Bagi yang tengah mencari menu yang sesuai, ringkas dan mudah disediakan, mungkin boleh cuba kubis roll ini sebagai salah satu menu di rumah. Caranya cukup ringkas, bahannya pun tak susah nak cari. Rasanya pula dah tentulah sedap. Yang penting Diet menjadi!
Apa kata kita cuba resipi sumbangan Puan Noorazian Muhamad Xiyans Muhamad
ini. Katanya sesuai juga untuk seisi keluarga.
Bahan-bahan
Kubis cina (untuk roll)
Daun bawang (untuk mengikat)
Daging kisar / ayam kisar
1/2 biji bawang holland cincang
1/2 btg carrot cincang
Cili merah cincang
Hirisan daun bawang
Garam
Serbuk lada hitam
Minyak bijan – 1 sudu teh
Cara membuat:
1. LERAIKAN KUBIS
Mula-mula, leraikan kubis satu-persatu. Kalau boleh jangan terkoyak.
Saya guna kubis Cina sebab lembut dan warnanya pun cantik lepas dicelur.
2. CELUR KUBIS & BAWANG
Kemudian celurkan kubis dalam 6-8 minit. Masukkan sedikit garam dalam air mendidih.
Daun bawang pun dicelur sekejap.
Ads
3. SEDIAKAN INTI
Intinya tadi cuma gaulkan semua bahan-bahan di atas kecuali kubis dan daun bawang yang nak digunakan untuk menggulung.
Jadi masukkan daging kisar / ayam kisar, bawang, carrot, cili, garam, lada hitam, minyak bijan semua ke dalam sebuah bekas.
Tak perlu masak dulu sebab masa kukus nanti ia akan masak.
Gaul sebati.
Ads
4. GULUNG
Kemudian dah bolehlah gunakan inti tadi untuk digulung dalam kubis yang telah dicelur.
Gulungkan macam biasa, lebih kurang macam gulung kuih ketayap.
5. IKAT
Kemudian boleh ikat dengan daun bawang supaya gulungan tadi lebih kukuh.
6. KUKUS
Lepas tu, kukus dengan api sederhana selama lebih kurang 10-15 minit.
Ads
7. SIAP!
Dah siap pun. Beginilah hasilnya.
Mudah saja. Sedap tau, orang yang tak gemar makan sayur pun mesti akan suka.
Sedap dicicah dengan sos atau dimakan begitu saja.
BOLEH PELBAGAIKAN INTINYA
Anda boleh pelbagaikan intinya ikut citarasa masing-masing. Contohnya saya ada juga buat inti guna isi udang macam dalam gambar di bawah ini.
Memang lazat dan cukup mudah. Yang penting, sihat dan berkhasiat kan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terung adalah merupakan salah satu jenis sayuran berwarna unggu yang memiliki bentuk panjang mahu pun bulat. Terung juga kaya khasiat dan nutrisi seperti serat, mineral, kalsium, vitamin K serta bioflavonoid.
Tidak dinafikan juga terung ini mempunyai rasa yang enak dan manis bila dimasak dengan pelbagai resipi. Antara menu yang biasa dimasak adalah seperti sambal berlada, pajeri dan tidak kurang juga enak dijadikan kudap-kudapan bila digoreng nipis bersama salutan tepung rangup. Rasanya memang ramai yabg menggemarinya.
Jadi alangkah bagusnya jika kita dapat menanam sepokok dua pokok terung di tepi rumah. Bila ada hasilnya boleh dimasak mengikut kegemaran kita anak beranak.
Umpamanya lihat sahaja perkongsian daripada Nur Zaliana ini, pokok terung yang ditanam berbuah lebat malah tak putus-putus berbuah. Nak tahu apa rahsianya, jom kita baca perkongsian daripadanya.
Benih terung kedai ECO sudah 7bulan usia pohonnya masih keluarkan hasil Alhamdulillah
*Cara saya jaga kawasan kena lah sentiasa bersih,baja buangan sisa dapur seperti kulit bawang, air cucian beras, air cucian ikan, mol kompos kulit pisang, baja tinja ayam proses.
Saya amik masa sekurang2 nya 2minggu sekali gembur dan merumput membaja untuk elak kan serangga lalat buah DLL tanam serai wangi serai masak tanam kunyit.
Siraman air 1hari sekali tidak siram bila hujan turun, pruning daun time buah rancak berbuah.
*Untuk kawalan serangga itu sendiri saya guna cili padi-bawang putih-minyak masak blend tapis dan sembur pada bawah daun2, time berbunga lebat saya goncang2 kan pokok tips ini saya ikut Tuan (Nur Amirul Nur Azmi) supaya buah lekat.
*Ada yang tanya tak pakai baja bijik (NPK/UREA) ke jawaban saya setakat ini Tiada.
*Seronok tanam terung produktif berperingkat dengan kata lain tak pernah putus,pokok tahan lama,dan yang paling penting boleh berkongsi dengan jiran-jiran.
Hati ibarat raja bagi anggota tubuh, jika baik hati itu maka baiklah perbuatan dan kata-kata yang keluar dari mulut seseorang itu. Namun jika hati tidak dipelihara dan dijaga sebaiknya, maka buruk atau rosak lah seluruh anggota tubuh dan kehidupan seseorang. Ini kerana orang yang hatinya bermasalah, kotor, sakit dan tidak bersih juga diterjemah melalui perbuatan buruk, tidak beramal soleh bahkan tidak memberi kebaikan kepada dirinya dan orang sekelilingnya.
Oleh yang demikian, dalam menjaga hati ia bukan boleh dibuat seperti memelihara anggota badan yang lain. Ada cara dan amalan yang perlu dilakukan sebagai kaedah untuk merawat hati.
Antara yang boleh diamalkan untuk menjaga hati bolehlah diamalkan 10 tips yang dikongsikan ini.
10 TIPS UNTUK MENJAGA HATI
1. Solat dan doa jangan tinggal.
Walaupun bunyi macam sangat biasa sebab hampir semua orang akan memberikan nasihat yang serupa, percaya ianya adalah kunci untuk semua perkara dalam hidup.
Nak tenang, solat dan doa.
Nak rezeki, solat dan doa.
Nak jodoh, solat dan doa.
Segalanya mudah bagi Allah dan Allah memberi dengan cara yang super tidak logik.
2. Maafkan orang selalu.
Kita maafkan orang bukan kerana kita salah atau kalah. Tapi kerana ianya untuk menjaga hati kita sendiri. Percayalah bahawa memaafkan itu sangat mudah dari mengheret dendam. Lepaskanlah….
Maaf bukan sekadar di bibir tau. Namun 100% ikhlas dari hati. Zero dendam.
3. Senyum selalu.
Ketika kita tersenyum… Segala kerunsingan dan kesedihan akan pergi serta merta.
Bagaimana untuk senyum sedangkan hati bersedih? Try….
4. Tidur secukupnya.
Rehat dan tidur yang cukup adalah sangat membantu untuk kita hilangkan stress. Usah berjaga…main phone. Apa lagi merenung What’sApp yang ada blue tick tapi tak berbalas tu. Nanti anda tambah runsing dan stress! Hehe.
(Mesti ramai yang macam ni kan?)
5. Bersedekah.
Bersedekahlah setiap hari. Sedikit pun tak apa asalkan kita istiqamah. Sedekah itu sangat membahagiakan orang lain yang memerlukan. Dulu saya pun tidak mengamalkan sedekah setiap hari ini. Tetapi setelah tahu tentang ilmu tabung Subuh, ianya jadi sangat mudah untuk kita bersedekah.
Sedekah juga boleh dibuat secara online. Seringgit sehari pun boleh. Asal kita ikhlas.
Ketika kita membahagiakan orang lain, hati kita akan berasa tenang dan sangat bahagia.
6. Hati kita semua adalah milik Allah.
Daripada Anas bin Malik RA berkata: Adapun Nabi SAW banyak membaca:
يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ
Maksudnya: “Wahai Dzat yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hatiku agar ia berada di atas agamamu.” Kemudian aku pun bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang kamu telah bawa. Lalu apakah kamu masih bimbang kepada kami?” Baginda SAW menjawab: “Ya, kerana sesungguhnya hati manusia itu berada di antara dua jari daripada jari-jari Allah SWT yang mana Dia akan membolak-balikkannya mengikut kehendak-Nya.” [Riwayat al-Tirmizi (2140)][Hadith ini adalah hasan mengikut penilaian Imam al-Tirmizi]
Ingat ini selalu agar kita tidak terlalu berharap kepada cinta manusia. Kerana hati manusia itu berbolak balik. Hati manusia itu milik Allah. Bahkan hati kita juga boleh berubah dalam sekelip mata.
7. Buat baik dengan semua orang selalu.
Ucapkan kata-kata yang baik selalu.
Buat baik selalu.
Berlembut selalu.
Usah pernah lelah untuk berbuat baik meskipun terhadap orang yang tidak menghargai kita. InsyaAllah kita tidak akan pernah kesal nanti. Percayalah.
8. Amalkan zikir
Ketika sedih, zikir.
Ketika lelah dengan sikap manusia, zikir.
Ketika difitnah, zikir.
Ketika marah, zikir.
Ketika ada terdetik benci, zikir.
Ketika timbul rasa mahu menunjuk kekayaan, zikir.
Zikir adalah ubat yang paling mujarab untuk hati.
9. ‘Siapa yang kecintaan kepada Allah telah menempati hatinya, maka kecintaan itu akan menyibukkan dirinya hingga ia tidak tahu lagi panas dan sejuk, manis dan masam, hangat dan dingin.” ‘Utbah al-Ghulam
Terlebih bercakap
Terlebih melihat
Terlebih makan
Terlebih berkawan
Tahukah anda bahawa 4 perkara ini ialah punca penyakit hati? Apa-apa letak Allah dulu dalam hati. Tidak kira siapa kita di mata orang lain. Yang penting Allah tahu….
10. “Ya Allah, lapangkanlah dada ku”.
Jangan lupa untuk amalkan doa ini setiap hari ya. Istiqamah dan sabar selalu. Orang-orang yang berlapang dada adalah orang yang tenang.
Dan orang-orang yang tenang adalah orang yang menang.
Pastinya semua antara kita kenal dengan Ustazah Shadiya Abbas, seorang pendakwah dan sering keluar di kaca TV berkongsi ilmu agama, malah turut aktif melakukan program-program amal dalam hidupnya bersama suami tercinta.
Namun permergiannya secara mengejut pagi tadi (5.05 pagi, 5 April) bukan sahaja cukup dirasai oleh kita semua, apatah lagi buat ahli keluarganya.
Menerusi perkongsian anak arwah, Ahmad Al Fateh, nyata kesedihan kehilangan orang tersayang sangat dirasainya. Bersama kita sedekahkan al fatihah, semoga arwah ditempatkan di syurga firdausi…amin.
Innalillahiwainnailaihiroojiun… Mama dh kembali kepada Allah, kenapa awal mama pergi? Mama mesti menikmati di syurga kan? Seronoknyaa…
Mama, tahun lps raya 2019 tapi raya tahun ni ( 2020 ) dah xde peluang utk mama suapkan saya… Mama masak sedap ii… Mama adalah hero saya, time saya susah mama yg tolong saya.
Bila saya stres, mama tenangkan saya. Bila saya marah kat mama, mama redha dgn apa yg saya buat kt mama. Mama dah tolong banyak orang termasuk saya. Mama la mama yg paling terbaik. X sempat saya nk peluk mama.. Salam mama.. Cium pipi mama..
Ya Allah… 5/4/2020 mama dah tinggalkan family kita.. Saya menangis mama dah xdee bila saya baca group ws. Saya rasa mustahil mama dh tiada di hati saya. Mama sentiasa doakan saya supaya saya menjadi seorang penghuffaz AlQuran.
Mama jugak ada tegur, nak main game tu, kena ada masa dia. Jangan main slalu dan jangan smpai ketagih mcm dadah. Haihh banyak nasihat mama dkt saya.
Terima kasih mama sbb jadi mama saya. Mama dah buat macam ii yg saya nak. Saya doakan mama agar mama diampunkan dosa, dan saya doakan agar dimasukkan ke syurga firdaus. Assalamualaikum mama.
InsyaAllah kita akan bertemu di syurga. Tunggu saya tau ma? Sayang mama!!!😭❤️❤️❤️
Korang yg ada ummi atau ayah, hargailah mereka kerana kita tak tahu bila masa Allah akan tarik nyawa mak ayah korang.