Ibu bapa cemerlang yang mahu membina anak-anak yang positif perlu melihat anak-anak mereka yang masih kecil sebagai seorang yang berkebolehan, cekap dan berjaya bila dewasa nanti.
Apatah lagi, anak-anak ibarat kain putih, sebagai ibu bapa kitalah yang mencorakkannya. Semasa seseorang bayi itu lahir, mereka mempunyai potensi untuk menjadi seorang genius.
Menurut Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose yang juga Parenting Guru, jika seorang bayi itu tidak cacat maka dia mempunyai segala yang di perlukan untuk dia boleh menjadi cemerlang. Jika otaknya dirangsang dengan sempurna, dia pasti boleh mencapai tahap genius.
“Saya suka membuat andaian yang mudah difahami untuk menerangkan lagi perkara ini. Sekiranya kita andaikan anak kecil itu seperti sebuah kereta, maka semasa dia baru lahir, dia adalah ibarat sebuah kereta sport yang boleh meluncur laju dan mempunyai kapasiti enjin yang besar. Namun jika pemandunya tidak menggunakannya dengan sepenuhnya, tidak ada guna kuasa yang ada pada kereta itu.
Untuk menjadi juara , ibu bapa dan anak mesti dapat bertahan hidup di dalam dunia penuh cabaran ini. Ini memerlukan kekuatan disiplin yang tinggi terutamanya bagi ibu bapa. Ibu bapa mesti mengawal diri dan senantiasa memastikan diri memberi input yang baik kepada anak-anak.
Pertama, ibu bapa mesti mengawal perkataan yang keluar dari mulut. Jika mahu anak jadi berani, berhentilah menakutkan mereka. Jika mahu anak menjadi baik, berhentilah mengatakan mereka jahat. Jika mahu anak yang berdisiplin, berhentilah mengatakan mereka itu ‘ hyperactive’. Perkataan yang keluar daripada mulut kita akan memprogramkan otak anak-anak kita,” ujarnya lagi.
Bila perkataan itu terlalu kerap dia kaitkan kepada anak itu, maka anak itu akan mengambilnya sebagai milik dia. Dia akan mengaitkan imej kendirinya dengan perkataan itu. Bila itu sudah menjadi miliknya, maka menukarnya menjadi payah. Pada peringkat ini, ia bukan sekadar mental sahaja, tetapi jiwa juga terlibat.
“Terdapat ibu bapa yang tidak suka menggunakan perkataan positif kepada anak-anak mereka contohnya, comel, bijak, rajin, cantik dan sebagainya. Kononnya pada pendapat mereka, anak-anak yang selalu dipuji akan bengkak kepala mereka. Nanti, anak akan menjadi bongkak.
“Memuji sebenarnya tidak meninggalkan kesan negatif jika dilakukan dengan betul. Contohnya, jika anak itu bijak, katakan dia bijak dan kemudian tanya dia mengapa dia suka menjadi bijak. Semasa itu semaikan nilai-nilai murni untuk menjadi pendorong dia untuk menjadi bijak. Contohnya, dia menjadi bijak dan suka belajar kerana dia mahu menolong orang lain menjadi bijak juga. Walaupun pada usia yang masih kecil. Janganlah membandingkan kebijaksanaan dia kelembapan budak lain pula. Kemudiannya memuji dia melangit tinggi. Inilah yang membawa takbur.
Jika mereka tidak suka bergaul dengan orang lain, janganlah itu sahaja yang disebut berkali-kali. Jangan pula mengait perkara itu sebagai peribadinya. Gunalah perkataan yang boleh memprogramkan dia untuk suka bergaul.
“Contohnya, ” Fia, suka berkawan, nanti bila Fia dah kenal kawan, Fia suka bermain dengan dia, kan?” Ini menyediakan anak itu untuk menerima identiti asing ini dan menjadikannya hak dia. Gambaran ini disemaikan di minda mereka sedari kecil lagi,”ujar Ibu Rose lagi.
Mempunyai imej kendiri yang positif adalah perisai yang paling penting untuk berjaya hidup di dalam dunia yang penuh negatif ini. Oleh itu adalah amat penting bagi ibu bapa membina imej kendiri yang positif di dalam anak kecil mereka. Janganlah mengaitkan perkara-perkara yang negatif dengan diri anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lain orang lain petua yang diamalkan ketika menanam tanaman. Contohnya dalam hal menanam kunyit ini.
Ini telah dikongsikan di media sosial dan semoga bermanfaat buat ibu-ibu yang ingin mencuba menanam kunyit untuk kegunaan sendiri. Bahkan tentu teruja buat anda yang sering menanam pokok kunyit tapi sering isinya tak menjadi.
Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Cara mak tanam kunyit, tanam dalam plastik sabun. Bawah skali letak sabut, baru letak tanah… banyak jugak isinya dalam satu pokok. Tanah paras sejengkal tangan dan lebihkan satu inci. Senang bila nak ambil. Tak payah susah2 gali tanah.
Tips tambahan :
※ Selalu potong daun tua, tinggalkan daun muda.
※ seeloknya guna sabut yang tiada kulit.
※ elakkan air bertakung nnt isi kunyit membusuk.
※ kalau tanam guna rezom, cuma letak atas tanah sahaja..jgn timbus dgn tanah… dh naik daun baru letak tanah.
※ masa baru2 tanam, letak 3 biji baja tahi kambing.
※ isi kunyit matang 8 bulan, selain itu boleh lihat daunnya..kalau daun kering dan nak mati isi dh matang dan berbunga.. tp berbunga depent jugak.. better tunggu daun mati atau matang 8 bulan.
※ satu lagi petua, masa tanam, tindihkan jari2 anda atas satu sama lain…mcm dlm gambar, nak bagi isi dia banyak, mcm jari kita buat tu..
Selamat mencuba
sumber : Dikma Rim Ima Via Kebun Bandar Jom Tanam Sendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengacara Jihan Muse berkongsi khabar gembira kini sedang hamil anak kedua.
Pemilik nama sebenar Nuur Jihan Musa memberitahu, usia kehamilannya kini sudah lebih enam bulan dan dijangka bersalin pada September depan.
Meluahkan rasa syukur, Jihan Muse, 38, akui dia juga kini lebih menghargai kehidupan selepas disahkan positif Covid-19, hujung Januari lalu.
“Allah nak uji, ketika usia kandungan lebih sebulan, saya disahkan positif Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor selama 10 hari.
“Saya dapat tahu positif virus berkenaan sejurus melakukan ujian saringan sebagai persiapan mengacarakan AME2021 yang sepatutnya berlangsung pada 30 Januari lalu sebelum ia ditangguhkan,” katanya lagi.
Dia bagaimanapun bersyukur tidak mengalami situasi sukar sepanjang berada di hospital.
“Saya bersyukur sebab ketika fasa tersebut, saya punya simptom tidaklah teruk. Mungkin kerana sudah lengkap vaksin. Cuma saya ada alami batuk, demam yang teruk tidak ada alhamdulillah,” katanya.
Isteri kesayangan Ungku Hariz ini turut mengakui tidak pernah putus doa untuk memiliki cahaya mata kedua.
“Saya gembira, begitu juga dengan suami. Sebab memang sudah lama berhasrat untuk ada rezeki zuriat lagi sebenarnya. Anak sulung pun dah masuk empat tahun.
“Saya dapat tahu hamil pun pada minggu-minggu akhir Gegar Vaganza 8 (GV8). Soal jantina saya tidak kisah, asalkan bayi dalam keadaan sihat dan baik sudah memadai,” katanya lagi.
Sementara itu, Jihan yang dinobatkan sebagai Personaliti TV MeleTop menyifatkan kemenangan pertamanya secara solo di AME kali ini sebagai dedikasi buat peminat.
“Selain ini rezeki anak, saya rasa ini juga satu penghargaan buat peminat. Mulanya memang tidak jangka. Ingatkan hanya ‘content’. Bila nama diumumkan, saya tergelak.
“Tapi saya bersyukur memandangkan sebelum ini selalu juga tercalon dalam mana-mana anugerah, tapi susah nak menang sebab ini peminat punya usaha. Terima kasih buat kalian yang mengundi,” ucapnya.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.