Kuih donat adalah antara menu hidangan yang sering menjadi pilihan anak-anak. Malah buat minum petang memang disukai ramai.
Selain beli dikedai, kuih donat ini sebenarnya membuatnya amat mudah. Sebagaimana resipi ini menggunakan bahan penyediaan secara sukatan. Sesuai sangat untuk yang baru nak cuba buat donat. Jom newbie cuba resipi ni. Memang jadi siap gebu gebas lagi!
Bahan-bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada
Cara buat perapan yis
Ads
Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut. Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati siap.
Satukan semua bahan lain
Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.
Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin. Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas, sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.
Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.
Ads
Tutup bekas doh dengan tudungnya atau kain lembap atau plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan atau tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa, bentuk hati atau bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat pada tangan.
Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.
Ads
Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali sekala sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat.Jangan kerap balik-balikkan donat nanti hilang ring Putin tu.
Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Ingat tu. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengan gula, susu tepung+gula atau coklat.
GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan Snow Powder @Dusting Powder
Sedikit gula castor
Satukan kedua-dua gula dan kacau rata. Letak donat dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik.
Kredit: Zurina Kifli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bosan dengan hidangan rumah terbuka yang sarat seperti rendang, ketupat serta aneka mi. Apa kata anda cuba resipi ringkas ini di hujung minggu. Jagung rebus atau bakar yang dimakan ketika panas pasti buat anda terangkat.
Jagung rebus yang sememangnya enak dijadikan makanan sendalan tidak terasa ‘kosong’ dan hambar dengan adanya sokongan rasa enak dan lemak dengan menggunakan petua ini. Bagaimana?
#PETUA 1
BAHAN-BAHAN:
Jagung
3 sudu makan gula pasir
Air secukupnya
Sebelum merebus pastikan jagung dibasuh bersih dan dibuang kesemua pangkalnya hingga bersih. Kemudian rebuslah seperti biasa dan ketika merebus, masukkan sedikit gula pasir ke dalam air rebusan. Biarkan jagung direbus hingga masak. Hasilnya jagung tambah manis dan cukup enak sekali di makan. Rasanya berbeza dan sedikit lemak serta paling utama ia meninggalkan rasa manis yang unik.
#PETUA 2
BAHAN-BAHAN:
Jagung
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
4 sudu makan mentega
2 keping keju
Secukup rasa gula dan garam
Air secukupnya
Rebus jagung selama 15 minit dan angkat jagung. Dalam air rebusan yang sama, masukkan kesemua bahan-bahan lain dan biarkan masak selama 10 minit. Kemudian masukkan semula jagung dan biarkan masak hingga sebati.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesuntukan masa buat kita membeli barangan basah seperti ikan, udang, sotong dan ketam dengan cepat tanpa menilai samada ia masih dalam keadaan segar ataupun sudah lama.
Kurangnya pengetahuan dan jarang-jarang ke pasar juga antara penyebab lain kita gagal mengenal pasti mana satukah barang basah yang segar dan tip top rasanya.
Begitu juga dengan ketam yang berkulit keras. Lagilah susah untuk kita pilih tanpa dapat melihat keadaan isi di dalamnya.
Tapi ada cara hendak pastikan kita dapat membeli beberapa ekor ketam dengan isi padat, manis rasanya pun tip top. Ikut langkah ini kalau hendak membeli. Pasti hasilnya tak mengecewakan.
1. Cium Bau Ketam
Ketam pula memang sukar untuk mengetahui samada ia segar ataupun tidak. Cara paling terbaik untuk mengetahui ketam segar atau tidak adalah dengan mencium bau ketam itu sendiri. Buka kawasan segitiga ketam yang ada dibelakang badannya dan ciumlah baunya. Jika sudah berbau, jangan pula dibeli kerana ia sudah lama.
2. Pilih Bau Laut
Jika baunya hanyir, ini bermakna ketam tersebut masih sudah tidak lagi segar. Kalau ada bau laut, masih lagi segar. Kena kenal pasti.
3. Tekan Belakang Ketam
Mahu lebih yakin lagi, tekanlah pada bahagian tiga segi yang terdapat di belakang badan ketam. Jika ia terlalu lembut dan mudah ditekan, itu bermakna ketam tersebut telah pun lama. Sebaiknya pilihlah yang masih keras dan susah untuk ditekan.
4. Pilih Ketam Betina
Pilihlah ketam betina kerana ia lebih banyak isi berbanding ketam jantan. Macam mana pilih ketam betina? Cara mengenal ketam betina ialah dengan melihat belakang badannya. Ketam betina mempunyai bentuk segitiga, sementara yang jantan pula mempunyai bentuk seperti kon. Bagi ketam betina, di kawasan segitiga itulah letaknya telur.
Kredit Foto: farahsanusi.blogspot.com
5. Bulan Mengambang
Ini bukan cakap kosong tetapi disyor oleh pembekal makanan laut segar sendiri. Belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh kerana waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak.
6. Pilih Ketam Berat
Kalau berat dah tentu isinya banyak dan padat. Pegang sendiri dengan tangan dan rasakan keberatannya. Kalau berat, isi banyak lah tu!
7. Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Kalau
ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sayur yang dibeli Taj tahan lama memang buat kita pening kepala kan. Nak guna semua banyak sangat kan. Kalau beli sedikit nanti kena keluar ke kedai lagi.
Pelbagai petua dan tip untuk simpan ia agar tetap segar dan tahan lama. Ibu-ibu boleh cuba petua yang satu ini. Mudah, tak banyak modal dan yang penting boleh tahan seminggu lebih.