Apabila menghampiri hujung Ramadan tentu, para ibu ketandungan idea untuk memasak menu berbuka dan bersahur buat seisi keluarga. Menu sahur terutama sekali, kerana waktu ini, kena cari menu yang membuka selera anak-anak.
Selain ayam makanan wajib mesti ada dalam menu sahur, apa kata cuba menu makanan laut iaitu sotong. Melalui perkongsian Noor Sabrina Amran mengenai menu yang dipaparkannya adalah masakan sotong. Memang sedap, rasanya pun masam manis dan pedas.
Kebiasaanya kita memasak sotong sambal atau sotong goreng dengan kunyit. Namun resepi yang dikongsi oleh Puan Sabrina ini istimewa apabila bahan-bahan menggunakan limau nipis, serai dan daun limau purut seakan masakan thai. Tentu aroma kala memasak membuat anak-anak dan suami berselera nanti. Ikuti resepi ini
Bahan-bahan :
Sotong Cili padi Serai Halia Bawang putih Bawang merah Daun limau purut Limau nipis / lemon Sos cili thai Minyak masak
Cara-cara masak ada pada setiap gambar yer.
Siap!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak lengkap rasanya kalau makan nasi di waktu tengah hari tanpa ada sayur di dalam hidangan. Paling tidak pun memadai ulam-ulaman yang dicelur, tambah berselera jika digandingkan pula dengan sambal belacan. Memang makan bertambah dibuatnya.
Memastikan sayur dan ulam-ulaman yang dimakan oleh keluarga kita adalah selamat, ada baiknya ketahui cara betul untuk mencucinya seperti mana yang dikongsikan oleh Enkay Nik Mustaffa.
Menurutnya ada beberapa cara yang sesuai dibuat mengikut perbezaan jenis sayur-sayur dan nak tahu detail ini perkongsiannya.
TIPS MEMBERSIHKAN ULAM DAN SAYUR
Bila dah mula makan ulam mentah, rasa ketagih dengan rasa manis, kesegaran dan kerangupan terutama sayur yang ditanam sendiri.
Hari ni petik kailan, kangkung, sawi manis, salad romaine yang ditanam sendiri untuk cicah dengan sambal belacan.
Untuk orang yang suka makan ulam ni cuma kena jaga kebersihan. Selain tu, ambil ubat mencegah cacing secara teratur. Ada tiga cara yang kita boleh gunakan untuk membersihkan sayur.
1) BILAS
– Cuci tangan anda sekurang-kurangnya 20 saat
– Cuci dahulu sayur atau buah yang mempunyai kulit
– Buang label pelekat, kotoran atau busuk pada makanan
– Bilas menggunakan air yang bersih sambil sental. Tujuan menyental adalah untuk menyingkirkan mikrob dan organisma kecil yang terdapat pada makanan
Sesuai untuk: Epal, pear, kobis, lobak merah dan sebagainya
2) RENDAM
– Penuhkan besen, sink atau mangkuk besar dengan air.
– Rendamkan sayur atau buah dan buat gerakan pusaran untuk membilas makanan itu.
– Rendamkan selama 2-3 minit
– Sesuai untuk: Sawi, kangkung, anggur, oren dan sebagainya
RENDAM DALAM LARUTAN AIR GARAM
– Campurkan 1-2 sudu garam ke dalam besen berisi air
– Rendamkan sayur atau buah anda selama 5 minit
– Bilas kemudian sayur atau buah itu boleh digunakan atau di simpan
– Sesuai untuk: Brokoli, bunga kobis, anggur, oren dan sebagainya.
Memang semua tahu bawa nak masak bubur amat mudah. Bukan itu sahaja, ia adalah menu membuka selera.
Tapi apa yang menariknya cara puan Jauharatuddin Taib telah menarik perhatian apabila cara membuat bubur nasi ayamnya special dan sedap. Malah beliau juga berkongsi tip bagaimana buat bubur itu rasa sedap.
Boleh cuba!
#Bubur_Ayam_Mudah
Rasa memang kena anak tekak sis dini anak beranak termasuk anak gajet memang suke sangat bila buat bubur. Masak dua puk beras pun licin.
Cara sis dini buat
Cuci beras dua puk masak dalam rice cooker biase jer.
Masuk air banyak dari masak nasi biase, biarkan.
Bahan rebus ayam
Bawang besar, bawang putih, halia, lada hitam sedikit, garam, ayam dada atau ayam ada tulang sedikit.
Air ayam ni nanti masukkan dalam bubur nasi yang dah kembang. Ayam tu carik carikkan nanti.
Sis dini hanya campur garam dan secukup rasa dalam bubur setelah masukkan air ayam tadi. Awak agak lah ye nak bubur pekat atau cair setakat mana. Nak cair lebihkan sedikit air. Nak pekat kurangkan air. Sis dini suke sedang2 tak cair dan pekat.
Bahan sayur
taugeh
sawi, pak choy/
daun sup
limau nipis
Bilis goreng asing
Penambah rase
Sambal kicap
chili falakes homemade
Bawang goreng homemade
sambal kicap
cili padi
banyakkan limau kasturi
garam
kicap manis
Ni jer bahan sis dini pakai
Masya Allah memang puas hati dan berbaloi buat dengan apa rasa yang kita nak. Korang cuba arr.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.