Menikmati masakan Cina di restoran Muslim diakui ada penggemar dan peminatnya yang tersendiri. Kalau boleh ingin juga disediakan di dapur sendiri, namun kebiasaannya bahan  dan cara memasak berbeza daripada masakan kita orang Melayu.

Jika dapat ‘menuntut’ resipi dan cara buat daripada orang Cina mesti menarik bukan? Barulah keaslian rasa dapat dihasilkan sama seperti kita makan di resotan Chinese Muslim.

 

 

Adam Corrie juga ada berkongsi resipi masakan Cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan yang nampak cukup menyelerakan dan cara penyediaannya pun cukup mudah. Jadi apa kata anda cuba buat dengan resipi yang dikongsikan olehnya untuk dinikmati bersama keluarga bersempena seisi keluarga masih berkumpul di rumah sempena Cuti Tahun Baru Cina ini.

Selamat mencuba

Ini dia bahan-bahannya.
1. Ayam di perap dengan sos tiram, sos pekat dan kicap cair. Perap semalaman

Resipi Masakan Cina, Adam Corrie Kongsi Resipi Ayam Masak Kicap Cendawan Sedap & Mudah Disediakan!

2. Tumis halia, cili kering, cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing)

IKLAN

Resipi Masakan Cina, Adam Corrie Kongsi Resipi Ayam Masak Kicap Cendawan Sedap & Mudah Disediakan!

3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu. Boleh tengok video live saya tempohari kalau tak pasti.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali.

5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula di masukkan di dalam kuali. masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali.

IKLAN

Resipi Masakan Cina, Adam Corrie Kongsi Resipi Ayam Masak Kicap Cendawan Sedap & Mudah Disediakan!

6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Tambah air bagi berkuah.

7. Kemudian masukkan Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat Kuahnya boleh makan dengan mee sizzling..Kalau tak pekat makan dengan nasi.

Resipi Masakan Cina, Adam Corrie Kongsi Resipi Ayam Masak Kicap Cendawan Sedap & Mudah Disediakan!

Ini resipi ringkas dari bujang. Mungkin orang lain resipinya lebih grand. Saya bukan Cef, bukan pandai masak pon.. tapi masak untuk diri sendiri dan keluarga ok la..

Sumber : adamcorrielee

IKLAN

ARTIKEL MENARIK

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Resipi Masakan Cina, Adam Corrie Kongsi Resipi Ayam Masak Kicap Cendawan Sedap & Mudah Disediakan!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI