Kacang botak antara kudapan ringan yang memang enak dimakan sambil duduk bersantai-santai menonton televisyen. Menu ini bukan sahaja dihidangkan ketika hari raya tapi sesuai sahaja dimakan bila-bila masa.

Kalau ada yang berhajat hendak buat kacang botak, ini ada resipi ringkas dan cepat boleh cuba. Dimasak dengan menggunakan air fryer, tepung salutan kacang menggunakan tepung bestari. Ranggup versi simple. Hendak makan pun puas hati tanpa fikir kolesterol naik tinggi.

Resipi Kacang Botak Versi Mudah Nak Buat

Resipi Kacang Botak Versi Mudah Nak Buat, Masak Guna Air Fryer

Bahan-bahan:

2 cawan kacang tanah
2 senduk tepung bestari  (asli + pedas)
1 sudu serbuk ketumbar
1 biji telur
5 ulas bawang putih di tumbuk lumat(optional)
5 sudu minyak
Sedikit air

Masak Guna Air Fryer

Cara membuat:

  1. Basuh kacang tanah dan toskan.

2. Sediakan telur yg telah di kocak bersama minyak.

IKLAN

3. Masukkan kacang tanah.

4. Masukkan tepung bistari dan sedikit air

5. Gaul rata supaya kacang di selaputi tepung.

6. Masukkan ke dalam air fryer. Mula on kan air fryer dengan suhu 180 darjah celcius selama 5 minit. Buka dan lerai-leraikan kacang supaya tidak bergumpal.

IKLAN

Resipi Kacang Botak Versi Mudah Nak Buat, Masak Guna Air Fryer

7. Tambah lagi 5 minit. Buka lagi dan goncang-goncang. Seterusnya masak lagi selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.

8. Seterusnya masak selama 10 minit dengan suhu 160 darjah celcius.res

IKLAN

9. Tunggu betul-betul sejuk baru kacang ranggup. Boleh di simpan dalam balang.

Resipi Kacang Botak Versi Mudah Nak Buat, Masak Guna Air Fryer

NOTA:  Hasil bergantung pada air fryer masing-masing. Kalau masih belum ranggup selepas sejuk, masukkan semula dalam air fryer dan bakar lagi selama 5 minit dengan suhu 150 darjah celcius. Ada air fryer yang hanya mengambil 20 minit untuk masak. 

Sumber: Eniza M.Salim

Baca artikel lain yang berkaitan: Resipi Kacang Goreng Crispy Spicy Untuk Kudapan. Rangup & Sedap Semudah ABC, Guna Tiga Bahan je. 15 Minit Dah siap!

Kacang Goreng Homemade Untuk Kudap-Kudapan. Rangup & Sedap, Mudah Pula Tu. Ini Resipinya!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI