Sebut sahaja menu Ayam Tandoori, sudah dapat dibayangkan akan keenakan rasa dan kemewahan warna ayam tandoori tersebut, merah menyerlah. Melihatnya memang nampak menyelerakan, namun bagi yang begitu prihatin dengan kesan pewarna makanan pada kesihatan, mungkin menolak untuk kerap menikmati hidangan nan satu ini. Apatah lagi jika ingin diberikan kepada anak-anak kecil.
Menyedari hal ini, di sini dikongsikan cara mana ibu boleh sediakan hidangan ayam tandoori dengan lebih sihat seperti mana menu yang dikongsikan oleh seorang doktor ini. Nak tahu lanjut, jom baca perkongsian penuh ini.
Hari tu ada yang tanya saya, ada tak resepi ayam yang #pilihansihat Ada! Hari ni kita masak Ayam Tandoori (tanpa pewarna).
Ayam Tandoori by Kamarul Ariffin Nor Sadan
.
Bahan-bahan:
2 bahagian pinggul ayam
200ml greek yogurt (tanpa perisa)
2 sudu besar serbuk cili/paprika
½ sudu kecil serbuk jintan putih
½ sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk ketumbar
½ sudu kecil garam masala
1 biji limau nipis
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 ikat daun pudina
1 ikat daun ketumbar
½ bawamg besar
garam
Cara penyediaan :
.
1. Ayam ni saya buang kulit dan lemaknya, kemudian kelar-kelar agar perapan masuk ke dalam serta lebih cepat masak.
Ads
.
2. Ni bahan segar. Bawang putih dan halia, kita tumbuk atau kisar halus. Kemudian, daun pudina dan daun ketumbar pun tumbuk halus.
3. Ini bahan-bahan serbuk. Garam masala tu, kalau tak ada pun tak apa. Kalau nak cari garam masala, pergi sahaja ke pasar raya, cari di bahagian rempah. Biasanya ada dalam botol kaca kecil-kecil.
Saya tak suka pedas sangat, kalau kurangkan serbuk cili nanti warna pula tak cantik jadi saya ganti serbuk cili kepada serbuk paprika. Paprika = Capsicum = tak pedas.
4. Yogurt! Nak sedap, guna Greek Yogurt. Kalau tak jumpa, plain yogurt biasa pun boleh. Jangan risau, menjadi juga nanti. Gerik tu di Perak. Yogurt ni bukan berasal dari sana.
Ads
5. Letak ayam dalam mangkuk, perah separuh limau nipis. Orang kata, limau ni akan melembutkan ayam. Tengok tangan saya tu, lembut dan gebu, kan? Sebab kena jus limau nipis masa potong limau tu tadi.
7. Masukkan bawang putih dan halia yang kita dah tumbuk halus tadi. Kemudian, masukkan semua rempah serbuk kita tadi, berserta dengan garam secukup rasa. Gaul gaul gaul! Pastikan perapan masuk dicelah kelaran ayam tadi. Perap untuk beberapa jam. Nak perap semalam pun OK!
Ads
8. Dah siap perap. Panaskan pan grill atau kuali tidak lekat! Buka api sederhana. Minyakkan dia. Tipis-tipis je minyak tu. Jika nak pakai oven, panaskan oven 180°C. Bila dah panas, panggang untuk 45-60minit (bergantung pada saiz ayam). Saya pakai pan grill je. Letak ayam atas pan grill! Biarkan selama 5 minit setiap belah. Api sederhana. Bolak balikkan ayam ni setiap 5-10 minit supaya tak hangus. Siapa yang guna oven tu, jangan lupa terbalikkan ayam juga setelah 20-30 minit memanggang.
Tip :
Trick untuk ayam nampak merah tanpa guna pewarna adalah sapukan minyak yang digaul dengan serbuk cili setelah ayam separa masak. Kalau nampak kering, sapu minyak bercili ni.
Semasa tunggu ayam perap tadi, saya sediakan raita. Raita ni sedap gila makan dengan Ayam Tandoori.
Campurkan bawang putih, halia, daun pudina, daun ketumbar yang kita dah tunbuk halus tadi. Letakkan secubit garam. Kemudian baham tumbuk tu campurkan dengan baki yogurt yang masih ada tadi, dalam mangkuk. Dah siap raita pudina ketumbar kita. Nak segar lagi, perah sikit limau nipis.
OK! Ayam dah masak! Kita hidang dengan raita macam ni! Hiaslah sedikit dengan daun ketumbar, bawang besar, potongan limau nipis!
Ayam berempah, diperah limau nipis, cicah dengan raita pudina. Memang menyelerakan!
Kita sering diberitahu melalui iklan bahawa margarine adalah pengganti yang lebih sihat dan murah kepada mentega. Pada hakikatnya mentega lebih baik dari margarine.
Mentega diperbuat dari bahan yang asli iaitu kream (dari susu) dan sedikit garam. Itu pun jika kita memilih keju masin (salted butter). Jika tidak, mentega tanpa garam hanya diperbuat oleh susu sahaja.
Margarine pula diperbuat dari proses yang diperbuat oleh industri pemakanan dari minyak (yang bersifat cecair dalam susu bilik) kepada bahan transfat (yang menjadikan cecair minyak sebagai pepejal). Jadi ia bukanlah sesuatu yang natural tetapi sesuatu bahan tidak lagi natural dan berbahaya pada kesihatan.
Margarine dicipta sebagai alternatif mentega kerana ia lebih murah dan lebih mudah dihasilkan dengan banyak bermula semenjak tahun akhir 1800an lagi.
Pada masa itu (awal 1900an) permintaan terhadap mentega terlalu banyak berbanding dengan pengeluaran susu (bahan utama membuat mentega) yang semakin mahal. Jadi margarine dihasilkan secara besar-besaran agar ia boleh dinikmati oleh golongan yang berpendapatan rendah.
Margarine dihasilkan dengan menambahkan hydrogen pada minyak sayuran agar ia lebih stabil, menjadi beku, dan mudah disapu pada roti.
Oleh kerana margarine lebih murah jadi ia menjadi popular dan boleh dibeli oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Lemak sihat seperti omega 3 adalah sangat penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Kita juga memerlukan vitamin A, D dan E (vitamin serap lemak). Jadi lemak sihat ini penting dan terdapat hanya pada susu dan mentega. Tidak ada pada margarine.
Transfats dalam margarine bertindak tidak seperti minyak sihat yang ada pada susu dan mentega kerana struktur sebatian transfat berbeza. Ia boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Dalam kajian terbaru (Dalainas & Ioannou, 2008) menunjukkan pengambilan transfat dalam makanan boleh menyebabkan masalah penyumbatan saluran darah pada jantung sebanyak 23%.
Dalam kajian lain pula menunjukkan pengambilan transfat boleh meningkatkan risiko mendapat dementia di kalangan warga tua.
Mentega
Sementara mentega pula penuh dengan vitamin yang meningkatkan sistem daya tahan. Ia juga mempunyai sebatian Lauric Acid (juga terdapat pada susu ibu dan minyak kelapa) dalam kuantiti yang sederhana tetapi sangat penting.
Mentega juga mengandungi lemak tepu yang membekalkan banyak tenaga terutama atlet dan mereka yang bekerja menggunakan banyak tenaga.
Bagi mereka yang bekerja di ofis (tidak menggunakan banyak tenaga) atau pesakit kronik seperti diabetes, pesakit tekanan darah tinggi atau pesakit yang mempunyai kolestrol yang tinggi, boleh mengambil mentega dalam kuantiti yang sederhana setelah mendapat pandangan doktor yang faham tentang nutrisi.
Kesimpulannya mengambil mentega lebih baik dan bermanfaat dari mengambil margarine dalam kuantiti yang sederhana.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila dalam rumah lauk ayam je yang jalan, mak-mak pun kadang buntu nak masakan jenis apa untuk dihidang pada keluarga.
Haaaa jangan risau, apa kata siapa yang tak pernah buat menu ayam goreng serai thai ni, cuba try test tengok resepi ni. Mudah je! Perap, goreng, siap! Tak percaya? Cer tengok kat bawah ni resepi lengkap!
Tak boleh nak berenti makan😊Yang penting makan bersama sayur kailan belacan Dan telur Mata lembu ianya sudah mencukupi untuk menikmati KESEDAPANNYA😊
Bahan-bahannya :-
500 gram isi ayam dipotong kecil(dicuci bersih)
2 batang serai(dipotong 2 cm Dan ditumbuk hancur mengunakan lesung batu )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung jagung
5 helai daun limau purut dihiris
Bahan ditumbuk@dikisar halus Tanpa air
2 pokok akar ketumbar
2 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang putih
Cara-caranya :-
1)sediakan mangkuk atau bekas ,masukkan ayam Dan kesemua bahan(KECUALI DAUN LIMAU PURUT),Serta bahan Yang dikisar halus.gaul sebati Dan perapkan paling kurang selama 30 minit
2)panaskan minyak,agak2 boleh tenggelam Kan ayam apabila digoreng nanti.
3)masukkan ayam Dalam kuali panas Dan goreng sehingga keperangan
4)apabila ayam Sudah masak,angkat Dan masukkan kedalam bekas Serta taburkan daun limau purut Yang telah dihiris tadi.ratakan ayam bersama daun limau purut
Setiap orang tentu ada makanan kegemaran masing-masing, malah dengan makanan itu juga dapat mengingatkan kita pada si penggemarnya.
Apatah lagi andai insan itu sudah tiada, menyediakan menu kegemarannya itu juga boleh dijadikan mengubat rindu.
Benar atau tidak, hanya yang pernah lalui sahaja tahu pengalaman itu.
Hal yang sama juga turut dilakukan oleh Fiza Faisal, berkongsi resipi arwah ibunya dan turut menjadi kegemaran rakan-rakannya dipejabat.
Jom ikuti perkongsian tersebut.
Pagi tadi buat pie crackers berinti daging utk jamuan di ofis..alhamdulillah laku keras resepi arwah mak..lama sangat dah tak buat ni semenjak mak meninggal..dulu mak suka makan yg berinti sardin makan cicah dengan sos cili pun sedap ni..
~Resepi~
Bahan Inti:
Sardin @ daging cincang tumis dgn bawang besar + cili. Tambah perasa ikut selera masing2.
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.