Bila teringin nak makan kek homemade yang sedap memang kena cari resipi yang mudah nak buat. Tambahan pula jika rumah tak ada set lengkap nak buat kek terutama alat penimbang kek.
Jadi sudah pasti, resipi kek yang mengunakan sukatan cawan jadi pilihan. Sebagaimana perkongsian oleh Atier Syah melalui laman Masak Apa Hari Ni, puan ini berkongsi resipi kek yang menggunakan minyak. Gebu gebas kek ni. Jom cuba!
Resepi Kek Minyak gebu gebas
Ads
Bahan-bahan
5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yg disukai
👉 Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan.
👉 Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu. Sy putar dlm 5 minit.
👉 Masukkan susu pekat dan esen vanila, pukul sebati.
👉 Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
👉 Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
👉 Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
👉 Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian & gaul rata.
Sediakan loyang 8 inc.(Sy guna loyang 9 inc)
👉 Lapik dasar loyang dengan kertas minyak.
👉 Tuangkan adunan berselang seli warna sehingga habis
👉 Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
👉 Bakar selama 45 minit ~ 60 minit. Sy bakar sejam. Siap.
SELAMAT MENCUBA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjengah petang, mula la perut minta diisi, mulut minta nak mengunyah! Cek dapur ada pisang baru masak. Haaa ngam lah buat pisang goreng hidang dengan air kopi petang-petang macam ni, memang surr!
Sebut pasal pisang goreng, lain orang lain bancuhan tepungnya. Ada orang suka makan yang ada kriuk kriuk tepung macam jual tepi jalan. Layan gak kan?
Haaa yang mana nak cuba buat, boleh ikut resipi di bawah ni. Peniaga sendiri share resipi, insyaAllah jadi. Aterrrr moh le cuba!
RESEPI BANCUHAN TEPUNG PISANG GORENG
Salam semua.
Jom Yayar kongsi resipi tepung pisang goreng yang abang Yayar buat niaga selama hampir 15 tahun. Dengan ini Yayar ikhlas kongsi dan juga boleh sahabat gunakan untuk yang mahu mulakan perniagaan pisang goreng.
Sukatan tepung ni Yayar dah kecilkan sesuai untuk satu atau dua sikat pisang. Boleh guna pisang abu, pisang nangka, mahupun pisang tanduk. Banyak lagi pisang tapi lupa nak senaraikan.
Saban tahun, pasti insiden nasi impit rosak dan basi menjadi isu dalam keluarga anda kan? Nak masak sedikittapi takut tak cukup, jadi terpaksa rebus banyak. Sudahnya baru 2 hari, nasi impit tersebut sudah berair.
Bila diletak dalam peti sejuk, menjadi keras pula. Semuanya serba tak kena.
Jangan tak tahu, rupanya ada cara untuk mengekalkan keenakan nasi impit ini dan hindarinya dari berair.
Di sini kami kongsikan beberapa petua nasi impit tahan lama yang berkesan.
Selamat Mencuba!!!
1. BASUH BERAS
Mula-mula penting untuk kita basuh beras tu bersih-bersih.
Kalau yang guna nasi impit instant, basuhkan juga paket nasi impit tu betul-betul sebab airnya akan masuk ke dalam paket.
Ulang basuhan 2-3 kali hingga airnya agak jernih kemudian barulah sedia untuk direbus.
2. BUBUH SEDIKIT GARAM
Masa nak rebus, rebus macam biasa dengan paras air menutupi keseluruhan nasi impit.
Salah satu petua nasi impit tahan lama ialah taburkan sedikit garam masa merebus.
Kalau nak wangi, boleh juga tambahkan daun pandan.
3. ASAM GELUGUR / LIMAU KASTURI
Satu lagi cara yang digunakan oleh orang dulu-dulu ialah memasukkan sekeping dua asam gelugur masa merebus nasi impit.
Kalau tak ada, gantikan dengan limau kasturi pun ok.
Kedua-dua cara ni dikatakan boleh buat nasi impit tahan lebih lama, cubalah!
4. MASA MEREBUS
Oh ya, masa merebus ni selalunya bergantung kepada saiz nasi impit atau kuantiti yang kita rebus.
Seeloknya rebus lama sikit sebab nak pastikan beras di dalamnya betul-betul masak.
Ramai yang masak paling kurang 2 jam untuk pastikan nasi impit tu betul-betul masak. Yang masak sampai 3-4 jam pun ada tau!
5. TOS BETUL-BETUL HINGGA KERING
Bila nasi impit dah betul-betul masak, angkat dan toskan sampai betul-betul kering.
Ada orang akan letak bawah kipas bagi berangin dan cepat kering.
Kalau ikutkan petua orang dulu-dulu, inilah sebab ketupat yang dah dimasak digantung. Sebab nak bagi airnya keluar.
Barulah ketupat tak cepat berair dan lambat basi.
6. SIMPAN DALAM FREEZER
Satu lagi cara nak pastikan nasi impit tak cepat basi ialah simpan dalam freezer.
Simpankan dalam penutup kedap udara ye supaya tak ada bau-bauan dari peti sejuk menyerap masuk dalam nasi impit.
Nanti masa nak makan barulah ambil dan kukuskan supaya panas dan lembut. Barulah sedap!
7. POTONG HANYA BILA NAK MAKAN
Nasi impit ni biasanya yang dah dipotong lebih cepat berair dan basi.
Jadi pastikan kita hanya potong nasi impit tu bila nak dihidangkan.
Masa memotong tu, seeloknya pakai sarung tangan / plastik. Pastikan pisau serta papan pemotong betul-betul kering dan bersih.
Insha Allah nasi impit tak cepat berair.
BOLEH JUGA OLAH RESEPI MENGGUNAKAN NASI IMPIT
Jika kita ada banyak nasi impit yang dah dipotong tak habis dimakan, memang risau sebab ia mudah berair.
Kita boleh buat lontong goreng.
Tak pernah cuba? Senang je, caranya macam nak buat nasi goreng.
Mula-mula, tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih, ikan bilis atau apa-apa bahan lagi yang anda suka.
Kemudian perasakan dan tunggu pecah minyak. Boleh juga bubuh telur, daun kucai, tauge.
Akhir sekali masukkan nasi impit dan gaulkan hingga betul-betul panas dan sebati.
Memang sedap, mesti kejap je licin!
Jadi lepas ni bolehlah cuba semua petua ni supaya nasi impit tahan lama dan tak cepat basi.
Karipap antara kuih ‘legend’ yang diminati segenap lapisan usia. Bak kata pepatah tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujang. Mana-mana je, pasti ada yang menjual kuih yang satu ini.
Nampak macam senang je nak buat, tapi ada yang juga yang cuba tapi tak menjadi. Ada yang kulitnya keras, ada juga yang liat. Bukan tu je, intinya pun tak sedap.
Bagi ibu-ibu yang baru nak cuba-cuba buat, jom cuba resipi dan cara buat karipap yang dikongsikan oleh puan Rosni Musa
Assalamualaikum. Minum petang hari ni dengan karipap daging. Karipap yang sedap sudah semestinya dengan inti yang marveles serta kulit yang rangup. Kalau ada tempahan tak menang tangan nak membuatnya. Tapi nak menyiapkan karipap nih jenuh jugak. Apa kata kita tengok resipi step by step. Hakak Ros buat berjualan dengan menggunakan resipi ni & dapat permintaan yang banyak. Selamat mencuba.
Bahan²nya. Boleh juga buat setengah adunan. Pandai² lar nak bahagikannya
1kg tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar air kapur jernih
1 sudu teh garam
400ml air sejuk dari peti ais
Cara membuat:
Panaskan minyak bersama marjerin hingga marjerin cair.
Di dalam bekas besar tuang tepung lalu dicurahkan minyak panas.
Gaul rata menggunakan senduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan air kapur jernih ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Air kapur ni lar rahsia nak merangupkan kulit karipap.
Sedikit garam dan kacau hingga garam larut.
Tuang air sejuk tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan uli sehingga tak lekat di tangan.
Jadi doh macam ni.
Simpan doh ke dalam plastik dalam 30 minit.
Kemudian bulat²kan kecil. Tak kisah lar nak buat besar² pon boleh. Masukkan dalam plastik dan perap selama 1-2 jam.
Sementara itu kita buat intinya.
Bahan-bahan
2kg kentang didadu
300gm daging dicincang
2 biji bawang didadu
2 ulas bawang putih diracik
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
Sedikit daun sup
Cara membuat:
Panaskan minyak tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
Masukkan rempah kari & cili kisar. Tumis lagi.
Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Renihkan seketika.
Perasakan dengan garam, gula & maggie cukup rasa. Masa ni agak² yer bubuh perasa.
Kemudian masukkan kentang.
Kacau².
Renihkan kentang sehingga empuk. Tak perlu isi air jika guna kentang cepat lembut sebab kentang akan mengeluarkan air. Dah masak tutup api dan biarkan sejuk sedikit.
Masukkan daun sup & gaul rata.
Alihkan ke dalam bekas.
Ambil sebiji doh dan canaikan.
Letak inti.
Tutup doh.
Kelim cantik².
Karipap yang telah siap dikelim.
Panaskan minyak. Goreng karipap dengan menggunakan api sederhana perlahan.
Angkat dan toskan.
Karipap untuk minum petang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.