Menyediakan hidangan untuk keluarga tak perlu menu yang berat. Yang ringkas pun mampu membuka selera. Apatah lagi jika itu adalah air tangan ibu.
Bagi yang tengah berdiet, menu ini pasti termasuk dalam list wajib buat terutama ikan bakar. Tapi tak lengkap andai tidak dimakan bersama Air Asam.
Untuk ibu-ibu yang nak sediakan air asam mabeles, boleh cuba perkongsian lelaki ini.
Untuk Ikan:
* Ikan apa-apa yang disukai.
* Lumur dengan sedikit garam kemudian kukus sampai masak.
Ads
Untuk Air Asam:
Asam jawa
Air masak
Bawang besar
Tomato – potong dadu
Cili api hiris kecil
Garam
(Ada yang suka letak belacan. Boleh je tapi saya tak letak sebab nanti asyik pegang hidung je???)
Ads
Cara membuat:
*Campurkan semua bahan ni dalam mangkuk.
*Gaul-gaul kuah jangan cair sangat. Pekat sikit baru ummpppp….
*Kemudian ikan yang dah siap kukus tadi tu kita curahkan aje air asam ni… Siap.
Roti adalah antara hidangan kegemaran seisi keluarga. Selain beli dikedai, anda boleh membuatnya sendiri di rumah.
Menarik perkongsian puan Lina Thomas. Apa kata cuba buat di rumah.
IKUTI PERKONGSIAN
Late midnight baking
Kali ni kak lina guna resepi bun @matgebu, thanks dear!
Gula Melaka Coconut Buns
Bahan Doh :
500 g tepung roti
240 ml air
20 g susu tepung
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
80 g lemak sayur (shortening)
100 g gula halus
1/2 camca teh garam
2 camca teh yis segera
1 camca teh bread improver
1 camca teh bread softerner
Cara membuatnya :
UNTUK DOH : Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemak sayur, gaul rata dan uli 10 minit. Gaulkan dengan lemak sayur sedikit demi sedikit hingga habis sambil diuli lagi 10 – 15 minit atau hingga doh menjadi kenyal dan elastik.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam Bread Maker, pilih setting untuk doh dan “on”. Tunggu hingga siap.
UNTUK BUN KELAPA:- Keluarkan doh, tumbuk dan uli 5 minit. Bahagi2kan doh kepada bebola seberat 50 g setiap satu. Ambil sebiji bebola, leperkan dan sudu 1/2 camca besar inti kelapa, cantum dan bulat2kan. Susun dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega, jarakkan untuk doh mengembang. Buat hingga habis. Biar bun 45 minit kemudian bakar dalam oven pada suhu 180C selama 7 – 10 minit atau hingga permukaan roti keperangan. Sapu dengan mentega sementara roti masih panas. Menghasilkan kurang lebih 24 biji buns. (saya sapu telur dan tabur kelapa kering)
Selamat mencuba!
Kredit: Lina Thomas
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sempena musim cuti sekolah ni, apa kata anda pikat selera anak-anak dengan menyediakan pizza yang dimasak sendiri. Bukankah anak-anak memang suka makan pizza?
Lagi pun ada resipi buat pizza yang cukup ringkas penyediaannya. Resipi ini telah dikongsi oleh Ummul Omar dan kiranya elok sangatlah anda buatkan kejutan untuk anak-anak. Jadi tunggu apa lagi, jom ke dapur kita sediakan menu nan satu ini.
“Nah resipi mudah dan pantas buat pizza tanpa yis. 25 minit je dah siap dari gaul doh sampai bakar. Jimat masa. Jimat duit. Bolehlah buat aktiviti dengan anak-anak musim cuti sekolah ni. Selamat mencuba.”-Ummul Omar
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan kecil yogurt asli (100ml)
Tomato puri
Topping ikut suka (dalam ni ada nanas, olive, cili benggala, cendawan)
Mozarella cheese (takda dalam gambar)
Cara Buat :
1. Sebelum mula, panaskan oven pada suhu 230•c.
*Video ni fast forward sebab tangan sebelah kena pegang mangkuk. Hihi. Gaul yogurt dengan tepung. Kalau rasa adunan agak kering, tambah sikit air masak. Kalau adunan agak basah, tambah sikit tepung. Dah siap, uli adunan dalam 2 ke 3 minit sampai adunan jadi bentuk bola yang rata. Tambah tepung sikit demi sikit sampai doh terbentuk cantik.Boleh terus letak atas tray pizza dan gelekkan doh sampai leper. Tak payah tunggu doh naik! Haa best kan? Jimat masa.
Sebelum ini Wawa Zainal menyuarakan kerisauan dengan perkembangan anak sulungnya yang dikatakan ‘lambat’ terutama dalam pertuturan. Ahmad Fakhruddin Attar, anak sulung Wawa Zainal dan Aeril Zafril dikatakan masih tidak bercakap walaupun sudah memasuki usia empat tahun ketika itu.
Terbaru, Aeril Zafrel, 31, pula meluahkan perasaan yang sama. Anak sulung pasangan ini dikatakan mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap. Attar yang kini berumur 6 tahun banyak didedahkan dengan gajet sebelum ini.
Justeru, Aeril berkongsi masalah tersebut dan dalam masa yang sama turut meminta ibu bapa yang sayangkan anak mereka supanya mengurangkan aktiviti bermain telefon pintar atau gajet.
Menurut Aeril, setiap skrin pada gajet mempunyai sinaran yang tidak baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Menjelaskan situasi dialami dia dan isterinya Wawa Zainal, Aeril berkata, mereka mula menyedari masalah tersebut apabila mendapati anaknya itu lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya.
“Pertama kali dapat kesan simptom terbabit, bapa mana yang tak risau. Saya ni memang jenis risau tapi pada masa sama saya bertindak.
“Saya buat kajian cari maklumat dan terus hantar anak pergi jumpa doktor. Memang doktor kata kanak-kanak yang masih kecil tak digalak untuk pegang telefon kerana mempunyai ‘ultra lighting’ yang tidak baik,” katanya.
Tambah Aeril lagi, melihat pada perkembangan anaknya sekarang, dia kini sudah mampu menarik nafas lega.
“Malah saya bangga dengan dia sebab tahun depan dia boleh bersekolah biasa sebab sekarang ni dia terpaksa belajar di sekolah khas,” katanya.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di