Menurut Penceramah motivasi ini, kisah tersebut adalah cerita seorang anak murid yang tampil ke hadapan kelas dan ceritakan siapa ibunya yang sebenar.
Disebabkan pekerjaan ibunya itu ditertawakan oleh rakan sekelas, namun pelajar tersebut tidak melatah sebaliknya jawapan yang diberikan cukup deep! Sama-sama kita hayati moga mendapat manfaat daripadanya!
Si IBU yang BODOH…
Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.
Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.
Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!
“Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan… Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi.”
Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan ‘Oooohh’ dan ‘Aaahhh’ oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.
“Tapi dulu… Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!”
Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu.
“Ibu saya… Uhm… Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni… Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih…”
Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu.
“Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!”
Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.
“Takde apa cikgu. Maaf cikgu.”
Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.
“Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?”
Cikgu Yong mengangguk.
“Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?”
Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa.
“Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau… Heh.”
Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu.
“Oh ya..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.
Ya, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!
Ya, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!
Kau ada…??”
Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.
Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.
***
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.
Seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.
Dan seorang ibu itu ‘bodoh’ kerana sanggup ‘mati’ hanya kerana mahu melihat anaknya terus ‘hidup.’
Meskipon si ibu itu tampak ‘bodoh’ pada pandangan mata manusia, ‘bodoh’ pada penilaian dunia, ketahuilah, sorga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Caption yang lucu! Siapa yang tak kenal dengan pelakon, deejay dan pelawak, Sharifah Shahirah atau Shiera yang sering menghiburkan dengan gelagat bersahajanya.
Terbaru, menerusi muat naik video di Instgram miliknya dia berkongsi ucapan hari pertama menghantar anaknya ke tadika.
Percakapannya yang sempoi itu membuatkan peminat terhibur dengan mengatakan dirinya yang sudah tua masih menghantar anak ke tadika sedangkan ibu yang lain masih kelihatan muda.
Ehhh mak yang paling tua kat sekolah..mak ko boleh jadi pengetua. Ada lagi anak sekolah tadika.
Pastu awal January dah masuk. Ni Kita baru antar. For the first time dey Dey sekolah.
Dia tak pernah sekolah langsung. Mak dia terlupa.. Sibuk ig review. Pakai beg pun beli susu percuma beg.
Bukan mudah bagi ibu bapa mendidik anak untuk tidur secara berasingan. Ada panduan yang perlu diketahui. Ikuti perkongsian ibu ini mengenai cara mengasingkan anak tidur setelah besar.
Tips Asing Bilik Tidur Bila Anak Dah Besar.
=================================
Saya baru berjaya melepasi dilema nak berjaya asingkan anak dari tempat tidur (asing bilik). Pheww..Hanya Allah sahaja yang tahu! ?
.
Sebenarnya kan..bila berjaya ni, perasaan kejayaan tu tak taulah nak gambarkan macam mana..Haha.
.
Masa zaman hero dua orang sebelum ni, Alhamdulillah ok. Mungkin sebab si abang ada kawan.
.
Masa tu saya mula asingkan (asing bilik) masa diorang umur 1 dan 4 tahun. Kali ni bila anak perempuan sorang ni, rasa kasihan menggunung tinggi ?. Tak sampai hati.
.
Masa baby asing dalam baby cot, satu bilik. Bila try asing sekarang (asing bilik), meraung satu rumah tengah-tengah malam ketuk pintu bilik abi umi. Sampai menjerit sebut, “Umi Abi tak sayang Sofieyya!”. Huhu..luluh hati mak nak oii…
.
Saya try buat:
1. Deko bilik cantik-cantik dengan cadar & mainan.
.
2. Letak teddy bear dan baby doll sebelah.
.
3. Disebabkan dia suka baby, saya pujuk kata kalau nak baby, kena tidur bilik sendiri, baru boleh jadi kakak. Nanti baby pun nak tidur dengan kakak.
.
(P/S: Of course saya sebut kena doa banyak-banyak kat Allah juga. Kita nak fahamkan dia bahawa sebab kuasa Allah dapat baby, bukan sebab tidur bilik sendiri)
.
4. Acu try pujuk dan puji, dia buat muka derkk saja.
.
5. Beli mainan baru dengan harapan berjaya. Abang-abang dah siap perli dah kata, jangan percayalah ummi, mesti dia tak nak juga. Nanti last-last dia akan ketuk bilik kitaorang juga, kalau kunci pintu, dia panjat tingkap tepi tu.. Hmm.. Takpe, kita try dulu.
.
Apa yang berlaku? Semuanya tak jalan ?..
.
Sampailah satu hari saya dapat idea. Hasil dari pembacaan dan try and error sejak sekian lama. Berapa lama? Hampir setahun jugaklah kiranya?
.
Apa yang saya buat?
Saya letakkan 3 Fasa Peralihan:
1- Nak Biasakan dengan suasana bilik sendiri
2- Tidur dibilik berteman.
3- Tidur sendiri
FASA 1:
1. Banyak kali biasakan berada dalam suasana biliknya. Masa nak tidur baca buku dalam bilik. Main & Sembang-sembang.
.
2. Puji kata cantiknya bilik Sofieyya, ummi pun rasa macam nak tidur kat sinilah boleh?
FASA 2:
3. Masa Fasa peralihan ni memang akan tidur sekali dengan Sofieyya. Kesian kat abi takdak kawan. Hehe. Kadang-kadang Abi yang teman.
.
4. Ada try bila dia dah tidur sembunyi- sembunyi keluar. Kalau dia tak sedar ok. Tapi kalau sedar jenuh meraung!
.
5. Masa menjerit, mengamuk ketuk pintu, saya dah nak buka pintu. Abi kata tunggu jap tengok apa dia akan buat. Masa tu rasa macam kejam tak sampai hati dengar menangis. ?
.
Tapi terfikir juga, kalau setiap kali menangis pintu dibuka, bila dia akan belajar tidur sorang? Dia akan belajar “menangis je nanti umi buka pintu juga”. So kami buat diam. nak tengok. Tup tup tak lama lepas tu dia diam. Penatlah tu kot. Hehe
.
6. Rupanya dia pi buka lampu satu rumah! Dia pi masuk bilik abang tidur ?. Panjat tingkap sebelah dalam. Ya Allah boleh ada idea macam tu!
.
Tak lama lepas tu dah tak ada bunyi menjerit ketuk pintu Abi Ummi dah Alhamdulillah. Tapinya, bilik abang pula jadi port baru. Haha. Sampai satu tahap abang-abang kunci pintu bilik semua. At last, dia give up.
.
7. Saya ada tunjukkan video kanak-kanak sebaya dia yang tidur sorang. Dia inspired! Mungkin bila tengok tu dia nampak diri dia sendirilah kot.
.
Jeng jeng jeng..Part ni nak try bagi tidur sorang-sorang pula…
FASA 3:
8. Rutin macam biasa yang sebelum ni. Buang air kecil dan gosok gigi. Tutup lampu. Waktu baring saya cakap, insyaAllah Allah akan jaga kita, jaga Sofieyya bila tidur. Syaitan semua lari bila kita baca doa yang Nabi ajar kan? Dia angguk.
Lepas baca Ayat Kursi, 3 Qul; Qulhuwallahuahad (Al-Ikhlas), Qula’uzubirabbinnas(An-Nas), Qula’uzubirabbilfalaq (al-Falaq),
Baca Doa tidur, tiup tapak tangan dan sapu seluruh badan dari atas kepala sampai kaki.
Saya cium pipi dan dahi & doakan dia. Sambil niat dalam hati, Ya Allah bagilah Sofieyya tidur nyenyak sampai pagi Ya Allah.
.
9. Saya cakap kat Sofieyya, “Sofieyya, ummi keluar 10 MINIT kat library ya, ummi nak baca buku jap, japlagi ummi datang balik ok?”.
.
10. Saya tanya bagi dia pilihan “tertutup”, “Sofieyya nak umi buka pintu ke tutup pintu? Sofieyya pilih buka (dah agak dah ?).
“Sofieyya nak selimut ke tak nak?, Sofieyya pilih selimut. Kiranya bukan soalan, nak tidur bilik umi abi ke bilik Sofieyya? ?
.
11. Ya, saya set timer 10 minit. Baca buku sikit dan tulis plan to do list untuk esok hari.
.
12. Lepas 10 MINIT, memang saya pergi bilik Sofieyya. Teeeet..Alhamdulillah, dah selamat berlayar dengan nyenyaknya..Alhamdulillah!
.
13. Esok pagi masa nak subuh, nak kejut bangun dan siap untuk sekolah. Saya masuk bilik, buka lampu “Assalamualaikum Sofieyya selamat pagi! Dengan muka happynya saya kata..
“Wahhh…Alhamdulillah tahniah! Sofieyya berjaya tidur sorang-soranglah malam tadi!! Abi pun datang puji dan cium dahi dan pipi dia. Wah bukan main gembiranya muka dia!. Senyum cover malu.
.
14. Masa tu rasa boleh percaya ke ni untuk esok? Yang abang pulak kata, eh betul ke ummi Sofieyya tidur sorang-sorang malam tadi? Alah.. baru satu hari je pun..
.
Umi cover, “Takpelah kan Sofieyya esok insyaAllah Sofieyya tidur lagi sorang-sorang kan? Dia angguk. Muka macam tak percaya dia boleh tidur sorang-sorang. Yeay Sofieyya berjaya!
.
Siap kemas katil dan bilik sendiri. Oklah kemas style dia. Kalau perasan saya selalu sebut, “It’s not about perfect, it’s all about HABIT”.
.
Alhamdulillah.. So far, sampai setakat malam ni (dah hampir seminggu) masih ok. Hehe. InsyaAllah tu, sebab menurut dari apa yang saya baca (tak ingat dah dimana), diorang nak dapat momentum awal tu yang agak mencabar. Bila dah dapat, insyaAllah ok.
.
Anak-anak yang dilatih tidur bilik sendiri ni insyaAllah lebih mature, ada self-confidence dan berdikari. InsyaAllah.
.
Patutlah mat salleh ajar asing bilik sejak kecik lagi. Sebab bila dah besar banyak akai & pandai cakap ni tersangatlaaaaah mencabarnya!.
.
Ada banyak benefits menurut kajian bagi baby yang diasingkan tempat tidur dibilik sendiri seawal 6 bulan atau lebih awal.
.
Antaranya, mereka akan dapat deep sleep yang lebih baik (tidur nyenyak), belajar untuk sabar menunggu apabila menangis sementara ibu/bapa datang, belajar self-control dan menghargai barang peribadi.
.
Amacam mommies, berani nak asingkan baby dibilik lain seawal 6 bulan atau lebih awal? Hehe..
.
Ikutlah kan.. Yang pastinya, jangan sampai sudah masuk umur 7-8 tahun ke atas masih tidur bersama ibubapa.
.
Selamat mencuba!
.
Saya gigih tulis panjang-panjang ni sebab ada yang tanya haritu. Harap membantu ya ?. Cc. Ummu Uwais Azizah Alia Maisarah
.
#lifeskills
#ummidenamoments
#DrMardianaIshak
Sumber: FB Mardiana Mt Ishak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...