Bagi yang suka makan oden tak perlu lah ke kedai, boleh cuba buat sendiri di rumah. Bahan-bahan penyediaannya pun mudah.
Lebih sedap dan lebih jimat! Ikuti resipi yang dikongsi oleh puan Cik Puan Akma
Bahan-bahan
2 paket perencah tomyam adabi.
2 paket perencah sup siam adabi.
1 paket perencah asam pedas adabi.
2 pcs kiub pati ayam.
Air 1.5 liter.
Gula 1 sudu.
MUDAH AJE
Ads
Caranya :
Masuk semua perencah biar mendididih n blh masuk kan semua bahan steamboat. Tadaa…siap! blh ngappp panas-panas. Rasa masam manis pedas uilahhh nyaman bukkk.
Kalau ada sayur boleh letak sayur contoh sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram dan sebagainya. Ni tak ada sayur tak sempat nak beli.
Ads
Bekas nak masak oden ni memang mudah, ini pilihan kena tahu.
Resipi yang satu ini sangat mudah dan sesuai kalau ada yang teringin nak makan kari. Lupa nak beli santan? Tak ada masalah kerana kali ini admin kongiskan resipi kari daging tanpa santan.
Jom lihat resipi dari puan Zurina Zulkefli ini. Kuahnya pekat dan sedap. Nak makan bersama nasi atau roti pun menarik ni.
Selamat tengahari, buat pertama kalinya hari ini saya masak lauk kari daging. Lauk permintaan suami, makan tgahri sampai malam pun takpe katanya. Jimat. So, untuk kari ni saya tak guna santan dan saya masukkan semua bahan yg ada kt dapur jadikan satu lauk. Saya jamin sedap. Huhu Resepinya mudah sahaja, ada di setiap gambar. Saya tahu ramai orang muda yg berkurung di rumah skrg rajin nk mencuba masak pelbagai menu, sila la mencuba kari ni. Macam rasa makan kat mamak.
Kari pekat tanpa santan.
Bahan-bahan
Bahan2 nya adalah:
✓ 2 biji bawang merah
✓ 2 tangkai daun kari
✓ 1 biji tomato
✓ 2 biji kentang
✓ 1 lobak merah
✓ 3 tangkai lada kering
✓ 4 tangkai cili hijau
✓ 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
✓ 2 hirisan halia (ditumbuk)
Dua serbuk utama untuk kari
Cara membuat:
✓ Panaskan minyak masak di dalam periuk, lansung tumiskan bawang putih, halia, bawang merah, lada kering, cili hijau, dan daun kari
✓ Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tumisan menjadi lembap
✓ Masukkan air asam jawa. Kalau takde asam jawa, boleh guna yogurt
✓ Masukkan semua serbuk rempah ke dalam masakan. Gaul rata. Sukatannya seperti:
– 1 paket rempah kari daging
– 3 sudu kecil serbuk cili
– 1 sudu kecil serbuk kunyit
– 1 sudu besar rempah jintan dan biji ketumbar yg ditumbuk
✓ Masukkan daging, lobak merah dan kentang. Gaul sebati dengan rempah.
✓ Biarkan jus daging keluar pada suhu api paling kecil.
✓ Tutup periuk dan biarkan selama 10 minit
✓Jus daging telah keluar dan masukkan semangkuk kecil air. Biarkan dan api masih suhu paling kecil.
✓ Akhir sekali perasakan dengan garam. Sedia dihidang dengan nasi panas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila nasi dah lebih di masak untuk mengelak daripada pembaziran apa kata nasi lebihan itu dibuat kuih. Kebiasaanya kita akan membuat nasi goreng. Kali ini, buat kuih pula.
Nak tahu cara nak buat kuih apam nasi ini. Ikuti resepi yang dikongsikan oleh Adik Chaq . Mudah aje nak buat.
Saya nk kongsi resepi apam nasi jualan. paling mudah,tak meragam,lembut,tak perlu guna eno.in sha Allah menjadi.
2 cwn tepung gandum 2 cwn tepung beras * satukan bahan tepung dlm bekas besar sbb nt adunan naik berganda.
2 cwn nasi
2 1/2 cwn air
*Kisar dua bahan ni dulu.
1 1/2 cwn gula
1 paket yis
*Masukkan dalam bahan nasi dikisar tadi.Blend hingga sebati.
Perap 2 jam.Sapu acuan dgn sedikit minyak.
Sentiasa kacau adunan sebelum masukkan dlm bekas sbb nt apam jadi berat bawah.
Kukus 10minit.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sepanjang bulan Ramadan ni sememangnya agak mencabar lebih-lebih lagi buat para ibu atau bapa yang bekerja hingga lewat malam. Kalau macamtu, menu sambal ikan bilis sangatlah sesuai untuk dijadikan stok waktu sahur sepanjang bulan puasa. Makan dengan nasi panas memang sedap dan membangkitkan selera.
Jadi suri rumah sepenuh masa pun ada kalanya tak sempat nak bangun pagi masak untuk sahur. Jadi, apa kata kalau cuba resipi ini mana tahu boleh buat stok emergency jika terlambat bangun.
Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
– Cili kering dipotong serong, buang biji, goreng dengan minyak, biar sejuk (blend kering+megi cukup rasa+garam+aji & sedikit gula) blend sampai jadi macam cili flakes.
– Bawang merah hiris nipis, gaul dengan tepung beras kering pastu goreng ikan bilis digoreng, biarkan semua bahan sejuk.
– Semua bahan dah sejuk baru campur dalam cili flakes dan gaul rata.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.