Buat ibu-ibu yang sibuk, pastinya menu sarapan ringkas dan mudah disajikan untuk anak-anak. Bagi anda yang nakkan kelainan dan cepat menyediakan sarapan buat si kecil, nah resipi yang dikongsikan oleh puan Nurasykin Ali.
Morning semua. Dah breakfast ke?
Biasanya kalau nak makan pizza terpaksalah uli doh dulu kan.Leceh. Memandangkan hari ni super busy day pulak so Kak ekin sempat buat breaksfast homemade pizza segera je. Kak ekin guna pemanggang ajaib. Mudah dan cepat.
Resipi boleh nengok kat bawah okeh.
Ads
BAHAN-BAHAN:
Roti Paratha (frozen)
Sos spaghetti prego
3 batang sosej ayam dihiris nipis
Isi ayam cincang (telah digoreng)
Nenas dalam tin
Cendawan butang dalam tin
Keju Mozarella
Lada benggala (dihiris)
Ads
CARA-CARA:
1. Sapukan minyak pada pemanggang ajaib. Buka api dapur paling kecil.
2. Agak pemanggang ajaib dah panas, letak roti paratha dan sapu permukaan roti dengan sos spaghetti prego.
3. Kemudian taburkan keju Mozarella supaya topping dan base boleh melekat.
4. Susun hirisan sosej ayam sebagai topping.
5. Letakkan pula isi ayam cincang, nenas, cendawan dan lada benggala.
6. Taburkan Keju Mozarella sekali lagi dan biar masak selama 15-20 minit. Pastikan api kecil.
7. Boleh dihidangkan.
Ni bahan-bahan yang telah dihiris nipis. Isi ayam kisar tu kak ekin goreng terlebih dahuluMake sure sapu dulu minyak pada permukaan pemanggang ajaib. Buka api dapo paling kecil. Lepas pemanggang ajaib dah panas, letakkan roti paratha.Sapukan jugak sos spaghetti dan tabur keju mozarella untuk melekatkan toppingKemudian susun sosej ayam dan isi ayam yang dah digoreng tadiLetakkan cendawan, lada benggala dan nenas. Kalau suka lebih inti, boleh letak lebih..Taburkan lagi keju mozarella. Masak selama 15-20 minit dengan api perlahan.Tadaaa… dah siap! Pizza kak ekin dengan keju banjir.Nyums sangat. Kalau korang ada chilli flakes atau serbuk oregano pon boleh je tabur.
Seronok tengok anak-anak licin makan. Kalau korang suka, boleh share. Selamat mencuba.
Ads
Follow Nurasykin Ali untuk tak ketinggalan dapatkan tips dan juga resepi yang sedap dan mudah untuk anak-anak.
Teh selalu disangka jahat oleh semua padahal ada unsur teh yang baik untuk diamalkan wanita. Malah teh kalau digabungkan dengan beberapa herba lain seperti halba cukup baik untuk kesihatan tubuh.
Teh yang digabungkan bersama serai juga antara campuran yang baik diamalkan untuk kesihatan dalaman wanita. Teh serai yang diamalkan oleh wanita bernama Mastura Rashid ini patut kita amalkan.
Dia yang mengamalkan petua ini sejak dulu membuktikan bahawa dua bahan ini mampu memberi kesan pada wajahnya. Patutlah wajahnya bersih tanpa cela. Muda lagi bertenaga.
Jom kita ikuti perkongsian beliau.
TEH SERAI AWET MUDA BIDAN KELANTAN
Siapa sangka kan, dalam banyak-banyak rempah ratus dan herba, serai antara herba yang sangat efektif untuk baiki kesihatan dalaman seseorang wanita.
Tapi, dalam mana-mana herba pun, bila ada baik, mesti ada buruknya juga jika terlebih dos, terutama sekali jika anda sedang mengandung, menyusu atau orang tua.
Okay, resipi teh serai ni asalnya adalah dari perkongsian seorang bidan Kelantan. Kalau tengok umur dia waktu tu, ingatkan baru lewat 30an atau awal 40an gitu.
Rupanya dah 50an ok. Pengsan Fiona tengok wajahnya yang bersih dan muda tak padan umur. Kemerahan, bersih, bertenaga. Jangan fikir dia bela saka atau hantu raya pulak ok. Memang dia amalkan teh serai sejak muda lagi.
Ini rahsia teh serai yang diamalkan sejak dulu.
TEH SERAI AWET MUDA
BAHAN-BAHAN:
3 batang serai
1 sudu besar daun teh hijau
2 ketul besar gula batu (pecahkan)
Resipi asal hanya gula batu dan serai saja. Tapi fiona tambah daun teh hijau supaya teh ni supaya fungsi awet mudanya berdouble triple dengan teh hijau yang antioksida. Bukan saja darah lancar, siap pakej cairkan kolestrol ,sihatkan jantung dan otak sekali.
Boleh guna teh hijau uncang brand OSK, AHMAD TEA ATAU BOH. Boleh ganti dengan teh rooibois atau black tea biasa.
Boleh guna madu, stevia atau gula perang kalau taknak gula batu. Tapi sebaiknya jangan guna gula biasa sebab tak berkhasiat.
Boleh tambah halia jika nak extra hot. Tambah lemon untuk extra vitamin c booster.
2. Ketuk serai sampai pecah supaya kesemua khasiat serai masuk dalam air rebusan.
3. Isi air dalam cerek terus (cerek jenis boleh masak atas induction cooker), atau dalam periuk pun boleh.
4. Isi serai dan teh hijau.
5. Masukkan gula batu terus ke dalam air. Mulakan merebus sampai mendidih.
6. Dah didih, tutup api, dan biarkan seketika selama 10 minit. Biarkan dulu bahan-bahan berada dalam cerek. Nampak tak air dah bertukar warna perang? Kalau air bertukar hitam, cuba check, takut ada cicak tokek termasuk sekali tanpa sedar.
7. Tuang secawan. Harumnyaaa aroma teh serai ni. Jadilah kau esok berwajah baby baby dengan teh awet muda yang satu ni. Simple kan? Tak buat jugak, tak tahulah.
Kos RM1 untuk 5 batang serai, dan RM10-RM15 untuk daun teh hijau asli sebungkus. Gula batu sepeket RM2.20. Kos tak sampai RM20, tapi boleh buat berkali-kali.
Jemput minum. Lepas minum ni berpeluh-peluh badan. Ini antara teh terbaik untuk diminum sebelum mulakan senaman atau buat kerja rumah.
Teh ni selamat diminum kanak-kanak ok. Tak perlu rebus 7 hari 7 malam. Cukup 10 minit untuk legakan cirit birit anak, demam dan sakit perut.
Oh jangan hairan lepas minum asyik nak kentut, sendawa dan kencing saja ok. Nilah “magic”nya teh serai awet muda ni.
Amalkan gaya hidup sihat dengan bahan semulajadi dari dapur ok.
APA KEBAIKAN TEH SERAI?
1. Kalau selalu senggut sampai guling-guling dan bergulung macam tenggiling tu, bolehlah minum teh serai secawan bila senggugut menyerang takde belah kesian.
2. Untuk orang yang sakit-sakit urat, krem urat lepas bersukan, atau bersumo, boleh minum teh serai secawan ok. Serai bersifat antispasmodic, iaitu boleh melegakan otot yang kekejangan.
3. Melancarkan darah, buatkan badan berpeluh non stop macam berlari naik tangga 20 kali.
4. Detox semulajadi. Detox perut dan juga detox kulit. Jadi senang membuang, senang berpeluh dan anda pun sihat happily ever after.
5. Boleh melegakan sakit sendi dan arthritis.
6. Rumah yang selalu dimasuki ular, bolehlah tanam serai sekeliling pagar. Pantang 7 keturunan ular dekat dengan rumah yang ada pokok serai. Kalau dimasuki ular juga, belalah angsa sebagai bonus. Ular paling anti dengan bunyi angsa. Tapi angsa arwah abah dulu, kena telan juga dengan ular sawa. Bising sangat kot, jalan mudah, telan saja.
7. Melegakan selsema dan meningkat sistem imun badan, dan mengelakkan kerosakan sel badan. Jadi badan dan muka maintain awet muda.
1. Ibu mengandung tak boleh minum dikhuatiri berlaku birth defect disebabkan bahan aktif nama Citral dan Myrcene yang ada dalam serai.
2. Fungsi melancarkan darah haid juga menyebabkan risiko keguguran tinggi.
3. Orang berkulit sensitif tak boleh minum teh serai kerana serai ni boleh trigger ruam dan alergik.
SIAPA BOLEH MINUM?
Semua dari kanak-kanak hingga orang tua. Termasuk ibu menyusu. Tapi ibu menyusu tak perlu letak daun teh hijau ok. Teh hijau ada kafein. Elakkan.
Jika anda mengandung, berkulit sensitif, nak makan boleh, tapi dalam masakan saja ok. Elakkan minum teh, apatah lagi sapu minyak serai yang panas di kulit.
Boleh tengok cara buat di dalam gambar. Fiona dah ubahsuai resipi ni untuk tambah fungsi antioksida dan sejukkan badan.
BERAPA KALI MINUM SEHARI?
Serai bersifat diuretic. Boleh singkirkan garam dan air berlebihan dari badan. Efek kencing, berpeluh tu sangat biasa. Boleh minum 2-3 kali sehari. Tapi sebaiknya jangan tambah gula putih ok. Hilang khasiat dia tau.
Tambah halia untuk efek panas dan extra diuretic function. Orang yang ada darah tinggi, bengkak badan, kencing manis, elok minum teh serai ni. Kalau ada kencing manis, tolong jangan tambah gula batu, gula biasa, gula perang, madu, atau pemanis. Stevia saja ok.
Sebarkan kepada semua wanita sebab fiona nak bantu wanita lain berjimat untuk cantik secara semulajadi dengan bahan dari dapur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rata-rata pemilik kediaman yang tinggal di bandar memiliki apartment berkeluasan 850 kaki persegi. Biasanya setelah mengambil kunci dari pemaju, perkara pertama yang bermain di minda adalah bagaimana ingin menghias kediaman agar ia kelihatan sejuk mata memandang dan selesa buat keluarga. Malah bajet juga penting agar dekorasi yang diidamkan bukan sahaja memenuhi citarasa tetapi juga mesra poket.
Melalui perkongsian Puan Emma Inaris di facebooknya iaitu seorang interior designer, beliau berkongsi deko kediaman bertingkat berkeluasan 850 kaki persegi. Pelan lantai kediaman ini agak memanjang oleh itu perlu bijak bermain dengan susunan perabot dan ruang agar kediaman tampak luas dan tidak serabut. Beliau memilih tema warna hijau olive yang kelihatan sangat lembut dan sejuk mata memandang.
Secara keseluruhan rumah ini didominasi oleh warna earth tone. Kombinasi warna cerah dan hijau olive melengkapkan penampilan kediaman. Bijak memilih tema warna maka ruang kediaman ini tampak luas dan tidak sarat apatah lagi pemilihan perabot yang minima. Bagi mencantikkan lagi ruang, pemilik menata rias dinding dengan wainscoating yang berjaya menyerlahkan lagi kediaman agar tampak mewah dan elegan.
Dapur
Memandangkan saiz dapur adalah kecil dan terhad, rekaan nya dibuat sederhana tetapi lengkap. Turut dibina kaunter dapur yang berfungsi sebagai pembahagi ruang.
Melengkapkan lagi ruang dapur ini, diletakkan bersebelahannya adalah meja makan empat kerusi di ruang makan. Meja makan empat kerusi ini diluhat ideal kerana ia sudah cukup untuk memuatkan keluarga kecil selain ia menjimatkan ruang. Adalah penting memilih perabot yang sesuai dengan keluasan kediaman.
Tip Dekor Rumah Kecil
2. Elakkan membeli perabot bulky atau perabot yang sesuai untuk rumah banglo. Pilihlah reka bentuk ringkas dan kecil. Ia akan kurangkan ruang nampak sempit dan serabut.
3. Less is more. Pastikan perabot minima sahaja di dalam rumah. Anda tidak perlu membeli set sofa 3+2+1. Memadai jika hanya diletakkan 3 seater sofa dan satu meja kopi di ruang tamu.
4. Jika bercadang memasang wallpaper, pilihlah satu feature wall sebagai titik fokal dinding. Memasang wallpaper pada satu dinding lebih nampak luas berbanding memasang wallpaper pada semua dinding.
5. Terdapat banyak perabot jimat ruang di pasaran, malah ada katil dan meja studi yang boleh dilipat ke dinding. Rajin-rajinlah survey.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Kecoh sana sini orang bercakap tentang Visa Furada menjadi asbab kita-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA.
Menurut laporan BERNAMA, bakal jemaah haji itu dipercayai mengunakan Visa Furada bagi menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).
Pun begitu, bila timbul isu Visa Furada nyata tidak semua tahu atau biasa dengan istilah tersebut bahkan ada yang seakan ini kali pertama mendengarnya hingga menyebabkan ramai tertanya-tanya apa sebenarnya Visa Furada?
Menurut TH, Visa Furada merujuk kepada visa yang dikeluarkan oleh Kedutaan Besar DiRaja Arab Saudi di Malaysia. Visa ini bagaimanapun dikeluarkan hanya untuk orang atau kumpulan tertentu sahaja.
TH juga menjelaskan bahawa selain kuota rasmi yang diberikan kepada Malaysia, permohonan visa haji adalah hak mutlak kepada Kerajaan Arab Saudi.
Justeru, mana-mana bakal haji ditawarkan Visa Furada digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang telah disediakan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji sahaja.
Oleh itu, orang awam diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran pakej haji melalui Visa Furada bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Menjelaskan lanjut, bagi musim haji 2022, TH melantik 22 syarikat pelancongan tempatan untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi menguruskan pemergian jemaah haji.
Anda boleh melayari laman web yang disertakan di bawah ini untuk mengetahui senarai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji
TH sentiasa mengambil berat akan kebajikan para bakal haji dan khuatir dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pakej haji kepada umat Islam di negara ini.
Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa kelulusan daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...