Resipi Kek Batik Indulgence Simple Tapi Lembut & Tak Keras. Wanita Ni Kongsi Rahsia Dapat Hasil Yang Cantik!

Share

Bagi peminat kek, pasti tahu ada bermacam-macam resipi kek batik yang telah dikongsikan baik di laman Facebook atau di laman masakan internet. Ada yang mudah dan ada yang agak sukar untuk dibuat.

Jom cuba Kek batik indulgence yang dikongsikan oleh Ariana Sofia Ahmad.

Bukan jer lembut dna tak keras, malah ada cara untuk dapatkan hasil yang cantik. Jom baca rahsianya.


Kek batik indulgence, lembut dan tak keras. Nak dapatkan hasil yang cantik pula ada tipsnya.

Resepi Kek Batik Indulgence. Makan sambil pejam mata😋

Bahan- bahan kek batik
450g biskut marie (patah2kan)
250g butter
1 cawan milo (110g)
3/4 cawan susu pekat manis(190ml@250g)
1/2 cawan serbuk koko(50g)
1/2 cawan air masak(60ml@50g)
1sk Esen vanila
==================
Bahan-bahan lapisan Cream Cheese
250gram cream cheese
150ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar gelatin + (1/4 cawan air panas @50ml) -dikacau sebati
3 sudu besar gula custor
1 sudu besar susu pekat
1sk esen vanila
=================
Bahan-bahan lapisan coklat
300g milk compound coins (beryls)
150ml whipping cream (Anchor)
1 sudu besar butter

Double boil semua bahan topping dan kacau sebati.

Double boil ada 3 cara
1. Panaskan whipping cream atas dapur, bila dah panas, tuang terus dalam milk compound dan kacau sehingga sebati bersama butter.
2. Masukkan milk compound, whipping cream dan butter ke dalam microwave. Bila dah panas, coklat akan cair. Buat keluar, kacau bagi sebati.
3. Ambik air panas semangkuk. Dalam mangkuk lain letakkan whipping cream, milk compound dan butter ke dalam mangkuk yang lebih besar. Letak mangkuk tu atas mangkuk air panas tadi dan kacau sehingga coklat cair (guna bekas tahan panas)

P/S – Nak guna dark compound pun boleh.

 

Cara membuat:

  1. Mula-mula kena patahkan biskut marie. 1 keping patahkan jadi 4. Buat yang ni dulu sebab bila coklat dah masak boleh letak terus.

2. Dalam kuali panaskan butter. Guna api perlahan je supaya butter xhangit.

3. Bila butter dah cair masukkan terus susu pekat manis dan kacau sebati.

4. Bila dah sebati masukkan pula milo, serbuk koko dan esen vanila. Yang ni kena kacau laju supaya tak berketul. Api jangan kuat.

5. Dah sebati je, terus masukkan air masak. Kacau sebati dan terus tutup api. Jangan tunggu mendidih.

6. Masukkan biskut marie tadi. Dan kacau sehingga sebati.

7. Pastikan semua tersalut

8. Lapik loyang 9″ dengan baking paper. Pastikan baking paper lebih tinggi dari loyang. Ariana guna loyang yang boleh buka kat bawah. Senang nak tolak nanti. Ratakan kek dalam loyang dan tekan sehingga padat. Masukkan dalam peti ais. Nak cepat keras masukkan dalam frezer.

9. Sebelum buat lapisan cheese, buat dulu air gelatin. Serbuk gelatin ni dicampur dalam air panas. Kacau bagi sebati dan ketepikan. Cari gelatin yang halal, ada jual di kedai bahan bakery.

10. Masukkan cream cheese, susu pekat manis, esen vanila, whipping cream dan gula. Mix sehingga adunan menjadi licin dan tak berketul.

 

11. Lepas tu masukkan air gelatin tadi dan mix sehingga sebati

12. Adunan ni memang nampak cair tapi jangan risau, gelatin fungsinya adalah untuk memejalkan cheese.

13. Tuang cheese ke dalam loyang biskut tadi. Tuang di tengah-tengah loyang supaya cheese rata ketepi. Masukkan semula dalam peti ais. Nak cepat, letak je dalam freezer supaya cheese jadi pejal.

14. Untuk double boil coklat, ariana guna tips yang pertama. Panaskan whipping cream dulu.

15. Lepas tu tuangkan ke dalam mangkuk yang dah letak milk compaund dan butter. Kacau sehingga coklat cair dan sebati

16. Cair macam ni

17. Lepas tu tuang coklat ditengah-tengah kek. Dan biarkan coklat rata ke tepi. Jangan sesekali guna sudu untuk ratakan. Kalau xrata, boleh sengetkan loyang supaya coklat bergerak ke tepi. Nak nampak coklat licin, buih-buih kecil atas permukaan tu cucuk dengan lidi. Buat ketika coklat masih cair. Sejukkan dalam peti ais semalaman @ 5-6jam.

18. Keluarkan kek dari loyang dengan letakkan cawan kat bawah. Kalau guna loyang biasa, tarik je baking paper kat atas tu. Letak terus atas papan kek dan koyak baking paper bahagian tepi sementara kek masih keras.

19. Untuk potong kek, guna pisau panjang macam ni. Rendam pisau dalam air panas dalam 10 saat. Lap pisau dulu bagi kering, dan potong bahagian tepi yang tak cantik tu. Kalau makan sendiri tak potong pun xpe.

20. Bahagian tepi tak perlu potong banyak. Agak-agak sahaja.

21. Yang ni dah siap potong bahagian tepi. Yang kotor-kotor boleh je lap guna tisu. Jangan tunggu kek dah sejuk@coklat dah cair baru potong, nanti bila coklat dah cair, potongan jadi tak cantik.

23. Dah siap potong tepi bolelah potong petak pulak. Nak senang potong, tanda kat tepi kek angaran setiap jarak. Kek ni ariana potong 7 memanjang, 7 melintang.

Jika masa potong nampak coklat dah nak cair, masukkan semula dalam peti ais. Dalam 20-30 minit akan keras semula. Sambunglah potong atau masa potong tu kena buat cepat-cepat.

24. Untuk potongan petak ni, guna langkah yang sama untuk potong. Tips nak potong supaya coklat tak comot, tekan pisau pada kek sehingga rapat sampai ke bawah. Walaupun keras, jangan stop nanti biskut pecah. Lepas tu, tarik je pisau buat keluar. Jangan keluarkan pisau dengan cara tarik semula ke atas. Nanti coklat jadi comot.

25. Ok. Selamat mencuba😊

 

IKLAN