Biskut yang cukup mudah nak buat, rasanya pun sedap. Yang pasti anak-anak akan sukakannya. Selain dibuat kudapan harian, boleh juga disediakan untuk apa-apa majlis keraian untuk anak-anak ni.
Resipi yang ringkas tanpa guna banyak bahan tapi sedap .
CARA MEMASAK: 1. Masukkan mentega, gula perang dan esen vanilla ke dalam bekas. Pukul selama 5 minit. 2. Kemudian masukkan telur dan putar lagi sehingga rata. 3. Masukkan serbuk Milo sedikit demi sedikit dan putar lagi sehingga semuanya rata.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh. Bentukkan buat, susun atas loyang pembakar dan leperkan dengan garpu.
Ads
5. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga biskut masak. Masa mngkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Seakan sudah sinonim dirasakan bila tiap kali bulan Ramadan ada satu acara yang ditunggu-tunggu untuk kita bersama-sama seisi keluarga dan seluruh dunia bergabung untuk menjayakan World #QuranHour.
Apa yang pasti, setiap tahun semakin ramai turut serta dan untuk tahun ini Bernama ada melaporkan World #QuranHour, gerakan membina sistem nilai al-Quran dengan solidariti yang dilaksanakan bermula dari Malaysia ke seluruh dunia, dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital tahun ini.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sasaran itu dapat dicapai hasil kerjasama dengan rakan media yang memberi sokongan untuk menyebarluaskan misi #QuranHour di platform masing-masing, untuk dekati lebih ramai masyarakat di dalam dan luar negara.
Sinergi media daripada pelbagai pihak antaranya Bernama, Astro, TV AlHijrah, RTM, Kumpulan Media Prima, Sinar Harian, Kumpulan NSTP, Utusan Malaysia, The Star, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, IKIMfm dan blogger Denaihati Network, kembali bergabung untuk menjayakan World #QuranHour kali keenam.
World #QuranHour telah berjaya capai 21 juta tontonan di 10 negara pada 2015, 87 juta tontonan di 70 lokasi di 50 negara (2016), 357 juta tontonan di 2,000 lokasi di 15 negara (2017), 646 juta di 76 lokasi di 50 negara dan 1.46 bilion tontonan di 300 lokasi di 76 negara (2019), sebelum COVID-19 melanda dan mencatatkan 10 juta tontonan pada 2020.
“World #QuranHour akan diadakan pada 24 Ramadan 1442H bersamaan 6 Mei 2021, dengan tema ‘MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah’, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya secara tertutup, bagi mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan pandemik COVID-19,” katanya di majlis taklimat dan sidang media bersama Sinergi Media sempena World #QuranHour 1441H/2021.
Ketua Pegawai Eksekutif WUIF Marhaini Yusoff berkata Surah Al-Mulk yang bermaksud kerajaan, menjadi surah pilihan bagi #QuranHour pada tahun ini, dalam membina kerangka fikir dan karakter orang berjaya di dunia dan akhirat.
“Surah ini mengandungi tiga motivasi diri, enam pertanyaan dan enam jawapan, yang boleh dijadikan panduan untuk mewujudkan keharmonian sejagat di Malaysia dan peringkat global,” katanya.
#QuranHour tahun ini mengukuhkan penghayatan Surah Al-Mulk, melalui program Jom Mengaji Sebelum tidur setiap hari jam 10 malam bermula 15 Jan, Majlis bersama Ayah (sepanjang Ramadan), World #QuranHour (6 Mei), World Quran Convention (10 Ogos) dan Malaysia #QuranHour (30 Ogos) ini.
World #QuranHour di bawah penaung Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini, dianjurkan oleh WUIF dengan kerjasama rakan sinergi iaitu Bernama, Astro, TV AlHijrah, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, British Muslim TV, Islamic Tourism Centre, Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Semalaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Rumah Ngaji.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1442H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di bit.ly/WQH1442H
Sumber : BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru beberapa hari menyambut hari ulang tahun kelahiran anak perempuan, kini pasangan sama cantik sama padan, Aeril Zafril dan Wawa Zainal sekali lagi mengadakan majlis. Kali ini untuk anak sulung mereka, Ahmad Fakharuddin Attar atau lebih mesra dengan panggilan Attar.
Sepertimana anak perempuan, Aeril juga turut membuat nukilan khas untuk anak sulung mereka sempena hari lahir yang ke- 8 tahun. Saban tahun, Aeril pasti tidak miss berkongsi catatan baik untuk isteri mahupun anak-anak setiap kali tiba hari-hari istimewa.
Hari ini genap usia 8 tahun putera ayah, AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR. Seperti selalu, biarpun semasa mendodoikanmu, ayah akan terus menitip pesan buat anakanda tercinta sebagai ole-ole pedoman untuk waktu mendatang…
Attar…bukti pertama ikatan cinta suci mulia ayah dan mama. Biarpun awalnya dihempas badai gelora tapi hikmahnya menjadi sumber kekuatan buat kami, yang semuanya menjadi ‘manis’ akhirnya! Kebahagiaan demi kebahagiaan datang mencurah…
Sesungguhnya, mendahulukan dan mencari ‘REDHA ALLAH’ adalah kunci rahsianya. Attar kena genggam ini dan amalkan dalam hidup. insyaALLAH pasti ada jalan keluar dalam apa jua masalah yang menerpa. Ketahuilah nak, Kita tak kan mampu memuaskan hati semua manusia dan berbuat sesuatu untuk mencari redha manusia adalah hal yang sia- sia!
Ayah tak mahu Attar menempuh sama alam kejahilan ayah dulu. Cukuplah ayah seorang. Sebab itu, daripada kecil sampai menjangkau Attar dewasa nanti, ayah tak pernah lelah mendekatkan Attar pada jalan-jalan mencintai dan dicintai Tuhan.
. Mudah2an di mana dan sebagai apapun Attar berdiri, ALLAH selalu memelihara dan melindungimu ketika penjagaan ayah tidak lagi sampai padamu. Namun walau sejauh mana pun terpisahnya kita, tetap nanti ada untaian doa dan kiriman ‘hasanah amal jariah’ bagi ayah dan mama.
Bila tiba saatnya, Attar akan ganti tempat ayah untuk menuntun dan menjaga adik-adik . Ikat hati kalian dengan iman dan taqwa kerana itu yang menyatukan hati dan perasaan yang hakiki. Berapa ramai yang luarannya tampak bersama dan bersatu tapi sekadar jasad sahaja. Sedangkan hati mereka retak seribu…
Sekiranya ada antara kalian yang sudah atau mahu ‘tergelincir’ dari jalan yang diredhai Tuhan, nasihati penuh hikmah dan santuni membimbing kembali. Ingat kan juga janji mereka pada ayah & mama..
Sungguh Iman & Taqwa tak dapat diwarisi tapi Attar terima lah ini sebagai wasiat Iman dan pesanan yang soheh daripada ayah yang merindukan & mahu anak-anaknya selamat & menyelamatkan serta berjaya dunia akhirat.
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-8 puteraku, Attar! Peluk cium penuh kasih sayang ayah tanpa batas padamu.
Banyak cara sebenarnya nak pastikan daun pandan tidak layu atau kering. Lebih-lebih lagi jika ada membeli dalam kuantiti yang banyak.
Jika disimpan begitu sahaja di dalam peti sejuk, bimbang cepat kering dan akhirnya terpaksa dibuang.
Nah admin kongsikan cara untuk anda simpan daun pandan ini pada tempoh yang lebih lama. Malah lebih segar. Apabila hendak digunakan dalam masakan, keluarkan sahaja malah strukturnya masih lagi sama.
Soalnya bagaimana hendak menyimpan daun pandan ini lebih lama dan tidak kering?
3 petua mudah yang dikongsikan oleh Helina Ahmad, Shaz Abdul dan Nora Sheka di facebook ini patut kita cuba untuk melambatkan sedikit jangka waktunya kering. Memang menarik.
Cara 1
Cara mudah ini dikongsikan oleh Helina Ahmad. Guna kertas surat khabar je.
Bahan-Bahan:
Daun pandan
Kertas surat khabar
Caranya:
1. Basuh daun pandan dalam air mengalir hingga bersih.
2. Bungkuskan daun pandan di dalam surat khabar kemas-kemas.
3. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
4. Bila hendak memasak, keluarkan dan lihatlah hasilnya. Masih segar dan tidak kering seperti selalu.
Cara 2
Ini pula cara yang dikongsikan oleh Shaz Abdul. Simple je.
Sekadar perkongsian cara saya simpan jus pandan dan supaya tahan lama. Daun pandan yang sudah dikisar dan ditapis. Masukkan dalam plastik aiskrim dan simpan dalam tempat beku. Tapi awas, jangan sampai anak-anak ambik makan macam aiskrim.
Cara 3
Ini pula cara yang dilakukan oleh saudari kita, Aniza Dzahir.
Ni cara saya simpan daun pandan tahan lama dan fresh sentiasa, kot ada peniaga nasi lemak atau suri-suri rumah nak cuba dipersilakan. Daun pandan tu basuh bersih-bersih, simpul dan letak kat tempat sejuk beku. Siap! Berbulan-bulan pun fresh gitu.
Cara 4
Menarik juga cara yang dilakukan oleh Nora Sheka ni. Guna plastik susu je. Senang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di