (Elza Irdalynna) lahir semasa abang (Benjy) berumur 9 tahun, saya pula lahir semasa abang saya berumur 12 tahun… mama dan abah sibuk bekerja semasa itu. Benjy tidak pernah melalui kehidupan kanak-kanak yang normal.
“Sejak dia berumur 9 tahun, setiap hari selepas balik sekolah, dia akan bantu mama untuk jaga kami seperti tolong salin lampin dan suap makan.
“Dia (Benjy) akan jaga kami seperti anak dia sendiri dan terus buat perkara sama sehingga kami besar,” katanya dalam nada sebak ketika ditemu bual Astro AWANI.
Menurut Inessa lagi, setiap manusia tidak sempurna dan tidak akan lari daripada melakukan kesilapan, sama seperti Allahyarham abangnya.
“Segala kesalahan yang ditafsirkan oleh undang-undang yang dilakukan dia, kami tidak boleh nafikan kasih sayang kami kepada dia.
“Elza dan saya sangat terhutang budi dengan dia atas apa yang dia buat, menjaga kami sejak kecil, tiada apa yang mampu mengubahnya,” kata Inessa yang akan mengenang abangnya sebagai seorang lelaki yang sarat dengan kasih sayang kepada keluarganya.
Allahyarham Benjy, 43, yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia pada Ahad akibat penyakit asma.