Buat peminat sotong, bolehlah cuba resipi ini yang cukup mudah dan enak pula tu. Cara nak buat pun simple je, tak banyak bahan digunakan. Resipi ini dikongsikan oleh Mariana Zainal.
Inilah yang ibu-ibu patut cuba terutama yang suka menu yang cepat dimasak. Yang penting mudah dan sedap untuk hidangan seisi keluarga.
Huishhhh…kari “Sutun”…
Rega murah hari ni tu yg buat kari sutun tu..rm22 sekilo..Silakan Resipinya pada yang nak mencuba..
“KARI SOTONG” by “MARIANA ZAINAL”
Bahan- bahan:
- Beberapa ekor sotong..siap basuh..kemudian goreng sekejap(utk hilangkan air sotong)..toskan..
- 1 biji kelapa parut(kisar dengan 3 cawan air..perah amik santannya)
- 2 1/2 senduk minyak masak utk menumis..
Bahan tumis
1 biji bawang besar hiris nipis
5 ulas bawang putih hiris nipis
Sedikit halia hiris( x nak letak pun x pe)
1 sdt halba campur
Bahan pes..
2 paket kecil rempah kari ikan brand baba’s
1 paket kecil serbuk cili
1 keping asam keping
3 tangkai daun kari
1 sdb garam
1/2 sdt gula
Sedikit perasa
1 1/2 cawan air
(satukan semua ni jadikan pes)
Caranya..
- Panaskan minyak..tumis bahan hiris dan halba campur hingga naik bau dan layu..
- Masukkan bahan pes..masak hingga betul2 naik minyak dan garing.
- Masukkan santan..biar mendidih seketika(sambil2 kacau) masukkan sutun..
- Biar mendidih ganas..sesuaikan rasa..tutup api..sedia dihidang.
Silakan share..
Guna Ubat Gegat Dan Minyak Diesel, Anak Tukang Kayu Dedah Petua Awet Kayu Supaya Tahan Lama Dan Elak Serangan Anai-Anai.
Ada antara kita suka kerja kayu iaitu, pertukangan. Malah ada yang melakukan pelbagai DIY untuk menghias rumah. Ada juga menjadikan ia sebagai sumber pendapatan sambilan.
Namun tahukah anda bahawa untuk bertukang perlu ada ilmu mengenai kayu salah satunya adalah memastikan kayu tahan lama terutama dengan serangan anai-anai.
Sebagaimana perkongsian tukang kayu ini, beliau memberitahu cara untuk mengawet kayu agar kekal tahan lama termasuk serangan anai-anai. Ikuti perkongsian ini.
Petua mengawet kayu.
Salam sehobi rakan-rakan tukang sekalian.
Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY. Kayu memang cantik dan berseni semulajadi selain senang dibentuk, dicantum dan dikendali. Tetapi kayu lama kelamaan akan reput, rosak tekstur asal dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada faktor cuaca, kulat dan serangga.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu. Saya gunakan sebungkus ubat gegat seperti dalam gambar untuk seliter diesel.
Ubat gegat
Sebungkus ubat gegat (moth ball) seperti ini untuk setiap satu liter diesel cukup untuk merawat 1m padu kayu
Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan. Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayu sudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.
Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap.
Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Rak tempat isteri saya menanam bunga dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini.
Selepas dirawat, kayu-kayu ini terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak pasu bunga.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini. Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Rak pasu bunga ini dah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Semasa memotong kayu-kayu ini untuk dijadikan rak pasu bunga, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok walaupun terbiar lebih 4 tahun.
Contoh kayu terawet yang terbiar atas tanah selama 5 tahun dan diserang anai-anai. Kaedah ini tidak membunuh anai-anai tetapi kayu selamat dari dirosakkan. “Terowong” anai-anai dah penuh atas kayu tapi kayu masih elok di permukaan dan dalamnya masih macam baharu
Semoga bermanfaat!
Sumber: Atama Aaeman
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Biar Orang Kata, Kita Jangan Balas & Buat Dekat Orang.” Ebit Lew Kongsi Pesanan & Momen Terakhir Bersama Arwah Ibu
Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew mengenai kerinduannya terhadap arwah ibunya yang telah pergi cukup menyentuh hati. Bahkan pendekatan serta keikhlasan yang ditunjukkannya membuatkan sesiapa yang membaca pasti akan sebak.
Rindu pada mak. Dulukan, masa kecil..bila sedih kena kata, kena halau, kena pukul, diumpat, difitnah sebab dakwah. Dari 12 tahun lagi mak akan peluk saya. Cium saya. Mak kata, kita buat kebaikan untuk Allah sayang. Redha Allah…Redha Allah..Redha Allah
Rindu nak mak peluk. Mak dah berehat dekat sana. Rindu nak mak cium. Rindu nak mak tak berhenti cium Ebit, rindu dekat mak. Rindu mak masak. Rindu mak suap. Rindu nak balas ciuman mak. Tapi hari ebit cium, mak dah tak bergerak. Ebit peluk,mak dah tak peluk semula. Ebit genggam tangan mak. Mak tak genggam ebit. Maafkan ebit yer mak Ya Allah jagakan mak saya disana.
.
Dulu masa mak sakit. Saya call mak. Mak cakap,kalau tak sempat jumpa didunia. Kita jumpa dalam syurga. Walau apapun jangan tinggalkan dakwah ini. Bukan sebab kita baik. Kita takde apa-apa. Tapi tanda syukur Allah kutip kita dan beri kita Islam. Kita kena kongsi Islam ini dengan semua manusia. Rasa sayang pada semua orang walau apapun. Semua orang baik. Yang tak baik tu kita.
Tambahnya lagi, ibunya sering berpesan supaya tidak membalas kembali perbuatan orang dan selalu memaafkan orang lain.
Mak saya selalu pesan, takper orang kata kita. Jangan kita balas. Jangan kita buat dekat orang. Sebab dunia akhirat ni Allah yang punya. Maafkan,maafkan..maafkan. terima kaseh pada semua orang.
.
Saya menyusun 10 jari dari hujung rambut sampai hujung kaki saya minta maaf pada semua yer. Maafkan saya yer. Saya pasti banyak buat salah pada semua.
Cerita Ebit Lew lagi, sebelum tidur arwah ibunya pasti akan berada di sisi setiap kali dia belajar pada waktu malam.
Mak saya selalu teman saya belajar malam-malam masa kecil. Tertidur-tidur sebelah saya. Jika pergi buat dakwah. Mak kadang puasa atau solat jer doa.
Kami setiap hari buat Talim sama-sama dari saya 12 tahun. Mak peneman saya no 1. Betullah orang kata didunia anugerah terindah selepas iman Islam ialah kasih sayang seorang mak
.
Nabi saw dapat kasih sayang mak sampai umur 6tahun. Ya Allah…kuatnya Nabi saw. Allahuakbar. Rindu pada Nabi saw Adik-adik sahabatku. Jika ada mak jangan lupa peluk,cium,urut kaki mak,dengar cakap,solat doakan yer. Buat mak sentiasa senyum. Senyuman buat mak tu berharga. I love u mak. I miss u -ebitlew
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Sumber: IG ebitlew
Roti Tak Menjadi! Ini Tip Kena Ambil Tahu Sebelum Nak Mula Uli Doh
Roti tak menjadi! ini tip kena ambil tahu sebelum nak mula uli doh. Sudah bermacam jenis resipi roti yang sudah dicuba. Malangnya, setiap kali membuatnya ada saja masalah yang berlaku.
Ada kalanya roti terlalu keras atau tidak masak sepenuhnya. Pernah juga roti menjadi keras dan berlubang pada bahagian tengah doh. Apakah punca sebenar yang menyebabkan masalah ini berlaku?
BERIKUT 15 FAKTOR MENGAPA ROTI YANG DIBUAT TIDAK MENJADI:
1. DOH TAK KEMBANG: Apabila anda menggunakan yis yang sudah ‘mati’, ia boleh membantutkan proses pengembangan doh. Jika anda menggunakan air yang terlalu sejuk juga akan menyebabkan yis menjadi tidak aktif. Air panas pula akan mematikan yis.
2. ROTI ‘PUCAT‘: Suhu ketika membakar roti perlu tepat. Jika terlalu rendah atau doh yang diletakkan dalam acuan terlalu rapat akan membuatkan pengagihan haba yang tidak rata.
3. ROTI MEREKAH: Suhu ketuhar yang terlalu tinggi dan proses pengembangan yang tidak cukup lama. Ia akan menyebabkan doh merekah kerana bentuknya yang tidak sempurna.
4. ROTI ‘KECUT’: Masalah ini sering berlalu jika doh terlalu kembang atau terlalu nipis.
5. ROTI MENJADI BENYEK: Penggunaan tepung yang berlebihan atau tempat pengembangan doh terlalu panas. Selain itu, pembentukan doh yang tidak sempurna atau suhu ketuhar yang terlalu sejuk.
6. BAHAGIAN ATAS ROTI MEREKAH: Doh terlalu keras kerana kekurangan air ketika proses mengadun/menguli. Roti dikeluarkan dari ketuhar sebaik sahaja masak dan diletakkan di tempat sejuk. Peralihan suhu akan menghasilkan wap.
7. BAHAGIAN BAWAH ROTI TIDAK MASAK: Roti yang dikeluarkan dari acuan pembakar tidak disejukkan di atas redai dengan baik.
8. KERAK ROTI TEBAL: Suhu ketuhar yang tinggi atau penggunaan dusting flour yang terlalu banyak.
9. ROTI ‘BERAT’ & PADAT: Penggunaan tepung yang berlebihan atau doh tidak melalui pengembangan yang sempurna. Selain itu, penggunaan sesetengah jenis tepung gandum penuh atau rai mempunyai tekstur yang padat boleh menjadikan roti ‘berat’.
10. ROTI LEMBAP & KASAR: Doh melalui proses pengembangan yang tidak sempurna.
11. ROTI NAMPAK ‘BERTALI’ GELAP: Proses menguli tidak sempurna atau acuan pembakar digris secara berlebihan. Doh yang dikembangkan terlalu kering juga boleh menjadi punca masalah ini.
12. ROTI KERING & KASAR: Tepung terlalu banyak dalam doh dan tidak diuli secukupnya. Suhu terlalu panas ketika roti dibakar juga akan menyebabkan roti menjadi kering dan mempunyai tekstur yang kasar.
13. ROTI ADA ‘LUBANG’: Ketika doh dibentuk, udara di dalamnya tidak dibuang atau doh dikembangkan terlalu lama.
14. ROTI BERBAU & ADA RASA YIS: Doh roti melalui proses pengembangan yang terlalu lama serta dikembangkan di tempat yang terlalu panas.
15. ROTI MASAM: Doh dibiarkan untuk kembang terlalu lama sebelum dibakar dan diletakkan di tempat panas.
Sumber: RASA
Kredit foto (top image): Pexels