Resipi Kuih Ketayap Guna Buah Naga, Biasa Buat Jus Kali Ni Kita Buat Kuih
Kuih ketayap biasanya berwarna hijau dan dibuat menggunakan daun pandan selain pewarna makanan. Apa kata kali ini kita buat sedikit kelainan. Kalau biasa ketayap warna hijau, kali ini kita buat warna ungu.
Inti kuih ketayap tentunya kelapa muda yang dimasak bersama gula merah. Ada juga yang memasak inti kuih ketayap bersama gula kabung. Terpulang pada cita rasa masing-masing. Jom kita cuba resipi membuat kuih ketayap seperti yang dikongsikan oleh Zura Zul ini.
RESIPI KUIH KETAYAP BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
3/4 buah naga (kisar dengan 2 cawan air)
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 cawan jus buah naga
2 1/2 cawan santan cair
Secubit garam
Sedikit gula
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan-bahan sampai hancur halus.
2. Kalau rasa macam pekat adunan, boleh tambah lagi santan cair.
Ads
3. Panaskan kuali non stick. Sapu nipis minyak.
4. Tuang satu senduk adunan dalam kuali (lenggangkan).
5. Apabila sudah masak, angkat. Ulang sehingga habis adunan
BAHAN UNTUK INTI KELAPA:
1/2 biji kelapa putih
1/2 cawan gula
1 cawan jus buah naga
2 helai daun pandan
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Campur semua bahan.
Ads
2. Masak hingga inti sedikit kering.
3. Masuk satu sudu tepung ubi (jika suka). Kacau rata. Siap inti kelapa.
LANGKAH SETERUSNYA:
Bentangkan kepingan ketayap yang sudah siap tadi dan isi inti. Lipat kiri kanan dan gulung. Siap untuk dihidangkan.
Semakin ramai ibu bapa cakna mengenai kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini. Namun ramai yang risau apabila anak tidak fasih berbahasa Inggeris. Sudah tentu ada sebabnya.
Siapa tak gembira apabila anak boleh berrcakap dan membaca dalam bahasa Inggeris dengan baik.
Namun untuk mempunyai kemahiran sebegitu sebenarnya ada cara. Sebagaimana perkongsian guru bahasa Inggeris ini, Cikgu Nurzuhaili Shamsudin menujukkan bahawa untuk belajar tidak perlu tunggu sehingga anak besar sebaliknya ketika anak pra sekolah. Malah menggunakan pendekatan kelas tambahan salah satu cara untuk melatih anaknya boleh berbahasa Inggeris.
Nak anak mahir bahasa Inggeris ini caranya.
Harini saya nak menjawab soalan ini: “Cikgu Nurzuhaili Shamsudin, nk tnya.kenapa budak2 ssh nk boleh utk bi? Adakah sbb minat? Atau dorg letak mental blocking xnk blaja bi?” Jawapan:
Saya akan cuba jawab berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar, guru Bahasa Inggeris dan ibu. Saya cuba tulis dalam bentuk point supaya lebih mudah difahami. Semoga bermanfaat.
1. Persekitaran.
Semasa saya di tadika di Perak, saya bersyukur sebab Teacher Mary (guru India) mengajar saya dengan penuh semangat. Saya tak faham sepatah pun perkataan yang teacher Mary cakap sebab saya tak pernah bercakap dalam Bahasa Inggeris di rumah. Semasa di tadika, saya tak tahu apa itu English grammar, tapi saya ‘pick up the language’ melalui apa yang saya dengar, dan saya terpaksa cakap Bahasa Inggeris di tadika walaupun ambil masa.
Kemudian apabila saya berpindah ke sekolah rendah di Terengganu, di mana hampir semua pelajar Melayu, saya tak dengar orang bercakap Bahasa Inggeris. Saya jadi malu untuk bercakap Bahasa Inggeris sebab takut ‘tak geng’ dengan kawan-kawan lain 😅
Apabila ke sekolah menengah pula (SMKA), kawan-kawan saya terdiri daripada pelajar-pelajar pandai. Mereka sentiasa dapat markah tinggi dalam Bahasa Inggeris walaupun tak pernah saya dengar mereka bercakap Bahasa Inggeris.
Tapi penulisan mereka sangat bagus kerana mereka rajin membaca buku Bahasa Inggeris. Budaya dan persekitaran di sekolah menengah yang sentiasa berlumba-lumba untuk belajar membuatkan saya terikut-ikut dengan kawan-kawan supaya belajar dengan baik.
2. Cikgu yang baik dan kreatif.
Saya suka Teacher Mary, sebab dia baik, pandai ambil hati dan selalu buat aktiviti bersama-sama. Kalaulah pada waktu itu saya dapat seorang cikgu yang garang dan suka membebel, saya rasa minat saya terhadap Bahasa Inggeris terus mati.
Datang ke tadika setiap hari sangat menyeronokkan, sebab akan buat banyak aktiviti hands-on, nyanyi nursery rhymes sama-sama dan ada story telling session. Saya lihat Bahasa Inggeris sebagai sesuatu yang seronok, bukan sesuatu yang susah. Minat terhadap Bahasa Inggeris mula timbul dan sejak itu, saya suka belajar Bahasa Inggeris.
3. Peranan ibubapa
Ibubapa saya tak pandai berbahasa Inggeris. Saya lihat, kawan-kawan saya yang bercakap Bahasa Inggeris di rumah dengan ibu bapa mereka, lebih mudah menguasai Bahasa Inggeris berbanding saya yang hanya belajar Bahasa Inggeris di sekolah sahaja. Mereka mempunyai sokongan, dan persekitaran belajar yang baik di rumah. Sentiasa menonton movie Inggeris dan menyanyi lagu dan membaca buku Inggeris.
Saya telah melakukan eksperimen terhadap 2 orang anak saya, Safiyya dan Adam.
1. Saya hantar Safiyya ke tadika Cina (ada pelajar Melayu, Cina dan India) sejak berusia 4 tahun. Di rumah, saya bercakap dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Pada tahun pertama dia di tadika, cikgunya cakap dia langsung tak bercakap di tadika.
Sewaktu umur 5 tahun, dia mula faham arahan mudah, tapi masih belum boleh bercakap dalam Bahasa Cina. Dia mula bercakap Bahasa Cina semasa berumur 6 tahun. Kemudian, saya menghantarnya ke SJKC. Pada sebelah petang, saya hantar dia ke tusyen Bahasa Cina. Safiyya cemerlang di sekolah, mampu belajar dengan baik.
Walaupun saya tak dapat mengajarnya di rumah, tapi saya membantu menyediakan persekitaran yang baik untuknya. Mendapatkan guru yang baik, supaya dia mempunyai lebih masa untuk belajar dan terdedah dengan Bahasa Cina.
Saya yakin, begitu juga dengan Bahasa Inggeris. Kini, Safiyya mampu menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dengan baik.
Kelas belajar bahasa Inggeris
2. Adam pula, dari kecil lagi saya telah bercadang untuk dia belajar di sekolah biasa, sebab saya mahu dia ke sekolah agama apabila masuk sekolah rendah nanti. Dia belajar di Tadika SMG (Melayu) sejak berumur 4 tahun.
Alhamdulillah, banyak dia belajar terutama tentang Al-Quran, berbanding kakaknya yang bersekolah Cina. Di tadika menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa harian. Di rumah juga bercakap Bahasa Melayu.
Adam boleh membaca buku Bahasa Inggeris, tapi tak faham apa yang dibaca. Apabila dia masuk umur 6 tahun, saya buat langkah drastik untuk bantu dia belajar Bahasa Inggeris. Saya daftarkan dia ke kelas perbualan Bahasa Inggeris (online) sepanjang PKP baru-baru ni. Setiap malam saya buat sesi story telling dalam Bahasa Inggeris.
Pada awal kelas online, Adam sangat pendiam, sentiasa perlukan bantuan saya untuk faham arahan cikgu. Alhamdulillah, cikgunya pandai tarik minat dia dan buat banyak aktiviti menarik berbentuk game. Adam suka mencuba, walaupun dia bercakap tunggang langgang pada awalnya, saya terus betulkan. Saya sentiasa cakap “It’s ok to make mistakes”. Saya dapati Bahasa Inggeris dia semakin bertambah baik.
Ok, cukuplah rasanya setakat ni perkongsian saya. Banyak juga faktor lain yang mempengaruhi. Saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman peribadi. Pupuk minat anak belajar Bahasa Inggeris sejak kecil, kalau kita mempunyai kepakaran, alhamdulillah, teruskan membantu.
Tapi kalau kita tak mempunyai kepakaran, bantulah anak dari segi sokongan (iaitu mendapatkan persekitaran dan guru yang baik) untuk anak. Saya suka nak tahu pengalaman orang lain juga. Boleh kongsikan pengalaman di ruangan komen. Semoga kita sama-sama belajar.
Air rebusan rebusan rempah dan herba sangat bermanfaat untuk kesihatan, lebih-lebih lagi untuk tujuan pencernaan.
Jom amalkanperkongsian Habibah Badar Bajrai ini bagi ibu-ibu yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.
Lagi satu, air rebusan herba ini bukan setakat menguruskan badan tapi juga membuang angin menjadikan badan lebih ringan dan bantu kaum wanita lebih cergas buat kerja rumah.
Tak perlu risau dengan bahan-bahannya, tiada yang pelik. Semua berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak khasiat.
Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami yang ada masalah perut buncit juga. Jadi sekali isteri buat boleh kongsi dengan suami. Jom cuba!
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara membuat:
Hasilnya? Jika diamalkan boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi air detox juga! Memang berbaloi untuk mereka yang mahu kurus cepat tapi sihat.
Khasiat bahan dalam air rebusan
Serai
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol & gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Kayu manis Ceylon (true cinnamon)
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...