Bila terasa cuaca sejuk begini, mulalah kita membayangkan alangkah puas hatinya jika dapat menghirup sup cendawan yang pekat berkrim sambil dicicah pula dengan sekeping garlic bread yang penuh beraroma. Memang puas hati!
Bukan sahaja kita orang dewasa menggemari menu ini malah anak-anak kita tidak kurang juga menggemarinya. Jadi usah hanya membayangkannya sahaja, ayuh kita sediakan hidangan ini untuk dinikmati bersama keluarga.
Tidak tahu resipinya? Jangan bimbang, Hafizah Mohari telah pun kongsikan di fb dan menurutnya resipi tersebut adalah merupakan resipi daripada suaminya, dan menariknya juga secret resipi daripada hotel katanya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Jom semak bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu yang enak ini.
Budak2 suka mak pak budak pun suka.. Kira makanan sihat jugak sebab byk sayur-sayuran dan tumis guna olive oil. Ni resepi dari husband fiza.
Secret resepi dari hotel tau.Home made Mushroom soup with garlic bread. Boleh try sendiri.. Fresh.. Sedap..
Homemade Mushroom Soup
Ads
Bahan-bahan :
Bahan A
Bawang holland(hiris)
Bawang putih(cincang)
Olive oil
Bahan B
Kentang potong dadu
Cendawan butang(dalam tin)
Cendawan kering(hitam) kena rendam bg kembang
Cendawan shitakee
Batang saleri
Lobak merah
Parsley kering(dalam botol)
Bahan C
Susu dutch lady full cream
Cooking cream
Garam
Serbuk perasa(maggie cukup rasa)
Cara Penyediaan :
1.Tumis bahan A dengan olive oil sampai naik bau.
2. Masukkan Bahan B satu persatu. Masukkan yang keras2 dulu macam kentang dan lobak. Masukkan air sedikit jika terlalu kering.. diikuti semua jenis cendawan,batang saleri dan parsley. Gaul rata. Masak sehingga empuk.
Ads
3. Dah empuk semua,tutup api. Biarkn sejuk. Dah sejuk kisar semua bhn B tersebut. Masukkan sedikit air jika perlu semasa mengisar.
4.panaskan atas api bhn yg dikisar tadi. Biarkan sehingga agak pekat. Api kecil ye. Masukkan susu dutch lady sedikit demi sedikit.. Gaul rata.
5. Kacau sampai pekat. Perasa kn garam dan sedap rasa.
5. Last sekali masukkn cooking cream. Agak2 la ye..
Sedap di makan bersama garlic bread dan ini resipinya:
Homemade garlic bread
Ads
Roti perancis panjang tu dipotong mcm dlm gambar
Butter(dicairkan dlm suhu bilik) dicampur dgn bawang putih(cincang halus) dan tabur parsley (dlm botol).. Gaul rata.. Then sapu kat depan n belakang roti..
Bakar atas api. Siap
*Tips: Sapu roti byk2,wrapping plastik masuk dlm tipuware dan bekukan.. Terasa nk mkn,defrostkn suhu bilik then bakar.. Bila bekukn bols tahan lama tau..
Kalau ditanya tentang menu minum petang legend dan menjadi kegemaran ramai, pastinya tak lain tak bukan Cekodok Pisang. Bukan sahaja mudah, tapi murah dan sedap. Bagi ibu-ibu yang nak mencuba resipi lain cekodok ini, cuba yang dikongsikan oleh Cik Pooja . Selamat memasak!
Cokodok pisang aka BOOM PISANG Less minyak tau!! (Selalu cokodok pisang kompem serap minyak kan!)
Dulu2 dok wat nega…mmg laku keras nih😉 Custemer cakap…makan 3ketui kenyang tersandaq😄😄 Sbb cikpooja buat beso2 lagi dr nie….
Nak resepi x!!
Ni bahan2 nya yea… *5bji pisang besar2(cikpooja guna pisang bunga yg wangi tu…kalau pisang kome kecik2…boleh la up to 8-10bj) *2sb majerin *5sb gula pasir(boleh kurangkan ikut citarasa) *1sk soda bikarnonat(xyah membukit sgt)
*1sk garam 👉semua bahan2 ni dilenyek2 sebati yea…
👉tujuan letak majerin… ✋Majerin tu utk merangupkan tekstur luaran kulitnya bila digoreng n dia merupakan guard supaya minyak xdiserap kedalam isi n pastinya akan ada kelainan rasa dalam jemput2 pisang tu…
Wangi dia len macam tau…
Tapi ttp rasa cekodok asl
dah lenyek sebati…
*masukkan 👉2cwn tepung gandum 👉gaul je bg sebati ngan pisang yg dilenyek…
👊peringatan keras👊👊
*xperlu letak air yea…kome gaul je pisang lenyek dan tepung tu smpai betui2 sebati
*haaaa..jd lagu ni…
*rehatkan dia kejap dalam 10-15mnit
*pas tu boleh la goreng macam goreng cokodok biasa dgn api sedang2 slow yea.. 👊kalau guna api kuat…kompem hangit n xmasak dalamnya… 👉jgn ditnya masa bila nak menggentel tuk jdkan dia bulat2 …cekodok nie xyah gentel2 bagai…
Jemput2 je guna jari boh masuk lam kuali…InsyaAllah kalau bancuhan cun elok…nnt dia akan membulat dgn sndrnya… 👉dia akan membulat ikut skil n cara kome men”jemput” ketika menggoreng yea.
Cara membuat:
1. Satukan magerin ( 1 cwn dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.13 gm sebiji utk acuan saya.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.
Jika sebelum ini untuk menyediakan menu berasaskan telur yang direbus kita biasa sediakan dengan resipi masak sambal, kari atau gulai, namun kali ini ada baiknya anda mencuba resipi yang dikongsikan ini dengan citarasa masakan Indonesia.
Resipi Telur Bumbu Kuning Pedas ini cukup istimewa dan menurut perkongsian Nurul Ateekah yang telah pun mencuba resipi tersebut, terbukti menu yang viral ini setelah dicuba menepati selera bahkan suaminya juga turut memuji keenakan masakan itu.
RESEPI TELUR BUMBU KUNING PEDAS (INDONESIA)
BAHAN-BAHAN:
Telur 8 biji ( direbus dan dibuang kulit )
Serai 1 batang ( dikatok )
Lengkuas 3 cm dihiris
Tomato ( dibelah )
2 helai Daun limau purut ( dihiris )
1 helai Daun kunyit ( dihiris )
Santan fresh 700ml
Serbuk perasa
Garam
1-1½ cawan minyak
Bawang besar 1-2 biji ✨
Bawang putih 4 ulas ✨
Halia 3cm ✨
Kunyit hidup 3cm✨
Cili hijau 3 batang ✨
Cili padi hijau 10 batang ✨
Cili kering 7-10batang ✨
P/S = • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut . Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .
• Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda ✨
CARA MEMASAK
1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur . ( Pastikan minyak betul-betul panas ) dan masukkan telur , Goreng sehingga 1-2 minit ,. ATAU kulit telur diluar sedikit garing . Angkat dan ketepikan .
2. Gunakan minyak yang sama , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering .
3. Masukkan santan ( API perlahan ) dan gaulkan dan masak sehingga sedikit kering
4. Kemudian,Masukkan serai , lengkuas , cili padi hijau , tomato , daun limau purut dan daun kunyit . Kemudian Gaulkan sehingga kering Dan pecah minyak
5. Masukkan garam dan serbuk perasa . Gaulkan rata
6 . Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika .
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui kos untuk membesarkan anak pada zaman kini agak mahal ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kenaikan harga barang yang tinggi.